Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, February 17, 2009

Pandangan saya terhadap Tingkat Empat dan lain-lain proksi syaitan manusia @ Zionis

Gambar ini ditemui sebaik sahaja membuat google-search menggunakan keyword "satan"...

Salam semua. Buat masa ini saya masih malas untuk membuat apa-apa posting baru di mana-mana blogspots saya. Tetapi sebaik sahaja terbaca posting terbaru di laman blog Tun Mahathir, terus terasa ingin membuat copy and paste isinya seraya menaikkan point-point tertentu. Sesungguhnya saya dan ramai orang sudah lama memerhatikan gelagat pelbagai pihak terutama mereka-mereka yang sanggup menjual kedaulatan negara kepada kuasa pengkalan Zionis di selatan.

Mereka-mereka ini cukup pandai bermain persepsi politik sambil berlakun muluk kononnya 'ikhlas' ingin memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Mereka juga sebenarnya berperanan memporak-porandakan keadaan negara dengan arahan menurut grand-design pihak luar yang ingin melihat bangsa Melayu dan raja-rajanya terus hilang kuasa kalau pun tak luput terus dari mukabumi ini. Mereka ibarat bidak catur yang dimainkan satu pihak besar... bidak catur lain pihak ini pula beroperasi melalui topeng pakatan politik yang menentang kerajaan sekarang. Nampak seperti dua buah bidak yang tidak berpihak sama tetapi sebenarnya digerakkan oleh tangan-tangan ghaib yang "satu kepala" juga (teringat perkataan The Invisible Hand yang disebut oleh Adam Smith dalam karangan kapitalisnya The Wealth of Nations).

Permainan kini sudah begitu lanjut sehingga pusing mana pun keadaan, orang Melayu tetap dalam keadaan rugi. Sejak selesai pilihanraya kebangsaan ke 12, kerajaan sering sangat terpaksa memberi muka kepada orang bukan Melayu agar dapat dianggap terus relevan sedangkan pihak yang menentang telah terang-terang menunjukkan keinginan mereka mahu mewujudkan "Malaysian Malaysia", satu ideologi lapuk parti tertentu negara ini yang pernah cuba diwar-warkan oleh satu parti politik lebih awal yang menguasai sebuah pulau penuh 'meritokrasi' atas nama keadilan, hak asasi manusia dan segala macam retorik celaka ciptaan Zionis yang mula diwar-warkan melalui gerakan sophistry di Greek, Eropah 400 tahun Sebelum Masihi.

Walaupun saya cuma seorang nobody berbanding mereka-mereka ini, rasanya tidak keterlaluan jika saya menyebut ada antara mereka sudah saya kenali semasa zaman kolej (dan mereka juga mengenali saya), ada pula dikenali kemudian atas sebab-sebab tertentu lalu saya tahu sedikit sebanyak perangai sebenar mereka di belakang tabir. Ini dia, isi posting Tun Mahathir dan point-point yang ingin diketengahkan. Hmm... eloknya juga saya menambah mana yang patut.

-------------------


1. Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat. Selama lima tahun lebih, Tingkat Empat kadang-kadang lebih berkuasa daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO. Mereka dapat tentukan dasar dan tindakan Kerajaan. Menteri-menteri kerap meminta pertolongan mereka dan pegawai tinggi Kerajaan merujuk kepada mereka sebelum membuat keputusan. Kontraktor melobi dengan mereka untuk mendapat kontrak dan pelabur juga mengguna khidmat mereka untuk mendapat kelulusan.

Hmm... teringat cerita belakang tabir betapa seorang setiausaha politik boleh memerintah dan memaki-hamun menteri sesuka hati!

2. Dalam semua ini terdapat banyak peluang untuk memperkayakan diri.

Memang banyak pun kaya. Kalau tak mana boleh dapat RM2 juta untuk seseorang membeli persatuan pelajar. Itu baru persatuan pelajar. Bayangkan berapa juta yang dibelanjakan untuk jawatan-jawatan politik yang sudah tentu lebih tinggi.


3. Sesungguhnya tidak ada yang lebih memuaskan nafsu daripada kuasa tanpa tanggungjawab.

Sedap wooo... tu yang terasa diri-diri mereka besar mengalahkan raja. Umur bawah 40 tahun tapi boleh pijak kepala orang-orang lama yang berpangkat bapa dan datuk mereka!

4. Malangnya, jika benarlah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan pada bulan Mac maka segala-gala kuasa ini akan hilang. Ini adalah satu malapetaka bagi Tingkat Empat. Apakah nasib mereka selepas Mac? Apakah mereka akan berdiam diri dan membenar malapetaka ini timpa mereka dengan begitu sahaja? Tidak adakah sesuatu yang boleh dilakukan oleh mereka untuk menangkis musibah ini?

Rasanya ramai yang tahu betapa pengumuman untuk meletakkan jawatan itu mungkin sekadar taktik untuk membeli masa akibat merasa tertekan dahulu...


5. Seperti biasa, terdapat banyak berita angin akan perancangan mereka. Jika boleh, mereka akan halang peralihan kuasa, sekurang-kurangnya buat sekian lama.

Ya. Saya tak percaya ia khabar angin...

6. Kata berita angin mereka sedang menasihat Dato Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Dato Seri Najib Razak jadi Presiden parti. Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis. Yang menentu segala-galanya ialah Perdana Menteri. Jikalau Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya. Biasa terjadi yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden UMNO.

Teringat cerita tentang bagaimana ketika Pak Lah sedang berbual dengan Musa Hitam untuk meminta nasihat untuk mengatasi kemerosotan sokongan, datang seseorang yang lagi 'pandai' terus memberi nasihat lain...

7. Apakah Najib akan memberontak? Tidak. Jika ia ternampak akan memberontak ada cara untuk melawannya. Jika dapat dicetuskan keadaan tertentu, seperti rusuhan atau huru-hara, ini boleh dijadikan alasan untuk Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan. Ramai ahli UMNO dan ahli Majlis Tertinggi pasti akan sokong Dato Seri Abdullah. Mereka semua terhutang bukan sahaja budi kepadanya.

Saya percaya dahulu lagi semasa Pak Lah baru naik menjadi Perdana Menteri, Najib bercadang untuk membuat usul undi tidak percaya atau sesuatu yang serupa dalam mesyuarat agung UMNO. Tiba-tiba pula muncul kes Altantuya lalu Najib kelihatan terus menyokong Pak Lah tanpa sedikit pun menentang...


8. Mungkin ada antara ahli UMNO yang menentang kuat dan bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parti atau dalam Parlimen. UMNO boleh ditangani melalui cara biasa. Jika terpaksa hilang berjuta pun tak mengapa kerana kuasa Tingkat Empat boleh menampung dengan punca-punca yang sudah ada. Apa gunanya wang jika kuasa untuk mendapatnya sudah hilang?

Biasa le. Orang lebih pentingkan duit dan kedudukan sendiri dari keselamatan dan kesejahteraan negara...

9. Jika ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, ini tidak mungkin berjaya. Sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini. Ahli parti lawan memang hendak Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan mereka. Hadi Awang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka.

Sebab yang dalam UMNO, mahupun di luar UMNO beroperasi untuk mencapai tujuan yang sama dalam hal ini. Lemahkan Melayu dan inilah yang kita lihat terus berlaku dalam zaman Pak Lah...

10. Dengan sokongan ahli parti lawan kepada Dato Seri Abdullah, sukar bagi BN mendapat cukup bilangan untuk meluluskan undi tidak percaya.

No comment...

11. Jika undi tidak percaya dalam Parlimen tidak berjaya, Abdullah akan jadi PM yang amat lemah, kerana memerlukan sokongan parti lawan untuk meluluskan sebarang undang-undang yang dibawa ke dewan rakyat.

Sudah terang lagi bersuluh. Minta maaf Pak Lah tetapi itulah keadaannya...

12. Kita sudah lihat bagaimana kelemahan Kerajaan pimpinan Abdullah telah memberanikan semua pihak untuk membangkitkan berbagai kontroversi yang mengugat kestabilan Negara. Keadaan Negara akan hampir kepada tahap tidak ada Kerajaan dan tidak ada undang-undang apabila Kerajaan Abdullah menjadi lebih lemah.

Inilah serangan Israel terhadap Gaza versi Malaysia...

13. Di masa yang sama Negara akan hadapi krisis kewangan dan ekonomi yang lebih teruk dari 1997-1998. Pentadbiran yang lemah tidak mungkin tangani kemerosotan ekonomi yang jauh lebih teruk dari 1997-98. Rakyat akan menderita kerana peningkatan pengangguran dan bankrap. Jenayah akan bertambah dan keselamatan negara akan tergugat.

Takut terzahir hadis Nabi Muhammad SAW "umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tak dapat berbuat apa-apa" di sini nanti... nauzubillah!

14. Bagi Tingkat Empat huru-hara dalam Negara tidak mengapa asalkan mereka dapat kekal sebagai kuasa dibelakang Perdana Menteri.

Dah memang itupun misi sulit mereka...

15. Mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib jadi Presiden UMNO hanya rekaan orang-orang tertentu, wallahuwaalam. Demikian jugalah dengan Labu. Si-Luncai pun terjun dengan segala-galanya.

Hahaha! Tun buat kelakar. Sekian...

Lupa pula, p/s: Kepada sesiapa yang terasa, jangan perasan ek... :]

10 comments:

PerpatihTulus said...

yg aku dengo pulak , tentang PKR, bila Anwar jadi PM, dia akan lantik satu timbalan cina dan satu timbalan india.

masa tu dalam parlimen akan banyak orang cina, org melayu sikit je. lepas tu nanti ahli perlimen cina ni pun buat undi tidak percaya kepada PM yang pada masu tu Anwar. lepas tu semua sokong. then anwar pun tegolek..

then lepas tu nanti orang cina akan jadi PM.

..
lepas tu tahulah nasib melayu..

(itu yg aku dengo).. yang aku tak tak dengo .. entah.

aku pun takde masa sangat nak baca blogspot politik yang terlalu banyak.. fenin kefala..

sangtawal said...

Salam buat merah silu.

sangat setuju dengan chedet dan tuan.

bab politik ni kalau taknak ambil tahu pun rasanya tak boleh jugak...jadi terpaksa la ambik tahu sebab ia akan mencorakkan nasib anak cucu kita juga nanti...

sangat tidak bersetuju dengan pakatan rakyat,ketuanan rakyat dan islam liberal.

semoga saudara terus menulis,saya selalu bertandang ke blog tuan.

sayangnya tidak ramai anak melayu yang berfikiran seperti tuan.

semoga saudara terus menulis dan semoga diberkati Allah selalu!

Radzi Sapiee said...

Terimakasih. Biar diulang komen yang dibuat pada posting sebelum ini sebagai reaksi untuk komen saudara...

Wassalam. Silakan! Terimakasih kerana sudi bertandang ke blogspot tempat saya merapu ini.
Saya sempat melihat sepintas lalu blog saudara. Teruskan perjuangan demi survival Melayu. Sesungguhnya bagi bangsa Cina, baik naik DAP mahupun MCA atau mana-mana parti mereka, sama sahaja kerana jika dikaji sejarah kenaikan bangsa mereka yang dibawa beramai-ramai melalui Perak untuk perlombongan bijih kemudian diberi "hak" untuk mendirikan penempatan sendiri tanpa mempedulikan perasaan pemilik asal Tanah Melayu, semuanya bertindak di bawah Dewan Perniagaan Cina kelolaan para pemimpin awal yang ada hubungan dengan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San agar mereka dapat membolot apa yang boleh selagi dapat dari tanah bertuah ini. Bukannya saya mahu menyemarakkan rasa perkauman tetapi itulah yang boleh dibaca di sebalik segala peristiwa yang berlaku sehingga termetrinya Perjanjian Pangkor 1874, pembunuhan Birch 1875, perang Perak-British 1876-1877 dan seterusnya.
Dewan perniagaan bertindak sebagai badan di luar sempadan politik untuk menjaga kepentingan mereka. Untuk kita pula, seharusnya peranan ini dipikul oleh Raja-raja Melayu yang bila perlu, harus bertindak di luar ruang-lingkup kekuasaan demokrasi berparlimen ciptaan Yahudi Zionis demi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Di kala bangsa kita telah dipecah-belahkan lalu dicelarukan fikiran melalui wadah politik yang berbeza-beza lagi bertelagah matlamatnya, seharusnya para raja tampil ke hadapan mengambil peranan tradisional mereka sebagai payung rakyat. Untuk itu, mereka harus menghalusi dan mengamalkan kembali cara-cara lama nenek-moyang mereka yang menghayati ilmu Tasawuf untuk mendapatkan daulat yang merupakan naungan dari langit.
Sekian... :]

sangtawal said...

salam Merah Silu,

blog ini bukan merapu,tapi sebuah blog yang unik dan penuh dengan fakta.

saya sudah membaca 3 buah buku siri berpetualang ke Aceh tulisan saudara ,ternyata apa yang saudara garap itu sesuatu yang lain dari yang lain,baik sekali jika semua orang melayu-islam membacanya.

Ternyata yahudi-zionis bijak mengatur agenda mereka,menyembunyikan fakta sejarah dan memecahbelahkan bangsa melayu....seperti yang saudara tulis dalam buku saudara...inggeris-belanda telah memfaraidkan Nusantara ini dengan tujuan untuk menidakkan dan menafikan kebangkitan akhir zaman anak cucu nabi di Timur/nusantara!

Masalah utama sekarang ini ialah melayu-islam belajar islam secara kulitnya saja,paling tidak pun untuk mendapatkan segulung kertas ijazah untuk memastikan boleh mereka bekerja atau makan gaji,itu saja...jarang sekali mengambil pendekatan tasauf apa lagi untuk berbaiah dengan mana mana aliran kesufian yang masih punyai pertalian sanad hingga ke rasulullah!...paling menyedihkan ada segelintir lulusan agama dari institusi terkemuka,bila pulang membawa agenda Wahhabi dan antihadis,mereka inilah yang akan mempengaruhi orang lain...belajar tasauf itu sesat dan sebagainya...

bagaimana mahu kenal tuhan jika masih belum kenal diri dan bagaimana boleh kenal diri dan tingkatan nafsu tanpa tasauf.

ramai orang bila sebut saja pasal nafsu....nafsu itu jahat...padahal yang jahat itu nafsu Ammarah dan Lawwamah sahaja....mereka takut untuk mengenal Mutmainnah...apalagi untuk sampai ke Kamilah atau jadi kamil-mukammil!

itulah sebenarnya kunci yang tidak ada pada bangsa atau agama lain untuk bangkit dan maju...hanya Ilmu tasauf islam saja...saya sangat setuju dengan pendapat saudara..raja-raja kini perlu ada tasauf....barulah ada berkat dan daulat!

Wassalam.

Radzi Sapiee said...

Alhamdulillah. Sebarkan pengetahuan ini pada seramai yang boleh. Pastikan mereka faham makna Melayu yang sebenar. Melayu bukan setakat Islam, bukan setakat Mukmin malah insan-insan yang sudah mencapai taraf Ihsan sambil bermukim di Tanah Melayu seraya mencapai balik martabat sebenar manusia seperti yang ada pada khalifah pertama, juga manusia pertama yang diturunkan dari Syurga, Nabi Adam Alaihissalam.
Teringat betapa saya pernah ditempelak orang-orang tua Melayu dahulu... tidak ramai malah mungkin tiada manusia sekarang yang betul-betul layak dipanggil Melayu. Pelik saya mendengar kata-kata itu kerana selama itu cuma faham Melayu sebagai bangsa yang identitinya diwarisi turun-temurun. Rupa-rupanya makna Melayu itu lebih besar. Ibarat seseorang cuma layak dipanggil Dr Falsafah setelah berjaya melepasi tahap BA ataupun BSC diikuti Masters dan PHd.
Sesungguhnya banyak kekeliruan muncul apabila tidak faham makna Melayu sebenar. Apabila kita faham, akan teranglah segala jawaban akan kenapa berlaku keadaan sekarang di mana umat di Tanah Melayu ini diasak musuh dari segenap arah. Wassalam! :]

tarabas said...

makin lamo makin kacau bilau Malaysia...daripada Perak yang skang takder kerajaan dan serangan skarang beralih kepada Selangor plak...pasni mungkin Kedah...Kelantan mungkin terlalu sukar...Sapo punyo percaturan nier? Bijan and the geng ker or Kera Tingkat 4 punyer keje????

Anonymous said...

Assalamualikum saudara,disini saya ada beberapa perkara yg memusykilkan saya,harap saudara dapat membantu serta dpt memberi pandangan peribadi saudara....


1)Allah mencipta manusia dengan berbilang kaum & semuanya sama semasa dilahirkan,cuma dari pandangan Allah S.W.T yang membezakan adalan amalan tiap2 makhluk ciptaanNya itu.tetapi lazimnya dari pandangan mata manusia,yg berpangkat...berdarjat...itulah yg mesti di puja,patuh,sembah taat setia dsbnya.setujukah saudara?

2)Nabi itu maksum...tetapi bagaimana dengan keturunannya?maksumkah juga?

3)Adakah semua sultan2 /raja2 itu keturunan nabi? atau hanya sebahagian sahaja?

4)jika sebahagian,bagaimana caranya nak tahu yang mana satu keturunan nabi S.A.W & yang mana bukan?

5)katakanlah,sultan2/raja2 yg kita ketahui melalui salasilahnya memang dari keturunan Nabi tetapi amalannya/sikapnya tidak mengikut langsung atau kurang mengikut sikap Nabi S.A.W & juga suruhan agama...(sebagai contoh isterinya yg tak bertudung kepala,menjatuh hukuman tanpa usul periksa,dsbnya yg malu untuk ditulis disini) wajibkah untuk kita patuh padanya? sedangkan Saidina Umar R.A pernah memberitahu kepada rakyatnya...sekiranya dia berbuat kesalahan,tegurlah dia.rakyatnya setuju dengan kata-katanya itu.Bagaimana pula dengan kita sebagai rakyat,beranikah atau bolehkah kita menegur sultan2/raja2 yg berbuat kesilapan?

6)Diketahui & boleh dilihat sekarang ini sultan2/raja2 lebih mendiamkan diri dalam hal-ehwal agama Islam walaupun Sultan itu Ketua Agama....keruntuhan akhlak dikalangan rakyat beragama Islam ketara sekali,maksiat dsbnya.Jadi pada siapa harus rakyat kebanyakkan hendak mengadu?Jbatan agama?tidak dilayan...mufti?mungkin,tapi sekejap saja itu pun lepas disuruh tutup mulut oleh org atasan diamlah dia.Pihak berkuasa yg lain?semuanya makan gaji...siapa yg bergaji(sang rakyat)lebih,lazimnya akan dibela oleh pihak berkuasa.
jadi rakyat jelata perlukan tempat untuk bernaung,tempat mengadu,jadi pada siapa kalau bukan dibawah raja2/sultan2 yg adil?

7)soalan terakhir,setujukah saudara kalau saya katakan sekirannya (InsyaAllah) imam mahdi muncul...golongan pertama yg akan diperangi/dibetulkan adalah dari golongan pemimpin beragama Islam(keseluruhan dunia).memandangkan pemimpin yg ada amatlah lemah sekali...kalau saudara setuju,kenapa?dan setuju jugakah saudara kalau imam mahdi menegur raja2 kita yg ada sekarang ini, sekiranya dia juga dari kalangan rakyat biasa dan juga berketurunan Rasullullah S.A.W.

Terima kasih banyak2 dan minta maaf sekiranya ada yg tersalah kata,kemusykilan ini sebenarnya datang bila ditanya oleh sahabat2 saya yg lain,jadi harap saudara dpt memberi sebanyak sedikit pandangan saudara.InsyaAllah dapatlah saya kongsi dengan sahabat2 yg lain.

Wassalam....

al-itrah

anggun said...

Salam Saudara/i al-itrah

Saudara sudah ada jawapan sendiri yang saudara pegang dan yakini. Saudara bukannya ingin bertanya apa2 pada saya,tetapi saudara hendak menyatakan pendapat serta ketidakpuasan hati saudara melalui pertanyaan.

Dlm bidang politik juga ilmu perdebatan dan cara-cara mengenengahkan hujah , ini dipanggil sebagai rethorical question. Tiada gunanya saya menjawab mengikut skima saudara kerana ia ibarat cuba menambahkan air lagi di dalam cawan yang sudah penuh..

Sekian..

p/s: ini massage dari MerahSilu kerana buat masa ini tiada internet dihadapan beliau. Ini melalui kata hatinya sekarang ini dan mewakilkan saya untuk menjawap.

Radzi Sapiee said...

Alhamdulillah, baru kini saya di hadapan Internet. Keadaan politik Malaysia begitu kalut sekarang malah begitulah juga keadaan sosia-politik dunia secara keseluruhan. Ini membuat ramai orang jadi tidak waras lalu suka membut keputusan tanpa melihat keadaan keseluruhan yang lebih besar.
Jawaban tambahan saya cuma ini... jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Takut kemudian hari nanti kamu semua digigit lebih teruk lagi. Jangan tertipu dengan dakyah para pelakun tajaan Yahudi Zionis yang berjaya menimbulkan kacau-bilau sekarang atas nama kesaksamaan. Sekian.

Anonymous said...

Salam kembali Saudara/i anggun,saudara merah silu & rakan2 semua,

terima kasih atas jawapan yg diberikan...sebelum memulakan bicara,hendaknya saya katakan bahawa tujuan saya menulis disini bukanlah atas sebab2 politik apatah lagi hatta untuk mengundi parti2 politik ditanah air kita ini.
alangkah indahnya jikalau saidina Ali R.A masih ada..pasti dia dapat menjawab sebarang persoalan yg tak mampu kita hadapi dan alangkah bertuahnya kita jikalau Rasullullah S.A.W masih ada untuk memimpin kita untuk keluar dari fitnah2 akhir zaman ini yang menyebabkan manusia berfikiran tidak waras...
kadang2 saya & sahabat yg lain disini berasa agak keliru atas sebab tertentu...

1)bangsa / bani israel terus hanyut dalam keangkuhan kerana terlalu mengagungkan identiti bangsa mereka.
2)begitu juga dengan bangsa2 aryan...kononnya merekalah bangsa yg cemerlang.
3)begitu juga dengan bangsa2 besar yg lain,mereka muncul membawa identiti masing2,kadang2 sampai lupa yang mana agama,yang mana adat dan yang mana budaya.

tidaklah saya katakan mengagungkan bangsa itu salah,tetapi janganlah sampai melebihi batasan2 agama.yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.
memang diakui,politik2 dunia kini mainan yahudi.jadi bergabunglah kita untuk menghadapinya atas nama agama dan bukanlah atas nama bangsa.
sedangkan Rasullullah S.A.W sebelum wafatnya menyebut "umatku...umatku...umatku..."Baginda tidak menyebut "bangsaku...bangsaku...bangsaku..."
atas sebab inilah saya berpegang teguh,semua bangsa bila dibawah satu agama(Islam),hak kita semua adalah sama.baik miskin,kaya,tua,muda,rakyat mahupun pemimpin.

Apa ada pada bangsa kalau tiada agama(Islam)...

Terima kasih sekali lagi kerana memberi ruang kepada saya berbicara disini.Saya doakan saudara/i sentiasa memperoleh kebaikan.Maaf sekali lagi kiranya tersalah kata.Terima kasih buat saudara radzi,blog saudara antara yg saya minati.InsyaAllah saya akan berdiam diri untuk satu tempoh yg panjang disebabkan menjalankan tugas yang jauh dari talian internet mahupun keluarga dan rakan2.semoga blog saudara terus menjadi medan ilmu.

Wassalam....

al-itrah