Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, October 01, 2011

Mengenang ulasan siri "Berpetualang ke Aceh" dalam majalah dan persediaan untuk siaran langsung

Susah nak tido punya pasal walhal besok kena bangun awal kerana perlu membuatkan perjalanan agak jauh lagi dan harus sampai sebelum jam tertentu. Issshhh...




Dalam susah nak tidur tapi tak pasti kenapa itu saya tergerak untuk mencari majalah Milenia edisi September 2009 yang rupa-rupanya terperosok bawah meja, hampir lunyai. Teringat bagaimana siri buku "Berpetualang ke Aceh" ada diulas panjang lebar oleh saudara S.M. Zakir. Kemudian saya menyemak kembali artikel Akhirnya, review "Berpetualang ke Aceh" dalam majalah Milenia yang ditulis 15 September tahun itu. Allah! Isi ulasan yang diletakkan sekadar diambil dengan kamera waktu malam. Tulisannya boleh dibaca tetapi kurang terang.



Ini membuat saya terfikir, sebelum majalah betul-betul lunyai baik ulasan diimbas atau scan. Sekurang-kurangnya ada rekod cantik dalam simpanan yang telah didigitalkan. Klik pada gambar atau buka dalam windows baru untuk bacaan.



Oh. Saudara Zakir menulisnya dalam keadaan menyangkakan siri buku "Berpetualang ke Aceh" ada dua buku sahaja walhal tiga. Ini disebabkan semasa memberikan buku kepada pihak majalah hampir penghujung 2007, buku ketiga belum muncul lagi. Ketika ulasan akhirnya keluar 2009 buku ketiga sudah lama muncul tetapi tidak pernah diserahkan kepada mereka...



Ini mengingatkan pula pada rakaman program Resensi untuk Selamat Pagi Malaysia yang dibuat pertengahan 2007 gitu. Yang dipaparkan dalam program adalah buku pertama dan kedua kerana buku seterusnya belum siap. Namun saya ada mencetak kulit luar buku ketiga yang disampulkan ke atas salah satu buku (tak ingat buku satu atau dua) agar boleh dijadikan contoh. Lihat Mengenang ulasan siri buku "Berpetualang ke Aceh" dalam program Resensi, Selamat Pagi Malaysia di RTM1 penghujung 2007....





OK. Ini adalah kulit hadapan buku terbaru saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah". Kalau tak salah saya ada 2-3 kali memaparkan rekabentuk kulit dalam artikel terdahulu di blogspot ini tetapi belum pernah memaparkan yang ini, rekabentuk akhir yang dipilih sebelum dihantar ke kilang percetakan seminggu sebelum hari raya Aidil Fitri. Mereka yang sudah melihat dan membaca artikel Permulaan baik untuk buku terbaru, "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" (dibuat 2 hari lalu) tentu sudah tahu bahawa Khamis akan datang ini 6 Oktober 2011, buku ini akan diulas dan saya ditemuramah secara siaran langsung atau live di Selamat Pagi Malaysia RTM1 jam 8.15 pagi. Namun pengacara Resensi yang mengulas buku iaitu novelis terkenal, saudara Ramlee Awang Murshid ada mempersilakan agar membawa sekali buku-buku saya yang lain terutama siri "Berpetualang ke Aceh".

Peluang ini boleh digunakan untuk memperkenalkan kembali buku ketiga siri iaitu "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" yang tidak sempat diulas dalam program Resensi tahun 2007 juga majalah Milenia. Kiranya saya boleh menyambung sesuatu yang terputus. Lagipun siri buku itu ada kaitan dengan buku terbaru saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" juga. Pencarian salasilah sebelah bapa dalam siri boleh dikira sebagai disusuli pencarian dan pengaturan salasilah sebelah ibu dalam buku terbaru itu. Penulisan buku keempat, "Rumah Azan" (2009) dan buku keenam, "Kereta Api Menuju Destinasi" (awal 2011) yang mana kedua-duanya adalah dalam format buku mewah atau coffee-table book pula mendorong agar "Jejak keluarga Yakin" dibuat dalam format serupa... buku kelima, "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW & Malay Sultanates" (2010) mewarnakan hala tuju pencarian salasilahnya. :]



2 comments:

Anaknda Bertuah said...

Assalammu'alaikum..w.r.t.

Syabas saudara sememangnya seorang insan yang sangat rajin dan bersemangat waja. Teruskan usaha suci murni ini.

Hamba belum pernah membaca buku2 karangan saudara, hamba harap suatu hari nanti dapatlah hamba mentelaah buku2 saudara, terutamanya buku terbaru saudara dan "Rumah Azan".

Jika ada rezeki dan jodoh pertemuan, teringin juga hamba bersua muka dengan saudara.

Sekian wassalam.

Radzi Sapiee said...

Wassalam dan terima kasih. Insyaallah saya akan menjual buku di Pesta Halal Malaysia 2011 di PWTC 12-16 Oct 2011. Carilah di sana. Saya akan menumpang gerai produk kecantikan Ain's Beauty Care...