Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, November 21, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Sungai demi sungai dari Saribas ke Santubong membawa ke Kuching

Kita sedang menghampiri penghujung penceritaan harian perjalanan di Kalimantan. Pergi pada hari ke-16. Tujuh artikel sokongan telah disediakan di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART dan 14 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Menyahut panggilan Kalimantan - Persekitaran Rejang dan kerajaan yang hilang.



Dalam artikel sebelum ini telah ditunjukkan sebuah masjid tempatan waktu malam. Kami telah mendapat kebenaran untuk bermalam. Awal pagi Sabtu 24 Oktober 2026, selepas solat Subuh berjemaah bersedia untuk menyambung perjalanan.



Pergi mengambil jambatan berdekatan untuk ke kampung di seberang.






Singgah di masjidnya. Lihat Masjid (Mosque of) Rahmaniah, Kampung Pusa.



Kembali semula ke seberang sebelumnya lalu bersarapan di tepi sungai. Lihat Waterfront in Pusa.



Selepas itu baru meninggalkan kawasan.




Dalam artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Persekitaran Rejang dan kerajaan yang hilang telah disebut lalu ditunjukkan kesan peninggalan kerajaan berkenaan. Sekarang biar dinyatakan ia dikenali sebagai kerajaan Saribas merujuk pada sungai berkenaan. Lihat Bridge across Batang Saribas.




Kami menyusur sungai hingga ke kuala lalu singgah masjid dan surau berdekatan. Lihat artikel-artikel berikut :-








Gambar ini diambil di atas jambatan terpanjang merentasi sungai di Malaysia. Selepas itu menyeberang beberapa lagi sungai selain melihat dari tepian. Lihat artikel-artikel berikut :-









Sebetulnya saya kagum melihat kemajuan di Sarawak. Selain jalan-jalan elok cantik terutama Lebuh Raya Pan Borneo banyak jambatan baru telah dibuka, sejumlah pula menunggu masa untuk dibuka, menyeberang sungai-sungai yang sangat lebar menggantikan perkhidmatan feri dan menghubungkan banyak tempat yang dahulu cuma boleh dicapai melalui air lalu menyingkatkan jarak dan masa perjalanan.



Perjalanan diteruskan ke kaki Gunung Santubong untuk menziarahi makam satu-satunya Sultan Sarawak. Lihat Makam (Tomb of) Sultan Tengah. Inilah raja yang pernah mengahwini seorang puteri di Sukadana (lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Membawa harapan mulia ke Sukadana, Tanjung Pura dan Ketapang) lalu anak mereka menjadi Sultan pertama Sambas (lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Dari Mempawah ke Sambas membawa gema diraja Bugis).




Gunung Santubong juga katanya pernah menjadi pusat sebuah kerajaan yang hilang. Terkenal dengan legenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang memang ada bukti arkeologi sebuah kerajaan awal. Singgahlah di beberapa tempat di sekitar. Lihat artikel-artikel berikut :-








Perjalanan diteruskan ke bandaraya Kuching. Singgah di masjid negeri sebelum masuk ke pusat mencari penginapan. Lihat Masjid negeri (State mosque of) Sarawak diikuti First proper look at Kuching city



Setelah memastikan penginapan baru pulang kereta sewa. Didapati saya sudah memandu sejauh 901km sejak mula menyewa 2 hari sebelum itu. Rujuk kembali Menyahut panggilan Kalimantan - Memulakan eksplorasi Sarawak.



Malam keluar berjalan kaki ke kawasan waterfront atau tepian air lalu mendapati ada festival sedang berlangsung.



Lewat malam singgah di tugu kucing. Sebelum itu sempat melihat beberapa tarikan, menyeberangi jambatan pejalan kaki yang cantik malah naik bot menyusuri Sungai Sarawak. Lihat artikel-artikel berikut :-







Tiada ulasan: