Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, December 09, 2009

Transformers Bandar Tasik Puteri!

OK. Saya sebenarnya baru sahaja kembali dari satu lagi perjalanan ke selatan bersama isteri dan bayi kami Muhammad Al-Aminul Rasyid. Kali ini turut bersama adalah anak-anak kami yang lebih tua, Haziq, 7 tahun dan Erin, 9. Perjalanan yang asalnya dibuat untuk menyambut ulangtahun hari lahir ke-80 bapa mertua saya di Tanjung Sepat ini menyaksikan kami turut pergi ke Port Dickson, Tanjung Tuan, Melaka, Muar malah ke Kampung Janda Baik di Bentong, Pahang. Sekembalinya ke rumah tadi, meter kereta menunjukkan kami telah membuat perjalanan sejauh 797.3 km!

Tu dia... baru minggu lepas, saya, isteri dan Al-Rasyid menamatkan perjalanan sejauh 1820.5 km (lihat artikel Akan datang : Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan! )... sedangkan penceritaan perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan pun belum lagi tamat. Tup tup, tadi semasa menonton filem Transformer 2 timbul pula idea baru. Dah terasa hendak berkongsinya dengan orang ramai pula. Lihat video ini... :]


5 comments:

taufiek86 said...

Assalamualaikum..
Abg MS, nak minta kalu abg MS melawat mana2 makam, bgtau r cmne nak g tmpt2 tersebut.
Kdg2 ade dpt gerak ati nak ke makam2 tertentu, tp x kesampaian sbb xtau kat mana tempatnya..
Harap Abg MS dpt memenuhi permintaan saya..

p/s: kalau singgah di Kajang bolehlah berjumpa. Sy merupakan saudara kpd saudara yg abg jumpa di Beting masa nak masuk kedlm laut..=)

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Insyaallah akan saya buat, tapi bukan untuk semua makam le. Satu, bergantung pada kelapangan, kedua pada tahap kerahsiaan... :]

Radzi Sapiee said...

Hmm. Tadi saya cuba nak atur dan sediakan map ke makam Habib Nuh untuk satu artikel baru tapi susah le plak. Kalau tiap kali nak cerita bab makam saya harus bersusah-payah sertakan map, nanti langsung tak jadi bercerita plak. Rasanya tak dapatlah saya menunjukkan jalan ke sesuatu makam dengan cukup terang. Cukuplah jika disebut ia terletak di mana, berdekatan jalan mana atau kampung mana ya. Kemudian cubalah tanya pada orang-orang kampung dan sebagainya... :]

taufiek86 said...

Maksud saya x perlulah sampai sediakan peta. Sekadar bgtau cmne nak kesana.
Contohnya baru2 ni sy baru balik dr Makam di Kg. Raja.
Mungkin abg leh tulis dr Tol Pagoh belok ke kanan. Jaraknya lebih kurg 5km sblm pekan pagoh. Kira ok r tu. Yg lain kene r kami usaha sendiri sbb abg pun dh byk usaha utk mencari makam2.
Ni pun dah kira cukup baik abg nak tlg tunjukkan jln.

Terima Kasih yaaa..

Radzi Sapiee said...

OK... :]

(Penat ni, baru balik dari Fraser's Hill le plak...)