Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Oktober 16, 2022

Maulidur Rasul di rumah 13 Oktober yang penuh makna

Salam semua. Salam pagi Ahad 19 Rabiulawal 1444 Hijriah. Adapun semalam saya ada membuat satu perjalanan yang tidak dirancang lalu naik memanjat hingga ke puncak sebuah gunung setinggi hampir 6,000 kaki dari paras laut, sebuah gunung yang boleh kelihatan dengan jelas dari kebanyakan tempat di Lembah Klang dan sekitarnya. Sebelum itu biar dikongsikan tentang satu perkara yang juga asalnya tidak dirancang dan berlaku lebih awal iaitu pada malam Jumaat baru ini. Kiranya memecah "mood 2,323" daripada artikel sebelum ini iaitu artikel Rentetan peristiwa yang membawa pada perkumpulan keluarga besar Laksamana Muhammad Amin yang dipersembahkan hampir 2 minggu lalu.



Hari Khamis malam Jumaat 13 Oktober 2022. Keadaan di rumah saya di Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor selepas Maghrib. Berlaku satu majlis yang asalnya tidak dirancang. 




Kali terakhir ada orang datang begini adalah pada musim Raya Aidilfitri 5 bulan lalu. Lihat artikel Beraya tahun 2022 - Hari-hari seterusnya bulan Syawal 1443 Hijriah diikuti Beraya tahun 2022 - Majlis khas buat keluarga belah isteri. Ada makan-makan kemudian majlis keagamaan...




Kira-kira 2 minggu sebelum itu kami ke rumah kawan pasangan suami isteri di Bukit Beruntung untuk mengambil kek. Di situlah si isteri menyatakan hajat mahu meminta saya mentahnik anak kedua mereka yang baru lahir kira-kira sebulan sebelum itu.




Mereka meminta agar dibuat di rumah saya pada satu tarikh yang sesuai hujung minggu atau hampir hujung minggu.




Memandangkan mereka ada kumpulan Maulidur Rasul sendiri saya pun meminta agar satu majlis berkenaan dibuat sekali di rumah saya. Mereka pun bersetuju. Soalnya bilakah tarikh yang sesuai untuk itu?




Kalau boleh dalam bulan Maulidur Rasul iaitu bulan Rabiulawal. Cuma jadual saya boleh tahan padat dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Dan memang pun sejak beberapa bulan kebelakangan saya sibuk dengan bermacam perkara, kebanyakkannya melibatkan hal keluarga belah bapa, keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak.



Pada hujung minggu selepas disuakan permintaan iaitu pada hari Jumaat 7 Oktober saya harus mengambil anak lelaki yang belajar di tahfiz di Janda Baik kembali ke rumah bercuti sehingga hari Ahad 9 Oktober bersamaan 12 Rabiuawal iaitu hari Maulud Nabi itu sendiri. Isteri pula mahu ke majlis perkahwinan kawannya di Gombak pada hari Sabtu kemudian mengambil anak perempuan kami yang bekerja dan menetap di Kuala Lumpur balik sehari dua. Maka tempoh beberapa hari itu adalah untuk kami sekeluarga bersama. Ahad sebelum dan antara menghantar anak-anak kembali ke tempat masing-masing kami berjalan-jalan di ibu kota.




Untuk hujung minggu selepas itu kami mahu menghadiri majlis hol Tok Pulau Manis di Kuala Terengganu yang berlangsung dari hari Jumaat 14 Oktober sehingga Sabtu 15 Oktober. Cadangnya bertolak dari rumah petang Khamis 13 Oktober. Isnin baru kembali ke rumah.




Untuk hujung minggu seterusnya pula harus bergerak ke Kampung Bukit Changgang dekat KLIA sana kerana ada majlis perkahwinan anak buah. Khamis itu isteri harus ke Kalumpang terlebih dahulu lalu bermalam di sana kerana ada program team-building dengan warga sekerja. Dengan itu tarikh yang tinggal adalah hujung minggu kemudian. Itupun saya sebenarnya harus bergerak ke Perak bagi urusan-urusan melibatkan keluarga Laksamana. Pada hari Rabu 2 November harus berada di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh. Lihat cerita-cerita berkenaan dalam artikel Rentetan peristiwa yang membawa pada perkumpulan keluarga besar Laksamana Muhammad Amin.



Dengan itu ditetapkanlah majlis mahu diadakan pada hari Khamis malam Jumaat 27 Oktober. Cuma apabila disemak kalendar rupa-rupanya siang itu sudah masuk bulan Rabiual Akhir, tidak dapat mengejar bulan Maulidur Rasul itu sendiri. Tetapi kira boleh le. Kalau di Aceh, 100 hari orang akan menyambut Maulidur Rasul setiap hari.



Tengok-tengok sekitar seminggu selepas dibuat keputusan untuk mengadakan majlis pada 27 Oktober hol Tok Pulau Manis di Kuala Terengganu ditunda ke tarikh 28-29 Oktober. Terus dibuat keputusan baru agar majlis tahnik dan Maulidur Rasul di rumah saya dipercepatkan ke tarikh 13 Oktober pula.




Kebetulan 13 Oktober itu adalah hari ulang tahun ke-13 anak lelaki saya yang belajar di tahfiz di Janda Baik itu. Jadilah lebih bermakna, apa lagi kerana ini melibatkan juga hal datuk kepada datuk saya Orang Kaya Arshad bin Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang baru 2 bulan lalu didapati pernah menjadi Laksamana ke-13 Perak. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British part IV. Dengan ini selesailah perkongsian saya tentang majlis. Untuk melihat perjalanannya sila tonton rakaman selama 2 jam yang dibuat secara langsung di sini.


Tiada ulasan: