Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Februari 26, 2009

Kekalutan politik masa kini dan apa yang dah pun disebut dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh"...

Sebuah peta lama sebagai hiasan...


Assalamualaikum semua. Sempena sudah masuk bulan mulia Rabiul Awal kini, bulan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW dan sempena malam Jumaat, biar saya buat satu posting baru di sini setelah agak lama malas bercerita... kerana rasa 'sengal' dengan keadaan negara sekarang. Itu yang boleh terkeluar gambar syaitan dalam artikel Pandangan saya terhadap tingkat empat .

Alhamdulillah, dalam tempoh hampir sebulan kebelakangan, saya telah berjaya mengekang diri dari berjalan jauh. Kalau berjalan pun setakat sekitar Selangor dan Lembah Kelang, ada le termasuk sedikit ke Negeri Sembilan. Lalu apabila timbul gerak untuk bercerita hari ini, saya buat artikel bertajuk The loose name of Batang Berjuntai... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan Masjid lama (old mosque of) Nilai, Negeri Sembilan juga Masjid (mosque of) Raja Alang, Beranang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) .

Disebabkan dalam masa terdekat ini tidak berjalan jauh, terfikir juga mahu mula berkecimpung bercerita tentang hal-hal semasa di sini seperti biasa dilakukan dalam kebanyakan blogspots yang popular di alam Cyber. Tetapi apabila melihat trend pemikiran yang berpuak-puak berfikiran sempit lagi semakin ganas tidak beradab, saya jadi 'sengal' kembali.

Teringat satu pepatah Inggeris ke hapa yang menyebut "Great men talk about ideas; Mediocre men talk about things; Small men talk about people". Hmm... apa dia translation untuk great dalam konteks ini ya? Ah, saya bantai aje le. Kira-kira maknanya lebih kurang begini: "Orang terpilih bercakap tentang idea atau buah pemikiran, orang biasa-biasa bercakap tentang perkara seharian seperti hal-ehwal semasa sedangkan orang-orang kerdil atau berpemikiran kecil bercakap tentang orang lain."

Lihat pada konteks Malaysia sekarang... betapa ramai orang yang suka bercakap tentang orang lain, gosip artis ini, artis itu kalau tak pun apa yang jiran sebelah buat. Ini semakin rancak dengan tumbuh seperti cendawan lepas hujan pelbagai program realiti hiburan dan perkara-perkara sewaktu dengannya yang menerbitkan ramai artis-artis baru sedangkan hakikatnya tidak seorang pun daripada mereka layak dipanggil artis... kalau sekadar pelakun, penyanyi atau cuba-cuba menjadi penyanyi boleh le. Di sebalik itu, muncul pula ramai golongan baru yang semakin celik politik dan hal-ehwal semasa terutama selepas pilihanraya kebangsaan ke 12 tahun 2008. Tetapi berapa ramaikah yang dapat menyelami hakikat sebenar yang berlaku di sebalik semua ini?

Sebab itu disebut "mediocre men talk about things" atau orang-orang biasa bercakap tentang perkara seharian seperti hal-ehwal semasa. Mungkin mereka-mereka yang semakin petah mempersoalkan perkara seperti hak sultan memilih menteri besar dan hak orang Cina menduduki kampung-kampung baru sampai kiamat merasakan diri mereka sudah cerdik. Hakikatnya mereka cuma berfikiran biasa sahaja tetapi disogokkan dengan pemikiran liberal yang membuat ramai orang mengukur dirinya sendiri sebagai pandai, lagi terpelajar. Lalu fikiran mereka boleh dimanipulasikan pihak-pihak berkepentingan untuk mengikut telunjuk dan kepentingan politik mereka.

Saudara dan saudari sekalian. Belajarlah untuk melihat lebih jauh. Jangan asyik bertelagah tentang kemunculan semak-samun di halaman rumah yang tak henti tumbuh walaupun telah dipotong dan diracun beberapa kali. Kajilah kenapa ia berlaku hingga ke akar-umbi, kemudian bolehlah dibuang terus akar rumput atau dibajak tanah atau disimen terus jika tidak mahu tumbuh rumput langsung lagi.

Di kala kita semua merasa pandai menyuarakan segala macam pendapat di pelbagai wadah terutama dalam dunia Internet yang serba terbuka, seharusnya kita faham apa yang berlaku pada kita, pada negara kita, pada dunia dalam peringkat lebih besar yang menjangkaui makna zaman berzaman kewujudan alam. Fahamkan apa itu takdir yang bakal menimpa menurut renteran peristiwa akhir zaman seperti pernah disebut oleh Nabi Muhammad SAW 1,400 tahun dahulu. Fahamkan apa yang tertulis dalam rancangan jahat Protocols of the Elders of Zion sehingga terjadinya segala macam kekeliruan yang melanda kita sekarang.

Ah... saya mula terasa 'sengal' lagi. Tak mengapa. Biar dilepaskan dahulu luahan tentang kekalutan politik masa kini yang ditimbulkan melalui sistem-sistem ciptaan Yahudi Zionis. Kemudian selepas ini, saya akan bercerita perkara-perkara lain, sesekali sahaja menyentuh keadaan semasa. Lebih elok saya bercerita tentang pengalaman hidup dan pengembaraan lalu dari terus terperangkap dalam pertelagahan hujah yang dicetuskan pihak musuh.

Baru-baru ini, seorang rakan yang aktif dengan program Biro Tata Negara telah menalifon bertanyakan khabar setelah lama tidak berhubung. Kawan itu menyatakan betapa susahnya untuk membuat orang-orang kita, orang Melayu Islam faham akan sebab sebenar kecelaruan yang melanda kita sekarang. Katanya, segala jawaban telah pun dinukilkan dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh" karangan saya. Tak perlu pergi jauh untuk mengkaji pelbagai perkara lagi. Tapi tu le, bukan senang hendak menjual buku yang melawan arus pemikiran biasa orang-ramai apatah lagi jika cuba mendedahkan rancangan jahat Yahudi Zionis mahu menakluki dunia. Alangkan saya sebut begini pun boleh dituduh cuba mengambil peluang mempromosi buku-buku dan diri sendiri pula.

Beginilah. Saya mahu semua faham keadaan sebenar yang berlaku. Sebab itulah saya mengambil risiko besar menerbitkan buku dengan belanja sendiri tanpa sokongan mana-mana pihak kecuali orang-orang yang tersayang dan mereka yang seperjuangan. Di sini, saya mahu orang faham bahawa sistem demokrasi itu sendiri menerbitkan keadaan yang ada sekarang. Untuk itu, saya meminta saudara-saudari membaca artikel-artikel lama yang ada membawa sedutan dari siri "Berpetualang ke Aceh" ini...


Mungkin tidak ramai yang rajin mahu mengkaji melalui link-link ini. Di sini biar ditambah sedutan-sedutan dari siri buku "Berpetualang ke Aceh" yang saya tergerak mahu letakkan di sebuah forum kegemaran saya baru-baru ini. Boleh masuk melalui link ini : Forum Rawatan Alternatif... Soal-jawab Berpetualang ke Aceh... Inilah sedutan-sedutan itu. Saya mulakan dengan sejarah berkaitan Perak kerana itulah yang paling relevan buat masa ini, sebelum pergi ke sejarah konspirasi peringkat dunia lalu kembali semula ke Malaysia. Hmm... elok juga dihighlight bahagian tertentu untuk memudahkan pembaca. Rasanya cukuplah untuk mengalih gambo setan dari posting terdahulu jauh ke bawah... sekian! :]

----------------------


Catatan rasmi menyebut bijih timah pertama kali dieksport dari Larut sekitar 1848 atas inisiatif usahawan terkenal bernama Long Jaafar. Menurut ceritanya ini berlaku selepas logam itu ditemui tersalut lumpur dibadan sekor gajah milik beliau bernama Larut yang ditemui setelah hilang di hutan hampir tiga hari. Sebab itu kawasan ini diberi nama Larut...

Semasa itu, Perak sedang diperintah Sultan ke 21, Sultan Shahabuddin Riayat Shah Safiullah ibni Al-Marhum Raja Inu Muhammad Saleh (1830-1851). Permintaan bahan itu di Eropah semakin rancak, selari dengan perkembangan Revolusi Industri. Jika dahulu, bijih timah banyak dikerjakan di Hilir Perak dan Bidor, penemuan bahan itu dalam jumlah yang banyak di Larut telah menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan ramai. Kebetulan Larut berada di bawah kekuasaan Panglima Bukit Gantang Alang Alaidin yang merupakan bapa saudara Long Jaafar juga bapa mertuanya melalui perkahwinan dengan sepupunya Ngah Pura. Lalu apabila perniagaan bijih timahnya meningkat maju hasil hubungan rapat dengan saudagar-saudagar Cina di Pulau Pinang, beliau berjaya memujuk Sultan Shahabuddin supaya memberikan Larut kepadanya sebagai pegangan.

Long Jaafar diketahui ramai berasal daripada keluarga berdarah Aceh. Satu cerita menambah beliau berasal daripada keturunan bangsawan yang terhormat malah mungkin berdarah raja! Mungkin sebab itu beliau dapat meraih kepercayaan Sultan... Atau beliau telah menawarkan sebahagian hasil bijih timahnya yang lumayan kepada raja? Yang nyata, pada zamannyalah orang Cina mula mendapat tempat secara meluas di Perak lalu menerbitkan beberapa penempatan awal. Ini berlaku apabila beliau membawa masuk beribu rakyat bangsa itu untuk mengerjakan lombong-lombong di Larut.

Selepas kemangkatan Sultan Shahabuddin, Sultan Abdullah Muhammad Syah I (Marhum Durian Sebatang, memerintah 1851-1857) pula menaiki takhta. Sultan inilah yang dicabar Raja Muda Jaafar hingga menerbitkan suasana sosio-politik yang dibincangkan awal tadi. Di sini terbit satu persoalan... Apakah sebab Raja Jaafar berani menuduh Sultan Abdullah yang merupakan bapa saudaranya tidak tahu memerintah? Apakah kerana Sultan ini tidak senang dengan kehadiran ramai orang asing yang akan menimbulkan kekacauan suatu hari nanti? Mungkin baginda mendapat firasat bahawa orang-orang Cina yang kebanyakannya dibawa masuk melalui sokongan Inggeris di Pulau Pinang akan membawa kesan buruk yang mendalam terhadap nasib orang Melayu akan datang?

Ah… Barangkali itulah yang sebenarnya berlaku.. Sultan Abdullah tidak senang dengan kehadiran begitu ramai pendatang sedangkan Raja Muda Jaafar bertindak sebaliknya atas sokongan Long Jaafar. Nampaknya matahati orang kaya itu telah dikaburkan sehingga lupa kemasukan orang Cina akan memberi alasan untuk Inggeris campur-tangan lalu menjajah Perak seterusnya Tanah Melayu... Apakah beliau tidak terfikir ada kemungkinan saudagar Cina yang bekerjasama dengannya sebenarnya bersubahat dengan Inggeris? Bukankah mereka bertanggungjawab memborong hasil bijih timah untuk dijual kepada Barat? Bukankah saudagar-saudagar ini juga menolong membawa masuk beribu pekerja dan pelombong Cina ke Perak?

Kalau begitu, tidak hairanlah jika Long Jaafar menjadi penyokong kuat Raja Jaafar. Sejarah mencatatkan beliau telah mendapatkan surat kuasa baru bertarikh 8 November 1856 dari Raja Muda itu untuk terus memegang Larut, bukan daripada Sultan Abdullah yang memerintah negeri seperti sepatutnya. Hmm... Mungkin beliaulah yang sebenarnya menghasut Raja Muda itu untuk menentang Sultan? Tidak mustahil ini berlaku atas ‘nasihat’ saudagar-saudagar Cina di Pulau Pinang yang menjadi kawan rapatnya. Dan tidak mustahil mereka pula mendapat nasihat Inggeris dalam menjayakan satu rancangan serampang dua mata untuk menakluki Perak...
———————————

Setelah Sultan Abdullah mangkat 1857, baru Raja Muda Jaafar diterima sebulat suara lalu menaiki takhta. Sekitar setahun kemudian, Long Jaafar pula meninggal dunia lalu sejarah mencatatkan anaknya, Ngah Ibrahim menjadi pengganti dan mendapat surat kuasa baru bertarikh 24 Mei 1858 untuk meneruskan aktiviti perlombongan dan pentadbiran di Larut.

Kebetulan ada cerita menyebut Ngah Ibrahim pernah menjadi anak angkat Raja Jaafar. Pada 23 Oktober 1863, Sultan Jaafar telah menganugerahkan gelaran Orang Kaya-kaya Menteri Perak kepada Ngah Ibrahim, satu perlantikan yang memberikannya kuasa yang lebih meluas ke atas jajahan Larut juga Matang yang bersebelahan. Termasuk dalam bidang kuasanya adalah hak untuk mengutip cukai daripada penduduk di bawah jagaannya. Tetapi pada masa pentadbirannya, selalu sahaja berlaku pergaduhan di kalangan pekerja dan pelombong Cina, satu masalah besar yang akan menghalalkan campur-tangan Inggeris secara aktif nanti.
Sebelum itu lagi, pada 1861 telah berlaku pergaduhan besar orang-orang Cina di dalam wilayah pentadbirannya, satu keadaan huru-hara yang dikenali sebagai Perang Larut pertama. Tidak pastilah kenapa, dua suku Cina yang terbesar iaitu Chen Sang yang menetap di Kelian Pauh (ketika itu lebih kurang 4,000 orang) dan Fui Chiu di Kelian Baru (sekitar 2,200) telah bertelagah sehingga mengorbankan ramai nyawa. Masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat apabila golongan Fui Chiu memohon bantuan Inggeris. Malah Ngah Ibrahim yang lebih banyak memihak kepada Chen San kerana hubungan yang terjalin sejak zaman pentadbiran Long Jaafar pula dipaksa membayar $174,474 sebagai ganti rugi kepada pihak Fui Chiu.

Mungkin pergaduhan ini berlaku akibat kekacauan yang ditimbulkan kumpulan-kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San? Tetapi ada pihak percaya, mereka sekadar bertindak sebagai ‘askar upahan’ yang ‘mewakili’ dua suku kaum bangsa Cina Hakka yang secara tradisinya mempunyai hubungan yang renggang. Walaupun orang Fui Chiu akhirnya dihalau keluar daripada Larut akibat satu lagi pertelagahan dengan Chen Sang 1865, satu pergaduhan besar yang dikenali sebagai Perang Larut kedua, tahun-tahun berikutnya menyaksikan kemunculan lebih ramai lagi suku-suku kaum Cina datang untuk berkerja dan melombong di Larut, satu situasi yang menimbulkan lebih banyak lagi pergaduhan demi pergaduhan.
Ketika itu sudah terdapat berpuluh ribu pendatang Cina bekerja dan berniaga seluruh Perak. Maka pergaduhan di Larut seringkali merebak sehingga meliputi seluruh negeri sampailah berlaku Perang Larut ketiga 1872. Ada sejarahwan mencatatkan tempoh 1861-1872 yang meliputi ketiga-tiga Perang Larut telah melibatkan tidak kurang daripada 40,000 orang di merata tempat! Yang menarik, kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San sering terlibat, tidak kiralah di mana... Mereka bukan setakat beroperasi di Larut, malah di mana sahaja ada kekacaun, di situ ada mereka. Tak ubah seperti kumpulan Mafia yang mendalangi mogok kesatuan pekerja...
Sekarang, cuba fikirkan... Mungkin wujud satu grand design melibatkan mereka untuk mencetuskan kekacauan demi kekacauan di kalangan orang Cina.... Bukankah status pendatang Cina sebagai His Majesty’s Subject atau rakyat naungan British membolehkan pihak Inggeris memasukkan polis dan askar mereka dengan alasan untuk menamatkan huru-hara?
———————————

Sejarah mencatatkan, Ngah Ibrahim pernah menubuhkan sebuah pasukan polis sekitar 40 orang Melayu untuk mengawal keamanan Larut tetapi gagal. Lalu beliau mengupah (atas cadangan siapakah agaknya ya?) seorang pegawai British, Kapten Speedy untuk membentuk pasukan yang lebih mantap. Pada 1873 pegawai itu kembali dari India membawa 110 orang Punjabi dan Pathan bersenjata yang berperanan sebagai polis. Pasukan inilah yang akan berkembang menjadi Polis Tanah Melayu yang mengandungi segerombolan pengkhianat bangsa yang akan bertanggungjawab memburu dan membunuh ramai pejuang Melayu nanti.

Sementara itu, perebutan takhta Perak telah menyebabkan Raja Abdullah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Andrew Clarke 31 Disember 1873 dan 9 Januari 1874 untuk memohon bantuan. Maka strategi serampang dua mata Inggeris yang bermula sekitar 1853 apabila Raja Jaafar mencabar Sultan Abdullah Muhammad I pun mula mengena. Ramai tidak sedar suku-suku Cina yang dibawa masuk ke Perak diketahui Inggeris telah lama bersengketa di tanah-air mereka sendiri lalu senang diapi-apikan untuk menghuru-harakan negeri. Sepertimana mereka juga telah mengkaji sifat dan sejarah berbagai sukubangsa Melayu seperti Bugis, Rawa, Batubara, Jawa dan Aceh supaya boleh diporak-porandakan secukup rasa, boleh dilaga-lagakan apabila perlu.

Pada 20 Januari 1874, Raja Abdullah menandatangani Perjanjian Pangkor di hadapan Andrew Clarke, wakil-wakil Inggeris juga pembesar Perak seperti Bendahara, Temenggung., Syahbandar, Raja Mahkota, Datuk Sagor, Ngah Ibrahim dan bapa mertuanya Laksamana Muhammad Amin. Pada hari yang sama, kapal perang Inggeris HMS Pluto yang menjadi medan perjanjian di perairan Pulau Pangkor turut menyaksikan wakil kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam Perang Larut terutama Ghee Hin dan Hai San ‘berteguh janji’ lalu berdamai antara mereka...
Maka itu dengan ‘kebijaksanaan’ pihak Inggeris yang ‘berjaya’ membawa semua pihak ke meja perundingan, ‘tamatlah’ segala persengketaan dan Perak pun ‘aman’. Lalu sejarah rasmi mencatatkan Larut yang mengambil sempena nama gajah milik Long Jaafar yang secara tidak sengaja telah membawa penemuan simpanan bijih timah yang terkaya di dunia zaman itu, nama yang berasal daripada bahasa Melayu (larut dalam air, bahan larut dan sebagainya…) telah ditukarkan menjadi Taiping pula... Daripada perkataan Cina yang bermaksud “keamanan yang berkekalan”.

Ya. Memang aman, cukup aman bagi pihak-pihak yang berkepentingan… Di kala Sultan ‘dipaksa secara lembut’ untuk menerima seorang Residen yang akan menyelenggarakan segala hasil maksyul bumi Perak dan urusan politiknya sehingga kuasa raja dihadkan kepada hal-ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja, di kala para pembesar termasuk Ngah Ibrahim kehilangan kuasa untuk memungut cukai di wilayah pentadbiran mereka sendiri, para kepala gangster, ketua-ketua kongsi gelap pula diangkat menjadi Kapitan-kapitan atau ketua masyarakat orang Cina.Juga menarik selepas perjanjian itu, Kapten Speedy yang pernah diupah Menteri Larut untuk menjadi setiausaha peribadi beliau dan pernah ditugaskan menubuhkan sebuah pasukan polis peribadi untuk mengawal keamanan wilayah pentadbirannya telah diangkat menjadi penolong Residen British. Malah tugasan pertamanya adalah menubuhkan sebuah pasukan polis yang lebih kuat dan mantap untuk mencengkam Perak!
Untuk makluman, selain di Negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang telah lebih dahulu dikuasai Inggeris, Taiping adalah bandar pertama di rantau ini yang menyaksikan mereka melakukan projek social engineering untuk mengubah struktur masyarakat Tanah Melayu buat selama-lamanya.... Satu tapak yang akan menyaksikan lebih ramai orang Cina, kemudian India dimasukkan untuk menghakis ketuanan malah takrif bangsa Melayu itu sendiri. Kesan social engineering ini masih terasa sehingga kini. Orang Melayu masih lagi merangkak untuk mendapatkan 30 peratus bahagian ekonomi di tanah bertuah ini sedangkan ramai anak bangsa sudah keliru apakah sebenarnya makna menjadi Melayu...
Sekarang, fikirkan... Siapakah yang memainkan siapa? Berapa ramaikah dalang yang terlibat sehingga berlakunya Perjanjian Pangkor yang menjajah bangsa Melayu ini? Siapakah yang duduk paling atas bermain catur memperbodohkan pihak-pihak berkepentingan yang bertelagah?
Wahai Melayu! Bangkitlah dari tidurmu! Bukan untuk menyemarakkan perasaan perkauman tetapi menyedarkan tentang permainan pihak tertentu yang berkepentingan. Fikirkanlah wahai anak bangsaku… Bangkitlah daripada khayal pelbagai rancangan hiburan di kaca TV yang membius minda kita semua... Sedarlah... Penjajahan Barat tidak pernah terhenti. Yang bertukar cuma kaedahnya sehingga ramai yang tidak menyedari!

——————————

Rasyid masih ingat sebahagian isi Perjanjian Pangkor yang dipamirkan di Istana Hinggap keSultanan Perak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang sudah menjadi sebuah muzium... Bunyinya lebih kurang begini:

“Pihak Inggeris bersetuju mengangkat Sultan Abdullah menjadi Sultan Perak sementara Sultan ketika itu, Sultan Ismail Mu’abuddin diturunkan dan diberi pencen dengan syarat Perak mestilah menerima seorang Residen Inggeris sebagai Penasihat Sultan dalam semua hal-ehwal bersangkutan negeri Perak, kecuali hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan MESTI MENERIMA nasihat Residen. Segala hasil bumi Perak pula mesti digunakan pertama-tamanya untuk menanggung kos dan sara hidup Residen dan orang-orangnya kemudian (maknanya baki atau sisa-sisalah itu) barulah untuk menyara Sultan dan negeri...”

Paling menyakitkan hati, tercatat syarat-syarat ini berjalan “selagi ada bulan dan bintang.” Apakah Sultan Abdullah tidak berfikir panjang ketika menandatangani perjanjian atau baginda rasa boleh menipu pihak Inggeris dengan tidak mematuhinya setelah mendapat kuasa nanti?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya apalagi terlajak menandatangi kontrak Syaitan… Sultan Abdullah terpaksa menerima J.W.W. Birch sebagai Residen Inggeris lalu disuruh menurut segala kata-katanya. Orang Putih ini ternyata tidak sensitif terhadap hati perasan orang Melayu malah amat kurang ajar pula, selalu melanggar adat-istiadat tempatan sehingga berani mengkritik Sultan di hadapan umum. Keadaan ini menyebabkan orang-orang Melayu merasa amat tertipu. Lalu buat pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun, semua waris takhta dan pembesar telah berpakat sama untuk menghapuskan ancaman ini.

Pada 1875, Birch diserang dan ditikam sehingga mati ketika sedang mandi di tebing Sungai Perak di Pasir Salak, dalam mukim Kampung Gajah. Tahun 1877 pula menyaksikan Sultan Abdullah dan beberapa orang pembesar disahkan terlibat dalam pakatan sulit yang menyebabkan Orang Putih itu dibunuh. Datuk Maharalela, Datuk Sagor serta beberapa orang pengikut dihukum gantung sampai mati di Taiping 20 Jun 1877. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Laksamana Muhammad Amin dan Shahbandar pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles yang terletak jauh di perairan benua Afrika (kata almarhum Nenek Pulau Sisek) sedangkan Raja Ismail dibuang ke Singapura. Mereka yang hidup terpaksa menghabiskan hari-hari tua dalam kehinaan sementara ketuanan Melayu semakin teruk ditekan...

Raja Yusuf yang sepatutnya menaiki tahkta selepas Sultan Ali mangkat 1871 (jika gilirannya tidak ‘dikacau’ Sultan Jaafar) diangkat menjadi pemerintah baru Perak dengan bidang-kuasa terhad. Baginda bergelar Raja Muda sahaja, 10 tahun kemudian, 11 Mei 1887 baru dapat menjadi Sultan!

Ramai pihak memandang serong peranan baginda dalam perbicaraan pembunuhan Birch. Sebenarnya Raja Yusuf juga menjadi mangsa apabila ‘dilantik’ Inggeris menjadi hakim yang bakal menimbulkan kemarahan orang Melayu... Jika tidak baginda, tetap akan ada waris takhta lain yang ‘diangkat’ untuk mendengar perbicaraan lalu disuruh membuat keputusan yang memihak kepada penjajah. Dalam keadaan mana pun, akan ada seorang kerabat diraja Perak dikambing-hitamkan kerana inilah taktik mereka untuk menunjukkan ‘keadilan’ sambil memecah-belahkan masyarakat.

Raja Yusuf sempat menjadi Sultan selama dua bulan sahaja. Baginda mangkat 26 Julai 1887. Lalu dalam tempoh 10 tahun sebelum itu, siapakah yang sebenarnya memerintah? Bukankah Inggeris laknat yang memaksa Raja Muda menjadi boneka? Maka jadilah Perak negeri berdaulat warisan keSultanan Melaka yang memiliki titisan darah diraja Samudera Pasai, Aceh, juga keSultanan Perlak tidak beraja buat beberapa waktu. Hal ehwalnya bulat-bulat jatuh di bawah telunjuk Mat Saleh kurang ajar.


Fuh... tersirap darah Rasyid memikirkan ini…. Ah! Sabar, sabar…. Mungkin dalam tempoh itu, Sultan Abdullah dan semua yang terlibat insaf atas apa yang berlaku. Baginda akhirnya mangkat di Singapura 1922 lalu dimakamkan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Al Fatihah untuk baginda… Semoga Raja-raja Melayu juga para pemimpin Melayu sekarang dapat mengambil iktibar lalu tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Apapun, peristiwa ini menyaksikan cengkaman Inggeris semakin kukuh. Pembunuhan J.W.W. Birch telah menghalalkan campurtangan yang lebih keras dalam hal-ehwal orang Melayu. Dengan menggunakan taktik yang serupa, negeri-negeri Melayu lain di Semenanjung turut dipaksa menerima sistem Residen yang membuat para Sultan menjadi patung belaka. Sebab itu kata Mak Uda, plet nombor kereta Perak bermula dengan huruf A... Kerana ia negeri Melayu pertama yang memakai Residen British...

“Kemudian baru Selangor di mana plet kereta-kereta yang didaftarkan di sana bermula dengan huruf B diikuti Pahang dengan huruf C!”

---------(melompat jauh ke bahagian lain)-----------

Cengkaman Republik Indonesia terhadap Aceh adalah satu natijah besar penjajahan Belanda yang merupakan lanjutan proses untuk memalapkan syiar Islam dari mukabumi. Proses yang didalangi puak Yahudi Zioni dan rangkaian-rangkaian mereka ini bertujuan mahu menakluki dunia, kononnya untuk memenuhi amanah Bani Israel sebagai bangsa ‘pilihan’... Maka itu, dalam grand design atau rangka-kerja Zionis, bumi Islam mesti ditundukkan ke bawah telunjuk dan hala-tuju yang mereka inginkan.

Melalui tangan-tangan ghaib mereka yang berjaya menyatukan kuasa-kuasa Barat untuk menjajah kerajaan-kerajaan Islam seluruh dunia, Yahudi Zionis telah memaksa empayar Uthmaniyah yang menaungi ummah sejak abad ke 16 supaya melutut apabila kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Akibatnya, wilayah selatannya yang meliputi Jerusalem sehingga ke timur-laut pesisir Laut Merah juga sebahagian bekas empayar Parsi termasuk kerajaan purba Mesopotamia telah dibahagi-bahagikan di antara pihak yang menang untuk menerbitkan negara-negara Palestin, Trans-Jordan dan Iraq (di bawah Inggeris) dan Syria (Peranchis).

Keadaan ini bakal menerbitkan Israel, negara haram yang diwujudkan 1948 untuk meliputi Jerusalem. Wilayah rebutan Islam, Kristian dan Yahudi itu sebenarnya adalah ‘keratan’ Palestin yang diperolehi Inggeris sebagai ‘hasil’ Perang Dunia Pertama. Rancangan untuk menerbitkan negara Yahudi ini boleh dibuktikan melalui Perisytiharan Balfour 1917. Perisytiharan oleh Setiausaha Luar British Arthur James Balfour itu berbunyi:

“His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country.”

Maksudnya: “Kerajaan Yang Maha Mulia Raja (Raja British) melihat dengan anggapan baik penubuhan di Palestin sebuah tanah-air untuk orang-orang Yahudi, dan akan berikhtiar sebaik mungkin untuk memudahkan pencapaiannya, sambil memahami dengan nyata bahawa tidak ada apa-apa yang akan dilakukan yang boleh merugikan hak awam dan beragama masyarakat bukan Yahudi yang wujud di Palestin, atau hak dan status politik orang-orang Yahudi di negara-negara lain.”

Lihat. Bahasanya begitu ‘lembut’ diplomatik menunjukkan simpati terhadap segolongan manusia yang ‘memerlukan tanah-air’ sendiri serta azam Inggeris untuk membantu mencapai matlamat ini. Fikirkan… Ketika perisytiharan dibuat, wilayah Palestin masih berada di dalam kekuasaan keSultanan Turki Uthmaniyah tetapi sudah ada pihak yang berani membuat azam sebegini. Bukankan ini bermakna penubuhan Israel sudah lama dirancang dengan penuh keyakinan? Bukankah ini menunjukkan wujud sebuah grand-design atau rancangan menyeluruh jangka panjang yang akan membawa kepada penubuhan negara haram Yahudi itu nanti?

Atas saranan Presiden Amerika Woodrow Wilson, sebuah pertubuhan negara-negara bersatu peringkat dunia dipanggil the League of Nations telah diwujudkan sejurus selepas Perang Dunia Pertama tamat 1918. Pada 1922, ia merangkumi lebih 50 buah negara lalu memberi pihak British atau Inggeris mandat besar untuk mentadbir Palestin sehingga 1947. Mereka yang mengkaji lebih mendalam mesti tahu pertubuhan ini dianggotai banyak negara Eropah yang telah diperkudakan the international bankers, para peminjam wang Yahudi yang menguasai ekonomi dunia di sebalik tabir. Ia adalah lanjutan hasil-kerja perbincangan Kongress Zionis Sedunia pertama 1897 yang dipelopori seorang Yahudi dari Austria, Theodore Herzl, orang yang juga dikenali sebagai bapa Zionisma moden.

Tidak menjadi rahsia konsep Zionisma yang meletak Yahudi sebagai bangsa terpilih yang harus memerintah dunia sebenarnya telah wujud lebih 2,000 tahun lalu sempena nama Bukit Zion ataupun Sion di Jerusalem. Mengikut kepercayaan mereka, ia adalah pusat pemerintahan Nabi Daud AS dan anaknya Nabi Sulaiman. Dengan ideologi politik berteraskan ‘kemuliaan’ bangsa Yahudi dan ‘hak semulajadi’ untuk memerintah dunia, Kongress Zionis 1907 menyaksikan tekad mereka untuk mendirikan negara Yahudi yang berpusat di Jerusalem. Apabila tamat Perang Dunia Kedua (1939-1945), the League of Nations dimansuhkan untuk memberi jalan kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Tidak lama kemudian, mandat Inggeris untuk memegang Palestin pun tamat dan pada 1948, negara Israel pula didirikan dengan sokongan Bangsa-bangsa Bersatu!
Fikirkanlah… Apakah ini semua berlaku secara kebetulan ataupun dirancang? Pada sesiapa yang pernah membaca dokumen The Protocols of the Elders of Zion, bukankah ini menepati grand-design atau rancangan besar jangka-panjang Zionis untuk menakluki dunia? Bukankah dokumen yang muncul sebelum abad ke 20 itu menyatakan mereka perlu menerbitkan beberapa perang dunia untuk mencapai matlamat ini? Malah ada kajian menyebut, Yahudi Zionis sudah membuat rencana untuk mencengkam dunia jauh lebih dahulu daripada kewujudan dokumen bertulis Protocols yang kemungkinan besar digariskan sekitar Kongres Zionis Sedunia 1897. Ini berdasarkan sebuah peta rahsia menunjukkan lambang simbolik ular Zion yang meliliti lokasi-lokasi terpilih pada zaman-zaman tertentu, bermula dari Yunani 429 Sebelum Masihi, satu tempoh masa yang ‘kebetulan’ telah menyaksikan kewujudan golongan pendatang sophist yang menghalalkan sistem demokrasi (baca balik Jilid 2, bab Demokrasi vs. Raja-raja).

Peta yang sama menunjukkan lilitan ular merangkumi Rome zaman Maharaja Augustus (69 SM), Madrid di Sepanyol zaman Raja Charles V (1552 Masihi), Paris 1790 (ketika Raja Louis XVI memerintah), London 1814 (selepas Napolean jatuh), Berlin selepas Perang Peranchis-Prussia (1871) dengan kepala ular berada di St. Petersburg, Russia 1881. ‘Kebetulan’ setiap tempat dan tempoh yang ‘disinggahi’ ular menyaksikan peristiwa-peristiwa besar yang mengubah suasana sosio-politik masyarakat setempat. Apakah peristiwa-peristiwa ini semuanya telah dirancang Yahudi Zionis?

Walaupun peta lama itu menunjukkan perjalanan ular ini ‘tamat’ 1881, para pengkaji percaya ia seterusnya ‘meliliti’ Amerika Syarikat awal abad ke 20. Ini bertepatan dengan penubuhan Federal Reserve, bank pusat Amerika yang mempunyai kesan yang amat besar dan menyeluruh terhadap perkembangan ekonomi dunia. Tidak lama kemudian, ular itu ‘kembali’ ke Russia, ke bandar-bandar Moscow, Kiev dan Odessa yang akan menjadi pusat-pusat militan Yahudi lalu menuju ke Istanbul, Turki (zaman Uthmaniyah) sebelum berakhir di Jerusalem wilayah Palestin.

‘Kebetulan’ lagi berlaku Perang Dunia Pertama yang menyaksikan keSultanan Turki Uthmaniyah melutut sebelum ‘dipancung’ terus oleh pemimpin golongan “Turki Muda” yang pro-Barat dan anti-Islam, iaituMustafa Kamal Attartuk. Ini diikuti kejatuhan Mekah dan Madinah ke tangan keluarga Bani Saud yang sangat memusuhi para Sharif anak cucu keturunan Rasulullah SAW. Akibatnya umat Islam seluruh dunia menjadi anak-anak yatim-piatu lalu tidak mampu menahan objektif Zionis yang seterusnya... Mewujudkan sebuah negara Yahudi di atas tanah Palestin.

Palestin yang mengandungi Jerusalem atau Baitul Muqaddis dianggap tanah suci penganut Islam, Kristian juga Yahudi. Ia jatuh ke tangan ummah penghujung abad ke 7 Masihi setelah bala-tentera Islam yang diketuai Panglima Amru bin Ash berjaya memukul mundur askar Rum dalam Pertempuran Yarmuk. Askar Islam pun bertemu ketumbukan baru musuh pimpinan Panglima Atrabun (Atravon) yang gagah berani lagi licik... Tetapi berkat petunjuk daripada Khalifah Umar Al-Khattab di Madinah, tentera ini berjaya diatasi sehingga mereka tersepit di Baitul Muqaddis.

Setelah lama terkepung, pihak musuh pun mengalah, Mereka menyerah diri dengan meminta Khalifah Umar sendiri datang mengambil kunci kota. Baginda memecah tradisi para pemerintah agung apabila datang dari Madinah menaiki unta bertemankan seorang bekas hamba sahaja! Sejak itu, Baitul Muqaddis terus diperintah Islam sehinggalah 400 tahun kemudian apabila ketua tertinggi gereja Khatolik, Pope Urban II ‘mendapat ilham’ lalu mengisytiharkan setiap penganut Kristian yang tampil ke hadapan untuk merampasnya akan diampunkan segala dosa dan dijamin masuk syurga.

Tahun 1096 menyaksikan 300,000 tentera gabungan Kristian daripada pelbagai kerajaan Eropah mendarat di Konstantinople, pusat empayar Kristian Byzantium. Ketika ummah sedang berpecah akibat persaingan Daulah Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad dengan Daulah Fatimiyah di Mesir untuk muncul sebagai pemerintah Islam terunggul, mereka merebut kembali beberapa wilayah taklukan Islam.Tiga tahun kemudian, seorang panglima utama mereka, Godfrey de Bouillon muncul sebagai wira Kristian apabila berjaya menawan Baitul Muqaddis. Beliau pun diangkat menjadi pemerintah pertama kerajaan baru the Kingdom of Jerusalem.

Kajian-kajian tertentu menunjukkan Godfrey juga adalah pemimpin tertinggi pergerakan Zionis lama yang dikenali sebagai Prieure de Sion (bahasa Peranchis) atau Priory of Sion di samping mengetuai kumpulan pahlawan militan Kristian Knights Templar yang sebenarnya adalah penyokong kuat Yahudi Zionis. Dia dikatakan berasal daripada keturunan raja-raja lama Dinasti Meronvingian yang pernah memerintah sebahagian besar Eropah Barat termasuk Peranchis dan German abad ke 5 hingga 8 Masihi.

Menurut satu dakwaan, keturunan ini terbit dari ‘perkahwinan’ Nabi Isa AS dengan Mary Magdelene. Rasul itu diketahui berasal daripada keturunan Nabi Daud AS, Raja Bani Israel yang memerintah di Jerusalem sekitar 1,000 tahun Sebelum Masihi... Lalu ada pihak menyebut Nabi Isa AS sebagai king of the Jews, raja orang-orang Yahudi yang tidak sempat bertakhta. Maka itu kemenangan Godfrey diwar-warkan sebagai sirih pulang ke gagang... Kononnya ‘keturunan’ Nabi Isa AS telah kembali untuk ‘mewarisi’ takhta pemerintahan Bani Israel yang berpusat di Jerusalem.

Di sini kita mesti berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan dakyah Yahudi Zionis…Ingat! Majoriti penganut Kristian mahupun Islam telah diajar untuk menolak apa-apa kemungkinan yang Nabi Isa AS pernah berkahwin... Maka itu siapakah sebenarnya Godfrey dan apakah hakikat asal-usul darah diraja Meronvingian? Apakah mungkin inilah keturunan jahat yang akan menerbitkan Dajal Al-Masih? Dajal bermata satu yang akan memimpin Yahudi untuk menakluki dunia akhir zaman nanti? Atau Dajal sudah pun wujud menunggu masa tercetusnya Perang Dunia Ketiga?

Apapun, kota suci Baitul Muqaddis yang mengandungi Masjidil Aqsa, tempat Rasulullah SAW bertemu rohani para Nabi terdahulu dan mengimami solat mereka sebelum Mikhraj ke langit akhirnya berjaya dikembalikan ke tangan umat Islam. Sekitar 88 tahun kemudian, setelah beberapa kali berhempas-pulas dan berlaku pertempuran demi pertempuran besar-besaran melawan tentera-tentera Kristian dalam apa yang dikenali sejarah sebagai siri Perang Salib, muncullah penakluk agung Sultan Salahuddin Al-Ayubi sebagai penyatu umat Islam yang pernah berpecah-belah. Baginda menamatkan Daulah Fatimiyah di Mesir yang sudah terlalu lemah lalu menggabungkannya dengan kerajaan Islam lain untuk membentuk sebuah pasukan bersepadu. Ia ternyata cukup kuat untuk menghadapi askar-askar Kristian lalu satu demi satu ketumbukan tentera Salib berjaya dikalahkan sambil pasukan Islam mara ke sasaran...

Pada 4 Julai 1187, terjadilah pertempuran hebat di Hittin yang melemahkan kedudukan tentera Salib sehingga cengkaman ke atas Baitul Muqaddis menjadi longgar. Panglima Count Rainald de Chatilon yang bongkak telah membawa 45,000 askar menyeberangi padang pasir yang luas untuk ‘menamatkan’ riwayat Sultan Salahuddin tetapi terperangkap kehausan di Bukit Hittin kerana tidak membawa bekalan. Peluang ini digunakan baginda untuk menghapuskan tentera Salib sehingga tinggal beberapa ribu sahaja sebagai tawanan perang. Pada September 1187, tentera baginda mengepung Baitul Muqaddis... Serangan demi serangan dilakukan sehingga penduduknya tidak mampu lagi bertahan lalu mengaku kalah.

Kota itupun dikembalikan kepada pihak Islam secara aman. Sultan Salahuddin membenarkan orang Kristian kembali ke tanah-air masing-masing setelah menyerahkan senjata kepada tentera Islam. Mereka juga diberi sedikit waktu untuk menyelesaikan segala urusan yang tertunda. Pada 2 Oktober 1187 bersamaan 27 Rejab 583 Hijrah, barulah baginda dan orang-orangnya memasuki kota suci ketiga umat Islam itu, bertepatan tarikh 27 Rejab yang menyaksikan Rasulullah SAW singgah di Baitul Muqaddis dalam peristiwa Israq dan Mikhraj 600 tahun lebih awal!

Orang-orang Kristian di Eropah tidak berpuas hati dengan kekalahan itu lalu cuba mengumpulkan kekuatan baru. Sejarah rasmi menyaksikan, sehingga penghujung abad ke 13, mereka terus melancarkan beberapa lagi siri Perang Salib untuk merampas kota tersebut tetapi masih tidak berjaya. Sebaliknya umat Islam terus berkuasa malah sanggup membenarkan penganut agama lain termasuk Yahudi hidup bebas di wilayah itu!



Sesetengah sejarahwan menyebut, dalam tempoh ini Baitul Muqaddis pernah sekali ditawan Kristian melalui Perang Salib ke-6 (1228-1229) yang dipimpin Maharaja Frederick II dari Empayar Rom. Tetapi ada pihak pula menyatakan kota itu sebenarnya diserahkan oleh Sultan al Kamil dari keluarga Ayyubi kerana maharaja Kristian itu telah menolongnya melawan al Mu’adham Isa dalam satu perang saudara. Apapun, Baitul Muqaddis berjaya ditawan kembali tentera Islam 1244. Percubaan demi percubaan tentera Salib seterusnya untuk menakluki kota itu gagal sama sekali lalu abad ke 14 dan 15 menyaksikan semangat mereka untuk melancarkan perang merosot semakin teruk. Usaha demi usaha pelbagai pihak selepas itu untuk menghimpunkan tentera Eropah yang cukup kuat pula ternyata tidak berjaya... Maka sampailah kita pada fasa baru dalam sejarah dunia.
Pada 29 Mei 1453, dunia terutama Barat digemparkan apabila Sultan Muhammad Al-Fateh daripada keturunan Uthman Khan Ghazi (pemerintah sebahagian besar Asia Minor 1281-1320) berjaya menakluki Konstantinople, pusat pemerintahan dan kubu terkuat Empayar Kristian Byzantium ataupun Rum Timur. Kemenangan yang menandakan bermulanya era kegemilangan keSultanan Turki Uthmaniyah itu amat bermakna kerana ia berlaku setelah lebih 800 tahun umat Islam berusaha menawan kota agung tersebut melalui 10 percubaan... Sejak zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan demi memenuhi Hadis Nabi yang menyatakan pusat Empayar Rum itu akan jatuh ke tangan orang Islam suatu hari nanti.

Sempena penaklukan Konstantinople yang melupuskan terus Empayar Rum Timur, Sultan Muhammad Al-Fateh turut dikenali sebagai Kaisar atau Maharaja Rom. Baginda juga menjadikan kotaraya agung itu sebagai pusat kerajaan yang diberi nama baru Istanbul. Agaknya Sultan inilah yang disebut dalam kitab Hikayat Hang Tuah sebagai Sultan Rum, raja besar bertaraf wali Allah yang ingin dilawati Hang Tuah. Hikayat itu menyebut pahlawan tersohor Melayu itu terpaksa menunggu berbulan-bulan semata-mata untuk mendapatkan peluang menatap wajah sang raja!

Selepas 30 tahun memerintah, Sultan Muhammad Al-Fateh mangkat 1481 lalu digantikan anakandanya Sultan Bayazed (memerintah hingga 1512). Sultan ini membina angkatan laut yang diakui semua pihak sebagai yang terunggul di Laut Mediterranean malah di dunia! Maka tidak hairanlah jika pentadbiran Baitul Muqaddis turut jatuh ke tangan Uthmaniyah... Malah para pemerintah kerajaan ini mula diiktiraf umat Islam sedunia sebagai pewaris keKhalifahan seluruh ummah yang pernah terputus apabila Baghdad, pusat pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyah dihancurkan puak Mongol pimpinan Hulagu Khan, cucu kepada Genghiz Khan 1258.

Sejak itu, kerajaan Uthmaniyah mengambil peranan menjaga Baitul Muqaddis daripada serangan tentera Salib. Kecanggihan kelengkapan tentera mereka menyebabkan benteng peperangan ciptaan Uthmaniyah sangat susah digugat sehingga pihak Eropah hilang punca bagaimana mahu menanganinya. Lalu sejarah rasmi mencatatkan kuasa-kuasa Barat mula menumpukan perhatian dan tenaga untuk ‘menerokai’ dunia luar terutama setelah Christopher Columber menemui Amerika 1492. Betulkah mereka tidak berminat lagi menakluki Baitul Muaqaddis atau ia cuma taktik Yahudi Zionis untuk melumpuhkan umat Islam dengan cara lain?

Ada cerita-cerita lama menyebut, keSultanan-keSultanan di luar Timur Tengah termasuk Perlak, Samudera-Pasai dan Melaka di Nusantara juga berperanan mempertahankan Baitul Muqaddis daripada serangan tentera Salib sepertimana askar-askar Kristian daripada England, Sepanyol dan Peranchis sanggup berjalan kaki atau belayar beribu batu untuk turut sama berperang. Lagipun penganut Islam seluruh dunia termasuk orang Melayu sudah lama berulang-alik menunaikan haji, umrah atau mengaji di Mekah dan Madinah. Apalah hendak dihairankan jika mereka turut menyahut panggilan jihad? Maka Samudera-Pasai dan Melaka nanti akan diserang Barat kerana terlibat sama dalam mempertahankan kedaulatan Islam.

Dengan menjajah keSultanan-keSultanan di luar lingkungan Timur Tengah terutama di Afrika, benua Hindi dan Nusantara, kuasa-kuasa Barat juga boleh memotong jalan-jalan pelayaran yang menghubungkan kerajaan-kerajaan Islam sambil mengaut bahan mentah dan galian yang perlu untuk memperkasakan lagi angkatan perang. Ini terbukti apabila mereka melancarkan Perang Dunia Pertama yang akan menyaksikan keSultanan Turki Uthmaniyah melutut sehingga Baitul Muqaddis terlepas, setelah berjaya menjajah semua kerajaan Islam di luar Timur Tengah abad ke 16 hingga 18 kemudian menawan jajahan takluk Uthmaniyah di sekitarnya abad ke 19. Kebetulan (atau termasuk dalam program?), tahun 1492 yang merupakan tahun keramat ‘peningkatan ketamadunan’ Barat telah menyaksikan kejatuhan empayar Islam di Eropah Barat apabila Andalusia, kotaraya keilmuan megah yang menjadi contoh penyemarak tamadun Eropah jatuh ke tangan tentera gabungan Kristian Sepanyol. Apakah ia juga berkait dengan ‘semangat’ baru Barat untuk ‘meneroka’ dunia luar?

Fikirkanlah tajam-tajam dan renungkan dengan mendalam… Walaupun zahirnya penaklukan demi penaklukan ke atas wilayah Islam zaman berzaman dilakukan kuasa-kuasa Barat yang sering bertelagah, bukankah ini menunjukkan corak lilitan ular yang memulakan ‘permainan’ dengan melingkungi kawasan luar sebelum melilit masuk ke lapisan dalam? Lalu apabila lilitan itu kukuh, ular Zionis inipun membelit sambil mematuk pusat keKhalifahan di Turki yang terperanjat sehingga boleh terlepas Baitul Muqaddis daripada genggaman... Dan untuk memastikan mangsa tidak mampu bangkit memerdekakan kota suci itu lagi, ular ini mencengkam taringnya dalam-dalam lalu meresaplah racun golongan pro-Barat anti-Islam yang akan menghancurkan keSultanan Turki buat selama-lamanya!

Bermula dari Sultan Selim I (memerintah 1512-1520), Sultan-sultan Uthmaniyah menyandang gelaran Khadamul Haramain anugerah Sharif Mekah yang bermakna penjaga dua kota suci Mekah dan Madinah. Zaman pemerintahan Sultan Suleiman Al-Qanuni (1520-1566) atau Suleiman the Magnificent pula tercatat sebagai puncak kegemilangan Uthmaniyah dengan jajahan takluknya meliputi hampir seluruh utara Afrika sehingga ke sempadan Maghribi dan seluruh pantai barat Semenanjung Arab termasuk Yaman... Sempadan timurnya sampai ke pinggir barat Laut Kaspian, meliputi lembah subur Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengandungi Baghdad sementara sempadan barat-laut meliputi hampir seluruh Eropah Timur sehingga ke tepian bandaraya Vienna, pusat kekuasaan Kristian dan empayar keluarga diraja Hapsburg zaman itu. Ditambah penguasaan ke atas Laut Mediterranean dan Laut Hitam, Daulah Uthmaniyah menjadi empayar terbesar dan terkuat di dunia zaman itu.

Adat dunia ibarat pergerakan roda, ada naik, mesti ada turun... Kuasa terbesar Islam itu mula menunjukkan bibit-bibit kejatuhan apabila angkatan bersatu Eropah berjaya mengalahkan angkatan lautnya dalam Perang Lepanto di Yunani 1571. Ketika itu, empayar Uthmaniyah sedang diperintah Sultan Selim II (1566-1574), seorang raja yang menurut catatan Barat adalah pemerintah yang lemah. Mungkin Barat terlalu membandingkan baginda dengan ayahandanya yang dikenali seluruh Eropah sebagai Suleiman the Magnificent? Raja inilah yang terlibat dalam peristiwa “meriam lada secupak” yang terkenal di Aceh di mana utusan dari bumi Serambi Mekah telah dihantar ke Istanbul dengan membawa sebuah kapal penuh lada hitam sebagai belanja perjalanan dan untuk ditukarkan dengan meriam-meriam buatan Turki demi mempertahankan keSultanan Melayu itu daripada serangan Portugis yang mula bermaharajalela di Nusantara.

Pemerintah Aceh ketika itu, Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahar (1539-1571) berharap untuk mendapatkan pertolongan Sultan Suleiman yang telah lama dikenalinya tetapi apabila utusannya sampai, raja agung Uthmaniyah itu baru sahaja mangkat. Sultan Selim pula sibuk menghadapi ancaman demi ancaman perang Barat menyebabkan rombongan daripada Aceh terpaksa menunggu berbulan-bulan. Mereka kehabisan belanja dan bekalan lalu terpaksa menjual lada yang dibawa sedikit demi sedikit sehingga tinggal secupak... Kemudian baru berpeluang menghadap Sultan dan mendapatkan peralatan seperti meriam juga bantuan ketenteraan.

Pada 1568 Aceh mula menyerang Portugis di Melaka dengan bala-tentera hebat yang mengandungi askar Turki serta peralatan mereka. Portugis nyaris tewas tetapi berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan orang Melayu Johor, satu fakta yang cuba diperkecilkan Barat kerana tidak mahu mengaku akan kalah jika tidak kerana pengkhianatan Melayu. Sebab itu Aceh menyerang Johor 1570... Sejarah rasmi yang diwarnai Barat pula menyebut mereka berbuat begitu kerana ego dan tamak mahu menguasai Selat Melaka dalam apa yang dikenali sebagai Perang Tiga Segi...

Apapun, abad ke 18 menyaksikan Turki Uthmaniyah semakin lemah. Pada 1774, Turki dikalahkan Russia setelah enam tahun berperang. Akibatnya mereka terpaksa membenarkan kuasa Barat itu mengunakan laluan berhampiran Istanbul yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Hitam lalu mendedahkan pusat pemerintahan kerajaan kepada serangan seterusnya. Pada 1783, buat pertama-kali keSultanan penaung ummah itu kehilangan wilayah apabila Rusia berjaya menakluki Semenanjung Crimea di utara Laut Hitam. Lalu abad ke 19 menyaksikan wilayah jajahan takluknya mula terlepas satu demi satu melalui pelbagai faktor termasuk siri peperangan dengan Russia juga serangan-serangan Inggeris dan Peranchis ke atas wilayah-wilayah di Afrika sehingga Turki Uthmaniyah mula mendapat gelaran “Orang sakit Eropah”!

Inggeris, Peranchis dan Russia juga pernah berpakat dengan Yunani yang berada di dalam lingkungan kekuasaan Uthmaniyah untuk menyerangnya sehingga timbullah Perjanjian Adrianople 1829 yang menyaksikan Yunani bebas daripada pengaruhnya dan Russia menguasai persekitaran kuala Sungai Danube di Laut Hitam. Sambil itu kuasa-kuasa Barat terus menyerang bahagian luaran empayar terutama di utara Afrika sehingga wilayah Algeria pula jatuh ke tangan Peranchis diikuti Tunisia 1830. Inggeris pula berjaya menguasai Cyprus (1878) dan Mesir (1882).

Kejatuhan demi kejatuhan ini disusuli kekalahan dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918)... Lalu buat pertama kali dalam tempoh lebih 700 tahun, umat Islam sedunia kehilangan Palestin yang mengandungi Baitul Muqaddis. Kenaikan golongan pro-Barat dan anti-Islam yang diterajui boneka Eropah bernama Mustafa Kamal Attaturk pula bertindak memastikan keSultanan Uthmaniyah terus terkubur sehingga Turki ditukar menjadi Republik. Lalu hilanglah naungan zahir keKhalifahan Islam... Sampailah masa untuk menjatuhkan naungan kerohanian ummah yang berpusat di Mekah…
Mekah mengandungi Baitullah, rumah ibadat pertama di muka bumi ini. Mengikut ceritanya, ia asalnya diturunkan dari syurga semasa zaman Nabi Adam AS tetapi diangkat kembali ke langit semasa berlaku banjir Nabi Nuh AS. Beribu tahun kemudian, barulah rumah ibadat yang serupa didirikan kembali oleh Nabi Ibrahim AS dan anakanda baginda Nabi Ismail AS di tapak yang sama dengan salah sebiji batu asalnya dari syurga, Hajaratul Aswad diletakkan pada satu sudut. Sejak itu Baitullah menjadi tumpuan berjuta pengunjung zaman-berzaman. Maka itu secara tradisionalnya, ia berada di bawah jagaan anak cucu Nabi Ismail AS yang beranak-pinak di sekitar terutama kaum Quraish yang menjadi bangsawan utama Arab.

Dari satu pecahan kaum ini muncul pula Bani Hashim sebagai suku-kaum yang paling terkemuka dan berwibawa lalu menjadi khadamul haramain, penjaga kota suci ini sejak lebih 1,500 tahun lalu. Penguasaan ini berterusan sehingga Muawiyah merampas takhta keKhalifahan secara helah daripada cucu sulung Rasulullah SAW iaitu Saidina Hassan. Ketika itu Madinah yang pernah dikenali sebagai Yathrib telah menjadi kota suci Islam. Kota suci yang diisytiharkan Rasulullah SAW sebagai Tanah Haram kedua selepas Mekah ini juga mengandungi Masjid Nabi dan makam baginda. Maka itu apabila keluarga Bani Hashim berjaya menguasai kembali Mekah awal abad ke 13 melalui Sharif-sharif Mekah yang merupakan anak cucu Saidina Hassan, Madinah juga menjadi amanah pegangan keluarga turun-temurun berserta wilayah persekitarannya yang dikenali sebagai Hijaz.

Sebab itu apabila keKhalifahan Turki Uthmaniyah berjaya ‘dibungkus’ melalui perancangan jangka panjang yang dilengkapi Perang Dunia Pertama, Yahudi Zionis merasa wajib untuk menghapuskan pemerintahan para Sharif yang memiliki daulat Nabi pula... Tetapi oleh kerana kedua-dua Tanah Haram ini adalah pusat agama yang syumul, ia perlu dijatuhkan atas nama agama juga, atas nama pembaharuan gerakan mujadid yang kononnya ingin memurnikan kembali ajaran Islam yang dikatakan sudah kotor.

Pada 1924, muncullah seorang ketua Arab Badwi bernama Abdul Aziz ibnu Saud. Dengan sokongan puak Wahabi, golongan ‘pembela’ agama yang tiba-tiba boleh menjadi lebih pandai dan suci daripada anak cucu Rasulullah SAW yang sudah berkurun-kurun mengamalkan pengajian mendalam Islam, mereka berjaya menawan Mekah kemudian Madinah menggunakan slogan “mengembalikan Islam kepada asalnya” seterusnya menakluki wilayah Hijaz untuk menubuhkan kerajaan Arab Saudi.

Ramai yang lupa atau tidak sedar, gerakan gabungan keluarga Bani Saud yang membawa fahaman Wahabi itu sebenarnya disokong Barat yang pernah mengapi-apikan rakyat empayar Uthmaniyah dengan sentimen nasionalis Arab . Melalui sentimen inilah jajahan takluk meluas di utara Afrika, semenanjung Arab dan wilayah utaranya (Palestin, Jordan, Syria…) serta sebahagian bekas empayar Parsi yang telah diduduki bangsa Arab sejak zaman keKhalifahan Saidina Umar 1,400 tahun lalu telah disuruh membenci Khalifah-khalifah Uthmaniyah yang berbangsa Turki.

Kejatuhan empayar besar Islam itu menyebabkan Mekah dan Madinah kehilangan pelindung lalu turut jatuh. Hilanglah keKhalifahan Islam zahir dan batin zaman berzaman dan jadilah umat Islam seluruh dunia anak-anak yatim-piatu yang kehilangan naungan juga pegangan. Wilayah jajahan takluk Uthmaniyah yang merangkumi jarak beribu batu dipecah-belahkan menjadi negara-negara tersendiri yang diberi para pemerintah boneka sementara sinar kerohanian Mekah dan Madinah pula dikekang para Khadamul Haramain baru yang zahirnya kelihatan Islam tetapi batinnya bersifat Yahudi. Ini telah menyebabkan ramai pewaris kerohanian dua Tanah Haram melarikan diri jauh daripada kefasikan berleluasa yang mula bermaharaja-lela di tanah-tanah Arab. Dan sasaran utama mereka ialah Nusantara, bumi yang menaungi ramai Ahlul Bait, anak cucu keturunan Nabi yang telah terlebih dahulu belayar membawa diri akibat penindasan terdahulu oleh para pemerintah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.

Buku-buku sejarah rasmi dunia mencatatkan penemuan Amerika 1492 oleh Christopher Columbus adalah titik permulaan kuasa-kuasa Barat mula berminat ‘menerokai’ dunia selain Eropah dan wilayah sekeliling yang menjadi medan permainan mereka sejak zaman kegemilangan Yunani 2,500 tahun lalu. Pelayar terkenal Vasco de Gamma pula dicatatkan sebagai orang Eropah pertama menemukan laluan pelayaran ke India 1498 lalu membuka jalan untuk mengenali dunia sebelah Timur melalui laut. Ini adalah natijah daripada pengembaraan Bartholomew Diaz 1488 yang berjaya menemui laluan selamat melepasi Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) di penghujung selatan benua Afrika yang terkenal sebagai kawasan bahaya ribut taufan. Warga Eropah pun mula mengenali tamadun-tamadun Islam Timur yang hebat seperti keSultanan Delhi yang menguasai benua Hindi sejak abad ke 13 serta keSultanan Melaka yang menguasai jalan perdagangan Timur-Barat sehingga pusatnya Kota Melaka dikenali sebagai Venice of the East sempena Venice di Italy, kota paling makmur di Eropah zaman itu.

Barat mula berdagang di Nusantara terutama dalam spice trade, perniagaan rempah, satu komoditi penting yang sangat diperlukan di Eropah tetapi dikawal melalui Melaka. Maka muncullah ungkapan terkenal penulis Portugis bernama Barbarosa: “Whoever is Lord in Melaka has his hand on the throat of Venice”. Sesiapa yang memerintah Melaka tangannya mencekak leher Venice. ‘Pos-pos’ perniagaan Barat mula didirikan di lokasi-lokasi penting seperti kota Melaka juga pusat kerajaan Samudera-Pasai… Tidak lama kemudian, Portugis ‘mendapat ilham’ untuk menakluki Goa di India (1510) dan kota Melaka (1511) sebelum ‘bersahabat’ dengan Haru di Sumatera untuk menakluki Pasai (1514)... Semuanya atas alasan untuk menguasai perdagangan dan itulah yang disebut dalam sejarah rasmi dunia.

Sekarang fikirkan… Adakah sejarah yang dikemukakan ini benar dan tepat? Kalau benar Vasco de Gamma adalah orang Eropah pertama menemui jalan ke India, bagaimanakah pemikir purba Yunani, Ptolemy yang diakui sejarahwan Barat sebagai salah seorang ahli falak dan pelukis peta (cartographer) teragung dahulukala boleh bercerita malah melukis sebuah peta purba yang agak lengkap tentang Golden Chersonese iaitu Semenanjung Tanah Melayu lebih 2,000 tahun lalu? Bagaimanakah orang Eropah zaman itu boleh mengenali Semenanjung sebagai bumi kaya-raya penuh emas malah menyatakan Mount Ophir atau Gunung Ledang sebagai sebuah lokasi utama Solomon’s Treasure, harta peninggalan Nabi Sulaiman?

Bagaimana pula tentang Marco Polo, pengembara Barat abad ke 13 dari Venice, Italy yang terkenal dengan kisah pengalamannya merentasi jalan darat the Silk Road atau Jalan Sutera yang menghubungkan Eropah dan Asia sampai ke benua China ketika ia sedang diperintah Kublai Khan (1216-1294), cucu Ghengiz Khan? Bukankah catatannya menyebut beliau pernah sampai dan singgah di Ferlec, ataupun Perlak 1292 melalui jalan laut yang merentasi Laut Cina Selatan dan Selat Melaka? Ketika kerajaan lama Islam itu sudah diserapkan ke bawah pemerintahan keSultanan Samudera-Pasai yang sedang dirajai pengasasnya Sultan Malikus Salih?

Kitab Hikayat Aceh pula menyinggung kedatangan awal Portugis di bumi Serambi Mekah apabila menyebut kisah kerajaan Mahkota Alam berjaya menakluki Darul Kamal menggunakan meriam daripada kapal Barat yang tenggelam di perairannya. Kajian rasmi sejarah menyatakan, ini berlaku semasa Sultan Munawar Shah memerintah 1490-1497, raja yang bertanggungjawab menyatukan kedua-dua kerajaan tersebut untuk membentuk keSultanan Aceh Darussalam. Fikirkanlah. Bagaimanakah kapal Barat itu boleh muncul dan tenggelam di perairan Aceh sedangkan sejarah rasmi dunia mendakwa orang Eropah baru mengenali laluan laut melepasi Afrika ke India melalui pelayaran Vasco de Gamma 1498?

Barat juga nampaknya cuba mewarnakan ‘ekspedisi’ mereka ke Timur sebagai innocent,
sekadar demi memenuhi naluri mengembara seterusnya berdagang. Tetapi dengan menggunakan alasan ‘pedagang’ mereka ‘diganggu’ pemerintah tempatan seperti yang pernah terjadi di Melaka, mereka mampu menakluki Goa (1510), Melaka (1511) dan Pasai (1514) dalam tempoh yang singkat. Ini menunjukkan mereka sebenarnya sudah lama merancang untuk menakluki keSultanan-keSultanan Islam di Timur.

Ia adalah taktik jangka-panjang untuk menghancurkan kekuatan umat Islam sejagat yang diterajui Khalifahan Utmaniah di Turki, kuasa ketenteraan yang terhebat di dunia zaman itu. Bukankah sejarah membuktikan, penaklukan kerajaan-kerajaan Islam seluruh dunia yang berjalan lancar abad 17- 19 akhirnya menyaksikan kerajaan Uthmaniyah di Turki terkepung tanpa bantuan? Lalu melututlah ia apabila kalah kepada kuasa gabungan Barat dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Bukankah kekalahan itu menyebabkan Baitul Muqaddis terus terlepas daripada tangan umat Islam setelah sekian lama? Dan sampai sekarang ia tidak aman akibat penindasan demi penindasan yang dilakukan puak Yahudi Zionis.

Portugis yang merupakan kuasa laut terkuat Eropah abad ke 16 telah diberikan tugas untuk menundukkan Nusantara kerana Yahudi Zionis tahu Hadis Nabi tentang kebangkitan Islam daripada Timur.Tetapi terbukti keSultanan Aceh yang mewarisi peranan Melaka dan Samudera-Pasai amat liat untuk ditundukkan. Kemunculan Sultan Ali Mughayat Shah selepas kejatuhan Melaka 1511 menyaksikan baginda berjaya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil yang berpecah-belah di bumi Serambi Mekah lalu menghalau Portugis keluar dari Samudera-Pasai (1524). Seterusnya baginda menakluki Haru supaya penjajah tidak boleh lagi bertapak di Sumatera.

Portugis cuba memperkudakan Johor pula untuk menawan Haru. Sebaliknya mereka dan sekutu Melayu itu telah dihalau keluar lagi malah kedudukan Portugis di Melaka pula tersepit akibat serangan demi serangan tentera Aceh. Selepas lebih seratus tahun mencuba, ternyata kuasa Barat itu tidak dapat memenuhi misi Yahudi Zionis di Timur. ‘Kebetulan’ pula tanah-air mereka di Eropah ditakluki Sepanyol 1580... Maka sampailah masanya untuk Belanda, kuasa laut baru Eropah abad ke 17 menonjolkan diri, kuasa besar yang jauh lebih licik dan kaya dengan tipu-helah sehingga berjaya menggunakan armada tentera Aceh untuk melemahkan kedudukan Portugis di Melaka seterusnya menduduki kota itu 1641.

Cerita ini ada dipanjangkan dalam Jilid 2, bab penutup bertajuk Perang Aceh-Portugis di Melaka1629. Di samping itu, untuk memastikan supaya ancaman Aceh dapat dikekang dan Barat boleh terus mengembangkan sayap, Yahudi Zionis telah merosakkan teras kerohanian rakyat bumi Serambi Mekah melalui konflik akidah seperti dihuraikan dalam bab “Angkara Nuruddin: Mulanya kejatuhan Aceh”. Tidak lama kemudian muncul Inggeris, kuasa terkuat Eropah selepas kekalahan panglima besar Peranchis dalam Perang Waterloo 18 Jun 1815. Selepas berjaya menakluki kebanyakan keSultanan di rantau ini, mereka pun ‘membelah-dua’ lalu memfaraidkan Nusantara melalui Perjanjian Inggeri-Belanda 1824.

Kedua-dua pihak ini diberi peranan tertentu dengan Belanda meningkatkan cengkaman ke atas wilayah-wilayah yang bakal menjadi Republik Indonesia sementara Inggeris ‘mengendalikan’ Singapura dan wilayah-wilayah yang bakal menjadi Malaysia. Sebab itu apabila bumi Serambi Mekah berjaya diduduki Belanda 1873, mereka berusaha bersungguh-sungguh supaya ia tidak dapat berdiri gagah lagi... Cara paling utama, lupuskan terus keSultanan Aceh dan ini dilakukan 1903.

Apapun, bukan senang untuk terus mentadbir jajahan luas merangkumi jarak beribu batu sedangkan para pejuang tempatan terutama pahlawan bumi Serambi Mekah tidak berhenti melawan. Maka itu Belanda perlu menyediakan ‘wakil-wakil’ tempatan yang dapat memastikan Islam tidak akan bangkit terutama dari Aceh. Bukankah Hikayat Raja-raja Pasai ada menceritakan keistimewaan Samudera yang terletak di dalam Aceh sebagai tempat lahirnya ramai para wali? Sejarah pula membuktikan dari situlah muncul ramai pendakwah yang mengIslamkan seluruh Nusantara...

Para Yahudi Zionis telah mengkaji kitab ini bersama banyak lagi kitab-kitab Melayu seperti Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang serta Hikayat Hang Tuah. Pengkajian sebeginilah yang mewujudkan golongan orientalis yang pakar tentang hal-ehwal Timur. Lahirlah jabatan pengajian oriental di universiti-universiti Barat, sekarang di merata dunia malah wujud universiti-unversiti khas seperti School of African, Slovanic dan Oriental Studies di London. Dengan cara ini, mereka dapat mengenal konflik-konflik sedia ada yang melanda kerajaan-kerajaan di rantau ini seperti perebutan takhta dan sifat kebanggaan suku-kaum tertentu. Semua ini boleh dimanipulasikan demi memastikan kepentingan mereka terjamin.

Walaupun zahirnya penjajah Barat telah lama meninggalkan bumi Timur, ‘pewaris-pewaris’ mereka telah dipilih agar pusat-pusat kekuasaan Islam terus ditekan dan tidak mampu bangkit lagi. Aceh di bawah pemerintahan Jawa keturunan Majapahit, Pattani di bawah Thailand, Malaysia pula umumnya dikekang melalui kewujudan kaum-kaum bukan Islam yang mencorakkan suasana sekarang... Percayalah, Yahudi dan Barat telah lama mengkaji sifat pelbagai suku kaum di rantau ini, juga sejarah permusuhan kerajaan-kerajaan seperti Majapahit dengan Samudera-Pasai, juga Thai yang berpusat di Sukhotai dengan kerajaan Melayu Pattani lalu memberikan ‘kemerdekaan’ kepada wilayah-wilayah yang ditakluki dengan meninggalkan para ‘waris’ yang boleh mengekang kebangkitan Islam.

Untuk memahami hakikat ini, biar kita lihat sedikit turutan peristiwa-peristiwa yang telah mewarnai sejarah Malaysia sehingga merdeka 31 Ogos 1957. Perhatikanlah secara teliti bagaimana permainan halus Inggeris yang bertopengkan konsep kesaksamaan hak asasi manusia serta prinsip demokrasi suara majoriti nanti akan mewujudkan ketegangan antara kaum yang walaupun terkawal tetapi masih kekal, cukup untuk memastikan Melayu tidak dapat bangkit untuk menjadi tuan tanah ini yang sejati...

Penjajah Barat yang disokong para cendekiawan dan pemikir Yahudi tahu bangsa Melayu sebenarnya terdiri daripada adunan pelbagai bangsa besar seperti Arab, Parsi, Hindi dan Cina yang duduk di Nusantara menganut agama Islam mengamalkan adat budaya tempatan lalu menjadi atau ‘masuk’ Melayu. Cerita ini ada dihuraikan dalam Jilid 1 bab bertajuk “KeSultanan Perlak: Bermulanya sebuah cerita.” Maka mereka tahu salah satu cara terbaik untuk menjajah Tanah Melayu ialah merosakkan dan menghakis makna Melayu... Dengan membawa masuk orang-orang Cina dan India secara besar-besaran dan mengasingkan mereka daripada penduduk tempatan agar tidak ada peluang untuk para pendatang ini ‘masuk’ Melayu.
Pada awalnya, Inggeris setakat dapat membawa orang Cina dan bangsa lain ke Pulau Pinang dan Melaka yang dikuasai mereka sejak penghujung abad ke 18. Tetapi perusahaan bijih timah secara besar-besaran di Larut, Perak membuka peluang untuk mereka membawa masuk beribu buruh Cina melalui perantaran orang Melayu. Tempoh masa itu juga menyaksikan orang Punjab dan Pathan dibawa masuk menjadi polis atas alasan untuk ‘mengamankan’ pergaduhan demi pergaduhan di antara orang Cina yang sebenarnya dicetuskan pihak berkepentingan. Selepas Perjanjian Pangkor 1874 menyaksikan Inggeris mencengkam kukuh keSultanan Perak melalui sistem Residen, diikuti kejatuhan Selangor, Pahang dan negeri-negeri lain, lebih ramai pekerja Cina dibawa masuk disertai pekerja India yang dijadikan buruh di estet . Baca lagi Bab 12 untuk memahami ini.

Orang Cina mula menduduki pekan-pekan yang bakal menjadi bandar-bandar besar yang dibina mengikut garis-panduan penjajah. Dalam kesibukan arus ‘kemodenan’, orang Melayu pula dipinggirkan ke kampung-kampung dan kawasan pendalaman, satu polisi yang akhirnya menyebabkan mereka ketinggalan jauh ke belakang dari segi ekonomi.

Polisi Inggeris membawa masuk orang Cina dan India lalu menempatkan mereka di kawasan-kawasan tertentu sebenarnya adalah strategi serampang dua mata untuk menghakis majoriti serta ketuanan Melayu demi memalapkan syiar Islam dan memastikan tidak ada ruang untuk ia kembali bangkit nanti. Untuk melaksanakan ini, pergaulan antara kaum-kaum pendatang dengan orang Melayu mesti dihadkan kerana Barat tahu sejarah lampau telah membuktikan orang luar, anak cucu atau keturunan mereka yang menetap di Tanah Melayu dan berinteraksi rapat dengan penduduk tempatan akhirnya akan ‘masuk’ Melayu!

Sebab itu orang Cina dibiarkan beroperasi dan menetap di sekitar kawasan-kawasan lombong, Melayu pula di kampung-kampung dan India di kebun-kebun. Maka itu buat pertama kalinya dalam sejarah bumi Melayu yang sebenarnya meliputi beribu tahun tamadun gemilang percampuran kaum berbagai latar-belakang dengan Islam sebagai faktor pengikat kesemuanya, pendatang boleh menetap dan beranak-pinak tanpa perlu berbaik-baik dengan orang Melayu, apalagi hendak ‘masuk’ Melayu. ...

Bangsa pendatang ini juga diberikan tempat di pekan-pekan kerana penjajah tahu, kebanyakan suku-kaum Cina yang dibawa masuk bersifat materialistik dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan wang, harta-benda dan kekayaan. Untuk makluman, kaum Cina mempunyai banyak pecahan sepertimana bangsa Melayu mengandungi suku-kaum Bugis, Jawa dan sebagainya. Tidak semuanya gilakan harta benda, misalnya para penganut Taoism atau ajaran pendita terkenal Lao Tze yang hampir menyamai pengajian Tasawuf lalu tidak mementingkan harta dunia.

Mereka menjadi amat berguna dalam menghakis kekuasaan orang Melayu terutama apabila diberi peluang untuk maju dalam dunia perniagaan, Ini kerana golongan Cina materialistik ini bersifat seperti orang Yahudi juga, tidak peduli halam-haram, biasa memakan riba’ dan membuat keuntungan atau ‘penyembelihan’ berlebihan. Semua ini adalah sebahagian dari perancangan jangka panjang supaya orang Melayu tidak boleh bangkit kembali setelah Inggeris meninggalkan Tanah Melayu. Kalau bangkit pun, setelah ‘menjadi’ Cina... Apabila orang Melayu sanggup mengenepikan prinsip-prinsip Islam seperti jujur dalam perniagaan dan tidak membuat keuntungan berlebihan, sanggup memakan riba’ dan wang haram...

Sistem yang ditinggalkan penjajah memaksa orang Melayu yang mahu mengejar kekayaan supaya mengenepikan nilai murni Melayu sejati yang tidak boleh dijual-beli. Jadilah mereka orang-orang ‘Melayu Baru’ yang amat membanggakan dunia korporat perniagaan sehingga sanggup menjual maruah bangsa, sanggup bermain-main dengan ayat-ayat Al-Quran untuk menghalalkan riba’ dan rasuah yang ‘diIslamkan’. Natijahnya, syiar Islam sebenar tidak dapat bangkit kerana banyak perkara yang tidak patut telah ‘dihalalkan’… Tinggallah Islam kulit di mana masjid-masjid besar yang indah lagi megah didirikan dengan duit bercampur halal-haram riba’ dan penipuan perniagaan sedangkan isinya kekurangan jemaah, tidak ubah seperti jiwa Melayu sekarang yang rata-rata kehilangan arah!

Kemasukan kaum pendatang sebagai His Majesty’s subjects, rakyat naungan Raja British yang sengaja diasingkan juga menerbitkan ketegangan kaum yang boleh digunakan Inggeris bila-bila masa untuk menekan orang Melayu. Apabila perlu, penjajah yang licik ini boleh mencetuskan pergaduhan di kawasan penempatan pendatang kemudian menghantar tentera ataupun polis atas alasan untuk mengamankan rakyat naungan British. Walhal hakikatnya, ini membenarkan mereka menceroboh masuk ke mana-mana wilayah Melayu sesuka hati mereka pada bila-bila masa…

Kehadiran pendatang yang semakin ramai sehingga hampir menyamai jumlah orang Melayu asal pula memastikan tidak akan wujud lagi Tanah Melayu dalam erti-kata sebenar di mana Syariat Rasulullah SAW diutamakan, orang Islam wajib membayar zakat dan bukan Islam membayar cukai kepala ataupun fidyah. Negeri-negeri Melayu dipaksa menerima civil law atau undang-undang awam Barat ciptaan para pemikir Yahudi yang sebenarnya penuh penindasan halus di sebalik nama muluk hak asasi manusia, kononnya untuk bertimbang-rasa terhadap orang bukan Islam, seolah-seolah Syariat Nabi tidak mampu berlaku adil terhadap mereka.

Sampai masanya, British yang memang sudah lama mahu menghapuskan ketuanan dan kedaulatan orang Melayu ‘memujuk’ raja-raja supaya menandatangani Persetujuan Mac Michael 1945. Persetujuan ini akan menerbitkan Malayan Union, gabungan negeri-negeri Melayu yang akan diperintah langsung oleh seorang kepala Inggeris lalu melupuskan kekuasaan institusi raja-raja yang telah berdiri beribu tahun. Nasib baik orang Melayu sedar lalu bangkit beramai-ramai menentang. Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan 1948 sebagai jalan tengah… Dan dari situ orang Melayu Semenanjung mula celik mata untuk menuntut kemerdekaan.

Apabila orang Melayu terus-menerus menuntut kemerdekaan dengan lebih teratur dan petah menyuarakan hak sehingga penjajah tidak ada jalan lain lagi untuk terus mencengkam Tanah Melayu secara langsung, Inggeris pun meletakkan syarat bahawa orang Cina, India serta bangsa pendatang lain mestilah diberi hak kerakyatan yang sama jika Persekutan Tanah Melayu mahu dilepaskan. Dilihat secara imbas, syarat ini memang munasabah atas prinsip demokrasi untuk menghormati hak semua pihak... Tetapi jika dikaji secara mendalam, ia sebenarnya bertujuan untuk terus mengekang ketuanan orang Melayu apabila Inggeris meninggalkan tanah ini nanti, sekali gus memastikan Islam sejati tidak boleh bangkit lagi di sini.

Sayangnya ramai termasuk orang Melayu sendiri tidak sedar permainan licik ini kerana telah dimomokkan dengan kenyataan Inggeris berbuat begini sebagai ‘tanggung-jawab’ untuk memastikan kesejahteraan kaum lain terjamin. Maka sejarah rasmi mencatatkan mereka sebagai ‘adil’ lagi ‘bertimbang-rasa’ kerana ‘membela’ nasib bangsa Cina, India dan lain kaum pendatang sedangkan hakikat sebenarnya jauh panggang dari api…

Nasib baik ada hak keistimewaan Bumiputera melindungi orang Melayu. Kalau tidak negara ini sudah lama diperintah bukan Islam. Itupun konsep Bumiputera yang diwujudkan kemudian sebenarnya mengurangkan makna sebenar Melayu kerana ia meliputi bangsa lain bukan Islam seperti orang Asli dan Dayak. Hakikatnya, ia juga adalah natijah licik penjajahan Inggeris yang cuba mengKristiankan sebanyak mungkin warga tempatan.

Apapun, hak ini ternyata tidak cukup untuk menjaga kesejahteraan anak watan. Ini dibuktikan apabila tercetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969, apabila bangsa lain yang sudah lama menguasai ekonomi negara akibat polisi penjajah dengan angkuhnya mencerobohi bidang politik yang selama ini dikuasai orang Melayu. Peristiwa ini adalah natijah besar pemikiran licik Barat mengasingkan kaum pendatang daripada Melayu yang dilakukan abad ke 19. Maka untuk memastikan ia tidak akan berulang, ekonomi orang Melayu perlu diperkasakan melalui DEB (Dasar Ekonomi Baru).

Malangnya, lebih 30 tahun kemudian, ternyata orang Melayu masih jauh ketinggalan daripada mencapai sasaran DEB yang diwujudkan untuk memberi pegangan ekonomi negara 30 peratus kepada Bumiputera. Apa-apa usaha untuk membawa bumi ini kembali kepada pengamatan Islam yang sebenar pula sering terbantut kerana konsep demokrasi berparlimen ciptaan Yahudi membenarkan negara dikuasai ramai manusia buruk akhlak yang amat pandai bertopengkan akhlak mulia tetapi akan bertindak untuk memastikan setiap usaha untuk menjadikan negara ini kembali Melayu dan Islam dalam erti-katanya yang sebenar tidak akan berjaya. Kalau bergerak pun, sekadar cukup untuk melaksanakan Islam kosmetik demi mendapatkan undi dan memegang kerusi di Parlimen. Kehadiran tokoh-tokoh bukan Islam yang mencorakkan kurikulum pelajaran pula memastikan generasi sekarang tidak akan mengenal apakah erti kebesaran sejati bangsa Melayu malah dibawa menjadi semakin keBaratan pula…


17 ulasan:

preencess berkata...

Salam Radzi,
Perfect explanation describing issues we are facing this moment in time. Am so glad that whats in mind had been spelled out by you splendidly in detail. You had said it well on Malaysia issues in hand.
I must say, its been awhile since I read or write in your blog due to so many challenging phases that I am going through now in this side of the world.
When i heard of what had happened in Perak recently, I couldnt help but felt anger and merasa nak kena sumpah they all yang biadap ni. We should do something about this. Enough is enough, the malays should wake up.
Dah bertahun tahun nampak dah how weak and lemahnya Abdullah Badawi...dan kini, sesuka hati pulak orang menghina Sultan apalagi yang berbangsa melayu, sungguh menyesakkan dada. Siapapun orang Melayu yang berani melawan Sultan bukan Melayu namanya, tapi pengkhianat bangsa. Kerana orang yang namanya melayu itu adalah beradat bukan biadap. Melayu harus bangkit dan sedar akan hal ini...
Apa pun, kita tidak bisa menyalahkan orang lain, tapi diri sendiri juga atas hal yang terjadi di negara kita. Everyone of us Muslims there are responsible. Tidak ada yang bisa memecahkan perpaduan kecuali sesama kita sendiri yang bercakar. I pray that our muslims brothers and sisters sedar akan kepentingan Ukhuwah sesama kita demi agama, bangsa dan negara. kesedaran hati yang dalam bukan kesedaran yang hanya di mulut.
Nevertheless, kalau dilihat dari kejadian alam yang bertubi tubi tidak mesra lagi dengan manusia sepertinya, sekeliling kita pula orang asyik bertelingkah, fitnah dan mengata sesuka hati, menandakan waktu yang telah terlalu dekat...
And for that, we should all rejoice and berdoa semoga Allah menerima dan redha atas segala amalan kita. Semoga Allah melindungi kita dari segala ancaman dan fitnah dunia... amin..
In Aceh, I would say that semenjak setahun lebih ini, gajah, harimau dan juga buaya semakin marak amuknya. Every week, we will get news on how gajah yang terkenal 'cool' turun ke kampung kampung dan merosakkan kebun, malahan membunuh orang...
Dan setiap minggu, bermula sekitar tahun 2008 pulak, ada saja yang dikidnapped untuk tebusan, pembunuhan , ledakan bom dan pembakaran office local parties, even cars..Suasana yang sepertinya sengaja dihuru harakan... which I believe are designs of those you had mention in the articles. Rasanya, lebih aman ditahun tahun awal selepas tsunami.
Manusia pula semakin menjadi jadi kelihatan greedy dan selfish...banyak yang hanya mengataskan nama agama untuk kepentingan sendiri, ramai juga yang seperti terlupa kenapa tsunami terjadi...kezaliman I can see dimana mana, yang baik dianggap buruk dan sebaliknya.
Despite all that, I believe that semuanya yang berlaku memang terdapat hikmah dan rahsia Allah.
Negative vibes are everywhere BUT yang penting, we ourselves need to be positive always and just carry on voicing and doing the best of our knowledge in what we know is right.
Do come and visit me here one day ya? I could bring you for a tour in the region and visits the historical sites.Treat it as my belated honey moon gift to you and your bride. Manalah tahu dapat ilham during the visits nanti, insyaAllah.
Till then. Wassalam.

Sangtawal Sakranta berkata...

salam saudara,

3 buah buku berpetualang ke Aceh saya baca 2 kali habis!

terima kasih saudara.
saya sangat bersetuju dengan saudara.

jarang orang sekarang ini yang boleh dipanggil the great thinker!

tahniah!!!

izinkan saya siarkan kembali artikel saudara ini dalam blog saya..berkaitan kekalutan politik di perak dan hubungkait dengan perancangan besar yahudi-zionis seperti demokrasi vs raja-raja.

Wassalam.

Sangtawal Sakranta....

http://www.sangtawal.blogspot.com/

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam to both Preencess and SangTawal.
First to Preencess, is that you Ann? I got your message Friday morning. Checked the account, so far nothing yet. Never mind. When I saw the address given, I thought this looks familiar but I don't know where it is. But since I thought I've come across it and I was in town, I tried searching for it, first near Jalan Kuching then KLCC. Didn't find it. So I guess I still have to post the books rather tehn try to deliver it by hand.
Anyway thanks for saying something. Yes, I'd like to go to Aceh soon but can't say yet when. While I'm at it, I'd like to add that the enemy's agents are all over Aceh too. After the tsunami, many came in under the guise of humanitarian aid and such but in truth they planted things all around so that they could check matters in Aceh.
You see, they also studied the many hadith about akhir zaman and they know about the one regarding Samudera as mentioned in Hikayat Raja-raja Pasai. By the way, I've recently discovered that my second book "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" is in the US Library of Congress! Do they really like the book or are they studying something inside?
Untuk SangTawal, silakan. Anda dan rakan-rakan anda dialu-alukan mengunakan mana-mana isi dalam blogspots saya juga buku-buku demi perjuangan agama, bangsa dan negara.
Menyebut tentang great thinkers dan hal-hal sebagainya, saya teringat apa yang berlaku di dalam dunia media peringkat tertinggi baik di US mahupun di Malaysia. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dari hari ke hari boleh dimanipulasikan dengan cara mengenengahkan berita menurut sudut tertentu atau menerbitkan keadaan melalui perancangan yang kelihatan bersahaja, juga penayangan rencana atau filem tertentu agar rakyat terbanyak terikut-ikut membincangkan sesuatu isu. Lalu mereka yang tidak menyedari permainan catur peringkat tertinggi pun mula bersuara dengan lantang membincangkan isu yang ditimbulkan, ada melalui protes di jalanan, ada melalui tulisan di blogspot dengan keyakinan kononnya mereka sudah mampu bebas berfikir tinggi menyatakan hak-hak mereka. Tidak ramai yang sedar mereka sebenarnya telah dijadikan bidak-bidak kecil permainan catur yang boleh dikorbankan pada bila-bila masa sahaja.
Sebab itu saya menganjurkan pemikiran tinggi. Dalam Islam, tiada yang lebih tinggi dari ilmu keTuhanan atau ilmu Tauhid. Ini disinggung dengan kesaksian ke atas kalimah suci La ila ha illa Allah. Kemudian baru kita beralih kepada pemikiran dalam menegakkan fitrah agama yang suci. Ini tersirat dalam kesaksian Muhammad rasul lullah. Kedua-dua ini kita aplikasikan sepenuh hati dalam menangani cabaran kehidupan dari hari ke hari.
Bertolak ke satu subjek penting berkaitan pemikiran tinggi yang relevan pada keadaan Malaysia kini.
Sudah banyak kali saya sebut bahawa Melayu bukan sekadar bangsa tetapi gabungan bangsa-bangsa yang beragama Islam. Pemahaman tinggi perkara ini sangat penting sebelum kita betul-betul dapat maju memperjuangkan hak-hak Melayu. Kalau tidak kita akan terus terjebak dengan retorik rekod rosak berulang-ulang lagi sumbang yang mempersoalkan kenapa perlu kita bimbang tentang nasib Melayu... kononnya kita cuma perlu bimbang tentang nasib Islam sahaja, jangan bersifat perkauman.
Ah... cukup susah untuk membuat mereka faham. Namun perjuangan harus diteruskan. Selamat malam! :]

preencess berkata...

Salam Radzie,

Yes, it was me... :)
You are very right about 'those' people are already all over Aceh.. Its undoubtedly seen what their intentions are , those 'people' ... If a normal person really know what the condition really like over this side, only the strong heart could stay for long. The thing is, i believe the land itself are full of its own 'penjaga bertauliah', seen or unseen..the land would choose and will show to those that come by with a conscience of whats the real conditions are like :)
The sad thing is that, seperti sejarah juga, orang yang hanya mahukan dan mementingkan kuasa dan harta yang mengalu-alukan kedatangan 'those' people....inilah dia musuh dalam selimut...

By the way, I did try to call but to no answer and I did send for the books through bank online.

Hope to hear from you soon..

Keep up the good work and Semoga Allah menguatkan lagi kesabaran dan ketabahan kita menuju kemenangan hakiki...

wassalam

preencess berkata...

P/s... The number i call is it your hp no?? Am sorry about the address, I should have stated where it is, shall send again the add ya.. and please, let me know when you can come over to aceh.. I would love to show you and your wife the wondrous land ;)

Tanpa Nama berkata...

Salam..

To preencess or Kak Ann..
Terima kasih dengan perkongsian maklumat kepada kami pembaca blog di sini ttg keadaan dan senario sebenar di Aceh. Kita ingatkan selepas Tsunami semua mereka akan insaf dan hidup bantu membantu..tapi makin tamak pulak yea..

Seronok dapat berkongsi pengalaman Kak Ann di sana.. Terima kasih sekali lagi pemberian CD tu..dah dengar.., sedap suara Kak Ann. Saya dan Radzi senyum2 dengar lagu2 tuh..bila dengar suara teringat wajah kak Ann yang cantik tuh..he he..Lain kali jika diizin Allah..kita ketemu lagi dan berkongsi cerita yea..Oh yea sebelum terlupa kirim salam pada anak2 yang akak jaga tuh yea..
InsyaAllah, kami akan meyusul ke sana nanti ..

wassalam..

Tanpa Nama berkata...

Salam..

To preencess..this is the link
http://merahsilu.blogspot.com/2009/01/perjalanan-ke-pantai-timur-bersama_19.html

Remember when we try to find out from the google "globe" connection point from Makam Malikus Saleh end up at Terengganu. And we found as Radzi said , almost at Kuala Berang Terengganu..that makam like in my dream..also near Makam Tok Pulau Manis..

Kak.. yang kelakar when akak said 3 lekuk sungai yang akhirnya kita bertiga baru perasan membawa maksud "ALLAH"..

happy selalu .. :)

Tanpa Nama berkata...

teruknya bahasa inggeris dia ni

TARABAS berkata...

as'kum saudara MS,

kuasa sultan di Perak sudah dicabar dan kekalutan perebutan kuasa di Perak....cuma menunggu masa persengketaan kaum dan merebak ke B,C dan D. Minta pandangan saudara.

preencess berkata...

Salam, My dearest Anggun,

Thank you so much for sharing the vital info. and for the superb time of lovely interchange...
Feel we have known each other dari zaman dulu dulu lagi kan?? theres bond there...jeng,,jeng,,jeng,,

Anyway, feel refreshingly inspired by the whole conversation... at least, I trust that ada juga yang bukan hanya mendengar malahan mengerti my luahan hati..

Senyum dengar lagu?? :) all of it are really curahan jiwa perantau ... mengidamkan lagu dibawa angin untuk mengerakkan dan mengingatkan lagi dan lagi hati supaya tidak lalai seperti diri ini.. hehehehhe.. dendang perantau yuuu....

Yup, it was fabulously amazing that finally we know whats the tiga lekuk kan?? that was such a breakthrough and when I read further on your notes,,merinding me.....

Am not sure what going to happened here, but this time its very funny, start dari mulai check in je, dah hati panas sangat dengan tingkah sebilangan manusia dan peluh bercucuran , ditambah suasana yang bahang, rasanya nak meledak tapi Alhamdullilah, sabar sabar juga...di dalam kapal pula tak pernahnya merasa kapal begitu digoncang angin, malahan sampai je ke tempat tujuan ada saja lah yang menyirapkan darah...Alhamdullillah, dapat bersabar dan membanyakkan istighfar.... ntah ada apalah, perasaan merasa amat gundah..... Semoga Allah melindungi kita semua dari segala bahaya zahir dan bathin... amin..

And this time too, I get to note where sungai perak is with the pulau sembilan, siap dengan pulau pirak sekalian di tengah laut... :) on both land yang dipanggil pulau sembilan...

InsyaAllah, we ll meet up again soon ya.. Harap sabar dan tidak pening mendengar celoteh saya berserta effect, asap menyelubungi ?? :)

InsyaAllah, akan menyampaikan salam pada anak anak disini...Till then ..
Take a good care.

Warmest regards...
wassalam...

preencess berkata...

Salam Dek,

MasyaAllah, theres definitely a connection there ya. Had read the suggested site... astounding...
Bayangkan bagaimana mereka di zaman itu bergerak? covering thousand miles, yet, ilmu penuh, syiar terus, extremely alim and warak lagi.. :)s

Till then...

wassalam

Tanpa Nama berkata...

Waalaikumsalam Akak..

Oh really? byk dugaan betul buku BKA nak sampai ke bumi Aceh kan..

Bila baca tu teringat kisah bagaimana hujung bulan Januari lepas kami nak keluar dari Pulau Besar. Memandangkan dah 3 mlm tidur di Pulau Mistik tuh (well Akak selalu said mistik ha ha...suka dengar!)

Ntah nak jadi cerita bot yang kami naik nak ke Tanjung Batu,tiba2 rosak..mcm ner le mereka.. takkan tak buat maintainance kan..sebelum ni pun tak pernah terjadi..mula le terpk anak2 kat Kelantan if anything happen kat saya..terus saja tawakkal..tak lama lepas tu bantuan pun tiba.. dah le baru terjadi 2 beradik mati kat Pulau Besar tuh..so mcm2 kami pk..

Bila nak sampai kampung saya,baru le Radzi bagitau..hampir2 dia buang jer ke laut satu hamparan kain baldu berwarna hijau ada kalimah Allah n Muhammad..kain yg menyelimuti makam Sheikh Ismail..(hadiah dari seseorang) manale tau tak bagi dibawa keluar..sebaik saya dengar terus saya ketawa tak henti2..langsung terus telifon abg Ramli di Pulau Besar..dia pun turut ketawa n he said tak de kena mengena..now kain tu dah selamat kami gantung dlm teratak kami..

Maybe itule juga yg happen pada Akak..yea..

Kak,napenya mlm tadi saya mimpi Aceh...ttg pergolakan yang berlaku dan yang marahnya kenapa Pesantren2 di sana tidak banyak membantu...
May be sudah kangen dengan Akak nih..
Word "merinding" hmmm selalu sih hari tu kita sama2 rasa..bila sebut nama2 wali ..hehehehee!!!

k Kak ..wassalam

preencess berkata...

Salam dek..

Iya nih, sepertinya memang ada gangguan dikit but begitulah, namanya juga perjuangan... :)

Mimpi Aceh? hows the jalan cerita dek? As it is, memang berbagai scenario nowadays. ..If in the dream , banyak pesantren tidak membantu, kemungkinan ti indicate that some pesantren pesantren modern yang tidak ada kitab kuning dalam kurikulum belajar atau semangat some pesantren yang yang sebenarnya telah hilang ... maybe.. But, the beauty of is, most pesantren here adalah dayah dayah yang berpegang pada kurikulum dan cara lama, yang modern pula hanyalah sedikit... :) Or perhaps the dream are signs that you have to visit me here soon... hehehehehe...

Those receiving the books were happy and terkejut, amazed that ada orang negara seberang interested in sejarah aceh, moreover menulis buku about it... :)

Speaking about Pulau Besar, tidur dekat sana pasti mendapat berbagai ilham kan?? :) whats the atmosphere like? was talking about Maqam Tgk Syeikh Samsuddin Sumatrani, Nahkoda Khalifah dan Wali 9 just tadi... Dapatnya kain baldu hijau?? Thats wonderful..

I have yet to go over Pulau Besar, the first time I heard of the name was like 20 years back when a college friend were talking about it,saying, that it was weird when she went there, and ada macam orang merokok disebelah dia duduk, siap dengan nampak api rokok lagi..but no one was there.. that time, i didnt even ask why she went there in the first place..just mendengarkan cerita quietly... :)

Hope to hear from you dek..

warmest regards...

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Waalaikumsalam Dear Sis..

Itulah yang Radzi bagitau pada saya..bukan orang Aceh tetapi tulis tentang Aceh..tentu menarik kan Kak.Harap mereka enjoy membacanya dan tahu akan siapa dia Sultan Malikus Salleh..agar terus dipelihara Makam-makam yang ada..

Ya..rasanya dah dekat mahu ke sana..maybe. Nanti bila Akak pulang ke Malaysia,kami akan bawa ke Pulau Besar..sebab Pulau Besar memang kaitan dengan Aceh sangat kuat..saya pasti akan terbuka rahsia yang akan diberitahu pada Akak seperti apa yang berlaku pada saya juga..

Oh yea..Saya mahu email address Akak..di situ senang sikit untuk berdiskusi.Lupa pula hari tu mahu minta..Sorry ye Kak. Anyway this is my email add:-

anggun131@gmail.com

wassalam

Fida Anggun berkata...

Salam..

Ini dapat email dari seorang kawan. Saya copy and paste kat sini..

Share info..
-----------------------------------

Salam,
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati.

I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:



Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine ...

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel .

(Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)



Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).

Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..

Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim....)

Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..



Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel ...punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.

Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.

Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..



Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...



Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.

Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang...Nauzubilla h.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang lagi..hehe). ..So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.

Buah Rotan Melaka berkata...

A'kum Tuan Radzi

Sy dh baca kesemua buku BKA anda. Kalau anda lalu sekitar Sri Hartamas,Damansara @ sekitarnya bolehkah kita berjumpa?
Insya'Allah merapatkan ukhwah persaudaraan.
email sy rusli2030@gmail.com hp 017-2043232.
Haraplah sangat kurang2nye sekit sebanyak membantu pencarian erti & diri ini.
terima kasih

Radzi Sapiee berkata...

Salam semua. Tak tahu apa nak kata. Sekadar menjenguk sahaja...

p/s: Kalau ada apa-apa yang terbuku dalam hati saya yang ingin diperkatakan pun rasanya biarlah ia sampai secara bathin kepada jiwa-jiwa yang seperjuangan. Kita perlu menyatukan kembali Tanah Melayu. Salah satu caranya, Sumatera dan Semenanjung perlu disambungkan dengan apa-apa cara yang dapat agar aura lama Golden Chersonese atau Semenanjung/Pulau Emas (dua-dua betul bergantung pada zaman mana kita bercakap kerana berlaku beberapa perubahan besar bumi) dapat dihidupkan kembali untuk menanggung perjuangan akhir zaman. Wassalam... :]