Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mac 24, 2009

Berita mengenai buku masjid untuk 'memecah' suasana... terkeluar sedikit cerita Perak pula!


Assalamualaikum semua. Di atas adalah gambar saya di sekitar makam sultan Perak ke 23, Sultan Ja'afar Muazzam Sham, ayahanda kepada Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelles akibat terlibat dalam pembunuhan J. W. W. Birch tahun 1875. Batu nesan Aceh yang saya pegang itu adalah batu nesan pada makam permaisuri baginda Wan Mahtra, ibu kepada Sultan Abdullah. Mereka-mereka ini termasuk kaum kerabat yang sangat dekat dengan keluarga bapa saya, kaum kerabat Laksamana Raja Mahkota.

Adapun gambar ini diambil dalam perjalanan sekeliling Perak yang dibuat sambil mengambil video. Sila lihat artikel-artikel lama berkaitan "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874", saksikan gambar-gambar serta klip-klip video yang tertera.

Semalam, semasa menukar-nukar channel Astro di peti televisyen, saya terbuka cerita "Laksamana Do Re Mi"... betul-betul sampai ke bahagian di mana P. Ramlee, A. R. Tompel dan sorang lagi (lupa nama) baru turun dari tikar terbang untuk melawat sidang raja kerajaan "Pasir Dua Butir" yang berada di bawah sebuah pokok. Tersentak juga apabila memikirkan, betapa memang apa yang dipaparkan memang ada kena-mengena dengan apa yang sedang berlaku di Perak. Bezanya di Perak, yang bersidang di bawah pokok adalah satu kerajaan yang telah ditolak oleh sultan sedangkan dalam cerita, yang bersidang adalah raja dan orang-orang terdekatnya sendiri. Yang menarik perhatian, pelakon yang melakonkan watak permaisuri adalah Norizan, seniwati yang pernah menjadi isteri kepada Sultan Yusuf, ayahanda kepada Sultan Azlan yang memerintah Perak sekarang!

Tu dia... Norizan kemudian sanggup bercerai dengan sultan semata-mata untuk berkahwin dengan P. Ramlee. Tapi ingat, P. Ramlee pun bukan calang-calang orang... dia sebenarnya adalah keturunan kerabat diraja Aceh! Hmm... kadang-kadang kelihatan P. Ramlee ni seolah-olah kasyaf pula dalam memilih jalan cerita. Kebetulan ke hapa, dia suka pakai tajuk "Laksamana" pada beberapa ceritanya sedangkan di Aceh dahulukala, laksamana paling besar pada satu-satu ketika memang dipilih dari kalangan anak raja yang bakal menaiki takhta lalu turut dikenali sebagai Raja Mahkota, atau Laksamana Raja Mahkota.

OK... sebenarnya saya menulis artikel ini untuk memecahkan kesucian di sini setelah 3 minggu tidak membuat apa-apa posting baru, kata orang putih "break the ice". Eh, silap tulis... kesunyian le bukan kesucian. Apa da...

Asalnya saya mahu memecah kesucian... aduh, sasul lagi, kesunyian le... dengan cerita perjalanan terbaru akibat pergi menghadiri perkahwinan seorang sepupu di Jengka, Pahang. Tetapi diri ini sebenarnya masih terasa berat hendak menulis apa-apa sedangkan selagi tak diluahkan beberapa perkara yang tersekat di dada, kerja-kerja lain pun jadi tertunda.

Pagi tadi, pihak penerbit coffee-table book atau buku mewah tentang masjid yang telah selesai saya usahakan (kini ia di peringkat produksi, insyaalah akan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 sebulan lagi) telah menghubungi meminta saya menghantar sekeping gambar yang sesuai berserta sedikit biografi atau maklumat diri untuk disertakan dalam buku nanti. Sekitar jam 3 petang tadi, selepas baring termangu-mangu sendirian (saya kurang sihat beberapa hari ini) baru saya dapat gerak untuk menulis biografi.

Kemudian saya cuba mencari gambar yang sesuai... baru saya tersedar betapa sedikitnya gambar sendiri yang saya ada. Bayangkan daripada beribu, rasanya tidak kurang 5,000 gambar, mungkin 10,000 yang saya simpan dalam komputer melibatkan makam-makam, masjid, tempat-tempat dan orang lain, gambar yang ada tertera muka saya sendiri mungkin tidak sampai 30 keping sahaja! Sebabnya memang selama ini saya tidak mempedulikan gambar muka saya. Untuk apa? Walaupun saya sering menyatakan rasa saya tentang apa yang berlaku di sekeliling sehingga kelihatan seperti asyik bercerita tentang diri sendiri sahaja, saya sebenarnya lebih banyak bercerita tentang perkara lain, cuma dari sudut pandangan saya sahaja...

