Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Jun 25, 2008

Open tender edisi baru siri buku "Berpetualang ke Aceh"...

Assalamualaikum! Jika minggu lepas dalam artikel Program berjalan sambil buat video cerita Perak sekitar Perjanjian Pangkor 1874 dan pembunuhan Birch, apa sebenarnya berlaku... Jemputan untuk semua! , saya ada membuka open tender untuk mengajak sesiapa sahaja yang ingin ikut berjalan ke Perak, kali ini saya mahu membuat open tender pula untuk siri novel "Berpetualang ke Aceh"! Sila lihat gambar-gambar kulit buku di bawah ini... Untuk gambar full size, sila klik pada gambar dan open in new window...


Kulit buku baru "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I... Satu loncatan besar daripada kulit terdahulu yang latar-belakangnya rata-rata kuning sehingga ada yang menyangkakan ia sebuah kitab agama lalu diletakkan bersama kitab-kitab lain di kedai-kedai buku!



Kulit buku baru "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II. Kulit buku terdahulu setakat mempunyai latarbelakang warna hijau kebiruan pekat sahaja!




Kulit buku baru buku "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" pula tidak banyak beza dengan kulit buku asalnya yang saya rasakan sudah cukup cantik. Cuma ditambah sedikit graphics untuk menandakan ia adalah edisi baru...




OK... Saya kini dalam proses mengedit siri buku "Berpetualang ke Aceh" untuk persediaan akan kemungkinan membuat cetakan edisi kedua di samping menyediakan siri buku eletronik dalam format PDF (boleh ditukar ke E-book jika perlu...) untuk dijual secara on-line di Internet. Adapun saya telah membelanjakan sekitar RM40,000 untuk mencetak siri buku ini dan itu belum dicampur kos pengembaraan, penyelidikan, makan-minum dan penginapan semasa kerja dan berjalan selain harus menulis, mengedit, menyunting, membuat lay-out dan berbagai perkara lain hingga siri buku ini berjaya menemui khalayak ramai.

Apabila setiap cetakan buku siap, saya dibelenggu pula masalah logistik untuk mengambil beribu buah naskah dan mencari tempat simpanan yang sesuai. Kemudian saya disibukkan dengan segala macam urusan seperti mencari pengedar dan berhubung dengan kedai-kedai buku. Dan di sebalik itu, bukan boleh terus dapat payment malah harus menunggu berbulan-bulan... Sedangkan saya membayar kos percetakan secara tunai!

Memang banyak kerenah mahu menjaga semua ini. Sambil itu harus memikirkan promosi sedangkan seperti yang ramai tahu, saya juga ada banyak hal lain melibatkan amanah keluarga dan perjuangan yang perlu dipapah sama... Dan di celah-celah itu juga saya menyajikan pelbagai cerita bergambar untuk tatapan semua di blogspot-blogspot saya, cerita-cerita serta gambar yang cuma dapat diambil dan dijadikan cerita yang berguna setelah keluar mengembara lama dan mengharungi pelbagai perkara lain pula!

Apapun saya percaya siri buku "Berpetualang ke Aceh" ini boleh pergi lebih jauh. Lalu saya bercadang untuk mengenengahkannya ke khalayak yang lebih luas... Maka itu saya buat proses editting baru untuk memperbaiki beberapa kelemahan seperti sedikit kekacauan graphics (terutama dalam BKA 1) yang mengganggu pembacaan selain merenggangkan huruf-huruf tulisan yang dahulu sangat rapat (kerana terlalu banyak yang mahu diluahkan) agar lebih senang dibaca tanpa mengganggu format penyampain asal selain "menjinakkan" sedikit bahasa yang dahulunya mungkin lebih rigid atau tegang!

Kini proses editting sudah masuk 25 peratus siap buku dua. Insyaallah semuanya akan selesai dalam tempoh sebulan atau paling lambat pun sebelum Ramadhan? Tetapi saya sudah letih membuat segala-galanya... Maka di sini biarlah dibuat pengumuman - jika ada mana-mana pihak di luar sana yang ada kemampuan kewangan dan logistik atau kenal mereka yang berkemampuan untuk menerbitkan edisi dua siri buku "Berpetualang ke Aceh" dan mempromosi serta membawa ia ke khalayak yang lebih ramai, anda dialu-alukan berhubung dengan saya untuk membuat satu deal... Barangnya sudah ada, penggunanya pun ada kerana sudah terbukti siri buku ini ada golongan peminatnya. Yang perlu cuma diluaskan jaringannya sahaja!

Lagi satu, untuk edisi Internet... Jika ada sesiapa yang sanggup menjual edisi ini on-line dengan berkesan, anda dijemput menghubungi saya... Kalau boleh saya mahukan pihak profesional yang dapat memantau segala urusan jual-beli on-line dengan jujur lalu saya boleh lepas tangan untuk membuat kerja-kerja lain pula. Sekurang-kurangnya edisi Internet ini boleh pergi ke seluruh dunia termasuk Indonesia di mana terdapat lebih 200 juta pembaca Bahasa Melayu... Edisi Internet lebih senang untuk tembus ke sana berbanding edisi hardcopy ataupun buku kertas kerana banyak kerenah untuk buku-buku dari Malaysia masuk ke sana apalagi jika seperti siri buku "Berpetualang ke Aceh", ia banyak membela Aceh seraya mengkritik sikap berat sebelah pemerintah Republik Indonesia di Jakarta yang kebanyakannya berketurunan Jawa. Sekian! :]

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aslamualikum..

Bro cetakan kedua ka.. bagus la pasal sya cari kat mph alamanda habis stok.. saya hanya ada bhg ketiga saja..

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam... Buku 1 & 2 masih ada stok di tempat tertentu seperti Pustaka Mukmin di Jalan TAR, Pustaka Rezeki Harapan di Wisma Yakin hadapan Masjid India dan MPH Mid-Valley Megamall juga stok simpanan saya yang boleh diberi secara pos.
Sila lihat http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html ...
Cetakan kedua tu belum confirm lagi. Cuma sedia dulu... Segalanya bergantung gak kepada keizinan Allah belaka! :]