OK. Saya mahu kongsikan hal terbaru HIKMAH tapi sebelum itu biar dilepaskan satu gerak santai bercerita.
Sabtu 13 Oktober. Kami sekeluarga keluar untuk menyambut hari lahir Rasyid.
Rasyid sudah masuk umur 3 tahun...
Elok tu. Umur 3 tahun pada 13 Oktober... 313. 3131 pun boleh (3 tahun pada 13/10).
Esoknya kami ke satu kawasan pinggiran di Seremban untuk menghadiri majlis kahwin anak saudara.
Ini diikuti persinggahan di kawasan Ampangan untuk menziarahi makam Sheikh Muhammad Said Linggi.
Selasa malam Rabu 16 Oktober, tiba giliran Johan untuk menyambut sesuatu.
Ini pula gambar di Muar pada hari raya haji, 10 Zulhijjah bersamaan 26 Oktober 2012.
Esoknya kami ke Rawang untuk melihat acara korban atas pelawaan super senior saya dari Sekolah Menengah Sains Johor.
Beliau adalah Dato' Ahmad Ridza Bukhari, presiden SAJOHA (bekas pelajar SMSJ). Kalau tak salah ingatan beliau adalah daripada batch terawal sekolah, SPM 1975 sedangkan saya SPM 1987.
Oh. Yang dimaksudkan di sini bukan Rawang, Selangor yang terletak dekat dengan rumah saya tetapi Rawang, Muar dekat kampung ibu.
Menariknya, di rumah ini, rumah bapa mertua Dato' Ridza saya boleh bertemu dengan kawan lama sejak kecil sehingga ke sekolah menengah yang sudah sekitar sekitar 15 tahun tidak ditemui. Rupa-rupanya beliau yang sudah lama menjadi kapten kapal terbang adalah berpangkat bapa saudara kepada Dato' Ridza.
Tu le. Dunia punya le kecil. Cerita punya cerita rupa-rupanya bapa mertua Dato' Ridza kenal rapat dengan almarhum Tok Mail iaitu bapa kepada ibu saya juga almarhum Tok Musa, datuk saudara saya. Lihat artikel lama
Tribute untuk Tok Musa, Beliau
juga kenal beberapa orang bapa saudara saya.
Di atas ini adalah gambar keesokan hari Johan ikut keluar berjalan membeli barang. Saja je cerita santai untuk melepaskan rasa. Kiranya apa yang dikongsikan ini mengikut turutan masa sebelum apa yang disebut artikel sebelum ini,
Dari
Pulau Besar ke Akademi Pengajian Melayu - Semuanya ada HIKMAH! berlaku. Artikel susulan tentang HIKMAH merujuk kepada tempoh masa kemudian sehingga kini. Rasanya elok dipersembahkan malam nanti. :]
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan