Esoknya Isnin 11 Julai saya berpusing-pusing di sekitar Bukit Nenas di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Entah kenapa terasa hendak mencari di manakah sebenarnya hutan lipurnya...
Baru saya tersedar bangunan yang selalu dilepasi apabila masuk ke Jalan Raja Chulan dari arah Lebuh Ampang adalah satu muzium berkaitan. Di belakangnya adalah salah satu jalan masuk ke hutan lipur yang terletak di lereng Bukit Nenas.
Saya juga teringat bagaimana lebih 20 tahun lalu pernah berlari-lari anak dengan seorang buah hati lama ke kawasan sekitar ini lalu memanjat bukit melalui hutan.
Dah rasa nak naik atas pula... tapi dengan kereta le...
Tapi tak payahlah sampai ke puncak. Malas nak bayar parking...
Cukuplah setingkat di bawah pangkal Menara Bukit Nenas.
Lagipun memang kawasan ini dinyatakan sebagai antara yang terbaik untuk mengambil gambar menara ke atas.
Sekarang saya sudah lama tidak melihat ke atas. Cukuplah melihat kawasan lereng akibat timbul rasa untuk memastikan di manakah kawasan hutan lipur Bukit Nenas.
Saya juga masuk ke satu jalan yang tak pasti entah pernah dimasuki sebelum ini ataupun tidak. Baru saya sedar kenapa tidak pernah melihat kereta masuk ke jalan di muka lain bukit ini. Rupa-rupanya ia jalan masuk ke loji air.
Ini pula adalah menara dilihat dari sekitar itu. Cukup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan