Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Januari 31, 2023

Pelancaran buku khas penghormatan bagi Prof Osman Bakar

Salam semua. Setelah beberapa lama baru ada sesuatu hendak dikongsikan yang betul-betul daripada tahun 2023. Sebelum ini iaitu 10 artikel kebelakangan yang dipersembahkan dalam bulan Januari, semua cerita adalah daripada aktiviti tahun 2022. Lihat Kompilasi cerita perjalanan selatan Thailand penghujung 2022. Sekarang baru betul-betul dapat 'masuk tahun baru' walaupun sudah petang 31 Januari.



Cerita kali ini adalah tentang majlis pelancaran buku yang diadakan di tempat pengajian pascasiswazah saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kualau Lumpur. Tajuk buku Knowledge, Tradition and Civilization : Essays in Honour of Professor Osman Bakar boleh diterjemahkan sebagai "Ilmu, Tradisi dan Tamadun : Rencana-rencana Sebagai Penghormatan Bagi Professor Osman Bakar". Ini merujuk kepada guru dan penyelia tesis saya. Beliau adalah pemegang Kursi Epistemologi, Pengajian Ketamaduan dan Pembaharuan Al-Ghazali (Epistemology, Civilisation Studies and Renewal) di ISTAC.



Tentunya saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadiri majlis yang mengangkat tinggi guru.



Pada pagi Khamis 26 Januari 2022 bergegaslah ke ISTAC untuk menghadiri majlis.



Saya sampai selepas jam 11. 




Ketika itu sedang berlangsung pembukaan.




Kelihatan di atas pentas (dari kiri) Osman diikuti President UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) Tan Sri Samsudin Osman, Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Untuk pengetahuan UIAM ialah badan induk yang menaungi ISTAC. Ke kiri Khaled (tidak kelihatan dalam gambar) adalah Rektor UIAM Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak.



Setelah beberapa lama sampai masa untuk Osman memberikan ucapan. Beliau pun menceritakan sedikit sebanyak perjalanan hidup sebagai seorang ahli akademik dalam tempoh lebih 50 tahun kebelakangan, bagaimana daripada seorang pelajar Matematik di London yang menyambung ke peringkat Masters kemudian PhD boleh bertukar arah menjadi peminat sejarah sains, Islam dan ketamadunan lalu membuat Mastes dan PhD dalam bidang berkenaan di Amerika Syarikat. Diceritakan juga bagaimana di Amerika beliau berkenalan dengan ramai ahli akademik yang menghargai pemikiran dan sumbang beliau. Lalu ada mencadangkan agar dibuat satu buku bagi menghimpunkan rencana daripada para pemikir berkabilber sebagai perhormatan kepada beliau.

Dengan itu dihimpunkan rencana daripada 25 orang tokoh pemikir dari 12 negara bagi membentuk buku. Antara yang menulis adalah Anwar kenalan baik Osmank zaman sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar 60 tahun lalu.



Seterusnya dipaparkan video cendekiawan besar Islam yang mendunia Seyyed Hossein Nasr, guru dan penyelia PhD Osman semasa di Amerika. Seperti Osman yang lahir tahun 1946,  beliau yang kini mencapai umur 90 tahun memiliki latarbelakang bidang sains tulen tetapi beralih ke arah ilmu-ilmu ketamadunan Islam juga ilmu-ilmu yang bersifat kerohanian (Tasawuf). Seyyed Hossein di minta bercakap sesuatu bagi majlis. Paling menarik adalah beliau meminta agar Malaysia memimpin kebangkitan keilmuan dan tamadun Islam bagi seluruh dunia bermula daripada sekarang.




Kemudian sampailah giliran Anwar untuk bercakap. Beliau yang baru naik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 cuma dua bulan lebih lalu menyatakan bagaimana telah lama mengenali peribadi Osman yang sangat sayangkan ilmu lalu terlibat dalam pelbagai usaha untuk mencelikkan bangsa. Dengan itu Anwar menyatakan persetujuan terhadap saranan Osman agar matapelajaran ketamadunan Islam sedia ada (ditawarkan di beberapa buah universiti) disemak balik dan diperbaharui bagi menangani cabaran-cabaran terkini. Matapelajaran ini mahu diluaskan agar semua pelajar dapat memahami selain turut memupuk persefahaman dengan tamadun-tamadun lain supaya lebih harmoni.




Selepas itu baru melancarkan buku.



Petang jam 2 diadakan sesi perbincangan buku. Atau sebenarnya perbincangan tentang pemikiran Osman seperti tercermin dalam buku. Pemudah cara adalah Profesor Syed Khairuddin Aljunied dari Universiti Nasional Singapura. Beliau adalah penyunting buku.




Pembincang pertama adalah Profesor Dr Rosnani Hashim dari UIAM. Beliau adalah seorang pakar pendidikan yang menjadi penyumbang rencana kepada buku. Pemikiran Osman dinilai daripada sudut bagaimana beliau telah berusaha untuk mengangkat pendidikan sains Islam dan ketamadunan sehingga terbentuk matapelajaran dan jabatan baru di universiti sejak tahun 1970an. Rosnani melihat Osman sebagai seorang yang berdiri di atas bahu tiga gergasi besar intelektual Islam (standing on the shoulder of giants) iaitu Syed Naquib al-Attas, Ismail al-Faruqi dan Seyyed Hossein Nasr. 

Dinyatakan diagnosis Osman tentang permasalahan keciciran ilmu umat Islam zaman sekarang dan bagaimana hendak menanganinya. Osman dikatakan memiliki pemikiran yang selari dengan al-Attas dan al-Faruqi dalam 'Islamisi' ilmu pengetahuan (rujuk artikel lama Renungan terhadap legasi pengIslaman ilmu pengetahuan dan masa hadapannya - Satu gagasan besar ummah yang harus diteruskan tentang ini). Tetapi beliau lebih terpengaruh dengan gagasan Nasr bagi menyegarkan kembali ilmu sains Islam (revitalisation of Islamic Science). Tentang hal ini boleh rujuk artikel-artikel lama saya tentang ilmuwan-ilmuwan silam dan pemikiran mereka yang diangkat oleh Osman, di kanan bawah blogspot ini. Bagi yang membaca dalam telefon pintar sila klik view web version untuk mendapatkan paparan berkenaan. Antaranya :-








Pembincang kedua Profesor Madya Dr Peter Chang dari Universiti Malaya pula melihat Osman sebagai orang yang mahu mengambil jalan tengah antara kepelbagaian tamadun. Beliau dilihat sentiasa cuba mencari kesamaan lalu mengetepikan perbezaan supaya dapat mencapai harmoni antara kaum. Jalan tengah ini termasuk mencari keseimbangan antara kesatuan dengan kepelbagaian (unity and diversity), antara yang bersifat umum dengan perincian dalam fahaman dan anutan masyarakat berbilang kaum. Ia juga melibatkan keseimbangan antara sains dan kepercayaan (faith), antara kemodenan dan tradisi.



Pembincang ketiga, Profesor Dr Zaid Ahmad dari Universiti Putra Malaysia bukan seorang penyumbang rencana. Namun beliau tetap diminta untuk mengulas tentang pemikiran Osman lalu memilih pendekatan menyenaraikan pencapaian dan pengiktirafan yang diterima sebagai ahli akademik dan pemikir ulung daripada dahulu hingga sekarang.



Pembincangan ketiga, Yusmadi Yusoff juga bukan penyumbang malah bukan ahli akademik pun. Tetapi sebagai seorang aktivitis yang dikatakan terlibat dalam banyak usaha-usaha kemasyarakat juga pernah menjadi senator di parlimen dia diminta mewakili generasi lebih muda untuk menilai pemikiran Osman. Lalu beliau melihat sumbangan terbesar Osman adalah dalam bidang kepimpinan (leadership). Bukan kepimpinan seperti biasa difahami dalam dunia politik menjadi menteri dan sebagainya tetapi kepimpinan dalam merintis arah pemikiran golongan akademik ke arah wawasan besar melibatkan pembentukan ketamadunan tinggi.

Oh. Artikel ini sepatutnya dipersembahkan selewatnya Sabtu lalu kerana majlis berlangsung hari Khamis. Tetapi semasa itu saya masih lagi 'tenggelam' begitu dalam penulisan buku terbaru, buku ke 13 + 1 (saya lebih suka sebut begitu berbanding buku ke-14) bertajuk "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad : Perjuangan yang Belum Selesai". Ia ditulis terus dalam layout 9 inci tinggi x 6 inci lebar. Baru seminggu kebelakangan ditetapkan had pada 576 muka surat lantaran banyaknya maklumat mahu dikongsikan yang setahu saya belum pernah keluar dalam mana-mana buku kecuali sejumlah yang menjadi rujukan.

Pagi semalam jam 9.44 baru siap draf pertama kecuali kata-kata aluan yang akan dibuat oleh pakar sejarah negara Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali. Saya pun mula mendapatkan maklum balas bagi bahagian-bahagian tertentu daripada saudara mara yang turut berketurunan Laksamana Perak. Selepas itu baru dimulakan draf kedua dengan mengeluarkan beberapa bahagian yang agak kontroversi lalu ditakuti boleh mengganggu perbicaraan melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah (lihat Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama). Ini dilakukan sehingga jam 4.30 pagi tadi. Selepas mendapat cukup rehat kemudian keluar ke bandar Rawang untuk satu urusan baru dapat menulis artikel ini. Sekian.


Tiada ulasan: