Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Ogos 30, 2023

Asbab pertanyaan ibu - Mencapai sasaran di daerah Tangkak dan sebahagian Melaka

Salam. Adapun saya dan keluarga baru sampai ke rumah dari Muar sekitar jam 1.30 pagi tadi. Selepas itu teman anak layan cerita Kingdom of Heaven sepanjang 3 jam. Selepas sedikit rehat dan beberapa urusan baru ada kelapangan untuk menulis lagi. Pergi kita pada hari ke-5 dan terakhir perjalanan. Bersambung daripada artikel Asbab pertanyaan ibu - Menyumbang buku di Muar hingga ke sempadan Batu Pahat.



Pagi Selasa 29 Ogos 2023 saya pergi lagi masuk ke bandar Muar.




Makan mee kari, satay dan pelbagai lagi hidangan bersama keluarga kemudian pusing sedikit bandar. Sampai jam 11.30 juga kami keluar. Balik rumah ibu bapa buat beberapa perkara termasuk mengaji beberapa muka surat Al Quran demi mengejar kuota satu juz sehari. Kemudian timbul rasa untuk mempersembahkan artikel Asbab pertanyaan ibu - Menyumbang buku di Muar hingga ke sempadan Batu Pahat.




Disebabkan itu selepas jam 2 baru keluar untuk menyambung usaha mencari perpustakaan-perpustakaan awam bagi menyumbangkan buku. Jika pada hari Isnin ke arah selatan hingga ke sempadan daerah Batu Pahat kali ini menyeberang ke utara Sungai Muar.




Masuklah ke daerah Tangkak yang asalnya adalah sebahagian daripada daerah Muar... sebelum dipecahkan sekitar 2 dekad lalu. Persinggahan pertama adalah ke perpustakaan pekan Bukit Gambir...










Selepas itu baru ke perpustakaan-perpustakaan kampung.







Yang ini kelihatan seperti tiada orang. Rupa-rupanya pustakawannya duduk di rumah dalam kawasan. Dapatlah menyampaikan 5 naskah buku Kenangan Kembaran Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995 seperti kebiasaan bagi setiap perpustakaan yang disinggahi sejak 2-3 bulan kebelakangan.




Banyak laluan kali ini tidak pernah digunakan sebelum ini.




Baru jelas, selain perpustakaan-perpustakaan di bawah pentadbiran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) juga perpustakaan di bawah perbadanan negeri-negeri ada lagi satu kategori perpustakaan awam iaitu Perpustakaan Komuniti.




Perjalanan membawa menghampiri Gunung Ledang sebelum masuk ke pekan Tangkak. Kalau tidak kerana kesuntukan masa kerana banyak tempat mahu diliputi sebelum perpustakaan biasanya tutup jam 5 petang tentu saya akan sekurang-kurangnya naik ke kaki gunung mandi air terjun.













Dari Tangkak masuk ke negeri Melaka melalui Chohong...




Saya sekadar mengikut laluan yang diatur berdasarkan lokasi-lokasi perpustakaan yang dapat ditemui melalui Google Map.




Sedar tak sedar laluan membawa ke hingga hampir 2 km ke pekan Jasin sebelum membelok ke arah Merlimau.




Perpustakaan Merlimau adalah yang kedua di Melaka dibuat sumbangan dalam perjalanan...




Selepas itu tinggal satu sahaja perlu disinggahi, dalam perjalanan kembali ke Muar.




Ia adalah perpustakaan di Sungai Rambai, cuma 1.5 km sebelum sempadan negeri Johor.




Saya sampai dalam jam 4.50 petang. Sepatutnya masih dibuka. Tengok-tengok perpustakaan ditutup sehingga Hari Kemerdekaan 31 Ogos. Nasib baik terletak dalam satu kawasan sama berpagar dengan balai polis besar Sungai Rambai. Dapatlah disampaikan kepada ketua balai untuk diserahkan kepada perpustakaan kemudian.




Dengan itu tercapailah sasaran hari itu iaitu untuk menyumbangkan buku ke 9 buah perpustakaan.  Barulah boleh berehat makan di sebuah warung di pekan kecil Sungai Rambai, selepas menahan kelaparan kerana mahu menyelesaikan urusan, setelah kali terakhir makan jam 10 lebih bersama keluarga di bandar Muar. Tercapai juga sasaran secara keseluruhan sejak meninggalkan majlis Kota Sufi di Masjid Seri Sendayan pada pagi Sabtu 26 Ogos (lihat Asbab pertanyaan ibu - Dari Kota Sufi ke majlis di Hang Tuah Centre).  Ketika itu dibawa lebih 100 naskah buku Kenangan Kembara Eropah. Sekarang sudah habis. 

Secara rata, saya telah membuat sumbangan kepada 21 buah perpustakaan, 5 naskah setiap satu bersamaan 105 buku.  Dalam 3-5 buku pula disumbangkan secara individu, misalnya kepada ketua balai di Sungai Rambai. Sejak memulakan usaha 2-3 bulan lalu saya telah menyumbangkan sekitar 250 naskah iaitu bagi sekitar 50 perpustakaan. Ada beberapa lagi naskah disumbangkan secara individu, misalnya kepada pustakawan yang dilihat sangat membantu juga penjaga keselamatan di premis  tertentu. Negeri-negeri yang telah diliputi adalah Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Seingat saya ada satu sahaja di Pahang, ketika mengambil anak di tahfiz di Janda Baik.

Inilah sedikit sumbangan yang dapat dilakukan oleh penulis kerdil tidak berduit seperti saya. Bolehlah. Harus lebih baik daripada misalnya kelihatan memberikan sumbangan buku mahal beratus Ringgit kepada tahfiz-tahfiz berserta syarahan percuma. Sedangkan di sebalik tabir harga buku malah lebih lagi telah dibayar oleh orang awam melalui usaha pemasaran atas nama wakaf ilmu dan sebagainya.

Sekarang ini begitu mudah ramai  pihak membuat duit mencari makan menggunakan agama. Ada yang misalnya selalu meminta derma ke sana ke mari atas nama infak makanan ke rumah anak yatim, tahfiz dan sebagainya. Sedangkan yang sebenarnya duit derma itu menjadi sumber bayaran dan pendapatan tetap bagi pihak yang menyediakan makanan lalu menghantar ke tempat-tempat tersebut pada harga biasa pasaran, malah boleh jadi lebih mahal daripada harga di kedai makan biasa.




Secara rata beginilah laluan yang diikuti hari itu demi untuk membuat sumbangan buku. Seperti halnya laluan pada hari Isnin yang membawa hingga hampir ke sempadan daerah Batu Pahat di selatan ia telah dilakarkan melalui Google Map terlebih dahulu iaitu awal pagi Isnin supaya dapat mengenal pasti kedudukan perpustakaan lalu membina rangkaian laluan yang paling optimum.




Selesai makan baru masuk kembali ke daerah Tangkak, dalam negeri Johor. Sehingga sebentar ke replika gergasi beca yang dahulu atas sekali tertera perkataan "Beca Muar". Kerana memang pun ia adalah replika beca Muar, di Tangkak tiada sangat beca. Tetapi tidak lagi ada perkataan kerana kawasan berkenaan sudah berpisah dengan daerah Muar untuk dijadikan daerah Tangkak. Faham saya, semua disebabkan persaingan politik antara dua tokoh besar negeri Johor, satu berasal dari utara Sungai Muar, satu dari selatan.




Malam selepas Isyak makan-makan lagi bersama keluarga. Selepas jam 10 baru meninggalkan Muar. Berjumpa pula dengan seorang anak yang sedang belajar di Jasin kemudian ikut jalan dalam sehingga ke Alor Gajah sebelum mengambil Lebuh Raya Utara Selatan.  Siap masuk bandar raya Kuala Lumpur lagi untuk cuci mata melihat bangunan dan ampu sebelum ikut jalan lama ke rumah.




Kamera digital menunjukkan gambar ini diambil pada jam 1.38 pagi Rabu 30 Ogos. Ini adalah selepas selesai mengangkat semua barangan yang dibawa dalam perjalanan masuk rumah lalu baru kereta dimasukkan ke garaj. Tengok-tengok dekat 800 km juga berjalan. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2420 di CATATAN SI MERAH SILU.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Begitulah kita di ajarkan, menjaga Agama itu bukan mudah kalau mudah, mewah, selesa bermakna ada kepincangan didalam hati manusia yg mengurus perkara tersebut..hati² didunia ambil yg perlu sahaja klu pun nk dpt lebih guna buat utk kebaikan Ummat.. biar biasa² asal cukup dan berkat..

Hunnam berkata...

Testimoni saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Saya ingin bertemu dengan orang yang ingin menyertai Illuminati hebat sebagai ahli hebat Illuminati yang mahukan saya sebagai ahli hebat. Namanya ialah Lord Felix Morgan. Bantulah saya memulihkan hidup saya dari peringkat kematian. Dilepaskan selepas kira-kira 2 tahun dan enam bulan. Selepas dikhianati oleh begitu ramai ahli Illuminati. Selama bertahun-tahun saya putus asa dan kewangan dalam tanah. Tetapi suatu hari semasa melayari internet saya terjumpa jawatan Illuminati Lord Felix Morgan yang hebat dan ia mengatakan bahawa jika anda adalah salah seorang Illuminati yang hebat anda boleh menjadi terkenal, kaya dan berjaya dalam hidup. Saya menghubunginya dan menerangkan segala-galanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam Tata Dunia Illuminati. Selepas itu, mereka memberi saya semua garis panduan dan memberitahu saya bahawa selepas inisiasi, ahli baharu akan diberi ganjaran wang tunai $1,000,000. Dengan bantuan Lord Felix Morgan. Saya telah dimulakan sepenuhnya sebagai ahli penuh Illuminati. Jika nasihat anda ialah anda pernah mencuba penipu sebelum ini atau sedang, terpulang kepada saya untuk membantu anda menyertai, jadi cuba Lord Morgan. Ia adalah peluang terbaik anda untuk menjadi apa yang anda inginkan dalam kehidupan masa depan anda. Hubungi beliau di WhatsApp +2348055459757 atau e-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com