Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...

Dari artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah

.

Dari artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...

.

Dari artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch

-------------------------

-------------------------

Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD.... Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...

Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.

Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh

-------------------------

Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Saturday, October 01, 2011

Sepetang di Universiti Malaya

Ini ada cerita santai petang tadi...


Tadi siang, selepas berjalan-jalan di Templers Park kemudian melawat pejabat lama iaitu ibu pejabat akhbar The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar saya bersolat Jumaat di masjid Universiti Malaya.



Saya tak ingat bila kali terakhir menjejakkan kaki di masjid itu. Semasa kecil dahulu ada seorang ibu saudara selalu membawa saya masuk ke universiti lalu ke kedai bukunya. Ketika itu saya cukup suka dengan buku Origami, satu kaedah Jepun melipatkan kertas menjadi pelbagai objek terutama rupa bintang dan ibu saudara itu selalu membelikannya di kedai buku universiti. Kali ini, buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki masuk ke Jabatan Sejarah Universiti Malaya.


Ada seminar tentang kitab Sulalatus Salatin, kitab lama yang juga dikenali sebagai Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang.


Seminar bermula dengan membincangkan pelbagai naskah kitab Sulalatus Salatin yang muncul dalam pelbagai versi akibat disalin lain pihak lalu ada perbezaan dari segi isi. Pembentang iaitu Professor Dr Ahmad Adam pun mengenengahkan satu versi yang muncul di Rusia di bawa seorang pelaut berketurunan Jerman bernama Ivan Krusenstern lebih 200 tahun lampau lalu dikenali sebagai naskah Krusenstern.


Oh. Nama Krusentern sebenarnya mengingatkan saya pada ketam. Mungkin kerana perkataan Inggeris Crustacean, satu termasa saintifik biologi yang merujuk kepada sekumpulan binatang berkulit keras termasuk ketam dan udang. Tamat seminar ada makan-makan. Tapi tak da pulak makan ketam ataupun udang hehe. Satay dan lemang ada le... :]



Rupa-rupanya bukan sekadar makan-makan biasa tetapi jamuan hari raya!



Walaupun bulan Syawal sudah tamat dan sudah masuk 3 Zulkaedah suasana Aidil Fitri masih dapat dirasakan.



Difahamkan seminar sebegini diadakan 2 bulan sekali tetapi bergilir dengan 2 lagi tempat. Maka sambutan raya diadakan mengambil kesempatan kerana giliran di Jabatan Sejarah.





0 comments: