Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Oktober 15, 2016

Beruzlah ke Pantai Timur lagi - Dimudahkan segala urusan untuk sampai...

Awal pagi Isnin lalu saya ada membuat artikel bertajuk Gerak Awal Muharram - Bersiap untuk acara ke-18 HIKMAH sebagai satu pernyataan azam untuk beberapa perkara yang mahu dilakukan dalam tempoh terdekat itu. Maka disebut banya perkara harus dilaksanakan dalam waktu begitu singkat lalu perenggan kedua terakhir berbunyi begini...


Namun dalam keadaan masa begitu suntuk pun saya harus keluar mengembara agak jauh lagi untuk menyelesaikan suatu hal. Selepas Maghrib karang saya harus berlepas Ke Kelantan.  Ini adalah terkait dan boleh dianggap sebagai kesinambungan pada apa yang telah diceritakan melalui artikel kompilasi Beruzlah ke Pantai Timur - Memantapkan Tauhid dan Syahadah?. Sebelum itu iaitu pagi karang, apabila pejabat sudah dibuka, saya harus bergegas ke Muzium Negara untuk berbincang sedikit lagi hal perlaksanaan acara ke-18 HIKMAH.


Perjalanan yang dimaksudkan telah pun selesai apabila saya selamat kembali ke rumah dari Kelantan Khamis malam Jumaat. Sekarang biar saya mula melepaskan cerita...


Adapun perjalanan lagi ke Kelantan ini asalnya mahu dibuat dengan saya berseorangan memandu kereta sehingga sampai ke destinasi di Tumpat, selewatnya malam 10 Muharram. Rancangnya pemanduan mahu dibuat selepas menghadiri mesyuarat membincangkan hal penganjuran acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara dengan ketua pengarah jabatan pagi atau tengah hari Isnin 10 Oktober 2016. Ketika itu acara dijadualkan mahu dilangsungkan Sabtu 15 Oktober. Sedangkan mengikut syarat perjalanan yang difahamkan dalam hati, saya harus berada di Kelantan selama 3 malam.


Kalau begitu hari Khamis baru saya boleh mengorak langkah kembali ke rumah. Bayangkan bagaimana penatnya diri sedangkan hari Sabtu dah kena anjurkan majlis di tempat yang begitu berprestij seperti Muzium Negara. Tak boleh buat ala kadar suka-suka...


Nak dijadikan cerita petang Ahad sebelumnya saya, isteri dan keluarga telah bertandang ke rumah seorang kawan yang baru sahaja keluar dari hospital kerana sakit tekanan darah rendah. Isteri yang sangat prihatin dengan keadaan kawan telah mengambil masa memasak laksa Johor dan membuat kuih caramel untuk hidangan kawan dan keluarga. Sambil isteri sibuk di dapur, sesekali dibantu kawan saya pula sibuk menyelesaikan beberapa perkara menggunakan komputer riba agar dada terasa lapang untuk bergerak ke Kelantan. Selesai perkara-perkara tersebut terus saya melepek. Penat amatnya terasa, bagaimana hendak memandu jauh nanti siang Isnin?


Kalau ikutkan penat ada baiknya kami bermalam di rumah kawan yang terletak ke selatan bandar raya Kuala Lumpur , rumah kami pula ke arah barat dan utara, ada dalam 50-60 km dari situ. Juga lebih mudah dari situ saya ke Muzium Negara untuk bermesyuarat kerana terletak dalam perjalanan. Tapi kami harus kembali ke rumah kerana selain isteri harus berkerja hari Isnin anak-anak juga harus bersekolah, 

Nak tak nak kami harus kembali ke rumah. Ketika keluar menuju ke kereta, isteri menghulurkan wang RM200. Kawan tadi bagi katanya. Dia tak mahu saya berpenat lelah memandu begitu jauh seorang diri pergi balik ke Kelantan. Dia mahu saya selamat dan tenang menaiki kapal terbang.

Malam apabila kembali ke rumah saya sebenarnya masih terfikir tiada masalahnya kalau memandu walaupun penat, Saya boleh tidur atau berehat di mana-mana sahaja apabila perlu dalam perjalanan. Isteri membantah. Ni orang sampai dah bagi duit suruh naik kapal terbang, Naik aje le. Itulah yang menyebabkan saya membuat keputusan untuk mengambil pesawat.


Itulah juga kali pertama saya ke lapngan terbang Subang sejak beberapa lama. Yang saya ingat ada turun di sini sekembalinya ke tanah air pada penghujung tahun 1995, selepas selesai pengajian ijazah sarjana muda matematik di London yang bermula tahun 1991. Selepas itu pernah ke Pulau Pinang dari Subang dengan pasukan Formula 1 Petronas-Sauber, bergerak sekali bersama jaguh seperti Kimi Raikkonen (kemudian menjadi juara dunia bersama pasukan lain) tahun 1999. Lagi satu yang saya ingat adalah buat kepala gila menunggang motosikal besar di landasan kapal terbang lalu dikejar 3-4 kenderaan keselamatan, Semua nostalgia ini terbit sambil saya berjalan-jalan melihat keadaan dalam lapangan terbang. Lihat artikel Subang airport after more than a decade or so di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Satu lagi perkara dimudahkan adalah hasil mesyuarat di Muzium Negara tengah hari Isnin. Mesyuarat itu sebenarnya dibuat untuk memohon keizinan ketua pengarah agar dataran atas auditorium juga diberikan penggunaan secara percuma supaya kawan-kawan kami dapat bersilat pagi hingga ke petang sambil atur cara utama HIKMAh berjalan dalam auditorium. Tak disangka, ketua pengarah sendiri kemudian menyarankan agar tarikh acara diubah dari 15 Oktober menjadi 22 Oktober iaitu tarikh cadangan asal. Dengan ini tidaklah saya terasa begitu terkejar-kejar, kembali dari Kelantan hari Khamis harus terus melaksanakan acara pada hari Sabtu kalau tarikh 15 Okt diteruskan . Lihat sedikit penerangan yang diberikan dalam artikel Acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara kembali pada tarikh cadangan asal 22 Oktober di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Disebabkan semua ini saya dapat mengorak langkah ke Kelantan dengan lebih aman.








Pesawat berlepas hampir tepat pada masanya iaitu sekitar jam 7,55 malam. Saya pun mengambil peluang melihat pemandangan malam Kuala Lumpur dari atas pesawat, Selama ini, sejak lebih 10 tahun kebelakangan saya biasa mengambil penerbangan dari KLIA di Sepang. Tidak dapat melihat KL begitu dekat dari atas...








Sekitar jam 9 malam pesawat pun mendarat di lapangan terbang Kota Bharu iaitu di Pengkalan Chepa.



Selesai segala urusan di lapangan terbang saya terus menuju ke sebuah kedai makan di hadapan,



Dengan takdir Allah SWT saya mendapat tahu orang di meja sebelah hendak menuju ke Wakaf Baru, selepas menghantar seorang kawannya menaiki pesawat ke KL. Dah tak jauh dah tu ke destinasi yang dituju iaitu sekolah pondok dalam daerah Tumpat. Beliau pun menumpangkan saya ke sana.


Cuma saya tak ingat lorong masuk ke sekolah. Saya pun menelefon seorang ustaz sana. Beliau menyuruh saya turun di masjid berdekatan. Saya pun mengambil peluang melihat keadaan masjid yang boleh tahan menarik, Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kubang Batang, Tumpat, Kelantan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Tidak lama kemudian seorang pelajar mengambil saya lalu membawa ke sekolah.



Masuk ke masjid sekolah kelihatan beberapa orang pelajar sedang membuat wifik atau wafak pada pinggan untuk digunakan pada majlis Hari Asyura atau siang 10 Muharram...




Tiada ulasan: