Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, November 09, 2016

Seminar Asal Usul dan Bukti Keintelektualan Melayu - Dari DNA Sundaland ke raja-raja Melayu

Salam. Merujuk pada artikel Tentang kehidupan zaman lampau di kota-kota Asia Tenggara - Batu Bersurat Singapura terkait dengan Raja Suran dan Badang? yang dikongsikan 6 hari lalu. Saya masih belum dapat bercerita tentang perjalanan terbaru ke Kelantan yang berlaku sebelum itu. Kena lepaskan pula cerita mengenai satu lagi majlis ilmu...


Pagi Isnin 7 November 2016 saya ke auditorium Perpustakaan Negara untuk Seminar Asal Usul dan Bukti Keintelektualan Melayu.


Menurut jadual majlis bermula dengan sesi pembukaan jam 9.30 pagi.


Tetapi disebabkan harus menemani isteri menyelesaikan satu perkara, saya sampai selepas jam 12 tengah hari.


Seminar itu sendiri dijadualkan bermula dengan pembentangan ilmu jam 11 pagi.


Namun saya masih sempat mengikuti perkongsian oleh pembentang pertama, Puan Zaharah Sulaiman daripada Ikatan Arkeologi Malaysia. Beliau membawa tajuk "Asal Usul Melayu dalam Pelbagai Perspektif Kajian Terkini".


Nampaknya sesi pembentangan itu sendiri bermula agak lewat. Kalau ikut jadual Zaharah seharusnya sudah tamat membentang jam 11.45.


Apapun saya lihat pembentangan beliau adalah pengemaskinian daripada beberapa pembentangan serupa yang pernah saya ikuti sebelum ini. Seperti biasa Zaharah masih menekankan dan mendakwa bahawa kajian DNA menunjukkan orang Melayu berasal daripada Orang Asli. Sedangkan apa yang saya faham daripada pihak yang lebih dekat dengan kajian lapangan tentang perkara, orang Melayu dan Orang Asli berasal daripada nenek moyang yang sama, bukan Melayu daripada Asli atau Asli daripada Melayu...


Secara rata Zaharah bercakap tentang bagaimana orang Melayu telah bertapak lama zaman berzaman di tanah besar purba yang dikenali sebagai Sundaland. Ini merujuk pada Asia Tenggara ketika paras air laut adalah sekitar 150-200 meter lebih rendah berbanding kini lalu perairan sekitar seperti Lautan Cina Selatan masih berupa daratan Keberadaan orang Melayu cuba dikaitkan dengan sumber-sumber kitab. Gambarajah di atas menunjukkan pergerakan keturunan Nabi Nuh daripada 3 orang anak yang bertebaran selepas tamatnya banjir besar zaman nabi tersebut.


Dipercayai orang Melayu yang bertapak di Sundaland atau Benua Sunda berasal daripada kelompok manusia awal yang berhijrah dari Timur Tengah mengikut jalan pesisir. Saya rasa cukuplah pembentangan Zaharah diterangkan melalui perkongsian-perkongsian beliau yang terdahulu. Lihat artikel-artikel lama berikut...


Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Dari asal membawa ke usul

Konvensyen Ketamadunan Dunia 1.0 di DBP






Pembentang kedua adalah Profesor Emeritus Dato' Dr Wan Hashim Wan Teh daripda Universiti Pertahanan Nasinal Malaysia. Beliau membawa tajuk "Asal Usul Melayu : Pengalaman Penyelidikan Selama Lebih 20 Tahun dari Pelbagai Disiplin Ilmu".





Beliau menyorot kembali zaman mudanya dalam menggali kebenaran dan ilmu. Ketika itu bukan senang untuk kita mengambil pendirian yang menongkah arus zaman, pendirian melawan apa yang sudah diterimapakai ramai sebagai 'kebenaran' yang tidak boleh disanggah.


Pada zaman mudanya beliau seperti ramai percaya bahawa orang Melayu berasal dari Yunan atau selatan China.



Hal tersebut diulang kepada seorang cendekiawan dari Sri Lanka. Ketika itu, pada tahun 1987 Wan Hashim sedang membuat kajian tentang diaspora orang Melayu iaitu penghijrahan besar-besaran bangsa kita ke bahagian dunia lain yang jauh seperti ke Sri Lanka di selatan India dan Pulau Madagaskar di perairan Afrika. Tiba-tiba beliau disuakan dengan pandangan lain yang menongkah arus. Kata cendekiawan bernama Profesor De Silva, penulis buku "A History of Sri Lanka" (terbit 1984) mana mungkin orang Melayu berasal daripada selatan China? Menurut kajian beliau orang di Asia Tenggara terlebih dahulu mengetahui cara untuk menanam padi dan sebagainya, seawal 15,000 Sebelum Masihi. Teknologi ini kemudian dibawa ke China dan sebagainya, bukan dari China turun ke Asia Tenggara.


Ini membawa Wan Hashim untuk mengkaji lebih banyak perkara tentang Melayu lalu menyedari betapa hebatnya bangsa kita suatu masa dahulu. Penyelidikan demi penyelidikan termasuk di negara China membuahkan satu kesimpulan. Pada tahun 1994, beliau dan rakan sealiran, Nik Hassan Shuhaimi (juga kini bergelar Profesor Emeritus Dr) pun membuat pengumuman bahawa orang Melayu memang sedia berasal dari Asia Tenggara. Cuma ketika itu tidak ramai yang mengambil perhatian. Bertahun-tahun kemudian baru muncul kajian DNA untuk mengesahkan fakta ini. Lihat cerita serupa daripada beliau ketika membentang dalam satu majlis lain di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lebih setahun lalu. Lebih butiran telah dikongsikan dalam artikel lama Seminar Asal-Usul Melayu di UKM - Menyelaraskan peristiwa purba menurut sains berbanding kitab.



Sesi petang ydimulakan sekitar jam 2.30 dengan pembentangan bertajuk " Menyusuri Asal Usul dan Migrasi Bangsa Melayu Melalui Kajian Genetik" oleh Profesor Madya Dr. Zafarina Zainudin dari Universiti Sains Malaysia (USM).


Saya telah mengikuti pembentangan beliau dalam majlis-majlis lain sekurang-kurangnya 2 kali. Kali ini saya dapati paparan slaid Zafarina lebih mesra umum, tidak begitu teknikal berbanding apa yang dilihat sebelum ini.


Beliau diakui ramai sebagai pakar kajian DNA yang paling terkehadapan di Malaysia kini. Kajian-kajian cendekiawan yang saya lihat ada muka sedikit ala-ala pelakon Rita Rudaini ini menjadi rujukan sehingga ke peringkat antarabangsa dalam menentukan hal ehwal dan asal usul orang Melayu zaman berzaman, 


Kajian DNA beliau dianggap bukti saintifik paling kuat untuk mengesahkan orang Melayu bahkan sudah wujud bertamadun dan beranak pinak di Asia Tenggara seawal 60,000 tahun yang lampau! 



Saya kongsikan slaid-slaid berikutnya tanpa penerangan ya. Lihat dan baca apa yang dapat...











Secara rata Zafarina mengulangi hal sama tentang asal usul Melayu sejak kajiannya mendapat perhatian media massa, kalau tak salah ingatan lebih kurang 4-5 tahun lalu. Cuma setiap kali membentang beliau cuba memasukkan dapatan baru dan membuat persembahan sesuai dengan khalayak. Ilmu DNA ini amat teknikal tetapi ada yang boleh dimudahkan kepada umum melalui cara penerangan yang dapat dibaiki melalui pengalaman. Lihat juga artikel-artikel lama saya melibatkan perkongsian ilmu daripada Zafarina :-







Pembentang kedua sesi petang merangkap pembentang ke-4 dan terakhir keseluruhan seminar untuk hari itu (ia dilangsungkan selama 2 hari) adalah Profesor Emeritus Dato' Dr Abdullah Zakaria Ghazali daripada Universiti Malaya. Bercakap tanpa slaid tetapi ada memberikan kertas kerja bertulis (kertas kerja pembentang lain dibekalkan kepada hadirin dalam bentuk DVD) beliau membawa tajuk "Asal Usul Sembilan Raja Melayu".


Apa yang diceritakan adalah lebih kurang sama dengan apa yang saya dengar di UKM lebih setahun lalu. Lihat Seminar Asal-Usul Melayu di UKM - Menyelaraskan peristiwa purba menurut sains berbanding kitab. Cuma ketika itu tajuk pembentangannya adalah "Kerajaan Melaka Dan Kelangsungan Kerajaan Melayu di Tanah Melayu, Namun ia juga menceritakan bagaimana kerajaan Melaka yang diasaskan tahun 1262 Masihi membawa kepada kemunculan beberapa lagi kerajaan. Sambil itu kerajaan Kedah yang sudah masuk Islam seawal 1136 M terus berjalan, 


Tiada ulasan: