Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, November 30, 2011

Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Cabaran pusing pulau

OK. Perjalanan telah membawa kami masuk ke Pulau Samosir, pulau sebesar Singapura yang terletak di tengah Danau Toba. Bersambung dari Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Berastagi ke Danau Toba.

Pagi Jumaat 4 November 2011... selepas bermalam di sebuah pusat peranginan di bandar utama pulau iaitu Tuk-tuk. Senyuman kami anak beranak sudah cukup untuk menerangkan sesuatu...



Bukanlah disebabkan sebelumnya malam Jumaat walaupun ia mempengaruhi juga. Maklumlah, tempat sejuk dengan tasik besar indah yang terletak pada ketinggian 3,000 kaki dari paras laut... tentu boleh masuk mood honeymoon walaupun ada membawa anak kecil berusia 2 tahun dan isteri pula sedang sarat 6 bulan mengandung. Tidak...

Kami sangat gembira kerana melihat pemandangan dan suasana yang amat menyamankan. Terus terang cakap ia banyak mengingatkan saya pada suasana yang dilihat selama beberapa hari berada di Switzerland, dalam perjalanan yang dibuat pusing Eropah secara hitchike atau menumpang kenderaan orang lebih 16 tahun lalu. Lihat artikel First appreciation of the beauty of Samosir island at Tuk-tuk di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Pada asalnya kami cuma mahu menginap satu malam sebelum keluar pulau untuk ke Medan. Tetapi suasana nyaman membuat kami ingin bermalam lagi. Lalu menyewa motosikal untuk berjalan-jalan. Sempat melihat satu-satunya masjid yang terdapat di pulau. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Ikhlas, Tuk-tuk, Pulau (Island of) Samosir di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Keluar dari Tuk-tuk kami masuk ke satu pekan lain yang dipanggil Ambarita. Keluar dari pekan terlihat monumen makam ini.


Di sebelah ada satu tempat bernama Huta Siallagan yang bermaksud Kota Siallagan. Selain ada muzium yang memaparkan rumah tradisional orang Batak terdapat tempat di mana orang diseksa, dipancung kemudian dicincang-cincang sebelum dijadikan hidangan untuk raja Batak! Lihat Muzium (Museum of) Huta Siallagan dan Kerusi-kerusi batu (Stone chairs of) Huta Siallagan.



Ini pula di satu tempat, sekitar 15-16 km gitu ke utara Tuk-tuk.


Keseronokan menunggang motosikal membuat kami berjalan jauh sehingga sanggup meredah hujan lebat.


Tapi bila dah lebat sangat terpaksa juga berhenti mencari perlindungan. Lagipun ingat... kami membawa anak kecil dan isteri sarat mengandung. Dan lagi, apabila sudah berjalan cukup jauh baru kami ternampak orang memakai topi keledar lalu bertanya tentangnya. Kata penduduk kalau setakat sekitar Tuk-tuk, Ambarita dan jauh sedikit ke utara tiada masalah. Tapi kalau mahu lebih jauh kena berjaga-jaga. Takut terserempak polis lalu ditahan.


Ketika itu kami sudah bersemangat nak pusing pulau. Pemilik pusat peranginan pernah memberitahu ukur lilit pulau memakan jarak 157 km. Walaupun agak jauh dan jalan tidaklah secantik di Malaysia, saya berkira-kira tidak mustahil kami boleh pusing seluruh pulau dalam tempoh 4 jam. Insyaallah! Tapi kan susah kalau terserempak dan ditahan polis? Nak tak nak kami harus berpatah balik ke pusat peranginan terlebih dahulu untuk mendapatkan topi keledar.

Ketika berpatah balik pula saya mengira-ngira masih ada masa untuk mengejar solat Jumaat di satu-satunya masjid yang ada iaitu di Tuk-tuk. Namun sekali lagi hujan lebat melanda lalu kami harus bergerak perlahan. Disebabkan hujan (dan juga kelaparan...) perjalanan semula pusing pulau cuma dimulakan sekitar jam 2 waktu tempatan. Walaupun di sini masuk Maghrib jam 6:15 petang saya percaya kami boleh sempat kembali sebelum itu. Siapa sangka akan berlaku berbagai cabaran termasuk jambatan runtuh seperti kelihatan di atas?



Jambatan runtuh di bahagian utara pulau. Ketika ini kami sudah berjalan lebih 20 km dari Tuk-tuk. Kalau campur perjalanan pergi balik mengambil topi keledar harus sudah lebih 50 km, mungkin 60 km. Yang ada sebagai ganti adalah beberapa batang besi, cukup untuk orang berjalan kaki menyeberangi sungai selebar 10-5 meter gitu.


Tapi kami tetap bersemangat untuk pusing pulau. Kami pun menerima tawaran warga tempatan untuk membawa motosikal kami menyeberang melalui jalan kampung dengan sedikit bayaran, kami pula meniti batang besi sebelum berjumpa kembali di hadapan.


Tidak lama kemudian sampai ke Pangururan, sebuah kota yang merupakan pusat pentadbiran Pulau Samosir. Letaknya hampir 1/3 perjalan pusing pulau iaitu lebih 40km dari Tuk-tuk, di bahagian barat pulau. Menariknya di sini pulau sangat rapat dengan tanah besar sehingga boleh dihubungi dengan jambatan. Kelihatan di atas kami sudah berada di tanah besar dengan pulau di latar belakang. Lihat artikel The place where Samosir island meets the mainland.



Tujuan kami ke sini adalah satu - untuk merasa menyeberang dari pulau ke tanah besar tanpa menaiki bot lalu melihat pemandangannya. Kedua mahu melihat tempat air panas seperti diwar-warkan pada iklan tentang aktiviti sekitar Danau Toba. Namun kami tidak lama di sini. Selain mengejar waktu terhad kami terpaksa kembali ke pulau kerana tidak tahan bau taik satu jenis binatang yang sangat menjadi makanan kegemaran warga sini...



OK. Biar diberitahu kebanyakan gambar cantik dalam perjalanan ini diambil menggunakan perakam video Full HD (high definition 1920 x 1080) untuk satu projek tertentu. Namun saya turut membawa kamera digital yang digunakan silih berganti lalu cuma gambar-gambar dari kamera yang dikongsikan bersama pembaca di blogspots. Tadi sudah disebut bahawa saya menjangkakan perjalanan 157 km yang katanya adalah jalan ukur lilit pulau boleh dibuat dalam tempoh 4 jam. Sebenarnya saya tersilap besar kerana tidak menjangkakan keadaan jalan yang semakin teruk di bahagian selatan.


Ketika gambar ini diambil kami sudah berada lebih 90 km dari Tuk-tuk melawan arah jam kalau tak salah. Kalau begitu masih ada 60 km untuk disudahi sedangkan jam menunjukkan 5. 41 petang gitu, tak sampai setengah jam akan masuk senja sedangkan keadaan jalan semakin teruk....



Nasib baik ada pemandangan cantik...


Isteri saya dah sakit-sakit kerana terpaksa duduk lama di atas motosikal kecil apalagi apabila bergegar-gegar melalui jalan teruk. Terasa seperti mahu turun rahim katanya. Saya suruh berehat duduk sebentar. Selepas ini kami tidak ada mengambil gambar. Saya pun dah lupa jika ada membuat rakaman video kemudiannya. Yang pasti isteri sudah hilang mood...

Dipendekkan cerita perjalanan membawa kami memanjat gunung sehingga ke ketinggian lebih 5,000 kaki dari paras laut. Biar diingatkan permukaan Danau Toba terletak sekitar 3,000 kaki dari paras laut. Ini bermakna kami terpaksa memanjat 2,000 kaki lagi ke atas kerana menurut laluan. Bayangkan mengambil jalan pergunungan dengan menaiki motosikal kecil membawa anak 2 tahun berserta isteri sarat mengandung 6 bulan dalam keadaan hujan renyai-renyai meredah kabus dan kegelapan malam. Cuma jalan atas gunung agak cantik, bila dah turun separuh jalan baru teruk balik tapi tak seteruk semasa memanjat. Nasib baik dapat kembali juga ke pusat peranginan, pada jam 9 lebih malam iaitu 3 jam selepas hari mula gelap!

Alhamdulillah. Kami selamat dan dapat merasakan satu pengalaman yang boleh dikira luar biasa. Tapi taubatlah tak nak buat lagi. Teringat bagaimana saya pernah membawa motosikal besar seorang diri mengambil jalan lereng Banjaran Titiwangsa dari Dabong ke Gua Musang, ketika ia masih teruk seperti jalan balak. Jarak perjalanan cuma 50 km tapi keadaan begitu teruk apalagi bila hujan dan banjir kilat. Jatuh motosikal 5-6 kali ada rasanya. Mula jam 3 petang, sampai 9 malam. Itu seorang. Di Pulau Samosir ni bawa anak dan isteri, naik pula ketinggian melebihi Bukit Fraser. Nasib baik takda jatuh moto walaupun hampir-hampir juga kena.

Ah. Baru teringat satu lagi perkara. Dalam perjalanan dari Pangururan ke selatan kasut kiri anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid terlucut tapi tak sedar jatuh di mana. Ketika itu saya sedang sibuk membawa motosikal sementara isteri pula merakam video. Saya cuba juga mencari dengan berpatah balik sehingga melepasi 3 buah jambatan tapi tak jumpa. Bayangkan anak kecil 2 tahun meredah kabus dan hujan di atas gunung dengan satu kaki tak terlindung. Nasib baik di satu tempat bernama Tanjungan di atas, di sebuah rumah kedai tempatan kami dapat menumpang rehat di hadapan bara api sambil minum kopi panas... kemudian orang kedai menghadiahkan sepasang stokin kecil untuk dipakai Rasyid. Tapi tu le. Dah baka adventurous. Syukur Alhamdulillah ya Allah kerana memberiku anak isteri yang satu kepala... :]



7 comments:

zali zz said...

kamu ni tak berkerja ke . asyk makan angin sana sini .

Radzi Sapiee said...

Tak. Memang kerja makan angin daaa... :]

Nurun Nur 9111 said...

salam ziarah,

seronoknya hidup makan angin jerrrrr...

huhu...

PerpatihTulus said...

hihihi tergelak aku tengok gambo signboard tu. Huta Siallagan.

Radzi Sapiee said...

Banyak lagi nama pelik2 engko boleh lihat kat sana. Tapi jangan ketawa depan diaorang. Kang kena tangkap dengan Batak habis direbus engo buat tomyam.

Anonymous said...

aku pun nk jadi mcm ko r radzi..hidup x bekerja n asyik mkn angin jew...duit turun dr langit erk...tolong ajar..best22222

Radzi Sapiee said...

Leee. Apa pulak aku nak ajar? Orang kurang ajar macam engko cakap macam p***mak cam ni biasanya dah terlebih pandai. Cari le jalan sendiri macamana nak tarik duit turun dari langit....

p/s: Engko betul2 nak belajar? Cam ni le. Keluar dari kepompong bodoh engko yang hanya pandai berlagak jadi jaguh kat depan komputer ni. Keluar pergi jalan kat negeri orang lepas tu kokok le macam engkau kokok kat komputer. Tapi kokok kuat2 in real life, bukan dalam hati atau dunia khayalan . Tegur le sapa2 mamat kat tepi jalan dengan bahasa yang engko gunakan dalam komen atas ni. Lepas tu tengok engko boleh hidup ke tak. Boleh tak engko jaga diri kalau 5-6 orang datang nak belasah engko...