Nasib baik saya terjumpa satu fail gambar yang baru diserahkan oleh seorang rakan dan pembaca setia blogspot ini, saudara Raden Cilik. Rupa-rupanya beliau ada mengambil beberapa keping gambar yang agak sesuai untuk diserlahkan dalam buku. Raden ada mengikuti rombongan berjalan sekeliling Perak untuk membuat video "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874". Sekitar 2 minggu lepas, dia telah menyerahkan salinan semua gambar-gambar yang diambilnya untuk kegunaan saya.

Sebenarnya saya asalnya cuma memerlukan gambar-gambar masjid tinggal Teluk Memali untuk dimasukkan ke dalam buku mewah yang bakal terbit nanti. Ini disebabkan jurugambar yang mengikut saya untuk projek itu masih belum menyerahkan gambar-gambar berkenaan kepada pihak penerbit padahal saya telah bertungkus-lumus membawanya ke sana lebih 3 bulan lalu! Tak tahulah apa masalahnya... tetapi jika tiada gambar, tak dapatlah cerita mengenai masjid itu diketengahkan dalam buku itu nanti sedangkan ia amat penting untuk menerangkan keberadaan bandar-bandar Melayu yang telah hilang ditelan zaman sehingga kita yang hidup kemudian menyangkakan semua bandar-bandar di Tanah Melayu memang dikuasai bangsa Cina sejak dari azali lagi.

Nasib baik saya teringat Raden ada mengambil gambar. Gambar-gambarnyalah yang akan digunakan untuk buku itu nanti. Hari ini pula, dengan tidak disangka saya terjumpa gambar yang agak sesuai menampilkan diri saya sendiri untuk buku itu, dari koleksi gambar-gambar Raden juga. Lalu tergerak saya untuk menggunakannya dalam posting pembuka kesunyian ini.

Di bawah ini, biar saya letakkan sekali isi biografi pendek yang dikarang tadi. Selepas ini mungkin saya akan mula membuat beberapa posting baru, kalau tak malam ini, paling lambat pun esok lusa ya. Sekian. :]

--------------------

Radzi Sapiee atau nama sebenarnya Mohd Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee adalah penulis bebas yang meminati dunia pemikiran tinggi berasaskan hubungan Tuhan dengan makhluk dan ciptaan. Asalnya, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor, Keluang ini adalah peminat tegar ilmu sains tulen dan falsafah serta dunia pemikiran rasional Barat. Tetapi peralihan minat yang mula berputik ketika berumur 18 tahun akibat terbaca syair-syair pujangga agung sufi Hamzah Fansuri menyebabkan timbul konflik besar dalam diri. Ke manakah arah hidup ini harus ditujukan? Minat terhadap sains dan matematik semakin pudar sedangkan itulah yang menjadi pegangan hidupnya selama ini. Ke mana pula harus dibawa minat baru terhadap dunia Tasawuf yang semakin bertakhta dalam dada?

Dalam keadaan itulah beliau pernah 3 bulan tidur di tepian jalan di tengah kota London sebelum mengembara seorang diri mengelilingi Eropah menumpang kenderaan orang ramai selama sebulan, juga tidur di tepian jalan kota-kota besar seperti Paris dan Amsterdam. Walaupun sempat memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang Matematik dari University College of London tahun 1995, beliau tidak dapat lagi meneruskan apa-apa pembabitan dalam dunia sains. Lalu penulis menjadi wartawan pula dan terus menulis dalam bahasa Inggeris dengan akhbar perdana nasional The New Straits Times sehingga 5 tahun akan datang.

Peristiwa keruntuhan menara berkembar World Trade Centre 11 September 2001 di New York menyentak fikiran kembali ke arah makna pencarian hidup yang berjaya dilupakan buat sementara. Sampai satu peringkat, beliau tidak dapat lagi meneruskan kerjaya biasa lalu mula keluar mengembara seraya melawat makam-makam lama dan tidur di masjid-masjid di seluruh Semenanjung. Pencarian makna hidup membawa kepada pencarian salasilah keluarga sebelah bapa yang ternyata berakar-umbi dari Perak membawa ke Aceh hingga ke Baghdad sampai ke Mekah. Penulis sempat masuk ke Aceh awal tahun 2004 ketika ia masih darurat, sempat merasa ditahan tentera dan beberapa kali disoal-siasat. Kemudian terjadi pula peristiwa Tsunami 26 Disember yang membunuh tidak kurang 200,000 jiwa.

Pengalaman menunaikan umrah di Mekah dan ziarah ke makam Rasulullah SAW pertengahan 2005 meyakinkan penulis untuk membukukan pengalaman hidup berkaitan untuk dijadikan teladan juga luahan isi dada. Terbitlah siri novel “Berpetualang ke Aceh” dengan buku pertama bertajuk kecil “Mencari diri dan erti” (Jun 2006), buku dua “Membela syiar yang asal” (Mei 2007) dan buku tiga “Sirih pulang ke gagang?” (November 2007) hasil usaha pembiayaan sendiri. Siri ini membawa kepada perkenalan dengan pihak Karnadya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Pengalaman sebenar hidup penulis menarik minat mereka untuk bekerjasama menerbitkan sesuatu. Buku “Rumah Azan” adalah satu hasilnya.

9 ulasan:

awanbadai berkata...

Salam bro,

Tahniah, dah hampir zahir hasil usaha yang mengambil masa.
Selamat meneruskan usaha.

:)
salam

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA berkata...

Salam...

Karnadya tu abang ingat tak Alya pernah kenalkan kat abang masa kat forum dulu? Now abang menulis untuk KarnaDya ke?

Semoga diberikan kemudahan dan menuju kejayaan ya abang...

Wasalam

Adik

leman berkata...

tahniah,
ke3 3 BPA telah habis saya baca dan dapatlah saya gambarkan dengan perasan sedih sambil berlinang air-mata sewaktu tentera aceh terkepung tanpa sebarang bantuan serta di "beloti" oleh tentera-tentera ksultanan melayu pada ketika itu.

sewaktu pengepongan mereka di muara sy melaka saya terasa seperti dapat menyelami dan berada di tempat "kejadian" walaupun saya sedar pada masa itu sdang memegang buku 'BPA 2' klau x silap...

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Mekasih semua.

Untuk AwanBadai, Tuhan dah atur jadual dah. Cuma untuk sampai ke satu bahagian, kena settelkan bahagian sebelum itu. Kalau tak settle, kena ulang balik macam ulang exam. Kalau terus tak settle gak, Tuhan boleh tukar takdir alih jadi mende lain. Kira kantul le... dah lepas peluang. Begitulah aturan ilmu Qada dan Qadar. One by one kasi settle woo...

Untuk Alya, Abang jumpa Kak Aina secara tak sengaja. Cuba baca ni...

http://merahsilu.blogspot.com/2008/04/perjumpaan-di-pesta-buku-antarangsa.html

Untuk Leman, tahniah kerana dapat menjiwai apa yang berlaku. Harap penjiwaan itu dapat disampaikan kepada seramai mungkin anak Melayu. Buku masjid yang akan datang adalah satu usaha untuk membawa rasa perjuangan itu melalui wadah yang sedikit berlainan. Diharapkan kedudukannya sebagai buku mewah yang disokong sebuah syarikat Bumiputera yang berwibawa dapat menyampaikan semangat perjuangan kepada golongan atasan yang berkuasa untuk berbuat sesuatu...

Tanpa Nama berkata...

Golongan 'atasan'? (baca:berkuasa) mereka 'sibuk' dengan perkara-perkara lain.. he he he.. - Orang Ber Ada

awanbadai berkata...

Salam bro MS,

Betul la bro, macam kena kat batang idung aku. Satu perkara tak settle, tak boleh pergi ke satu bahagian lagi, walaupun dah nampak halamannya di sana. Silap2 pintu kena tutup pegi bahagian lain yang tak disangka2.
Time kasih bro.

"Golongan Atasan" dan "golongan bawahan" tetap "sibuk" dengan urusan masing2. Mudah2an yang ingat dapat gegar ingatan kami yang lupa.

Salam

Tanpa Nama berkata...

salamssss .. .. menarik sekali posting kali ini .. .. menzahirkan byk perkembangan hikmah cetusan dari perkisahan lalu yang byk memberikan ilham dan ilmu .. .. selamat maju jaya .. .. dirahmati dan diberkati Allah SWT .. .. ;-) .. ..




JIWA

Tanpa Nama berkata...

Salam.

'Rumah Azan'? sedap tajuknya tu... hehe. Harap ada diskaun istimewa... hehe

Merbawi Jr. @ Zam

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Itu kena tanya KarnaDya sebab diaorang penerbit. Mereka yang mencetak, menjual dan mempromosinya. Saya cuma penulis dan pengarah isi buku sahaja...