Sabtu 30 Julai 2011 kami keluar rumah sekitar 4: 30 petang. Hampir ke bandar Rawang kelihatan sebuah lori treler dengan gerabak keretapi di belakang.
Tu dia... jadi jakun sat. Inilah kali pertama saya melihat gerabak kereta api dibawa atas lori...
Ini pula kereta menghampiri tol berdekatan Klang Gates.
Kena le lalu teropong eh terowong di atas gunung...
Masuk ke perhentian Genting Sempah.
Singgah sat ke beberapa tempat yang ada makna tertentu buat saya...
Selepas menikmati hidangan enak sup tulang dan nasi kami pun kembali ke lebuh raya melalui pekan Bukit Tinggi.
Tengok-tengok ada kemalangan yang meragut nyawa. Innalillah...
Ini pula adalah gambar di luar rumah almarhum Nenek keesokannya pagi Ahad 31 Julai, selepas puas kami bermalam anak beranak...
Selepas menziarahi kubur Nenek saya sempat singgah di dua buah masjid di Raub. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Sempam Baru dan Masjid jamek baru (New main mosque of) Raub dan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Seterusnya saya membawa isteri melihat kawasan lombong emas yang masih wujud dan beroperasi di Raub. Menurut ceritanya tempat ini masih mampu menghasilkan minimum 10 kg emas sehari. Kalau begitu nilai hasilnya harus tidak kurang RM60 juta sebulan!
Selepas itu singgah di rumah seorang sepupu kemudian pusing di bandar Raub.
Sebenarnya niat utama kami membuat perjalanan ini ialah untuk menikmati hidangan gulai asam rong yang setakat ini cuma boleh didapati di daerah ini. Siapa sangka kedai yang selalu dituju tutup kerana esoknya kita akan mula berpuasa Ramadhan, kerana pengusaha kedai akan mula menjual hidangan di Bazaar Ramadhan?
Kami pun mengorak langkah kembali ke Lembah Klang. Singgah sebentar di masjid baru Bentong. Lihat Masjid baru bandar (New town mosque of) Bentong.
Letaknya berhadapan Dataran Bentong.
Tergerak pula untuk singgah di masjid lama daerah Bentong. Lihat Masjid Tengku Sulaiman, Ketari, Bentong.
Seterusnya terasa mahu mengambil jalan lama menghala ke Lembah Klang.
Ada air terjun kelihatan di tepian jalan.
Ini pula adalah pekan Bukit Tinggi dilihat dari jalan lama sebelum simpang masuk ke Janda Baik.
Sekali lagi kami masuk ke Janda Baik. Singgah sebentar di rumah seorang rakan.
Sebelum Maghrib kami anak beranak sempat bersiar-siar di taman milik penulis buku politik, S. H. Alattas atau Pak Habib. Kemudian bermalam di surau berdekatan sebelum keluar bersahur di Genting Sempah seterusnya menghantar isteri ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Settle cerita bulan Julai... :]
2 ulasan:
Salam M.S
Selamat berpuasa..
Wassalam. Sama2... :]
Catat Ulasan