OK... Saya kini dalam proses mengedit siri buku "Berpetualang ke Aceh" untuk persediaan akan kemungkinan membuat cetakan edisi kedua di samping menyediakan siri buku eletronik dalam format PDF (boleh ditukar ke E-book jika perlu...) untuk dijual secara on-line di Internet. Adapun saya telah membelanjakan sekitar RM40,000 untuk mencetak siri buku ini dan itu belum dicampur kos pengembaraan, penyelidikan, makan-minum dan penginapan semasa kerja dan berjalan selain harus menulis, mengedit, menyunting, membuat lay-out dan berbagai perkara lain hingga siri buku ini berjaya menemui khalayak ramai.
Apabila setiap cetakan buku siap, saya dibelenggu pula masalah logistik untuk mengambil beribu buah naskah dan mencari tempat simpanan yang sesuai. Kemudian saya disibukkan dengan segala macam urusan seperti mencari pengedar dan berhubung dengan kedai-kedai buku. Dan di sebalik itu, bukan boleh terus dapat payment malah harus menunggu berbulan-bulan... Sedangkan saya membayar kos percetakan secara tunai!
Memang banyak kerenah mahu menjaga semua ini. Sambil itu harus memikirkan promosi sedangkan seperti yang ramai tahu, saya juga ada banyak hal lain melibatkan amanah keluarga dan perjuangan yang perlu dipapah sama... Dan di celah-celah itu juga saya menyajikan pelbagai cerita bergambar untuk tatapan semua di blogspot-blogspot saya, cerita-cerita serta gambar yang cuma dapat diambil dan dijadikan cerita yang berguna setelah keluar mengembara lama dan mengharungi pelbagai perkara lain pula!
Apapun saya percaya siri buku "Berpetualang ke Aceh" ini boleh pergi lebih jauh. Lalu saya bercadang untuk mengenengahkannya ke khalayak yang lebih luas... Maka itu saya buat proses editting baru untuk memperbaiki beberapa kelemahan seperti sedikit kekacauan graphics (terutama dalam BKA 1) yang mengganggu pembacaan selain merenggangkan huruf-huruf tulisan yang dahulu sangat rapat (kerana terlalu banyak yang mahu diluahkan) agar lebih senang dibaca tanpa mengganggu format penyampain asal selain "menjinakkan" sedikit bahasa yang dahulunya mungkin lebih rigid atau tegang!
Kini proses editting sudah masuk 25 peratus siap buku dua. Insyaallah semuanya akan selesai dalam tempoh sebulan atau paling lambat pun sebelum Ramadhan? Tetapi saya sudah letih membuat segala-galanya... Maka di sini biarlah dibuat pengumuman - jika ada mana-mana pihak di luar sana yang ada kemampuan kewangan dan logistik atau kenal mereka yang berkemampuan untuk menerbitkan edisi dua siri buku "Berpetualang ke Aceh" dan mempromosi serta membawa ia ke khalayak yang lebih ramai, anda dialu-alukan berhubung dengan saya untuk membuat satu deal... Barangnya sudah ada, penggunanya pun ada kerana sudah terbukti siri buku ini ada golongan peminatnya. Yang perlu cuma diluaskan jaringannya sahaja!
Lagi satu, untuk edisi Internet... Jika ada sesiapa yang sanggup menjual edisi ini on-line dengan berkesan, anda dijemput menghubungi saya... Kalau boleh saya mahukan pihak profesional yang dapat memantau segala urusan jual-beli on-line dengan jujur lalu saya boleh lepas tangan untuk membuat kerja-kerja lain pula. Sekurang-kurangnya edisi Internet ini boleh pergi ke seluruh dunia termasuk Indonesia di mana terdapat lebih 200 juta pembaca Bahasa Melayu... Edisi Internet lebih senang untuk tembus ke sana berbanding edisi hardcopy ataupun buku kertas kerana banyak kerenah untuk buku-buku dari Malaysia masuk ke sana apalagi jika seperti siri buku "Berpetualang ke Aceh", ia banyak membela Aceh seraya mengkritik sikap berat sebelah pemerintah Republik Indonesia di Jakarta yang kebanyakannya berketurunan Jawa. Sekian! :]
2 ulasan:
Aslamualikum..
Bro cetakan kedua ka.. bagus la pasal sya cari kat mph alamanda habis stok.. saya hanya ada bhg ketiga saja..
Wassalam... Buku 1 & 2 masih ada stok di tempat tertentu seperti Pustaka Mukmin di Jalan TAR, Pustaka Rezeki Harapan di Wisma Yakin hadapan Masjid India dan MPH Mid-Valley Megamall juga stok simpanan saya yang boleh diberi secara pos.
Sila lihat http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html ...
Cetakan kedua tu belum confirm lagi. Cuma sedia dulu... Segalanya bergantung gak kepada keizinan Allah belaka! :]
Catat Ulasan