Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...

Dari artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah

.

Dari artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...

.

Dari artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch

-------------------------

-------------------------

Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD.... Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...

Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.

Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh

-------------------------

Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Thursday, February 09, 2012

Pameran Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara

Tukar lagi rentak bercerita.


Siang tadi saya pergi ke Perpustakaan Negara lalu naik ke Pusat Manuskrip Melayu.


Dahulu pusat itu terletak di bangunan utama lama perpustakaan yang melebar besar dengan bentuk seperti destar. Sekarang ia telah dialihkan ke bangunan baru di belakang yang jauh lebih meninggi.


Kebetulan satu Pameran Manuskrip Melayu sedang berlangsung. Saya pun mengambil gambar.


Saya tak mahu mengulas panjang. Lihat sahaja apa yang ada ya... :]


















4 comments:

jmazli said...

salam bang....pameran ni sampai bila?

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Pameran tu sampai hujung bulan ni. Sebenarnya kat perpustakaan tu pameran berlangsung sepanjang tahun tetapi bertukar tema setiap 2 bulan. Jika yang sekarang tu temanya lebih pada jenis2 kertas/medium untuk penulisan kitab (tu yang ada pakai daun lontara, kulit kitab pakai kain songket pun ada) untuk Mac-April pula temanya "kitab-kitab tertua".

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Perpustakaan Negara di 03- 26871700 dan minta sambungan ke bahagian manuskrip Melayu.

AbdElHmyd said...

Salam bang.

Saya & teman serumah ada pergi ke Perpustakaan Negara ni hari sabtu lepas.

Namun bahagian manuskrip & koleksi nadir ni tutup le pulak.

Waktu beroperasi bahagian 'kritikal' ni dari hari selase - jumaat je.

Berape kerat le orang yang dapat datang waktu pejabat tu.

Sepatutnya pada hujung minggu la kena beroperasi.

Baru le boleh orang datang korek asal-usul. Huhh..

Keciwa betulll...

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Tak boleh salahkan mereka. Hari Isnin memang perpustakaan ditutup kerana ia sudah beroperasi Selasa hingga Ahad dari pagi hingga 8 malam kalau tak salah ingatan. Itu untuk bacaan biasa. Untuk pusat manuskrip perlu penjagaan lebih khusus kerana nilainya melebihi buku2 bacaan biasa selain manuskrip asal itu sendiri lebih rapuh kerana ia dibuat atas kertas lama. Dan yang membacanya pun jarang sekali orang biasa. Selalunya orang akademik - pelajar atau pengkaji dari universiti atau badan lain yang sangat khusus dalam bidang berkaitan misalnya jabatan muzium. Maka itu ia cuma dibuka waktu pejabat.