Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, November 01, 2011

Tribute untuk Tok Musa

Hmm. Saya tidak dapat memikirkan perkataan Melayu yang sesuai atau serupa dengan tribute, mungkin kerana perbendaharaan kata saya sendiri yang terhad. Jadi biar digunakan sahaja perkataan Inggeris ini yang membawa maksud seperti penghargaan tinggi berserta ingatan terhadap seseorang/sesuatu perkara...

Dalam artikel Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" yang dibuat hampir sebulan lalu saya banyak menunjukkan gambar-gambar mukasurat dalam buku yang berkaitan pengetahuan umum terutama berkenaan sejarah tempat-tempat. Sekarang biar ditunjukkan sedikit mukasurat berkaitan keluarga terutama tentang datuk saudara saya yang dipanggil Tok Musa.


Datuk saudara yang lahir tahun 1917 ini merupakan salah seorang yang paling awal berkhidmat untuk pasukan polis Johor. Untuk pengetahuan pasukan polis yang terdiri dari ahli pelbagai negeri seperti dilihat sekarang cuma terbentuk setelah Persekutuan Tanah Melayu didirikan 1948.


Ketika buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dibuat, Tok Yakin merupakan satu-satunya anak Tok Yakin (ya... Tok Yakin pada tajuk buku) yang masih hidup. Tahun ini umurnya 94 sedangkan isterinya Tok Gayah (ada dalam gambar atas yang diambil tahun 2009, ketika isteri saya barus sahaja habis pantang beranak 40 hari) 10 tahun lebih muda.


Adapun buku tersebut dihantar ke kilang percetakan kira-kira seminggu sebelum raya Aidil Fitri. Tetapi disebabkan pelbagai masalah, 4 Oktober iaitu lebih sebulan kemudian baru ia betul-betul siap. Dua hari kemudian buku diulas dan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di kaca televisyen (lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia). Hujung minggu itu, terus bergegas kembali ke Muar. Tujuan utama saya adalah untuk menghadiahkan buku terbaru itu kepada Tok Musa, kemudian kepada ayah.




Saya dapat melihat muka Tok Musa begitu terharu melihat gambar-gambarnya dalam buku. Begitu juga anak cucunya yang berada di rumah. Kebetulan satu kenduri sedang diadakan. Saya cuma membawa balik beberapa naskah buku, terus habis 'disambar' ahli keluarganya.


Kelihatan pada saya air mata bergenang di mata beberapa orang ahli keluarga. Rasanya anak cucu Tok Musa adalah orang yang paling menghargai penerbitan buku ini apa lagi banyak sejarah keluarga diceritakan menurut kata-kata Tok Musa. Pada buku yang dihadiahkan kepadanya saya menulis tangan lebih kurang begini : "Semoga Allah lanjutkan usia Tok Musa dan Tok Gayah". Siapa sangka 20 hari kemudian beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir?


Allah! Sebenarnya semenjak awal raya saya ada mendapat rasa bahawa Tok Musa akan kembali ke rahmatullah sebaik sahaja buku siap dan sudah ditatap.


Tetapi saya mengenepikan itu dengan harapan ia cuma mainan perasaan sahaja.


Semasa mendapat SMS Selasa minggu lepas memberitahu beliau sedang sakit tenat saya cuma mendoakan dari jauh. Hujung minggu sebelum itu kami sekeluarga baru berjalan hampir 900 km mengelilingi Perak. Minggu ini pula saya akan berjalan jauh di luar negara. Jadi mahu berehat mengumpulkan tenaga, tidak mahu bergerak jauh dari Lembah Klang buat seminggu lebih gitu.


Khamis saya mendapat berita Tok Musa sudah masuk hospital kemudian dibawa keluar. Saya masih mengharapkan ia cuma satu episod sakit tua. Namun saya bertekad akan menjenguknya lalu memberitahu keluarga akan kembali ke Muar Jumaat malam Sabtu.


Malam Jumaat hampir tengah malam, saya mendapat berita. Tok Musa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allah! Innalillah. Awal pagi itu juga saya membawa isteri dan anak kembali ke kampung. Sampai sekitar 4 pagi, terus menjenguk jenazah di rumah.


Pagi itu ramai ahli keluarga, saudara mara dan kenalan telah berkumpul di rumah Tok Musa. Solat jenazah diadakan jam 11 pagi. Allah sahaja tahu rasa sebak di dada...


Oleh kerana hari itu Jumaat, sesuai sungguh jenazah diusung ke Masjid Bukit Treh yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah Tok Musa. Untuk pengetahuan Bukit Treh yang ceritanya serupa cerita Si Tanggang yang kapal dan segala isinya disumpah menjadi batu terletak di belakang masjid. Cerita bukit ini ada dipaparkan dalam buku "Jejak keluarga Yakin..." berserta gambar-gambar, antaranya menunjukkan kewujudan tembok panjang yang dibuat dari batu karang, entah pada zaman bila! Mungkin zaman Hikayat Malim Deman?




Selepas solat Jumaat, solat jenazah pun diadakan.


Kemudian jenazah diusung ke tanah perkuburan di sebelah.




Keluarga dan saudara mara dijemput melihat muka jenazah buat kali terakhir.




Selepas jenazah dan keranda diturunkan ke liang lahad dengan selamat, kubur pun dikambus.


Sambil itu kami menziarahi kubur-kubur ahli keluarga yang sudah lebih awal meninggal dunia. Kelihatan dalam gambar kubur Tok Yakin (meninggal dunia 1943) di hujung kepuk dan kubur ibu mertuanya Tok Thawiyah (meninggal 1937). Kubur isteri Tok Yakin, Tok Sariyah (meninggal 1972) terletak di kiri gambar.


Selesai kubur dikambus kami mengelilinginya untuk bacaan doa.




Selesai doa, bunga pun ditabur. Al Fatihah untuk Tok Musa. Walaupun sedih, kita harus akur sudah sampai masanya untuk pergi. Malah keluarga harus bersyukur Tok Musa dapat hidup sehingga umur 94 tahun lalu menjadi orang tertua di Kampung Treh dan sekitarnya selama beberapa tahun. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para nabi, awliya dan orang saleh. Semoga anak cucu dan saudara mara pula mendapat kejayaan di dunia dan akhirat sentiasa. Amin.


4 comments:

jmazli said...

Al Fatihah....takziah dr sy dan warga Sungei Ujong. Jika saudara berkesempatan singgah atau melewati Seremban, boleh hubungi saya di 013-2342304. (Boleh ngeteh sambil beramah mesra). :)

mann said...

insyallah.......al-fatihah

Anonymous said...

Tribute = Penghormatan...

Bunleyzwhe said...

Al Fatihah....takziah dr sy dan warga Sungei Ujong. Jika saudara berkesempatan singgah atau melewati Seremban, boleh hubungi saya di 013-2342304. (Boleh ngeteh sambil beramah mesra). :)