Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Sunday, May 15, 2011

Santai Al-Rasyid - Stadium Merdeka, mandi di KLCC dan makam Saiyid Mashor

OK. Kita bercerita lagi tentang aktiviti jalan-jalan yang dibuat dalam masa terdekat. Mari... :]

Selepas perjalanan ke selatan jauh hingga ke Singapura yang dibuat ketika cuti Hari Buruh iaitu dua minggu lalu (rujuk artikel Ke selatan sempena cuti Hari Buruh - Tarikan Masjid Ba'Alawi dan faktor Shadziliah di makam Habib Nuh dan Ke selatan sempena cuti Hari Buruh - Salasilah sebelah ibu, makam Malim Deman, pertemuan Sungai Muar/Jempol dan tetamu misteri di makam Tuan Tulis) kami bercadang mahu duduk di rumah sahaja hujung minggu. Tetapi Sabtu minggu lepas, ketika saya sambung tidur selepas Subuh dan isteri pula berada di dapur, sedar tak sedar anak kecil kami Al-Rasyid telah membasahkan habis lantai tidur. Bukan setakat basah tapi bertakung air sampai seinci dua hampir seluruh lantai! Ternyata dia telah membuka paip air dan menyalurkan getah paip ke bilik tidur lalu mula bermain-main kocak-kocak air...

Allah! Nak marah sangat pun dia budak kecil, umur baru setahun setengah. Lagipun kami gelihati melihat gelagatnya. Saya mengambil ini sebagai tanda kami harus membawa Rasyid keluar bermain air nanti. Tempat yang paling sesuai rasanya adalah kolam kanak-kanak di KLCC. Di atas adalah gambar di ladang orkid berdekatan rumah. Pagi Ahad baru kami keluar... singgah dahulu di situ untuk membeli sesuatu.


Sampai di Kuala Lumpur timbul gerak untuk mencari sesuatu di Brickfields. Saya tak ingat bila kali terakhir kami ke sini. Yang pasti kami pernah meninggalkan kereta di Telekom berdekatan pertengahan November tahun lepas sebelum mengambil keretapi ke Singapura dari KL Sentral.


Nampaknya banyak yang telah berubah. Brickfields yang diketahui dihuni ramai orang berketurunan India betul-betul dah jadi Little India... dan memang pun ia diisytiharkan sebagai Little India. Siap ada pintu gerbang tertera perkataan tersebut...


Seterusnya saya tergerak untuk membawa anak dan isteri ke Stadium Merdeka.


Rupa-rupanya ia dalam proses pemulihan untuk dijadikan bangunan warisan. Dan ia terbuka kepada pelawat setiap hari waktu siang. Lihat artikel The nostalgia that is Stadium Merdeka di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.

Sesungguhnya Stadium Merdeka adalah satu lambang kemerdekaan Tanah Melayu selepas lama dijajah British, selepas Melaka pernah diduduki Belanda dan sebelum itu Portugis. Malaysia merdeka 31 Ogos 1957 dahulu pun di atas nama Persekutuan Tanah Melayu di mana lebih sejuta warga luar bangsa Cina dan India diberikan kerakyatan percuma. Harap-harap anak cucu mereka dapat mengingati hakikat di mana orang Melayu sudi menerima mereka dengan tangan terbuka tetapi dengan syarat-syarat tertentu... antaranya jangan lupa orang Melayu tetap TUAN tanah ini...

Tuan di sini bukan bermaksud orang Cina dan India harus menjadi hamba kepada orang Melayu. Tetapi kita ibarat tuan rumah di mana orang lain datang menyewa. Dan cukai yang dibayar setelah berjaya memajukan perniagaan sehingga negara dapat dibina dengan duit cukai itu sebenarnya tidak boleh dianggap sebagai sumbangan mereka kepada negara melainkan sebagai sedikit harga yang WAJIB dibayar kerana dapat TUMPANG hidup di atas bumi bertuah ini. Maka janganlah cuba-cuba mendabik dada mengatakan merekalah yang membina negara ini sehingga sanggup meminta agar sejarah Malaysia diubah untuk memperbesarkan peranan mereka.

Hakikatnya 'sumbangan' mereka yang sebenarnya bermula selepas 1957 sungguh kecil sekali berbanding perjalanan kerajaan-kerajaan Melayu yang sudah berlangsung beratus malah beribu tahun. 'Sumbangan' sebelum itu seperti memajukan industri bijih timah abad ke 19 Masihi tidak bertujuan langsung untuk membina negara malah dibuat semata-mata untuk mengaut keuntungan untuk diri sendiri selain untuk pihak Inggeris yang menjajah. Sesungguhnya dakwaan mereka kononnya sama-sama membina negara kita Malaysia samalah seperti mengatakan buruh dari Indonesia adalah pembina negara ini. Walhal mereka cuma buruh dan sudahpun menerima gaji atas 'sumbangan' mereka. Kalau tiada orang tempatan memanggil mereka untuk membina bangunan, kalau tiada perancangan untuk berbuat begitu tidak akan jadi pun bangunan yang dibina mereka. Dan tidaklah para pendatang ini dapat hidup senang berbanding jika cuba mencari rezeki di negara asal mereka...




Selepas itu kami pergi ke Pudu. Kononnya mahu mencari makam lama di Jalan San Peng seperti pernah diberitahu orang kepada kami. Tapi tak seorang pun di sana tahu.


Kemudian kami masuk ke Jalan Conlay. Terserlah hotel dengan binaan tradisional Melayu ini, kalau tak salah senibina Terengganu. Baru saya tahu wujudnya bangunan itu.




Sebenarnya isteri saya mahu melihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di Jalan Conlay, dipindahkan dari Kedah lebih 10 tahun lalu kalau tak salah. Isteri terlihat cerita tentang rumah itu dalam suratkhabar hari minggu. Saya pula sudah lama tak ke sini. Tapi ia tutup Ahad...


Seterusnya kami ke KLCC. Saya pun bersolat di masjidnya. Lihat Masjid (Mosque of) As-Syakirin, KLCC.




Selepas itu baru Al-Rasyid dibenarkan bermain air di kolam kanak-kanak. Seronok betul dia. Lihat Al-Rasyid's field day at the KLCC public wading pool.


Tengahari Khamis 2 hari lepas pula timbul rasa untuk berjalan ke utara Rawang. Sampai di Serendah terlihat masjid yang agak menarik lalu mengambil gambar. Lihat Masjid (Mosque of) Nurul Iman, Serendah, Selangor.




Sebenarnya kami mahu keluar dari keadaan jerebu yang meliputi Lembah Kelang dan banyak kawasan lain bermula hari Rabu. Saya mahu membawa anak dan isteri mencari udara segar lalu singgah lagi ke Masjid Ampang Pecah. Lihat Old mosque of Ampang Pecah revisited.




Ini diikuti dengan jalan-jalan di pekan Kuala Kubu Baru. Lihat Walking around Kuala Kubu Baru.


Perjalanan diteruskan dalam keadaan hujan lebat.




Keadaan surut sedikit ketika sampai ke destinasi seterusnya, Kerling. Dalam gambar ini hujan tidak berapa kelihatan kerana kamera dipetik sebaik sahaja wiper menyapu air...


Adapun gerak untuk ke Kerling timbul ketika menghampiri Rawang. Saya teringat pernah membaca di Internet bahawa di sekitar tempat itu terdapat makam seorang pahlawan Melayu yang agak terkenal. Saya pun bertanyakan arah di balai polis. Nasib baik polis yang menjaga balai sudi menghubungkan saya dengan anggota yang tahu, itupun kemudian saya beberapa kali tersilap jalan lalu harus bertanya lagi dengan warga tempatan.




Sekurang-kurangnya dari anggota polis tersebut saya dapat tahu makam itu terletak tidak jauh dari pekan.




Sampai di kawasan makam saya terperanjat melihat keadaannya begitu bersemak.




Namun boleh kelihatan beberapa buah makam di kawasan kurang bersemak dan paling terserlah adalah ini. Cuma saya rasa ia bukan makam yang dicari kerana setahu saya batu nesan sebegini adalah milik orang perempuan.




Dalam hujan rintik saya pun merebahkan semak dengan memijak-mijak pangkalnya sehingga pemandangan jadi cukup terang.


Baru terserlah makam yang dicari, milik pahlawan bernama Saiyid Mashor yang pernah gigih melawan Inggeris abad ke 19. Lihat Makam (Tomb of) Saiyid Mashor.




Oh. Semasa di balai polis saya juga mendapatkan kepastian bahawa sebuah jalan kecil yang kelihatan dari pekan boleh membawa ke Lembah Beringin seterusnya Lebuhraya Utara Selatan. Masuk ke jalan tersebut kelihatan sekolah ini...




Ke hadapan sedikit kelihatan jalan sedang dilebarkan. Namun ada bahagian yang terkena banjir akibat hujan lebat.







Sedar tak sedar saya telah mengikuti jalan tersebut sehingga melepasi simpang ke Lembah Beringin. Namun teringin juga untuk melihat ke manakah jalan ini menuju. Ternyata ia mengikut lenggok dan aliran Sungai Kerling. Saya pun ikut sampai ke hujung. Lihat Following the flow of the Kerling river.



Selepas itu baru kami berpatah balik untuk mengambil simpang ke Lembah Beringin.



Inilah kali pertama kami sampai ke tempat ini. Kelihatan begitu banyak rumah terbengkalai.



Nasib baik arah ke lebuhraya terang.



Masuk ke lebuhraya baru terasa 'selamat'. Kalau tidak rasa macam tersangkut di ghost town, bandar hantu. Ishh. Sekian cerita ya. Selamat pagi! :]




3 comments:

Anonymous said...

Tetamu misteri kat Makam Tuan Tulis tu...tak misteri pun,memang selalu ada .

Kadang-kadang vvip pun selalu iktikaf waktu malam.Mungkin diorang tak nak tunjuk2 kot.Kalau dah dekat nak exam peksa lagi ramai yang datang seluruh pelusuk nogori kadang2 satu Malaya pun ada.

Agaknya Tuan Tulis tolong tulis utk diorang kot...hahaha :p.So sesapa kalau nak sambung belajar ke,nak peksa ke elok bebeno sambung salasilah atau utus silaturahim dengan Tok wali ni.Jangan niat tak baik / bersangka tak elok pula nanti syirik jadinya.

:)

Radzi Sapiee said...

Ooo. Begitu rupanya cerita. Maka terjawablah 'misteri'nya. Terima kasih saudara. :]

Gordon said...

Tetamu misteri kat Makam Tuan Tulis tu...tak misteri pun,memang selalu ada . Kadang-kadang vvip pun selalu iktikaf waktu malam.Mungkin diorang tak nak tunjuk2 kot.Kalau dah dekat nak exam peksa lagi ramai yang datang seluruh pelusuk nogori kadang2 satu Malaya pun ada. Agaknya Tuan Tulis tolong tulis utk diorang kot...hahaha :p.So sesapa kalau nak sambung belajar ke,nak peksa ke elok bebeno sambung salasilah atau utus silaturahim dengan Tok wali ni.Jangan niat tak baik / bersangka tak elok pula nanti syirik jadinya. :)