Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Februari 14, 2017

Misi jejak Aceh-Langkasuka - Menyambung talian kerohanian di Alor Setar

Kembali pada perjalanan 12-21 Januari yang kini bertumpu pada utara Semenanjung Malaysia. Bersambung daripada artikel Misi jejak Aceh-Langkasuka - Sedikit masa di Hatyai sebelum kembali ke tanah air.


Pagi Rabu selepas solat Subuh 18 Januari 2017, hari ke-7 perjalanan. Saya telah menginap di masjid yang kelihatan.


Selepas solat saya bersarapan di warung luar kawasan masjid. Terjumplah dengan dua orang ahli masjid yang mahu bersarapan sama. Daripada perbualan seorang baru saya faham bagaimana orang Melayu Islam di Perlis melihat diri mereka berbanding orang Melayu Islam di negeri lain. Rasanya semua orang tahu bagaimana Perlis itu kuat pegangan Wahabi, suka membidaahkan atau mentahyulkan amalan oranng Islam lain seperti sambutan Maulidur Rasul. Orang ini menyatakan dengan penuh keyakinan orang-orang Islam lain itu belum cukup ilmu lalu harus diperbetulkan.



Saya diam dan menganggukkan kepala sahaja. Malas nak bertekak, apalagi dengan orang tua. Selesai sarapan saya meminta diri. Dia menawarkan untuk membayar. Saya pun berjalana kaki ke stesyen kereta api Arau sekitar 300 meter di belakang masjid tadi, masjid negeri Perlis.


Ait? Kenapa saya ke stesyen ini lagi? Bukankah malam sebelumnya saya sudah ke sini untuk meninggalkan Arau lalu meneruskan perjalanan ke Alor Setar?


Sebenarya malam itu saya ada mengejar kereta api sekitar jam 9. Tetapi ia sampai ketika saya baru sahaja sampai ke kaunter tiket. Tak sempat nak kejar. Kereta api seterus cuma akan sampai 2 jam kemudian, perkhidmatan Komuter terakhir buat malam itu. Daripada duduk termangu menunggu lama saya pun membuat keputusan untuk bermalam di masjid Arau. Pagi baru bergerak ke Alor Setar.


Alhamdulillah perjalanan pagi itu lancar. Ia adalah kali pertama saya menaiki kereta api Komuter di utara. Saya difahamkan perkhidmatan tersebut dimulakan sekitar setahun lalu, selepas projek landasan berkembar kereta api eletrik di sebelah utara siap sepenuhnya. Menariknya perkhidmatan kereta api Komuter ini meliputi jarak lebih 150 km iaitu dari Padang Besar di sempadan Thailand menuju selatan ke Butterworth di Pulau Pinang dan sebaliknya. Ini lebij jauh berbanding jangkauan kereta api Komuter di sekitar Lembah Klang. Saya dapati laluan Tanjung Malim membawa ke Pelabuhan Klang meliputi jarak sekita 106 km. laluan Batu Caves sampai ke Tampin sekitar 112 km. Lihat artikel Taking the commuter from Arau to Alor Setar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Saya turun di stesyen Alor Setar pada jam 8.09, setelah 25 minit bergerak meninggalkan Arau.


Stesyen tempat saya berhenti itu adalah stesyen baru, Saya berjalan kaki ke pusat bandar raya lalu kelihatanlah bangunan stesyen lama.


Sampai ke jalan besar saya mencari hotel murah rumah kedai Cina tempat saya biasa menginap ketika zaman sering mengembara seorang diri menduda 2002-2008.



Tengok-tengok dah takda dah hotel lama itu.


Nasib baik saya ditunjukkan arah ke sebuah hotel murah lain yang boleh tahan selesa. Di sini saya dapat membasuh longgokan baju kotor setelah 7 hari berjalan kemudian tidur sebentar.


Beginilah rupa hotel tempat saya menginap, sebuah rumah kayu lama. 
.

Di hadapanya ada kedai dengan nama yang agak 'mencurigakan'. Lihat artikel Sebuah hotel kayu di Alor Setar (A wooden hotel in Alor Setar).di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)



Selepas solat Zohor dan jamak Asar baru saya keluar untuk berjalan-jalan.





Terlihat kedai ini yang mana saya pernah makan di cawangannya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur saya pun layan makan.





Selesai makan saya mendapatkan bas ke arah timur.





Pemandangan pusat bandar raya Alor Setar ketika bas menaiki jejantas menyeberangi landasan kereta api.


Turun di Langgar, sekitar 11 km di luar bandar raya.


Saya menumpang motor orang untuk ke satu tempat istimewa.


Berhenti di surau ini...


Di kawasan yang kelihatan inilah 7 tahun lalu saya dan isteri pernah membawa seorang anak kami menginap 3 malam demi memenuhi alamat dalam mimpi . Lihat artikel lama Mencari jejak Merong - Pokok besar, Alor Setar dan surau tepi kubur



Surau terletak di sebelah tanah perkuburan Islam.


Ada makam lama yang dipercayai berumur lebih 1,100 tahun mahu diziarahi. Menurut kajian saya orang yang dimakamkan dada kaitan rapat dengan kerajaan lama di Aceh juga terkait dengan Langkasuka yang pada saya meliputi Kedah, Kelantan dan Patani. Lihat artikel lama Mencari jejak Merong : Sheikh Abdul Qadir Shah Alirah, Sultan Siam-Kedah atau Sultan Perlak, kerajaan lama Aceh. Ketika berada di makam tersebut baru saya tergerak untuk mengambil perhatian terhadap satu makam lain di sebelah. Sebelum ini entah kenapa tak ambil endah. Lihat artikel Makam berbatu nesan Aceh di sebelah makam Sheikh Abdul Qadir (Tomb with Aceh gravestones besides tomb of Sheikh Abdul Qadir), Langgar.


Dari situ saya berjalan kaki ke kompleks pemakaman diraja Kedah lalu tergerak untuk mengambil gambar-gambar tapak masjid lama. Lihat Tapak masjid lama (Site of old mosque), Langgar.


Masuk sebentar ke kawasan pemakaman diraja.





Kemudian ke surau lama berdekatan yang pernah juga menjadi tempat saya beberapa kali bermalam dalam perjalanan-perjalanan terdahulu.





Kembali ke pusat bandar raya Alor Setar saya tergerak untuk berjalan kaki menyusuri sebuah sungai...






Sampai ke satu bahagian saya dapati jalannya mati. Saya memotong melalui kawasan satu bangunan lalu terlihat laluan masuk ini. Singgahlah melihat apa yang ada. Lihat artikel Balai Besar (Big hall of) Alor Setar



Dah alang-alang berada di sekitar itu saya juga singgah ke beberapa bangunan lain bersejarah yang berdekatan. Lihat artikel-artikel berikut :-




Rupa baru Masjid Zahir (New look of Zahir mosque)


Malam itu saya berehat tenang di sekitar hotel. Begini keadaannya waktu malam, ada sebuah tempat makan happening tepian sungai di rumah kayu lama.


Tapi saya tidak makan di sana. Sebaliknya saya berjalan kaki menuju jalan ke Langgar untuk menikmat hidangan char kuey teow di sebuah warung tepian jalan, satu tempat yang saya biasa singgah apabila bertandang ke Alor Setar.



Tiada ulasan: