Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.


Friday, December 11, 2009

Berkenaan 7 wali Melayu dan lawatan ke makam-makam mereka...

Tadi seorang kenalan telah menyatakan hasrat mahu menziarahi makam Habib Nuh, setelah terbaca satu cerita tentangnya di blogspot ini. Oleh kerana dia tidak tahu selok-belok dan mungkin menghadapi masalah untuk mendapatkan kenderaan ke sana, saya mencadangkan agar dia pergi terlebih dahulu ke makam Sheikh Muhammad Nor yang seangkatan dengan Habib Nuh. Ini kerana kedudukan makam Sheikh itu di Kampung Sungai Cincin (ada yang mengeja Chinchin), Gombak lebih dekat dengan tempat tinggal kenalan tersebut. Terus saya teringat tentang buku "7 Wali Melayu" yang telah mengenalkan saya dengan nama wali-wali ini.



Adapun 7 wali yang tersenarai ini hidup penghujung abad ke 19 hingga awal abad ke 20 Masihi. Nama mereka terpilih kerana peranan masing-masing dalam membela umat Islam di Tanah Melayu sambil menentang penjajah yang sedang bermaharajalela ketika itu. Buku ini pertama kali saya baca sekitar 15 tahun lalu sebelum terjumpa lalu membeli cetakan kelima yang dibuat tahun 1998.

Hmm... rasanya cetakan tahun 1998 itupun dibeli selepas tahun 2001... selepas timbul minat untuk mengenali salasilah keluarga lalu terbawa untuk menziarahi makam para wali di seluruh Semenanjung Malaysia. Kini saya telah menziarahi makam ketujuh-tujuh wali yang tersenarai dalam buku selain berpuluh, mungkin beratus lagi makam orang-orang lain yang dikatakan bertaraf wali. Di sini biar disenaraikan nama 7 wali Melayu dari buku itu berserta link-link untuk artikel lalu di blogspot ini yang dibuat selepas menziarahi makam. Sila lihatnya...

1. Habib Nuh

Saya tak pasti jika pernah menziarahinya sewaktu kecil kerana sering pergi ke Singapura sekurang-kurangnya sekali setahun sehingga saya berumur 15 tahun begitu. Selepas itu saya pertama kali masuk Singapura pada tahun 2006 iaitu lebih 20 tahun kemudian lalu terus melawat makam itu. Lawatan seterusnya baru dibuat kira-kira 2 minggu lalu maka ceritanya belum dibuat lagi. Apapun lihat cerita yang ada ini...

Lawatan ke Singapura 2006. Makam Habib Nuh dan segala macam makam di sana...

2. Tokku Paloh

Saya pertama kali sampai ke makam beliau pada tahun 2003, setelah mendapat gerak untuk ke makam Tok Pulau Manis yang terletak di Hulu Terengganu terlebih dahulu. Nama Tok Pulau Manis tidak tersenarai dalam buku "7 Wali Melayu" kerana beliau hidup jauh lebih awal tetapi turut disebut dalam bab berkenaan Tokku Paloh. Sejak itu saya telah beberapa kali menziarahi makam juga masjid wali ini. Antara artikel berkaitan yang pernah ditulis di sini ialah :-

Keluarga besar Tokku Paloh, wali agung Terengganu abad ke 19 Masihi...

Kembali ke Kuala Terengganu... Daripada makam keluarga Tokku Paloh ke "warisan Zionis" di Pulau Wan Man?

Projek buku masjid - Terengganu dalam kurang 24 jam

Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Menziarahi makam-malam lama seorang diri dalam kegelapan malam

Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Menyelesaikan 'bil tertunggak' bagi sekitar Kuala Terengganu...

3. Tuan Tulis

Makam wali ini juga sudah saya lawati beberapa kali tak pasti sejak bila, mungkin sejak 2002. Kedudukan menghampiri Kuala Pilah tidaklah begitu jauh dari Lembah Klang. Namun ia tetap memakan jarak lebih 100 km...

Cerita projek buku masjid - Membuka perjalanan di Negeri Sembilan

Jalan hujung minggu Negeri Sembilan - singgah di makam Tuan Tulis

4. Sheikh Muhammad Said al Linggi

Kedudukan makam wali ini yang berdekatan bandar Seremban menjadikan ia agak senang dilawati...

Kembara ke Negeri Sembilan... Makam Sheikh Muhammad Said Linggi

5. Sheikh Muhammad Nor al Kholidi

Antara 7 wali yang tersenarai di sini, makam beliau adalah paling senang dilawati kerana kedudukannya di sekitar Gombak, Lembah Kelang...

Satu Jumaat dan projek buku masjid

(Nota: Oleh kerana dalam artikel di atas ini tidak menyebut tentang makam Sheikh, sekadar menyentuh masjidnya sahaja, biar diberi link ini, Masjid (mosque of) Sungai Cincin dan (and) Sheikh Muhammad Nur dari blogspot dwi-bahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) )

6. Tok Kenali

Rasanya makam Tok Kenali yang terletak di Kota Bahru, Kelantan adalah makam paling kerap saya kunjungi antara makam 7 wali Melayu, kecuali makam Sheikh Muhammad Nor, itupun kalau difikirkan kembali terasa lebih kerap ke Tok Kenali walaupun ia terletak paling jauh. Sejak tergerak untuk ke sana awal 2004 gitu saya terasa ada satu kaitan peribadi yang sangat kuat. Baca betul-betul artikel-artikel yang diberi ini...

Sedikit cerita berkaitan Tok Kenali

Salam daripada Kota Bahru, Kelantan! Salam Tok Kenali?

Projek buku masjid - Melihat lagi masjid dan makam Tok Kenali seterusnya "sekolah pondok"

Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - Tok Kenali dan sekitar Kota Bahru

7. Tuan Hussein Kedah al Banjari

Dan antara 7 wali Melayu yang tersenarai dalam buku, makam Tuan Hussein di Kampung Titi Gajah, Alor Setar adalah makam yang paling akhir saya lawati iaitu pada penghujung tahun 2008...

Projek buku masjid - akhirnya, cukup tujuh wali...


8 comments:

Sangtawal Sakranta said...

salam buat radzi,

Ya, buku tersebut sangat menarik, yang ada dalam simpanan saya juga cetakan yang ke-5 1998.

Apa yang menariknya buku ini ialah ditulis pada m/s 4 bahagian mukaddimahnya berbunyi :

"Ketujuh-tujuh tokoh yang terkemuka ini adalah ahli-ahli rohani yang mengamalkan tareqat..... "

bila radzi nak balik umah isteri kat kelantan?

untuk maklumat radzi dan semua peminat seni bela diri tanah air, pada 18.12.09 atau pada 1 hb Muharram ini ada majlis sambutan 1 muharram 1431H oleh Persatuan Sri Langkah Tiga Seni Silat Kelantan Malaysia bertempat di Gelanggang seni Utama Sri Langkah Tiga di Kg Patani,Sering, Pengkalan Datu, KB.

Majlis tersebut diadakan setiap tahun dan pelbagai acara terutamanya semakan silibus silat dari tanpa senjata kepada tempur bersenjata , dari pagi sampai petang! pertunjukan adalah PERCUMA!

Saudara Radzi dan pembaca sekalian yang berminat dijemput hadir memeriahkan lagi majlis... semoga saudara Radzi sudi mengkaji salsilah dan pengasas seni silat ini yang merupakan seorang ahlul bait dan berdarah raja! semoga Puzzle yang saudara Radzi cari selama ini akan tercantum disana!

ada rezeki, ketemu saya disana nanti,

wassalam!

Radzi Sapiee said...

Wassalam Sangtawal. Kampung isteri saya di Selangor bukan di Kelantan, cuma anak kami 2 orang ada diletakkan di rumah bapa saudara mereka di Kota Bahru.
Apapun, terima kasih atas jemputan. Rasanya kalau saya ke Pantai Timur lagi pun mungkin beberapa bulan kemudian. Sejak bulan Ramadhan hingga kini sudah berjalan-jalan naik kereta tidak kurang 5,000 km. Walaupun semangat berjalan tetap membara, hakikatnya badan penat wooo... dalam masa terdekat ni rasanya paling jauh berjalan pun mungkin sampai Raub, Pahang kot... :]

Sangtawal Sakranta said...

Salam,

ok... penat berjalan jauh, perlu rehatkan badan dan minda juga :)

kereta kena servis juga:)

wassalam.

taufiek86 said...

Patut rasa semacam bila berada di daerah gombak.
Tp x dpt dikenal pasti kenapa.
Rupa2nya ade makam yg terletak di sana. InshaALLAH, dgn izin ALLAH dpt r sy samapi di sana...

PerpatihTulus said...

http://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=habib+noh&sll=1.362176,103.850327&sspn=0.392649,0.727158&ie=UTF8&cd=1&hq=habib+noh&hnear=&ll=1.273901,103.849114&spn=0.006135,0.011362&z=17&iwloc=A

itu link lokasi makam habib nuh di sngapore.

hmm ada dua makam lagi aku belum pergi. 1 . tuan tulis, 2. tok kenali.

wassalam

PerpatihTulus said...

ehh.. tok ku paloh pun belum lah..

Dr Aziz Sabran ( Aziz Rantissi) said...

saya sedang mencari buku 7 wali melayu ini. harap tuan bantu saya

Radzi Sapiee said...

Buku itu kadangkala ada dijual oleh penjaja yang menjual buku di masjid2 hari Jumaat. Tengok2lah. Mungkin ada. Kalau tak cuba cari di sekitar Masjid India KL. Kedai2 buku agama Insyaallah ada jual.