Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Ogos 12, 2008

Lawatan ke Singapura 2006. 'Melawan' penjajah di atas Mount Faber!

OK, cerita Singapura lagi. Kiranya bersambung daripada artikel bertajuk Lawatan ke Singapura 2006. Rupa-rupanya untuk ke satu makam yang ada kena-mengena dengan kekasih lama! .

Adapun dalam artikel itu saya menyebut tentang makam Radin Mas tanpa menyebut lokasinya. Maka kini biar saya sebut, letaknya ialah di satu lereng bukit dipanggil Mount Faber, dulu dikenali sebagai Bukit Teluk Belanga kalau tak salah ingat... Yang pasti Teluk Belanga yang pernah menjadi pusat pentadbiran keluarga Temenggung Johor (kini sudah naik jadi Sultan Johor) terletak di kaki bukit itu.

Selepas menziarahi makam Radin Mas, saya tergerak untuk naik ke puncak Mount Faber. Di atas sana rupa-rupanya terdapat banyak hasil kerja tembaga dalam bentuk mural yang melambangkan sejarah penubuhan Singapura... Dari kacamata Barat dan mereka yang menyokong pandangan itu, termasuk pihak-pihak dan tidak suka akan kedaulatan Melayu (faham-faham aje le siapa mereka itu, hehe! :])

Saya pula apabila melihat mural-mural sebegini terus timbul rasa nakal... Dah lah saya amat membenci penjajah celaka... Agak-agak apakah reaksi saya ya apabila melihat mural-mural ini?

Di bawah adalah hasilnya, gambar-gambar diambil oleh saudari SS dari Singapura. Untuk pengetahuan, gambar-gambar ini pernah dipaparkan dalam forum kegemaran saya, dalam satu thread yang saya buka bertajuk "Berpetualang ke Aceh" (boleh klik sini... Forum Rawatan Alternatif... Soal-jawab Berpetualang ke Aceh... ).

Ketika itu ia memiliki sekitar 120 mukasurat sedangkan kini sudah masuk 324. Entah kenapa pada satu hari tiba-tiba berlaku satu masalah teknikal yang mengganggu seluruh forum. Lalu thread ini kehilangan terus 11 mukasurat termasuk gambar-gambar yang dipaparkan di bawah ini juga gambar-gambar lain di Singapura. Apakah kerana ada isi sensitif? Entah le Dol...

Sekarang biar saya paparkan kembali ini sambil cuba mengikut rentak penulisan ringkas yang pernah saya buat di thread itu dahulu ya. Mari! :]



Ini adalah satu mural menggambarkan satu rundingan melibatkan penjajah Inggeris. Agak-agak posing apa yang saya sedang buat itu. Agak-agak apakah maknanya, hehe! :]


Oleh kerana berani menghina 'ketuanan' bangsa Omputih seraya mempersoalkan hak kaum lain menguasai Singapura, saya pun ditangkap lalu dipaksa membuat kerja berat...


Tetapi dengan kuasa Allah, saya dapat melepaskan diri lalu mencucuk hidung Stamford Raffles...


Rupa-rupanya penjajah tidak puasa hati... Lalu dihantarnya satu bentuk jembalang Singa untuk menggigit kepala saya!


Sekali lagi saya dapat melepaskan diri... Lalu melepaskan satu 'zas' jurusan Ultraman Taro kepada jembalang Singa yang nampaknya begitu marah...


Hasilnya saya dapat melepaskan diri daripada cengkaman penjajah dan kaum pendatang khianat. Tetapi pergelutan untuk melepaskan diri telah memakan banyak tenaga. Lalu saya cuba mengembalikan kesihatan dengan menyedut tenaga dalam di atas puncak bukit...


Setelah tenaga pulih, saya cuba mengalirkannya kepada penduduk Singapura terutama kaum Melayu agar sedar dari selimut lena yang memekup pemikiran mereka setelah lama hidup di bawah ketiak penjajah dan segala versi sejarah ciptaan mereka...


Ternyata ia bukan senang. Saya harus memeras otak... Bagaimana mahu menyedarkan golongan yang tidak menyedari malah tidak mahu menerima pun yang mereka telah dicucuk hidung oleh bangsa lain... Sepertimana juga ramai remaja Melayu begitu berbangga dengan budaya muzik entah apa-apa Mat Saleh sehingga tak tahupun bahawa minda mereka sudah begitu terjajah...

Mereka ini terasa cool dengan apa yang ada, sepertimana ada warga Melayu Singapura tidak dapat menerima apabila disebut bahawa hakikatnya di sana mereka hidup sebagai second-class citizen atau warga kelas dua kerana telah dihalang daripada memegang apa-apa kedudukan strategik negara... Kerana dikhuatiri akan menyokong negara-negara majoriti Melayu seperti Malaysia dan Indonesia jika berlaku apa-apa bentuk konfrontasi!


Nampaknya, tidak ada banyak yang saya boleh lakukan buat masa itu. Lalu saya pun membuat laporan ke headquarters menggunakan komputer laptop lama yang sering di bawah ke sana ke mari... Terpaksa dibungkus dengan baju kerana cahaya terang matahari menyebabkan susah membaca paparan skrin... Mungkin juga kerana gangguan anasir-anasir jahat pro Barat dan Yahudi Zionis yang mahu menghalang proses pengembalian kedaulatan bangsa Melayu khusus, umat Islam seluruh dunia amnya?


Ah... Sekali lagi pihak musuh cuba menutup jalan. Nasib baik saya sedar menggunakan alatan yang ada. Walaupun mereka belum sampai, saya sudah dapat mengesan kehadiran mereka lalu sedia beredar melalui satu jalan sulit...


Alhamdulillah, nasib baik saya dapat melepaskan diri. Kebetulan, gambar yang diambil oleh saudari SS menggunakan kamera video ini mempunyai filename DVCO0131. Ada apa-apa makna ke ni? Sekian! :]

p/s: Fuh... Dengan ini jadilah artikel ini yang ke 777 sebagai total untuk ketiga-tiga blogspot saya (blogspot ini sekarang sudah 386 artikel ada campur 234 di BERPETUALANG KE ACEH dan 157 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Yes! )

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Menarik, terhibur dibuatnya... hehe

Sambil tu teringat Tugu Negara. Patung2 prajurit tu semua muka mat saleh... huhu

PerpatihTulus berkata...

syok kan jalan-jalan singapore..

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Syok memang syok. Sampai kepala kena gigit Singa hehe!

So camana plan hari Sabtu ni untuk ke Perak? Ada apa-apa feedback?

Aku plak nak lepaskan beberapa cerita esok lusa lepas tu aku buat special posting pasal plan... Tempat mana-mana nak singgah.

Kebetulan Sabtu malam Ahad Nisfu Syaaban. Kena ambik berkat ni kat mana-mana masjid, kena join baca Yaasin gak...

Kalau hari Sabtu boleh settle semua mende kat area Teluk Intan n Pasir Salak, aku cadang nak terus gi Taiping Maghrib kat Masjid Melayu Bandar amacam?

PerpatihTulus berkata...

alhamdulillah, cuti untuk 18 aug pun dah approve. wife pun dah bagi pelepasan.

hari sabtu pergi, hari isnin balik. itu aje planning program dalam kepala aku.

tengah-tengah tu aku serah kat kaulah yang buat tentative schedule nya.

heheheh..

oh yaa. perpatihtulus.blogspot.com ada satu jek artikel baru. dah open balik dah. boleh lah tengok kan, mana-mana yang tak betul tu boleh betulkan atau tambahkan sikit. untuk faedah bersama.

wassalam

Radzi Sapiee berkata...

OK set. Aku kalau ikut penat dengan malas tengahari baru keluar. Tapi rasanya elok kita tinggalkan KL paling lambat pun pukul 10 pagi. Dalam 1 jam gitu dah boleh sampai Tanjung Malim. Singgah sat kat Masjid Sheikh Ismail sebelum pergi sempadan, tup tap makan masa 15-20 gak. Insyaallah tengahari sebelum pukul 1 sempat sampai kat Teluk Intan.
Kalau boleh sat camni, maka boleh diumumkan le sesapa yang nak rendesvous kat Teluk Intan, sila hadir untuk time solat Zuhur kat masjid lama Batak Rabit sebelah kawasan makam keluarga Laksamana.
Kalau ada yang nak join dari KL rasanya kena set time jumpa kat restoran jejantas Sungai Buloh. Tu yang kena dapat feedback orang lain tu...
Amacam? :]

Tanpa Nama berkata...

Salamsss,

Cehhh .... jeles aku.
Apa-apa hal aku tepon hang MS
kat restoran jejantas sg buluh.
Tak dapat gi ... dapat jumpa
korang pun jadi la. Sabtu kena
jadi supir ... Ahad .. bertugas
di Maha'08.

Selamatsssss

Tanpa Nama berkata...

salam,

Tuan MS,nnti letak gambar Makam Habib NUH..
ini di copy n paste kisah beliau serta sahabat ( salah seorg wali 7 Melayu)

AS SAYID HABIB NUH
The tomb of Habib Nuh, an Islamic Saint from Singapore, known for his miracles even after his death. Notice that the highway built by Singapore Government is bending to avoid his tomb. Rumor has it that Singapore Govt initially planned to trespass this tomb and move it somewhere else to build the highway. They attempt to buldozer the tomb but to no avail for mysterious, perhaps mystical, reasons. They now build the highway not higher than the tomb, to show their respect.


1 ) Makam Habib Nuh terletak di atas bukit berdekatan Palmer Road and East Coast Parkway.

2) Kehadiran seorang wali Allah disuatu tempat membawa rahmat yang tidak terkira¡­.




AS SAYID HABIB NUH : Peranannya Tersembunyi


Di Singapura, nama As Sayid Habib Nuh sudah tidak asing lagi. Beliau berketurunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Maqamnya yang terletak yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer, sering dikunjungi pelawat terutama pada hari-hari cuti.



Pengunjung makam itu bukan sahaja daripada kalangan orang Islam Singapura dan Malaysia tetapi ramai juga dari negara2 Asia yang lain. Ini menunjukkan bahawa Habib Nuh lebih mashur selepas kematiannya berbanding semasa hayatnya.



Sebagai seorang wali Allah, pelbagai cerita pelik dan luar biasa berlaku kepada dirinya dan cerita2 itu belum ditulis dalam bentuk buku atau manakib. Tulisan ini memaparkan sebahagian daripada keistimewaan, karamah dan kejadian2 aneh yang berlaku ke atasnya yang mengambarkan beliau sebagai orang kerohanian yang mempunyai peranan tersendiri dan tersembunyi.





Hadiri Sidang Wali-wali


Orang hanya mengenali Sayid Habib Nuh sebagai wali Allah yang mempunyai pelbagai karamah tetapi tidak ramai yang dapat menyelami peranannya sebagai orang kerohanian yang hampir dirinya dengan Allah SWT. Kerana peranan sebagai rijalullah atau rijalulghaib ini amat simbolik dan sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir sedangkan tugas mereka juga besar.



Barangkali tugas yang tersembunyi inilah yang diberikan kepada orang2 seperti Nabi Khidir a.s. pada zaman Nabi Musa a.s., Abu Huzaifah r.a. pada zaman Saidina Umar Al Khattab r.a. dan Uwais Al Qarni pada zaman sahabat dan tabi¡¯in.



Nabi Khidir a.s. umpamanya, seorang yang tinggi kerohanian dan kasyaf sehingga nabi Musa a.s. berguru dengannya dalam bidang kerohanian. Dengan kata lain, dalam soal menyingkap rahsia alam ghaib, Nabi Khidir a.s. melebihi Nabi Musa a.s. walaupun makam Nabi Musa lebih tinggi kerana selain terkenal di kalangan bani Israel, Nabi Musa a.s. seorang rasul bertaraf ulul azmi. Banyak riwayat mengatakan Nabi Khidir a.s. masih hidup dan masih berperanan [di alam kerohanian].



Abu Huzaifah r.a. pula dikurniai keistimewaan kasyaf ; boleh mengenali orang2 munafik. Malah Saidina Umar Al Khattab r.a. sewaktu menjadi khalifah sentiasa mendapat panduan daripada Abu Huzaifah untuk mengenal pasti orang2 munafik khususnya dalam menentukan seseorang yang meninggal dunia itu Mukmin atau munafik. Walhal Saidina Umar terkenal sebagai sahabat yang lebih kanan dan dijamin masuk Syurga. Jelaslah Allah SWT membuka tirai hijab bagi Abu Huzaifah yang melihat perkara2 yang orang lain tidak dapat melihatnya.



Demikian juga dengan Uwais Al Qarni yang ¡°tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di langit¡±. Beliau adalah seafdhal2 tabi¡¯in. Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Saidina Umar dan Saidina Ali supaya menemui Uwais dan ¡°mintalah doanya¡±. Sedangkan Saidina Umar dan Saidina Ali terkenal dengan ketakwaan dan tinggi kerohanian.



Maka kedua2nya Saidina Umar dan Saidina Ali dari tahun ke tahun sibuk di musim Haji bertanya khabar kepada setiap khafilah yang datang dari Yaman kalau2 terdapat seorang yang bernama Uwais Al Qarni seperti yang sudah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu. akhirnya bertemu juga.



Uwais Al Qarni rupa2nya hanya seorang khadam pengembala kambing bagi khafilah dari Yaman yang disertainya. Dia tidak dipedulikan dan disangka seorang yang tidak begitu siuman. Tetapi matanya kebiru2an dan kepalanya sentiasa dihanggukkan kerana berzikir. Apabila diminta berdoa untuk mereka, Uwais Al Qarni menjawab : ¡°Aku tidak akan mendoakan kamu berdua tetapi aku berdoa untuk kesejahteraan semua manusia.¡± Nyatalah doa orang seperti Uwais Al Qarni sangat makbul dan ianya diperlukan oleh dunia.



Berdasarkan ciri2 istimewa yang ada pada Nabi Khidir a.s., Abu Huzaifah r.a. dan Uwais Al Qarni r.h. maka ciri2 yang sama juga ada pada As Sayid Habib Nuh. Ini diakui oleh Syed Omar bin Abd. Kadir Al Idrus, seorang ulama, cucu Tukku Paloh, sewaktu ditemui beberapa tahun lalu.



Pada masa hidupnya, Habib Nuh tidak dipedulikan malah dikatakan gila, tidak gemar bergaul dengan manusia. Cuma beliau dikenali sebagai seorang yang sangat menyayangi kanak2 kerana kanak2 tidak berdosa dan dijamin Syurga.



Dan Habib Nuh tidak meninggalkan apa2 jasa berbentuk lahir seperti sekolah, kitab2 atau masjid yang beliau bangunkan. Tidak ada. Anehnya, setelah meninggal dunia, beliau sangat mashur.



Mengenai keistimewaan dan ketinggian kedudukan Habib Nuh, Pakcik Muhammad Abu Bakar, 102 tahun, khadam kepada Syeikh Haji Said Al Linggi r.h. menceritakan satu peristiwa yang berlaku ke atas gurunya yang ada kaitan dengan As Sayid Habib Nuh:



Pada satu hari seperti biasa Syeikh Muhammad Said masuk ke bilik suluk khas selepas sembahyang jemaah Asar. Seperti biasa juga, Pakcik Muhammad menunggu di luar bilik kalau2 beliau dipanggil masuk oleh gurunya untuk satu2 hajat. Tetapi pada petang itu beliau tidak dipanggil, dan gurunya keluar dari bilik suluk itu apabila hampir masuk waktu Maghrib dan terus sembahyang jemaah Maghrib bersama anak2 muridnya.



Malam itu Syeikh Said tidak mengajar. Selesai sembahyang sunat, beliau bercakap dengan Pakcik Muhammad secara empat mata.


¡°Engkau tahu aku pergi ke mana tadi?¡± kata Syeikh Said.


¡°Saya tidak tahu,¡± jawab Pakcik Muhammad dengan beradab.



¡°Aku pergi bersidang di Bukit Qhauf. Aku dan Habib Nuh sahaja yang mewakili umat sebelah sini. Rasulullah SAW juga hadir, dan engkau jangan cerita berita ini kepada sesiapa sebelum aku mati.¡±



Pakcik Muhammad Abu Bakar menyimpan amanat ini sehingga beliau memberitahu penulis sewaktu di temui di rumahnya di Seremban pada tahun 1991. Syeikh Said Linggi meninggal dunia pada tahun 1926. Menurut Pakcik Muhammad, Bukit Qhauf itu duduknya di luar daripada alam Syahadah. Wallahua¡¯lam.



¡°Walaupun persidangan itu dihadiri oleh Rasulullah SAW tetapi ia dipengerusikan oleh orang lain, tak tahulah siapa orang istimewa itu,¡± tambah Pakcik Muhammad. ¡°Bila ditanya siapa orang yang mempengerusikan majlis itu, Syeikh Said tidak memberitahu.¡±



Syeikh Said jua memberitahu bahawa majlis yang dihadiri oleh beliau dan Habib Nuh ialah persidangan wali2 yang membincangkan antara lain tentang satu wabak yang akan turun, yakni wabak cacar. Dan para wali yang bersidang itu mohon bala itu supaya tidak turun. Alhamdulillah, makbul. Tetapi menurut Pakcik Muhammad, ¡°tempiasnya¡± masih mengenai orang ramai sehingga ramai yang mati terutamanya orang2 kafir. [Wabak cacar pada masa itu merupakan penyakit yang sangat bahaya dan belum ditemui ubatnya].



¡°Saya tiga hari pengsan dan bahu saya masih berparut diserang wabak cacar itu. itupun Syeikh Said yang mengubatnya,¡± kata Pakcik Muhammad sambil menunjuk parut cacar di atas bahunya.



Cerita ini mengambarkan peranan tersembunyi As Sayid Habib Nuh sebagai ¡°pencatur dunia¡± yang mana kenyataan ini sukar diterima oleh mereka yang hanya menggunakan akal menilai sesuatu kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

Salam.

InsyaAllah, saya akan menunggu di Batak Rabit... Zam

Tanpa Nama berkata...

salam sdr MS..

nak mencelah je sket.. begitu mudahkan? ckp pasal org melayu spura gitu gini? tapi adakah MS melalui apa yg dilalui mereka? setidak2nya kami bertahan di sini dan berjuang selagi mampu agar negeri yg disayangi tidak diambil terus oleh bangsa lain. selagi ada bangsa melayu disini, insyaAllah negeri kami masih dpt bertahan.

saya rasa tanggapan bahawa anak remaja spura kebaratan agak condeming sbb kalau kita lihat, di malaysia sendiri sebagai sebuah negara Islam, tidak kurang juga yg berkelakuan yg lebih havoc lagi.. tak payah lah saya ulas lebih lanjut lagi. it's juz that i hope u jgn buat that kind of sweeping statement lagi.. masih ada ramai lagi pemuda pemudi Islam di sini yg mengamalkan kehidupan beragama dgn baik.. juz 4 ur info... trima kasih..

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam.

Maaflah jika kata-kata saya itu menyinggung perasaan kerana disuarakan secara umum. Saya sedar memang ada warga Melayu Singapura yang masih mempertahankan identiti dan hak keMelayuan serta Islam mereka... Saya pun pernah 2-3 bertemu Habib Hassan, Imam Masjid Ba'Alawi selain bertemu ramai juga warga Singapura yang masih menghargai makna Melayu dan Islam sehingga sanggup selalu berulang-alik ke Batu Pahat untuk bertemu Habib Ali demi mendapatkan keberkatan seorang hamba Allah bertaraf Wali, kata orang setaraf dengan Habib Nuh di Singapura.

Sebenarnya kata-kata saya dalam artikel itu ditujukan kepada sesetengah golongan Melayu Singapura yang lebih membanggakan sejarah Singapura selepas pencerobohan Stamford Raffles...Ya, saya guna pencerobohan. Singapura bukan ditemui Raffles seperti disebut dalam sejarah rasmi kerana dah terbukti sudah berdiri keSultanan Melayu di situ sejak lama dahulu.
Mereka juga bangga kononnya Singapura lebih progresif, ada Lee Kuan Yew dan sebagainya... Golongan ini lupa kepala mereka telah dipijak bangsa lain!

Apapun saya minta maaf jika kata-kata yang tertera seolah menyerkap jarang. Tentang remaja yang keBaratan, ia sebenarnya kata-kata umum untuk remaja Melayu terutama di Malaysia... Sebab itu saya gunakan perkataan 'sepertimana:-

Sepertimana juga ramai remaja Melayu begitu berbangga dengan budaya muzik entah apa-apa Mat Saleh sehingga tak tahupun bahawa minda mereka sudah begitu terjajah...

sepertimana ada warga Melayu Singapura tidak dapat menerima apabila disebut bahawa hakikatnya di sana mereka hidup sebagai second-class citizen

Ini adalah perbandingan... Ada warga Melayu Singapura (bukan semua, sebab itu disebut ada...) tidak dapat menerima hakikat sepertimana ada remaja Melayu berbangga dengan keBaratan.

Kalau yang dimaksudkan adalah remaja Melayu Singapura, kan dah jadi double statement yang bertimpa-timpa?

Apapun, saya minta maaf jika kata-kata itu kurang terang. Sekali lagi, saya amat bersetuju masih ramai pemuda pemuda Islam Singapura yang sangat perihatin nasib bangsa dan agama.

Terimakasih kerana sudi menegur dengan elok. Wassalam! :]