Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, January 30, 2009

Melihat kembali markas Ustaz Safuan, tokeh pameran hantu yang pernah laris di Shah Alam dahulu!

OK, setelah selesai membuat 2 artikel baru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , siap satu menggunakan slide, baru saya dapat menyambung penceritaan di sini pula. Tajuk di atas mungkin sedikit pelik. Ingat lagi tak pameran hantu yang pernah diadakan di Muzium Shah Alam dahulu dengan jenglot-jenglotnya? Ini ada satu cerita yang ada kena-mengena. Mari! :]

Sekitar 2 minggu lepas, saya dan isteri mahu ke Janda Baik tetapi menggunakan laluan di Batang Kali pula. Sebelum itu kami menunggu perabot baru sampai dari kedai terutama katil dan tilam. Selama ini kami cuma tidur di atas comforter kerana memikirkan mungkin akan pindah ke rumah lain.

Tidak lama selepas kembali dari Pantai Timur, saya mendapat gerak agar terus menetap di Bandar Tasik Puteri. Kedatangan katil dan perabut lain waktu tengahari menyebabkan saya terasa mahu mendapatkan bantal kekabu lalu kami bergegas ke Paya Jaras untuk mencarinya.

Dalam perjalanan, kami singgah di Tasik Biru. Sila lihat artikel Tasik Biru, the "Blue Lake" yang dibuat tadi. Semasa kembali melalui Kundang, terlihat satu lorong yang saya pernah sampai. Masuklah kami ke dalam untuk melihat satu kawasan yang pernah menjadi satu pusat Tariqat Naqshabandiah di bawah seseorang yang dikenali sebagai Ustaz Safuan. Ternyata kawasan itu masih wujud, cuma tidak sekemas seperti kali pertama saya melihatnya dahulu.


Ini adalah masjid di dalam kawasan...

Ini pula sebuah bangunan batu menggunakan lubang separas lubang kubur yang dijadikan tempat bersuluk atau menyendiri beramal menguatkan lagi tahap kerohanian...


Di sebelahnya terdapat pondok ini. Kalau tak salah, ia juga berperanan sebagai surau. Di sinilah saya bertentang empat mata dengan Ustaz Safuan untuk bercerita tentang sejarah lama Aceh. Lalu dia menyatakan kaitannya (menurut katanya le...) dengan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, penakluk besar yang pernah memerintah Aceh dan menakluki sebahagian besar Nusantara pertengahan abad ke 17 Masihi.



Ini adalah sebuah pondok dengan papan-tanda "House of Gems", rumah batu permata. Suatu masa dahulu pondok ini dipenuhi koleksi batu-batu pertama dan sebagainya milik Ustaz Safuan. Tetapi semasa saya sampai di situ baru ini, apa yang kelihatan cuma beberapa barangan buruk yang tersimpan. Mungkin semua batu yang ada telah dibawa ke tempat lain untuk pameran...




Saya dan isteri kemudian masuk ke masjid untuk bersolat. Teringat semasa kali pertama sampai ke kawasan ini sekitar penghujung 2004 atau awal 2005, saya terus menuju ke masjid. Ketika itu sudah masuk samada waktu Zuhur ataupun Asar. Ustaz Safuan sedang mengimami solat bersama beberapa pengikutnya...


Teringat bagaimana di sisi ustaz terletak sebuah keris dengan sarung keemasan berserta tongkat. Keris dan tongkat itulah yang dibawanya keluar selepas solat untuk ke pondok di mana kami dapat berbual-bual.





Dalam masjid, selain nama Allah dan Muhammad yang seperti biasa terdapat pada masjid lain, terdapat juga nama Adam. Hmm... terfikir pula, mungkin di sini juga ada pengajian kebathinan huruf. Maka Alif, Dal dan Mim yang membentuk sebutan Adam juga dapat dikaitkan sebagai Allah (Alif) dan (Dal) Muhammad (Mim). Agak saya le...






Selesai sahaja bersolat, kedengaran satu bunyi pelik yang agak kuat. Isteri saya sedikit ketakutan, takut ada jin atau sebagainya yang tidak puas hati. Saya pula teruja mahu mencari punca bunyi itu. Rupa-rupanya bunyi burung merak!







Sempatlah kami melihat burung merak berposing-posing... oh, selepas solat juga kami mendapati seorang pembantu Ustaz Safuan telah menunggu luar. Lalu kami menerangkan tujuan kedatangan iaitu untuk melihat-lihat di sekitar.

Asalnya saya tidak bercadang mengambil apa-apa gambar tetapi isteri menyuruhnya agar dapat dijadikan ingatan. Kelihatan padanya begitu juga pada saya, tempat ini tidak begitu terjaga. Jauh bezanya dengan keadaan ketika saya pertama kali melihatnya sekitar 5 tahun dahulu di mana kelihatan juga beberapa anak murid atau pengikut tariqat bermukim di pondok-pondok sebelah masjid.

Ini membuat kami terfikir, apakah ustaz sudah meninggalkan tempat ini kerana sibuk dengan segala macam pameran termasuk satu yang sedang berjalan di Melaka kini? (Lihat artikel Pameran menyingkap misteri Pulau Besar ). Tetapi dari mulut pembantunya baru kami dapat tahu ustaz masih duduk di kawasan ini malah baru jam 11 pagi itu keluar ke Melaka.

Timbul satu persoalan. Apakah ustaz tidak cukup duit untuk menjaga tempat ini? Kata pembantu bukan... ustaz cuma terlalu sibuk dengan pelbagai urusan di luar. Memang pun sejak pameran hantu di Shah Alam menggunakan koleksi barangan milik Ustaz Safuan berjaya menarik perhatian seluruh Malaysia beberapa tahun lalu, nama beliau naik melonjak lalu muncul lagi bermacam pameran sealiran. Cuma pada saya, walau bagaimana sibuk pun jagalah tempat di mana segalanya bermula terutama untuk para pengikut Tariqat Qadiriah yang pernah bernaung di bawahnya.

Dalam pada itu pembantu sempat menghubungi ustaz lalu ustaz meminta saya menghubunginya. Kami setakat berbual sedikit... kedengaran ustaz masih dalam perjalanan dengan bunyi kereta yang nyata. Teringat saya pertama kali mengetahui tentang tempat ini ketika mencari bahan bacaan berkaitan Aceh di Internet. Lalu tertera alamat tempat ini sebagai Muzium Nurul A'la sempena nama seorang puteri kerajaan Perlak yang berketurunan Nabi Muhammad SAW dan dengan ini terlepaslah gerak rasa saya tentang hal ini...




No comments: