Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, September 19, 2016

Beruzlah ke Pantai Timur - Mencari piramid Melayu

Selepas keluar daripada rentak melalui artikel Menjejak tanah perkuburan lama di Kampung Chohong Jumaat lalu biar kita berbalik semula pada cerita perjalanan di Pantai Timur. Bersambung daripada artikel Beruzlah ke Pantai Timur - Sanad semutar dan ilmu keris/besi juga Masjid Brunei dan Tok Kenali...


Hampir tengah hari Jumaat 2 September 2016. Setelah berada 3 hari 3 malam di Madrasah Ahbabul Mustafa untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu daripada  Syaikhuna Abuya Abu Aswad Bin Yah Al Kubra sampailah masa untuk kami meninggalkan madrasah. Ketika itu tinggal seorang sahaja lagi antara kami bersama saya dan sahabat yang mula-mula datang satu kereta bersama 2 orang anaknya. Lain-lain sudah kembali lebih awal. Sambil kereta keluar meninggalkan madrasah saya membelek-belek paspot antarabangsa yang dibawa bersama berserta sebuah kitab yang mengandungi hizib-hizib dan doa Imam Abul Hassan as-Syadzili.


Asalnya memang ada rancangan hendak menyelit sebentar masuk ke selatan Thailand, tu sebab bawa paspot. Tapi ternyata tak sempat kerana program kami sepanjang berada di madrasah agak padat. Sabtu 3 September pula ada majlis perlu dihadiri di Kuala Terengganu. Baiklah mula mengorak langkah menghala ke sana. Kelihatan pemandangan pasar jalanan ketika lalu di Wakaf Baru...


Seberang Sungai Kelantan menuju ke bandar raya Kota Bahru...





Singgah di Pasar Khadijah.


Kalau dah sampai sini saya mesti cari jering rebus cicah kelapa...


Dah puas berjalan di Kota Bahru kami keluar dengan mengambil laluan ke Kubang Kerian. Terlihat masjid besar ini teringat saya pernah berpeluang memberikan ceramah sejarah di dewan utama solatnya. Lihat artikel lama Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun - Kedai Mulong, Tok Kenali dan ceramah di masjid sultan diikuti Video klip ceramah di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian 8 Dis.



Yang ini pula tak ingat di mana. Yang saya ingat dalam perjalanan menuju ke Kandis, Bachok.


Singgah melawat kawan di Akademi Nik Rashiddin.


Di situ pihak saya pernah mengadakan acara lebih 3 tahun lalu. Lihat artikel Acara keempat HIKMAH di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Sejak itu pemilik tempat menjadi kawan saya dan isteri.


Perjalanan diteruskan dengan mengambil jalan pantai sehingga ke Kuala Terengganu. Kelihatan dalam gambar pemandangan ketika menyeberangi sungai di Kuala Besut. Lihat artikel The coastal route from Kelantan to Terengganu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
.


Tujuan laluan pantai diambil adalah untuk mencari bukit berbentuk piramid yang katanya wujud di suatu tempat antara Kuala Besut dengan Kuala Terengganu. Sampai di Lembah Bidong, Setiu kelihatan bukit agak menonjol yang dipanggil Bukit Bidong. Hampir-hampir ada bentuk seperti piramid tetapi tidak cukup syarat. Pada saya suatu bukit itu harus kelihatan menajam dan sekata ke atas, bila diteliti daripada pelbagai sudut boleh kelihatan ia seperti terletak di atas tapak empat segi sama sebelum ia boleh dikatakan betul-betul berbentuk piramid.


Pencarian dibuat kerana ada pihak-pihak yang mewar-warkan gambar seperti di atas, Nampak bukit ke kanan itu? Katanya memang berbentuk sebegitu, sebab itu dipanggil Bukit Bucu. Cuba Google perkataan "piramid Bukit Bucu".


Bila dilihat dalam peta termasuk melalui Google Map memang ada tempat bernama Bukit Bucu di Terengganu. Letaknya di kawasan Batu Rakit kira-kira 20 km ke utara Kuala Terengganu. Malah ada cerita tempatan menyebut tentang seorang wali Allah yang dikenali sebagai Habib Bukit Bucu. Tetapi apabila sampai ke sana tak jumpa pula mana-mana bukit berbentuk piramid.


Kami malah berlegar-legar agak lama dalam kawasan yang memang ditandakan sebagai Bukit Bucu. Bukan sahaja tak nampak bukit seperti itu, apabila ditanya penduduk-penduduk tempatan termasuk mereka yang dilahirkan lebih 40 tahun lalu kata mereka, seingat mereka tidak pernah ada bukit seperti piramid di Bukit Bucu itu. Saya tak puas hati lalu berlegar-legar lebih jauh untuk mengelilingi kawasan. Masih tak nampak apa-apa bukit berbentuk piramid. Atau apakah ia pernah wujud tetapi telah dirobohkan? Kalau begitu bukankah patut dinyatakan pada cerita-cerita yang mengiringi gambar-gambar yang membawa dakwaan yang berdegar-degar?





Akhirnya kami terpaksa akur dengan waktu dan perubahan siang ke malam lalu meninggalkan kawasan itu untuk masuk ke bandar raya Kuala Terengganu. Apakah mata kami sahaja yang tidak nampak bukit berbentuk piramid di Bukit Bucu? Kalau begitu kenapa pula orang-orang tempatan sendiri tidak pernah melihatnya?


Dan lagi, kalau benar memang ada bukit yang betul-betul berbentuk piramid di Bukit Bucu tentu ramai sudah tahu lalu mudah kami mencarinya. Ini tidak. Yang ada cuma cerita-cerita atas talian (on-line) di Intenet dengan gambar-gambar yang didakwa menunjukkan bukit tersebut. Sedangkan apabila diselidik lebih mendalam ramai yang sibuk bercerita itu tidak pernah pun berusaha untuk turun padang melihat dengan mata kepala sendiri apakah benar wujud bukit sebegitu rupa di Terengganu? Yang paling dekat berbentuk piramid adalah Bukit Bidong di Setiu. Itupun apabila dilihat betul-betul tak cukup syarat untuk dikatakan piramid kerana ada bahagian berlengkok, tidak betul-betul menajam ke atas. Kalau begitu apakah kebenarannya?

Sebetulnya saya sudah lama melihat perkara ini, sejak bertahun-tahun lamanya. Pengalaman saya mula berjinak melalui forum-forum di Intenet sejak tahun 2006 menunjukkan sungguh ramai yang suka sembang lebat, tapi pengalaman sebenar di dunia nyata kurang atau tiada langsung. Mereka boleh bercerita mengorak rancangan untuk mendaki suatu selama berbulan-bulan malah bertahun tetapi tetap tak sampai-sampai. Mereka cuma seronok bercerita sambil berteori bagaimanakah keadaan laluan yang akan diambil (konon), apakah rintangan yang bakal ditemui dan sebagainya...

Lebih ramai pula suka cerita-cerita misteri misalnya tentang piramid Melayu di negeri ini di negeri itu. Tapi seorang pun tak pernah lihat dengan mata kepala sendiri apatah lagi hendak meneliti jika benarkah suatu bukit itu berbentuk piramid? Atau ia cuma kelihatan begitu bila dipandang daripada hadapan atau pada sudut-sudut tertentu sahaja... bila dilihat daripada sudut lain dah tak cukup syarat untuk dikatakan berbentuk piramid. Sedangkan kalau benar berbentuk piramid sekali pun kita harus membawa penyelidikan ke peringkat seterusnya, harus membongkar tanah suatu bukit sehingga ternyata ada binaan buatan manusia di dalam bukit.

Ini tidak. Yang keluar banyak cerita tahyul, Konon ada orang tahu piramid misteri dijaga tentera dan sebagainya di lokasi rahsia, ada sumber kuasa misteri berteknologi tinggi yang tak terjangkau dek akal manusia biasa. Tapi tu le. Cerita aje lebih. Gambar-gambar atau bukitnya mana? Rahsia? Itu sebab tak boleh tunjuk? Kalau dah rahsia kenapa pula cerita lebih-lebih kat Internet? Ke nak menggambarkan diri itu penting, kononnya tahu segala macam rahsia yang orang biasa tak boleh dapat tahu atau macamana?

Saya sudah tunjukkan satu contoh gambar yang dikatakan adalah piramid di Bukit Bucu, Terengganu. Bila saya save ke dalam komputer saya, didapait nama fail pun adalah bukitbucu.jpg, tapi saya dah ubah, save as jadi bukitbucu(katanyale),jpg. Jika gambar-gambar seperti ini diwar-warkan ke merata tempat sehingga ramai yang percaya tapi sebenarnya tak wujud pun bukit sebegitu di tempat tersebut, apakah maknanya ini? Pada saya, maknanya adalah kebanyakan kajian atas talian, melalui Internet sebenarnya tidak boleh dipercayai selagi ia tidak disahkan dengan mata kepala sendiri.

Selagi tiada yang turun padang menyelidik apakah ia hal sebenar atau setakat cerita yang ditokok-tambah, letak pula gambar Photoshop entah daripada mana selagi itu ia cuma cerita dongeng taraf budak-budak yang perasan bagus. Beginilah kualiti sebenar penyelidikan atas talian kalau tidak disokong pemerhatian atau pengesahan dengan cara turun padang melihat dengan mata kepala sendiri, sanggup mengambil risiko menggadaikan nyawa kalau perlu untuk meneroka sesuatu kawasan dengan cukup teliti. Oleh itu, mereka yang merasakan dah cukup bagus tahu segala benda dengan cara cukup baca buku itu buku ini, jurnal itu jurnal ini apatah lagi kisah-kisah yang boleh diwar-warkan oleh sesiapa sahaja di Internet insaflah akan kekurangan diri tu. Sedarlah... setakat pandai mengupas cerita dan data di Internet tidak akan sesekali menjadikan anda penggerak mahupun penyelidik sebenar. 

Anda cuma boleh jadi jaguh dalam kalangan budak-budak yang sama-sama tak matang, cakap berdegar-degar macam boleh bersilat terbang tapi hakikat sebenarnya? Macam budak nerd mengaku macho dan handsome macam Brad Pitt. Macam minah tudung labuh orang tak pandang pun di sekolah kerana memang tidak pernah terserlah. Tapi disebabkan zaman Internet memberi peluang untuk mengelabui mata umum, mereka cuba mencipta imej seolah-olah diri mereka itu cantik cun melecun macam Angelina Jolie di dunia nyata. Tu yang tak berani tunjuk muka sebenar tapi masih sibuk berkokok mengangkat diri sebagai jaguh penyelamat umat Melayu sejagat. Cukup...

No comments: