Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, September 24, 2016

Beruzlah ke Pantai Timur - Tok Senik dan 'juadah' dari Pantai Timur

Setelah beberapa lama sampailah kita ke cerita akhir perjalanan di Pantai Timur. Masuk hari ke-7. Bersambung daripada Beruzlah ke Pantai Timur - Tok Pulau Manis dan legasi lama Terengganu di Kuala Berang.


Pagi Isnin 5 September 2016. Kami telah menginap di rumah kawan dari Kuantan. Ia terletak di satu kawasan bernama Beserah. Kami dapat tahu di situ wujud sebuah masjid lama yang ada sejarahnya yang tersendiri.


Kami pun meminta kawan menunjukkan jalan ke sana. Kami mahu singgah dan lihat apa yang ada. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Tok Senik, Beserah, Kuantan di blogspoSENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Nah. Inilah sejarahnya...





Maklumat sejarah itu terpampang di luar makam pengasas masjid lama dan Kampung Beserah. Kami pun menziarahi makam. Lihat Makam (Tomb of) Tok Senik, Beserah, Kuantan.


Sekitar jam 11.20 kami berpisah dengan kawan untuk menyambung perjalanan kembali ke rumah.





Alang-alang dah dekat kami pergi sebentar ke pantai Teluk Chempedak.


Kemudian masuk ke pusat bandar Kuantan.





Setelah mengisi minyak kami mengambil jalan lama ke Gambang.


Setelah beberapa jauh baru masuk ke Lebuh Raya Pantai Timur menghala ke barat.


Gerbang sebelum jambatan menyeberangi Sungai Pahang ini menandakan kami sudah menghampiri bandar Temerloh.


Keluar melalui tol Temerloh, kami masuk ke satu kawasan perkampungan tepian sungai sebelum bandar...


Tujuan utama kami ke sini adalah untuk melawat bengkel ukiran kayu milik seorang kenalan. Lihat artikel Looking for bargain at a woodcraft workshop in Temerloh di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Daripada beliau kami dapat tahu tidak perlu masuk ke bandar Temerloh untuk menikmati hidangan enak ikan patin masak lemak tempoyak yang sangat terkenal di sebelah sini. Sebaliknya singgah sahaja di sebuah kedai makan berdekatan...


Nah layan...


Dari kedai makan kelihatan pemandangan permai Sungai Pahang. Lihat Views from a riverside restaurant at Kampung Bangau Tanjung, Temerloh.


Kami turut menziarahi sebuah makam berdekatan.


Kemudian baru masuk ke bandar Temerloh.


Kami mahu mengambil jalan lama menghala ke Kuala Lumpur.


Setelah beberapa lama sampailah ke Karak. Selepas pekan tersebut baru kami mengambil lebuh raya.


Sampai ke rumah meter kereta menunjukkan ia telah berjalan sejauh 1,100 km. Tetapi itu untuk perjalanan isteri ke Kuala Terengganu sebelum kembali bersama saya ke rumah. Kalau saya sendiri harus sudah berjalan lebih 1,300 km kerana perjalanan dari rumah ke Tumpat lebih jauh berbanding ke KT. Kemudian dari Tumpat ke KT ada lebih 200 km lagi.

Di atas adalah sedikit 'juadah' yang dibawa kembali daripada perjalanan ini. Ia sebenarnya dibeli di bengkel ukiran kayu milik kenalan di Temerloh, tapi bolehlah disebut sebagai 'juadah' dari Pantai Timur kerana dibeli dalam perjalanan kembali dari situ. Ukiran kelihatan antik kerana pernah terbenam dalam lumpur ketika banjir besar Pahang melanda dan menenggelamkan banyak tempat tahun 2015. Kecuali ukiran kalimah Basmallah yang dipasang di pondok hadapan rumah, lain-lain telah diabadikan pada loteng atas rumah. Alhamdulillah... :]


Tiada ulasan: