Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, December 11, 2017

Kamera digital ke-9 untuk tugas perjalanan jauh akan datang - Dan kamera setiap satu bagi setiap anak laki-laki...

Sukacita dimaklumkan tidak lama lagi saya dan keluarga akan membuat satu perjalanan jauh yang sangat menarik. Sebelum bercerita tentang rancangan perjalanan biar dilepaskan satu gerak berkaitan.



Adapun perjalanan jauh ini dijangka akan meliputi jarak lebih 4,000 km atas darat meliputi tiga buah negara dengan kereta sendiri. Agar anak-anak kecil kami Rasyid yang berumur 8 tahun dan Johan 5 tahun tidak merasa jemu kerana kami tidak mahu mereka bermain games di telefon bimbit lagi seperti kebiasaan kami biarkan bila berjalan jauh isteri mencadangkan agar diberikan kamera. Fikir isteri biar kamera saya yang sedia ada diserahkan kepada Rasyid, untuk saya pula dibelikan kamera baru.

Semalam dalam perjalanan kembali dari satu majlis perkahwinan saudara kami pun singgah di tengah bandar raya Kuala Lumpur untuk mencari kamera yang sesuai, tidak mahal tetapi cukup berkualiti dan elok hasil gambar. Apabila mendapati ada model yang sesuai dan setelah ditanya di beberapa tempat kami mendapt harga yang cukup baik, isteri pun membeli dua. Biar satu lagi dihadiahkan kepada seorang anak laki-laki besar yang tidak dapat ikut dalam perjalanan ini. Kebetulan beberapa bulan sebelum itu saya ada menghadiahkan sebuah kamera lama saya yang masih boleh dipakai, cuma rosak sedikit mekanisma fokus kepada anak tersebut. Dengan itu kamera lama itu pun diserahkan pula kepada anak bongsu si Johan.

Hasilnya malam tadi Ahad malam Isnin 10 Disember 2017 saa ymendapat kamera digital ke-9 setelah beberapa tahun rajin mengambil gambar lalu berkongsi cerita di blogspots. Bagaimana saya boleh tahu ia adalah yang ke-9. Kerana saya selalu mencatat cerita apabila mendapat kamera baru juga komputer laptop. Lihat artikel Kamera digital ke-7 memulakan peranan secara rasmi diikuti Kamera baru Sony dan semangat 46

Alang-alang dah sebut begitu baru teringat saya tidak pernah menyebut tentang satu komputer laptop Acer dengan processor I7 yang dibeli awal tahun ini.Sebelum itu saya ada menggunakan komputer Sony Vios I5 yang dibeli pertengahan tahun 2014 lalu bercerita tentangnya pada artikel bertajuk Hikmah laptop rosak. Maka biar hal komputer Acer itu disebut sepintas lalu. 

Berbalik kepada kamera digital semalam. Atas asbab perjalanan jauh akan datang maka saya kini memiliki kamera digital ke-9. Setiap 3 orang anak laki-laki saya juga memiliki sebuah kamera digital seorang satu. Sebagai mengakhiri artikel ini biar diletakkan pautan bagi 4 artikel terakhir di blogspot BERPETUALANG KE ACEH menggunakan gambar-gambar daripada kamera saya sebelum itu, kamera model Sony yang kini jadi milik Rasyid...







No comments: