Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, September 16, 2026

Festival Turath Islami Malaysia dan buku tahun 2026 - Kelazatan syarah Hikam

Bersambung daripada Festival Turath Islami Malaysia dan buku tahun 2026 - Pedoman untuk muda mudi.



Pelancaran dan bicara buku tadi diadakan di aras bawah Masjid Putra. Selesai bicara baru hendak meneroka apa yang ada di aras tanah...



Seorang rakan wanita dari Pakistan yang baru sebulan gitu lulus PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa  Pemikiran dan Tamadun Islam) mahu menunjukkan kawasan Festival Buku Islami.



Beliau yang menjadi petugas rupa-rupanya baru semalam kali pertama kali sampai ke Masjid Putra.






Cuma saya harus menyatakan secara jujur. Saya lihat layout atau atur letak Festival Buku ini seperti ke belakang...






Saya bercakap sebagai seorang peminat malah penulis buku yang telah berdekad mengikuti pesta-pesta besar buku besar  di Malaysia lalu dapat meneliti perubahan dan perkembangan...



Saya juga bercakap sebagai seorang bekas wartawan akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times (1996-2001) yang telah menghadiri pelbagai tahap majlis, daripada yang boleh dikira paling marhain ke majlis elit melibatkan orang istana. Dalam keadaan santai secara peribadi di kelab-kelab tertentu saya pernah diperkenalkan dengan dua orang raja yang sedang bertakhta hari ini, ketika mereka masih lagi bertaraf Raja Muda atau Tengku Mahkota. Kebetulan saya secara rasminya mula bertugas pada tarikh hari ini iaitu 16 September. Cuma ketika itu belum lagi dijadikan cuti umum sambutan Hari Malaysia.



Sebetulnya tak perlu pun kata-kata untuk menerangkan. Bandingkan sendiri apa yang ditunjukkan ini dengan keadaan ketika Festival Buku ini pertama diadakan tahun 2025, dalam dewan agak mewah di perkarangan Masjid Negeri, Shah Alam. Lihat artikel lama Festival Buku Islami 2025 di Masjid Negeri, Shah Alam






Bukan tak boleh buat di Masjid Putra. Tapi perbaikilah penampilan. Orang art decor dan interior design mesti tahu bagaimana hendak melakukan. Sama ada gunakan ruang yang nampak lebih class atau hiaskanlah apa yang patut. Penampilan berprestij agak penting apabila sudah melihat bagaimana keadaan pada edisi pertama tahun lalu.




Melangkah masuk ke dewan utama masjid. Dalam ini memang sudah tentu nampak mewah dan berprestij.



Adapun tema utama Festival Turath kali ini adalah syarah kitab Hikam tulisan Ibnu Athoilah yang hidup 8 abad lalu. Ada empat sesi kalau tak salah setiap hari mensyarahkan isi kitab sejak mula sampai hari Jumaat malam Sabtu 18 Sept.



Yang ini memang lazat. Siapa yang ada kecendurangan terhadap dunia Tawasuf harus faham. Sejak semalam lagi ada mengikuti secara atas talian.



Apabila mendapat tahu penyelia tesis PhD saya di ISTAC Profesor Emeritus Dato' Dr Osman Bakar akan membuat bual bicara buku pada 16 Sept (rujuk kembali Festival Turath Islami Malaysia dan buku tahun 2026 - Pedoman untuk muda mudi) saya bercadang mahu mengikuti setiap syarah Hikam dari hari ini sehingga Jumaat malam Sabtu lalu merancang untuk menginap di masjid (dibenarkan di Masjid Besi dan ada bas disediakan untuk berulang-alik). Apabila isteri memberitahu hendak hadir sekali saya pun menempah bilik hotel paling murah terdekat untuk 3 malam iaitu hingga ke tengah hari Sabtu 19 Sept. Dari hotel yang menghala ke Pucong sekitar 13 km  ke masjid. Boleh terus ke Port Dickson untuk sambutan hari keluarga bermula petang Sabtu 19 Sept. Tengah hari Ahad 20 Sept ke Kajang untuk majlis perkahwinan sepupu saya.



Tapi itulah, manusia boleh merancang Allah SWT jua menentukan. Ketika hendak keluar dari rumah tengah hari tadi mendapat berita seorang abang isteri jatuh sakit lalu tak sedar di hospital. Baru hendak memulakan perjalanan beliau meninggal dunia. Selepas mendaftar masuk ke hotel kemudian makan saya turun di masjid sementara isteri memandu kereta untuk kembali ke kampung di Tanjung Sepat. Saya menulis ini di masjid ketika isteri mengikuti majlis tahlil. Esok malam saya sendiri harus ke tahlil juga. Tetapi insyaallah tetap akan dilaksanakan rancangan asal setakat mana dapat untuk mendengar syarah Hikam. Sesungguhnya ia memang lazat. Boleh ikuti siaran langsung juga rakaman di sini. Atau buat carian "Festival Turath Islami" di Youtube. 


Tiada ulasan: