Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, January 30, 2009

Genting setelah beberapa tahun tak ke sana...

OK. Selepas kembali ke Bandar Tasik Puteri dari tempat Ustaz Safuan, saya dan isteri pun berkemas-kemas lalu keluar menaiki motosikal menghala ke Rawang sebelum naik ke Batang Kali untuk mengambil jalan melalui Genting. Destinasi sebenar kami ialah ke Janda Baik... dari Batang Kali seseorang boleh naik ke Genting sehingga ke Gohtong Jaya sebelum turun ke lebuhraya lalu boleh ke Janda Baik.

Saya ingin mencuba laluan ini kerana menyangkakan ia lebih dekat dari Rawang. Kalau tidak saya perlu turun dahulu ke Kuala Lumpur sampai ke Batu Caves masuk ke Gombak sebelum naik balik melalui lebuhrayaKarak ke Janda Baik. Rupa-rupanya tak juga... perjalanan melalui Batang Kali ternyata lebih jauh. Tapi tak mengapa le... sekurang-kurangnya ia membawa saya untuk naik ke Genting Highlands setelah bertahun tidak ke sana...

Ini adalah gambar taman tema luar di Genting diambil dari dalam laluan pejalan kaki yang tertutup.


Disebabkan sudah lama tidak ke Genting, rasanya lebih 5 tahun, saya tidak tahu bahawa laluan dari Batang Kali akan menyebabkan seseorang itu wajib lalu di stesyen cable-car.



Memandangkan saya sudah lama tidak ke Genting, lagipun sudah sampai ke stesyen, apa salahnya naik cable-car hingga ke atas ya tidak? Untuk melihat pemandangan dari dalam cable-car, sila lihat artikel A short trip to Genting... yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Ada beberapa slide yang menarik...


Memandangkan kami sampai pun hampir senja, saya dan isteri setakat berjalan-jalan di sekitar...



Pemandangan matahari hampir terbenam...




Nasib baik gambar yang kelihatan dalam kamera lebih terang!





Inilah 'kepala asal' Genting Highlands sebelum muncul segala macam bangunan lain...






Dari 'kepala' itu menjulur kabel-kabel untuk menampung cable-car ke bawah, nun hingga jauh ke sana...







Saya pun duduk di satu tebing untuk membuat satu eksperimen. Apa kata kalau saya pijak kenderaan yang lalu-lalang? Ah... hasilnya sungguh memilukan, hehe... :]


Dalam pada itu baru terfikir. Ait? Kabel-kabel dah sedia tergantung... mana pergi cable-car nya?





Rupa-rupanya cable-car yang ada kini menggunakan laluan lain. Apa yang kelihatan tadi adalah laluan lama. Patutlah tadi tak lalu bangunan pagoda yang ada kat lereng tu...



Kemudian kami bersiar-siar di laluan tepian jurang ini. Teringat dahulu saya pernah bermalam di pondok sini dengan memakai sleeping bag sahaja, setelah mendapat berita seorang kekasih lama yang amat disayangi akan bernikah dengan orang lain. Semasa itu saya masih bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times. Keesokan selepas bermalam, saya bercadang mahu menunggang motosikal terus sampai ke Kedah. Sebaliknya sampai di kaki gunung saya tergerak untuk berpatah-balik ke Kuala Lumpur lalu mendapati kekasih bernama Mas ini bernikah pada malam itu!

Perkara ini saya ceritakan pada isteri. Sejak dahulu saya ada memberitahu bahawa kedatangan isteri seolah-olah menggantikan tempat Mas... seolah-olah Tuhan memberi saya peluang untuk memperbaiki keadaan dahulu akibat kejahilan dan kesombongan diri saya sendiri.

Ya, di sini biar saya berterus-terang. Walaupun dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh", saya sering mewar-warkan rasa harapan dan kasih-sayang terhadap gadis lain yang saya panggil Nur dalam cerita, hakikatnya ada satu kekosongan besar yang belum terisi sejak kehilangan Mas, satu kekosongan yang saya pun tak pasti apakah dapat diisi oleh Nur jika kami betul-betul dapat bersama. Kini tempat itu telah diisi oleh isteri yang sudi menyokong saya dalam apapun keadaan. Terimakasih sungguh Abang ucapkan! :]


Oh... tadi sebenarnya saya mahu upload kan gambar lain yang menunjukkan sebahagian taman tema dalam. Tetapi setelah selesai meluahkan perasaan di atas, baru saya tersedar saya telah menggunakan gambar ini pula. Tak apa le. Selesai satu perkara. Kalau nak lihat gambar naik cable-car waktu malam, sila lihat artikel Back from a short trip to Genting... pula. Sekian...


1 comment:

dekat di hati said...

assalam.tumpang tanya sikit..saya pernah ke G.Highlands sekitar tahun 1988..nak tanya kalau dari Skyway yg kat atas, nak jln kaki ke "kepala G.Highlands" yg asal tu..jauh tak? teringin nak tengok2 kawasan kepala asal GH..mcm mana nak tahu laluan yg diambil tu yg betul?tq