Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Mac 06, 2022

Tentang mencari kebenaran dan sumbang mahram

OK. Pergi pada bab seterusnya daripada projek buku awal tahun 2002 dengan membuat suntingan pada artikel Queens dan sumbang mahram yang disiarkan lebih 15 tahun lalu. Cuma bab ini tak lengkap kerana berlaku sesuatu yang menyebabkan terhenti penulisan kemudian tidak pernah disambung.


Gambar hiasan : Daripada Internet...


Lagu-lagu kumpulan Queen berkumandang di udara. Ketika ini pagi Jumaat 3 Mei saya sedang berehat setelah membuat sedikit senaman badan bagi menghilangkan sisa-sisa mengantuk semalam. Sambil bersenam saya memasang telinga mengamati sedikit lirik lagu-lagu Queen yang dinyanyikan mendiang Freddie Mercury. Beliau meninggal dunia kerana penyakit Aids 10 tahun lalu. 

Sebenarnya jika diamati sesetengah lagu nyanyiannya dia banyak bercakap mengenai perjalanan hidup, apa ertinya dan peranan  manusia di muka bumi ini. Contohnya lagu “The Show Must Go On”... hidup mesti diteruskan. Lagu ini timbul ketika beliau sudah beberapa lama berpenyakit lalu sedar ada kemungkinan akan meninggal dunia tidak lama. Di sebalik segala macam kesakitan yang dirasakan, segala macam pahit maung kehidupan, ada pernyataan bahawa rohnya sudah sedia untuk 'terbang'. Ini adalah pernyataan bersifat metafizikal yang mengandungi kepercayaan tentang kehidupan di alam lain selepas kematian. Ya, siapa sangka orang dikenali ramai sebagai seorang penyanyi terkenal yang mengamalkan cara hidup gay ini rupa-rupanya seorang pencari dan perindu kebenaran. 

Sebenarnya kalau diamati sesetengah lagu-lagu yang berkumandang di mana-mana pun, tak kira nyanyian siapa, kita akan terjumpa tema serupa sama ada secara tersurat atau tersirat. Saya berkata begini kerana mula sedar betapa ramai orang sedang mencari kebenaran lalu menukilkan perjalanan kehidupan melalui lirik lagu, puisi, cerpen dan sebagainya. Cuma orang yang tidak membuka mata atau tak pasang telinga betul-betul sahaja  tak dapat menangkap. 

Saya sendiri termasuk orang yang mencari kebenaran iaitu kebenaran hakiki. Saya pernah menelaah dan menghadam berbagai cabang sains, ilmu falsafah, ilmu agama dan sebagainya tetapi akhirnya yakin kebenaran hanya boleh dicapai melalu jalan Tasauf mengikut syariat nabi Muhammad S.A.W. Dengan keyakinan dan kesedaran inilah saya tergerak untuk menyambung penulisan buku. Ini adalah  setelah tiga minggu menghabiskan waktu bertafakur dan mendalami ilmu hakikat di samping berusaha untuk memahami hakikat taubat yang sebenar seperti dihuraikan Imam Ghazali. 

Tempoh masa tersebut juga digunakan untuk meminta ampun maaf kepada beberapa orang yang pernah disusahkan di samping merapatkan silaturrahim yang telah renggang. Memang semua ini penting dalam perjalanan mendekatkan diri kepada Tuhan lebih-lebih lagi bagi orang seperti saya yang pernah membuat banyak aniaya terhadap orang terutama golongan wanita. Sebenarnya banyak benda berlaku dalam tempoh tiga minggu meninggalkan penulisan. Daripada segi berita tempatan akhbar-akhbar harian dan media-media tempatan telah banyak mempersoalkan masalah inses atau sumbang mahram. Sementara ruangan berita luar pula banyak bercerita tentang serangan ganas Yahudi di Palestin. 

Bercakap mengenai sumbang mahram teringat ketika bertandang di rumah seorang kenalan, Haji Man di Sungai Congkak, Ulu Langat sebulan lalu. Dia asalnya seorang rakyat Britain yang pernah menjadi wartawan antarabangsa. Tetapi Mat Saleh ni dah boring jadi orang putih agaknya sehingga terus meninggalkan negara kelahirannya untuk duduk di negara-negara Arab. Dia telah memeluk agama Islam dan duduk di Morokko selama beberapa tahun sebelum menetap di Malaysia. 

Di sini dia menyewa sebuah rumah kampung yang telah diubah suai dengan taman dan hiasan yang indah hasil kerja tangan sendiri. Budak-budak kampung rajin pula bertandang termasuk dua orang adik beradik yang masih bersekolah rendah. Entah kenapa budak-budak ni suka tengok saya datang dengan motosikal besar. Lalu terbuka cerita pasal kakak mereka... 

"Kakak kita cun bang, kalau abang tengok mesti suka punya," kata yang tua antara dua adik beradik itu. Entah kenapa dia boleh sambung "Kalau abang kawan dengan kakak kita mesti best." 

Saya cuma tersenyum. Tapi budak ni terus melalut. Kecik-kecik dah tanya pasal benda XXX. Siapa yang ajar entah?

Adiknya yang jauh lebih innocent cuma tersengih. Walaupun saya sebenarnya kurang selesa kerana budak ni mula bertanya yang bukan-bukan, tentang saya sudah berkahwin ke belum (pasal nampak rugged agaknya), lepas tu apa buat dengan bini, saya cuba juga melayan lebih-lebih lagi kerana mereka telah lama kematian ibu dan nampaknya kurang mendapat kasih sayang. Daripada situ terbuka cerita pasal ayah dan kakak mereka buat kerja yang bukan-bukan. 

Si abang menceritakan pada suatu hari dia dan adiknya ternampak ayah memandikan kakak di sungai. Katanya, ayahnya mengusap-usap badan kakak dan si kakak pula membalas balik. Lama jugak perkara ini berlaku. Mungkin si ayah tahu yang anak-anak lain nampak tapi buat-buat tak tahu. 

Kata si abang, dia pernah bertanya kepada nenek mereka tentang perbuatan ayah dan kakak. Jawab si nenek tidak ada salahnya. 

"Betul ke bang?" tanya si budak kepada saya. "Boleh ke bapak saya buat macam tu kat kakak?".

Saya terdiam sejenak. Lepas tu jawab kalau kakak masih budak, sebaya dengan mereka mungkin boleh. Tetapi kalau dah besar tak elok. Lepas tu cuba ubah topik. 

Kebetulan di meja rumah Haji Man ada beberapa rantai tasbih lalu budak-budak ini tergerak bermain dengannya, saya pun mengajar menggunakan tasbih untuk berzikir. Saya kata kalau selalu baca macam ni nanti Tuhan sayang kat kita. Saya tak nampak cara lain bagaimana hendak menolong budak-budak ini. Kecik-kecik lagi fikiran telah dirosakkan oleh orang tua yang tidak bertanggungjawab. 

Sebenarnya masalah inses atau sumbang mahram telah lama berleluasa di Malaysia dalam kalangan masyarakat berpendapatan rendah atau bawahan. Ini bukanlah bermakna mereka lebih jahat daripada golongan atasan. Pucuk pangkalnya adalah gelora syahwat yang tidak dapat dikawal di zaman VCD lucah boleh didapati dengan mudah di merata tempat. Ini ditambah sajian filem-filem termasuk dari Bollywood yang memperdagangkan gerakan dan susuk badan perempuan yang menggoda disamping majalah-majalah yang mengagungkan pakaian singkat dan potongan badan yang mencabar keimanan. 

Golongan yang lebih berduit mampu melampiaskan nafsu dengan mencari perempuan di luar sementara golongan berpendapatan rendah (kecuali mereka yang mempunyai bakat kasanova yang terserlah) terpaksa menelan air liur sebelum terperasaan anak yang meningkat remaja juga mampu memberikan kepuasan. Kebetulan pula masyarakat berpendapatan rendah atau golongan marhain merupakan golongan terbesar daripada segi jumlah penduduk. Jadi masalah ni nampak begitu besar . 

Memang ini masalah besar lebih-lebih lagi apabila dikerjakan oleh orang yang mengaku Islam. Tetapi mereka yang mengkritik nampaknya kurang memerhatikan akar yang menyebabkan perkara ini berlaku. Kalau hendak diulas kemungkinan sebab musabab memang banyak dan panjang. Salah satunya adalah keluarga besar terpaksa berkongsi bilik akibat tidak mampu duduk di rumah yang cukup besar dan banyak ruang. 

Ini selalu berlaku di kawasan flat murah. Dalam keadaan adik beradik lelaki perempuan tidur bersebelahan tidak dapat tidak syaitan akan mencucuk jarum supaya mereka mula meneroka dan membibitkan maksiat. Lepas tu...


Nota dan ulasan (ditulis 6 Mac 2022 iaitu hampir 20 tahun kemudian) : Penulisan terhenti setakat perkataan "Lepas tu". Tak pasti kenapa sedangkan saya adalah jenis orang yang mesti menghabiskan ayat. Mungkin muncul suatu panggilan yang menyebabkan kesibukan. Pun begitu saya harus dapat menyambung kembali ayat apabila muncul kelapangan. Mustahil tiada langsung kelapangan selepas itu kecuali fikiran beralih arah disebabkan muncul suatu keadaan. Hal ini akan diulas lebih panjang dalam artikel yang bakal mengumpulkan pautan bagi semua tulisan berkenaan insyaallah.


Tiada ulasan: