Siang tadi ketika merangka penulisan artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Aku, persoalan wujud diri dan kaitan dengan Tuhan juga alam yang dibuat berdasarkan majlis terbaru di ISTAC petang Rabu 12 Februari didapati ada keperluan untuk mengumpulkan pautan-pautan artikel selepas 20 Oktober. Ini dibahagikan kepada dua bahagian - ISTAC dan bukan ISTAC (iaitu bukan majlis di ISTAC) supaya dapat dimasukkan dalam ruangan-ruangan yang sepatutnya dengan saksama. Satu artikel bertajuk Memasuki fasa baru - Sampai masanya untuk kembali pada penulisan tesis yang dibuat pada 20 Oktober juga harus dimasukkan dalam senarai atas nama "bukan ISTAC". Walaupun melibatkan pengajian saya di ISTAC ia bukan tentang majlis ilmu di sana. Ia adalah satu resolusi penting buat peringatan diri dan azam melibatkan ilmu. Beginilah hasilnya :-
Sedar tak sedar boleh tahan banyak majlis ilmu telah dihadiri dalam tempoh kurang 4 bulan kebelakangan termasuk terbaru di ISTAC Rabu 2 hari lalu disusuli penulisan artikel tentangnya. Hal ini membuat terasa wajib dinyatakan dalam satu artikel sebagai satu penanda aras (milestone) bagi blogspot. Ia menambahkan jumlah pautan yang tersenarai dalam ruangan "Siri Refleksi Sejarah" daripada 252 menjadi 261 . Jumlah pautan dalam tajuk "Syarahan dan Majlis Ilmu di ISTAC" pula bertambah daripada 47 (yang dipecahkan kepada 4 kategori) menjadi 63.
Nah Banyak tak banyak saya telah menulis tentang ilmu selain subjek-subjek lain terutama pengembaraan. Insyaallah selagi diberi umur, rezeki dan kelapangan saya akan menulis lebih banyak. Doakan ya para pembaca dan kawan-kawan sekalian... :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan