Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mei 09, 2008

Fahamilah erti sebuah perjuangan! Pada yang tak faham, jangan ganggu saya lagi... Tolong le! Tolong 'belah' dari sini!!!

Assalamualaikum semua. Pertama, saya mohon maaf jika harus berkata kasar dan kurang ajar... Saya pinta kepada para pengkritik di luar sana yang pandai-pandai belaka, tolong le... Tolong le jangan kacau lagi blogspot saya... Kalau anda rasa tidak boleh menerima apa yang saya ceritakan di sini atau cara saya menceritakannya, emosional ke, meleret ke, maka tolonglah... Di luar sana ada banyak lagi blogspot yang mungkin memenuhi citarasa anda yang bijaksana... Tolonglah jangan ganggu lagi blogspot ini... Anda tidak tahu beban yang saya pikul selama ini lalu anda mungkin tidak sedar komen-komen anda yang penuh "hikmah" itu mengganggu ketenteraman jiwa serta mood saya untuk menulis.

Jangan perasan bahawa kehadiran anda lah yang menyebabkan blogspot ini dibaca orang... Seolah-olah jika anda tiada, maka tidak akan ada apa-apa pembaca di sini! Sesungguhnya blogspot ini sudah ada pengikutnya yang setia mencari ilmu dan berkongsi rasa, bukan golongan memandai-mandai yang setakat tahu mengkritik sahaja tetapi tidak tahu betapa payahnya menyajikan sesuatu yang asli... Mungkin kerana sudah terbiasa menceduk ilmu free dan copy and paste di sana-sini lalu tidak tahu beza serta bahaya yang dialami orang yang betul-betul sanggup mengorbankan jiwa berbuat sesuatu berbanding orang yang setakat berangan-angan mengalami adventure di hadapan komputer...

Kedua... Malam tadi saya telah berjumpa dengan kawan-kawan lama sebilik semasa zaman kolej dahulu, semasa zaman mengaji peringkat A Levels sebelum berlepas ke luar negeri... Ramai di antara kami sudah 20 tahun tidak berjumpa! Kegembiraan bertemu kawan-kawan lama serta kata-kata sokongan yang saya lihat muncul dalam ruangan komen 2 posting terakhir saya memberikan saya semangat untuk membuat kata-kata luahan ini...

Penghujung tahun 2001, seminggu dua sebelum bulan puasa, saya dibuang kerja daripada The New Straits Times... Tahukah anda bagaimana rasanya apabila ini berlaku? Apalagi apabila isteri sendiri mengherdik anda kerana tidak mahu mengalah dengan politik pejabat akibat mahu sangat berpegang dengan prinsip hidup yang tidak boleh dijual-beli? Tahukah anda bagaimana rasa mahu menghadapi Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan ini? Mahu menghadapi keluarga sendiri juga keluarga mertua yang sering mengharapkan anda kembali dengan 'kejayaan' hidup yang boleh dibanggakan mereka? Nama sahaja ada ijazah Matematiks daripada University College of London, ada kenalan tinggi-tinggi sehingga ke peringkat menteri tetapi apa yang saya ada? Setakat sebuah motosikal besar kesayangan yang kini sudah 4 tahun terlantar buruk di Janda Baik... Itu sahaja...

Kemudian timbul rasa yang kuat untuk menjelajah ke sana ke mari menziarahi makam-makam lama untuk mencari diri dan erti... Tahun 2002, kalau tak salah ingatan sekitar April, Nenek iaitu ibu kepada ayah saya, satu-satunya ahli keluarga yang saya percaya mengerti akan pencarian ini meninggal dunia. September itu, dalam keadaan saya masih termangu-mangu mencari jawaban kepada persoalan tentang salasilah serta amanah keluarga dan masih lagi tidak bekerja, tidak ada pendapatan apa-apa, saya mendapat seorang anak perempuan...

Esoknya, adik lelaki saya yang bongsu pula meninggal dunia kemalangan motosikal... Dalam keadaan saya berharap nanti dapat menyatukan seluruh keluarga kerana atas sebab-sebab tertentu, ibu, ayah dan adik-beradik saya sebenarnya belum pernah betul-betul duduk bersama dalam sebuah rumah sendiri walaupun kami ada 5 biji rumah!

Apa rasa anda dalam keadaan ini? Melihat keadaan zaman materialistik sekarang, rasanya tidak keterlaluan kalau saya kata kebanyakan orang kalau dah ada ijazah dari luar negara, ada kenalan tinggi-tinggi sana-sini, ada peluang untuk jadi kaya-raya walaupun harus memakan rasuah dan mengorbankan prinsip sendiri, tentu kebanyakkannya akan mengalah... Sekurang-kurangnya segala tekanan hidup yang dihadapi boleh "dikurangkan" jika ada harta melimpah-ruah ya tak? Soalnya ada peluang ke tak sahaja dan saya memang ada banyak peluang... Tetapi saya tolak semuanya demi kepercayaan diri!

Sebulan dua selepas adik meninggal dunia, pada minggu kedua Hari Raya Aidilfitri tahun itu, ibu kepada ibu saya, orang yang saya panggil sebagai Mak juga kembali kepada Ilahi... Hujung tahun itu, akibat kekalutan keluarga atas segala yang berlaku dan semua ini, saya keluar meninggalkan rumah sewa, anak dan isteri lalu duduk di pinggiran hutan di Janda Baik sehingga tahun 2005. Oh... Tahun 2003, saya bercerai dengan isteri. Baki simpanan duit gaji dahulu habis untuk menanggung kehidupan berumahtangga yang sudah hilang erti, lebih RM20,000 dalam akaun saham jadi hangus apabila syarikat tertentu dikeluar senarai dari Bursa Saham sedangkan wang pendahuluan membeli rumah RM5,000 hilang apabila projek terbengkalai berserta wang guaman RM2,000... Saya tak malu mengaku ini... Saya cuma mahu anda tahu, bukan senang mahu mengotakan satu perjuangan yang ramai orang tak faham...

Yang saya ceritakan ini kira cuma keadaan ringkas sahaja... Tak termasuk kemelut jiwa yang saya lalui di England juga semasa bersekolah asrama di Kluang. Banyak sangat yang berlaku dalam hidup saya yang telah mencapai umur 38 tahun ini. Jun 2006, baru dapat saya luahkan sebahagian apa yang berlaku dengan munculnya buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti"... Ini diikuti buku kedua. "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" (terbit Mei 2007) dan buku ketiga "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang" (terbit November 2007).

Tahukah anda bagaimana penat lelah berserta bebanan jiwa menulis buku dalam keadaan 5 tahun tidak bekerja, tiada sumber pendapatan apa-apa, dalam keadaan diri anda celaru hampir gila? Apalagi jika anda juga mengedit buku, membuat rekaletak graphics, membuat design kulit buku, menerbitkan kemudian cuba membuat promosi jualan sendiri, jualan yang bukannya senang kerana isi cerita buku yang melawan arus kelaziman awam. Buat semua ini dalam keadaan keluarga sendiri pun menyoalkan... Sedangkan para penulis terkenal pun cuma dapat menulis dengan sokongan jitu keluarga dan sahabat handai, disokong lagi persatuan-persatuan penulis dan sebagainya, inikan lagi saya yang belum mengukir nama kecuali sebagai wartawan, terkapai-kapai tenggelam-timbul seorang diri!

Penghujung tahun 2006, saya tergerak untuk membuat promosi melalui forum... Selain promosi buku, saya juga mahu meluahkan rasa tentang amanah perjuangan umat Islam untuk menghadapi cabaran akhir zaman kerana tidak tahan menyimpan beban pengetahuan di dalam dada... Beban wooo lebih-lebih lagi kerana ramai yang tidak faham keadaan sebenar, yang dapat dikeluarkan pun sebenarnya setakat "anggaran" rasa yang dapat dinukilkan kepada awam.... Kalau sahaja anda dapat rasa betapa beratnya bebanan ini... Atau mungkin anda perlu menjiwai liku-liku kehidupan seorang genius seperti Sufiah Yusof yang kini jadi pelacur baru anda tahu betapa deritanya keadaan sebegini?

Begitu pun, saya tetap perlu menyatakan apa yang terbuku, semasa itu lebih pada interprasi sejarah lama Melayu dan Islam yang melawan sukatan pelajaran biasa hasil kajian Barat yang dianuti ramai... Awal lagi saya telah dicerca... Fakta-fakta yang saya beri dipersoalkan kiri-kanan... Tak kurang juga yang menuduh saya mengeluarkan cerita-cerita ini untuk menuntut takhta dan mahu menjadi raja... Di sebalik semua ini, saya gagahkan juga...

Adapun satu perkara yang membuat saya mampu menghadapi semua ini adalah harapan yang kuat bahawa apabila selesai menyajikan ketiga-tiga buku ini, saya akhirnya akan mendapat home sweet home yang saya dambakan selama ini, rasa home sweet home yang saya sedar telah hilang sejak umur 12 tahun lagi... Apa yang saya harapkan, home sweet home ini akan datang apabila saya dapat bersatu dengan seorang wanita yang saya sayangi. Tetapi ternyata, selepas siap 3 buku yang diharapkan dapat "melangsaikan hutang" amanah penyampaian ilmu kepada ummah buat peringkat ini, wanita yang dimaksudkan masih tercengkam dalam perangkap rumahtangga taburan duit dan permainan politik yang dimasukinya dalam keadaan kurang sedar beberapa tahun lalu ketika saya pula masih tercari-cari...

Tahukah anda bagaimana rasanya pada umur 38 tahun sering seorang diri, tidak ada rumah sendiri, tidak ada kenderaan sendiri, tidak ada anak bini, tidak ada tempat untuk benar-benar berkongsi rasa, masih tidak lagi mendapat rasa istirehat yang dicari? Tahukah anda, selain membebankan jiwa, keadaan yang dihadapi ini menyebabkan saya selalu demam-demam bisa badan, bisa urat, sakit perut dan sakit kepala?

Itu yang beberapa bulan kebelakangan ini kelihatan saya begitu merintih berjela-jela di celah membuat artikel-artikel di sini... Kenapa saya tidak boleh merintih? Inikan blogspot saya, tempat saya meluahkan rasa? Lihat di luar sana, berapa banyak blogspot yang ada pemiliknya meluahkan rasa sesuka hatinya... Itulah fungsi asal sesebuah blogspot... Asalnya ia adalah diari on-line tempat meluahkan rasa, bukan tempat memberi informasi seperti Wikipaedia dan sebagainya! Kalau dapat informasi berguna, ia adalah bonus untuk pembaca... Tetapi fungsi asalnya tetap sebagai tempat meluahkan rasa seseorang itu... Jadi kalau tak setuju, pergi sahaja le ke tempat lain... Jangan sibuk hendak mengubah isi diari orang lain!

Adapun sudah lumrah bagi seorang penulis sejati (bukan penulis upahan mata duitan ya...), penulisan itu adalah wadah menyatakan isi hati yang perlu dibuat agar sekurang-kurangnya dada jadi lega, lepas daripada bebanan tertentu baik bebanan pengetahuan, mahupun bebanan rasa marah, kecewa, gembira dan sebagainya... Kadangkala pula, masalah dan kesempitan hidup yang dihadapi menyekat isi penulisan yang lebih bernas daripada keluar lalu sekatan ini cuma dapat diatasi jika "taik-taik" masalah yang mungkin meleret-leret telah dikeluarkan terlebih dahulu hingga rasa puas hati...

Inilah penulisan sejati, bukan penulisan copy and paste atau ceduk hasil kerja orang sana-sini kemudian berlagak pandai seolah-olah semuanya hasil pengalaman sendiri... Begitu susahnya hendak mendapat mood, maka jangan haraplah dalam penulisan itu cuma yang keluar muluk-muluk sahaja tanpa menyatakan rasa bebanan dan derita! Anda yang tidak sensitif mungkin tidak tahu masalah lain yang sedang saya hadapi... Salah satunya, anda mungkin tidak tahu betapa sedihnya hati saya apabila dalam forum tertentu, peribadi saya diserang bertalu-talu apabila cuba menampilkan kegusaran akan bagaimana keselamatan dan kedaulatan negara kita ini sedang diancam pihak-pihak tertentu!

Ah... Tak mengapalah... Cukuplah kata-kata ini. Adapun saya ini adalah orang yang berpegang kepada janji... Oleh kerana dalam posting lepas, saya telah menyebut tidak akan membuat apa-apa lagi komen dan cerita pada mana-mana gambar dalam cerita pengembaraan ke Pantai Timur sehingga ia selesai, maka terimalah bahawa apa yang akan disajikan nanti adalah gambar-gambar sahaja seperti pada 2 posting sebelum ini... Sesungguhnya bukan senang hendak menyajikan sebuah cerita, lebih-lebih lagi dalam keadaan menanggung beban yang anda sebenarnya tidak tahu pun bagaimana rasanya kecuali dapat meneka-neka sahaja... Dengan menyajikan gambar-gambar tanpa penjelasan di bawahnya, cerita saya pun jadi senang... Insyaallah lagi cepat le habis proses meluahkan rasa walaupun setakat dengan simbol sahaja. Haraplah selepas ini hilanglah segala bebanan saya dan tidaklah saya merintih sebegini lagi...

Apapun, saya tetap menghargai sokongan para pembaca setia yang tahu menghargai payah-jerih mencari ilmu lalu menyampaikannya... Mendapat ilmu itu sendiri dari sumber terus (bukan sumber ceduk dan copy and paste ya...) memerlukan kecekalan serta pengorbanan yang tinggi, menyampaikan pun boleh tahan memenatkan dan menyakitkan kepala...

Untuk anda semua yang tahu menghargai kata-kata di sini, jika ada apa-apa yang tak faham tentang sesuatu cerita ataupun tempat, anda dialu-alukan bertanya di ruangan komen... Insyaallah ada masa saya akan jawab, kecualilah sesuatu perkara itu perlu berahsia... Sesungguhnya itulah tujuan adanya ruangan komen ini... Bukan untuk memuji saya seperti yang ada pihak anggap dan bukan juga untuk senang-senang mengkritik tanpa tahu erti sebuah perjuangan serta pengorbanan yang perlu dilakukan.

Sementara itu, akan saya mulakan setiap artikel dengan sedikit penerangan kemudian gambar-gambar tanpa penjelasan demi tatapan para pembaca sejati. Harap akur dengan keadaan serta sensitiviti saya buat masa ini ya... Wassalam! :]


p/s:
Oleh kerana rasa terkilan saya belum betul-betul hilang, saya tidak akan membuat apa-apa lagi hyperlink dalam artikel-artikel saya sehingga selesai semua cerita tentang perjalanan terbaru ke Pantai Timur... Hyperlink-hyperlink ini sebenarnya dibuat untuk memudahkan penceritaan selain dapat mengagihkan koleksi gambar-gambar secara saksama di ketiga-tiga blogspot saya. Rupa-rupanya ada yang kalut melihat ini lalu meminta saya mengubahnya untuk faedah pembacaan diri sendiri tanpa memikirkan kemudahan untuk orang lain pula apalagi kemudahan untuk saya yang mengharapkan blogspot-blogspot saya yang lain turut sering dikunjungi orang!

Kepada para pembaca sejati, sila jengok blogspot-blogspot tersebut untuk membaca (atau sebenarnya melihat) gambar-gambar berkaitan. Agak-agaklah bila ada sesuatu cerita baru ya! Biasanya saya akan memberitahu jika ada artikel-artikel terkini di blogspot-blogspot lain itu tetapi cadangan pembaca tertentu telah membuat saya tawar hati buat masa ini. Buat penat-penat aje saya perlu mengatur dan copy and paste link dalam turutan yang sesuai untuk faedah pembaca juga tetapi terasa sungguh tidak dihargai... Maka itu, untuk pembaca "bijaksana", SILA BERAMBUS DARI SINI! Sekian...

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam bro..

bro gambar w.out comend dari bro tak rasa meriah la bro.. tak pa bro take ur time to ignore the fussy,eliot mine out there... sy nantikan peceritaan bro seperti biasa... gambar je kurang umphh.. berjuang bro...

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Tak pa, ini satu fasa yang ada hikmahnya yang tersendiri... Satu, supaya orang faham penting atau tidak adanya penjelasan di bawah gambar... Kedua, supaya orang faham, penulisan sebenar bukanlah sesenang memberikan pendapat sesedap hati. Ketiga memberi peluang orang yang "bijaksana" mengetengahkan andaian mereka sendiri terhadap gambar-gambar ini... Lalu kemudian biar andaian mereka dinilai pihak lain pula... Tengok, ada sedap ke tidak kalau orang main boh aje bagi komen atas penat-lelah kita cuba merumuskan sesuatu sedangkan komen yang dirasakannya bagus itu tidak pun membina...
Tetapi yang paling penting adalah bila takda penjelasan bawah gambar, ia membuka ruang untuk komen sejati iaitu bertanya tentang subjek yang sepatutnya pada sesuatu ketika.
Misalnya ada gambar makam bertulisan Jawi tanpa diberitahu makam siapa. Maka siapa yang betul-betul berminat boleh bertanya makam siapa dengan menggunakan ruangan komen... Boleh tanya begini... Makam siapa ini, batu nesan berkepak di gambar ke 3 dari atas atau 7 dari bawah gitu...
Selama ini, saya sahaja yang sibuk menerangkan untuk faedah semua atas rasa tanggungjawab nak bagi orang faham tanpa dipinta. Sedih le bila orang take for granted, ibarat meletak kalung permata pada leher babi pula!

Ishak Ismail berkata...

Salam sdr MS,

saya ishak Ismail berasal dari Tpg kini tinggal d seri gombak 38thn dengan 3 orang anak, sekiranya ada kelapangan saudara saya ingin sangat berjumpa sekadar bercerita sambil minum kopi.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Insyaallah bila ada gerak dari Allah Ta'ala... :]

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum wbt.

pedulikan mereka tu. syaitan pasti akan mengganggu perjalanan yang haq. teruskan usaha tuan. semoga ALLAH TAALA merahmati dan membantu tuan.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum Radzi,

Jangan putus asa, apa peduli orang lain kata, kalau orang tu tak suka, dia bolih belah, cari blogspots yang lain. Hoi...MS kami enjoy dengan apa yang kau sajikan. Teruskan pengembaraan kamu yang jujur tu, pasti kami menyokong kau. Kalau bukan kerana pengembaraan kau MS, saya tak kenal susur galur kita yang sebenar dan tak kenal ramai kaum kerabat dan sahabat handai yang lain.

Nie bila nak pekena teh tarik lagi, kontek kau asyik sebuk ajer. Last-last tak dapat jumpa walaupun saya selalu kat KL la nie.

BELIA WAJA WATAN berkata...

Assalamualaikum, sahabat kami dari Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W) beralamat di Kuala Terengganu, merasa terharu dengan pengalaman yang sahabat lalui, disini saya Selaku YDP-PB2W ingin mengucapkan syabas, tahniah dan bersabarlah kerana mafhum dari Al Quran "Dan yang akhir itu lebih baik dari awal" Allah bersama orang yang sabar.

Bagi kami pengorbanan saudara telah memusing sejarah menuju kepaksinya yang sebenar, bukan lagi di bawah permainan penipuan freemanson/ zionis. Itulah yang kami perlukan dalam melaksanakan tugas kami membangun semula jatidiri anak watan Terengganu Darul iman menuju ke arah kebangkitan semula sebuah tamadun seperti yang saudara sendiri pernah gambarkan "Kembayat Negara-Nusantara", walaupun suatu faktar yang jelas belum boleh diterjemahkan namum, significant menjelaskan perjalanan menuju kepada matlamat banyak kod perlu di pecahkan. Ada beberapa fakta dari blog sahabat kami gunakan untuk program jatidiri kami.

Insya Allah jika sahabat bertandang ke kuala Terengganu semula bolehlah hubungi kami, kami sedia membantu dengan sekadar kemampuan yang ada demi mengembali sebuah kebenaran yang telah dihilangkan oleh golongan tertentu, kebenaran itu pasti menjelma walaupun dibenci oleh orang yang kafir.

Hubungi saya di no 012 963 7586 (SHUKRI)atau boleh melayari blog kami www.pb2w.blogspot.com

Assalamualaikum. Sirru alabarakatilah.

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Amin!!!! Takbir! ALLAH HU AKBAR!!

Heeeee.hay...apa citer ni. Buat MS jgn diperkecilkan akan mushilat yg kecil ini. Anggaplah sekadar bakteria yg hinggap dlm tubuh badan kita. Kerana kita tau ada juga bakteria yg bagus utk melawan simptom2 sesuatu penyakit dan yg tak bagus bakteria tu maka harus dinyahkan saja.
Begitu juga dgn komen2 yg diberikan..sekiranya ada yg baik maka sebagai panduan dan bimbingan dan yg tidak enak disantapan minda juga emosi harus dipikir jangan. Teruskan perjuangan mu anak muda..
Moga jangan hilang jati diri yang baru disemai itu..biar le ia terus bercambah seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan..
Teringat kisah "cendawan tali" yang abah MS ceritakan pada sy tahun lepas..rindu lak kat abah..nnti kirim salam pada abah and mummy yea

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terimakasih semua. Apa yang saya buat adalah kerana amanah keluarga. Jika saya ada apa-apa kepentingan peribadi dalam hal ini, ia cuma ini... Bukan harta, bukan duit, bukan takhta, bukan nama tetapi untuk mendapatkan home sweet home yang saya dambakan seumur hidup.
Untuk AbuMukmin, kalau datang KL, roger le... Rasanya buat masa yang terdekat ini saya tidak akan membuat apa-apa pengembaraan jauh ataupun panjang... Banyak berlegar di sekitar Lembah Klang sahaja...
Penat le...
Satu perangai saya, bila dah mengembara, rasa wajib pulak bercerita sedangkan pengembaraan ke Pantai Timur baru ni pun belum tamat diceritakan lagi... Biar lepas dulu bab ini, Insyaallah saya OK lebih-lebih lagi dengan sokongan dan kata-kata semangat sahabat dan kawan-kawan.
Saya sebenarnya tidak perlu apa-apa daripada kawan-kawan kerana Insyaallah segala keperluan saya telah Allah jaga. Yang saya perlu sebagai manusia adalah mengetahui bahawa ilmu yang saya sampaikan hasil penat-lelah serta air mata darah perjalanan hidup ini telah memanfaatkan orang. Sekurang-kurang satu hari nanti, keluarga saya sendiri juga orang-orang yang pernah mengkritik saya kerana bersikap pelik dan pada mereka tidak mendengar kata akan nampak bahawa semua yang berlaku ini tidak sia-sia melainkan ada hikmahnya. Bahawa "kebodohan" serta "kedegilan" saya meninggalkan kesenangan yang mampu diperolehi melalui kelebihan kelulusan tinggi dan hubungan keluarga serta sahabat handai yang berada akhirnya tetap berguna jua malah terbukti ada khidmatnya untuk agama, bangsa dan negara seperti saya selalu sebut dalam kegilaan saya sejak kecil lagi... Wassalam! :]

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Saudara Radzi, saya selalu membaca blog saudara di sini dan blog Berpetualang ke Acheh. Pengalaman hidup kita lebih kurang sama, hanya berlainan tempat dan keadaan. Setelah lebih 6 tahun di Amerika dan melalui pengalaman yang tak mungkin saya dapat di mana-mana dan melalui berbagai-bagai rintangan hidup, saya kembali ke Malaysia dan menghadapi suasana yang lain. Di dalam kalangan keluarga saya, baru saya tahu saya ada darah dari Raja-Raja Pasai dan Raja-Raja Minangkabau. Berpunca dari situ, saya tercari-cari info yang lebih mengenai salasilah keluarga saya. Kemudian saya jumpa blog saudara. Sedikit demi sedikit saya mula memahami apa kaitan Pasai, Samudera dan senario akhir zaman. Tetapi pencarian saya masih lagi berjalan. Saya berharap saudara teruskan dengan penulisan saudara, pedulikan orang yang tak suka. Kita ada amanah yang kita perlu tunaikan, dan walaupun berat dan sukar kadangkala, it has to be done, there is no other way. Kalau dipanjangkan umur, InsyaAllah kita bertemu, mungkin di zawiyah Bukit Damansara?

Mohd Shahrizal berkata...

Alhamdulillah,
Bersyukurlah kepada Allah atas kurniaan-Nya,
Sesungguhnya saudara insan terpilih kerana diberikan peluang dan anugerah melalui ujian2 yg diberikannya...
Tambah beruntunglah saudara kalau dapat mencari jalan melepaskan memusutan seperti yg dilakukan oleh Junjungan besar kita Rasulullah SAW..

Tanpa Nama berkata...

Insan terpilih?

Tak berapa sedap bunyinya.

Insan terpilih hanyalah Nabi Muhammad s.a.w.

Jangan terlebih memuji. Nanti berbalik perangai lamanya.

Tuan blog ini terlalu banyak kelemahan dan kekurangan. Tiada apa lebihnya beliau dari seorang yang lain.

Dia hanya duduk dalam dunianya dan dia tidak memandang kelebihan orang lain yang telah dikurniakan allah.

Bila ditimbang tara, sama adil dan saksama kelebihan yang allah beri kepada setiap kita.

Tanpa Nama berkata...

Bila dia berkata kurang manis. disalahnya kepada permasalahan yang dihadapi.

Ello bro, orang lain pun ada masalah masing dan tersendiri. Bukan bro saja di duga allah. Banyak orang lain pun begitu.

Cuma bezanya, bro merasakan sudah lebih bagus dengan pengembaraan dan segala yang dilakukan. Pada saya, bro belum cukup bagus lagi.

Tidak juga genius.

Orang biasa yang tiada lebih dan kurang daripada orang lain disekeliling kita.

Tanpa Nama berkata...

Bila dia berkata kurang manis. disalahnya kepada permasalahan yang dihadapi.

Ello bro, orang lain pun ada masalah masing dan tersendiri. Bukan bro saja di duga allah. Banyak orang lain pun begitu.

Cuma bezanya, bro merasakan sudah lebih bagus dengan pengembaraan dan segala yang dilakukan. Pada saya, bro belum cukup bagus lagi.

Tidak juga genius.

Orang biasa yang tiada lebih dan kurang daripada orang lain disekeliling kita.

Mohd Shahrizal berkata...

Dear Anynomous,
setiap org adalah insan terpilih, tetapi tahap dan jenis dugaan itu yg menentukan martabat kita, memang kita jauh berbeza dengan Rasulullah, tetapi setiap perbuatan dan perlakuan Rasulullah itu bukankah patut menjadi ikutan...
"Komen yg dibalas dengan cercaan" itu biasa berlaku apatah lagi "komen yang berbentuk cercaan" , memang selalu berlaku, tetapi biarlah secara beradab dan bertertib seperti yg selalu diajarkan kepada kita semenjak kecil..
Thanks

Tanpa Nama berkata...

Pebiar la depa nak kritik apa pun dalam blog ko RED!!!

Ko boleh show kat seluruh dunia perangai depa2 tu...pembaca pun nak tau gak kritik umum.

So, ko berdepan la ngan depa2 tu,baru ada nilai estetika bahan keluaran ko.Baru tau kastanya tinggi mana.Tapi apa2pun bair teman cabut dulu hehehe...

sesaje bagi pandangan.

Radzi Sapiee berkata...

Hehe... Takpa. Manusia tu macam-macam ragamnya. Jadi pandai-pandailah nilai sendiri antara kata-kata atau teguran yang jujur dengan kata-kata yang sebenarnya tercetus kerana ada rasa irihati.
Sekian! :]

BELIA WAJA WATAN berkata...

Kehidupan seseorang mengikut acuan yang telah ditetapkan .... "Maka berilah peringatan sesungguhnya kamu hanya pemberi peringatan ..."

sjm berkata...

Assalamualaikum wrt...

HAQ TETAP HAQ,BATIL TETAP BATIL...
JANGANLAH DIHIRAUKAN SEMUA ITU.SEANDAINYA SAUDARA DIPIHAK YANG BENAR,YAKINLAH BAHAWA ALLAH SENTIASA BERSAMA....

'Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan penghinaan, menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan'

RENUNGKANLAH SEJENAK UNTUK KEBAIKKAN KITA BERSAMA..

SEMOGA USAHA SAUDARA DIBERKATI ALLAH DUNIA DAN DI AKHIRAT...