Walaupun Tuhan itu meliputi Timur dan Barat malah ada disebut bahawa ke mana sahaja kamu menghadap di situ ada wajah Tuhan, kita tetap perlukan Baitullah sebagai satu-satunya kiblat seluruh ummah dari setiap pelusuk dunia menujukan muka. Adapun kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar, maka itu sebuah kiblat diperlukan agar sekurang-kurangnya arah penumpuan kita dapat dizahirkan tanpa apa-apa kemusykilan.
Saudara dan saudari sekalian. Memang Tuhan itu boleh 'dilihat', insyaallah dengan cara kerohanian. Tetapi melihat Tuhan bukan seperti melihat makhluk kerana Allah itu tidak berupa, tidak bertempat dan tidak boleh diserupakan atau dibandingkan dengan apa-apa pun. Melihat Tuhan dari segi bahasanya boleh diibaratkan seperti melihat satu perkara abstrak yang diberi makna melalui sistem penilaian. Misalnya kalau disebut Abu telah mengambil seekor lembu, itu cuma satu kenyataan. Tetapi apabila ditambah, Abu telah mengambil seekor lembu milik Ali tanpa kebenaran, secara automatik kita semua boleh 'melihat' ini sebagai satu kesalahan...
Ah. Saya pun tak pasti dengan cara penerangan yang ingin diberikan. Sebenarnya apa yang mahu disebut adalah Allah itu tidak dapat dilihat secara kasar tetapi mungkin boleh 'dilihat' melalui pemahaman. Tetapi untuk memahami kewujudan Allah bukan sesuatu yang mudah. Manusia secara rata memerlukan satu contoh yang dapat dilihat agar dapat dijadikan ikutan yang nyata dan di situlah terletaknya kepentingan Nabi Muhammad Rasulullah SAW sebagainya pengzahiran segala sifat yang terpuji, junjungan besar kita yang segala perbuatannya kita harus contohi.
Oleh kerana itu, kita menyatakan penyaksian kita dan pengakuan ke atas kebesaran Allah dengan mengikuti cara dan akhlak yang dianjurkan Nabi dengan baginda sendiri sebagai contoh dan bukti. Begitu juga, kita menyatakan kesetiaan kepada negara yang merupakan satu entiti abstrak tanpa rupa (ingat, peta serta bentuk geografi Malaysia dengan rupa negara Malaysia adalah dua perkara yang amat berbeza) melalui kesetiaan kepada raja dan inilah yang termaktub di dalam Rukun Negara.
Sayangnya, kelemahan sesetengah raja dan sejarah buruk segelintir mereka dijadikan alasan agar raja tidak perlu lagi dituruti. Sempena Maulidur Rasul ini, saya berharap agar raja-raja dan seluruh kerabat mereka dapat kembali kepada citra asal ajaran Nabi agar dapat dihormati semua seperti dulu-dulu... sementara rakyat pula kembali kepada kesatuan hati melalui ajaran-ajaran baginda juga. Sekian, wassalam!
3 ulasan:
Salam MS,
Benar sekali harapan pada perenggan akhir tu .... semoga kita semua kembali. Mudah2an ...
salam MS,
Sebelum ada pelangi...."ada hujan ribut" dahulu. Sebelum ada kedamaian ada kekecohan dahulu......benarkah gerak hatiku ini 1,2 dan 3....wallahualambissawab.
assalammualaikum... abg 9hb filem dr thailand queen of langkasuka nk main dkt panggung..klau abg tgk komen la skit..kembayat negara dgn langkasuka 1 krajaan yg sama ka? apa2pun kafir dan yahudi sedang menanti kbangkitan panji2 hitam yg pernah di sabdakn oleh nabi muhammad s.a.w..bka susah la nak dapat dkt utara ni..terutamanya dkt penang..saya pun dapatkn dekat masjid india..
Catat Ulasan