OK. Inilah surau di Kampung Temong tempat kami bermalam...
Ini pula ruang tempat kami tidur. Kelihatan Al-Rasyid sudah mula aktif sebenarnya sejak jam 7 pagi lagi. Boleh tahan hyper budak ni... apa nak buat, anak bapak... :]
Oh, malam sebelum tidur isteri saya ada mengadu ternampak kelibat perempuan tak berkepala seperti memerhati dari sudut di luar kiri gambar. Saya cakap jangan pedulikan walaupun perempuan itu terus duduk di situ. Tak kiralah jika ia ingin membuat kacau atau sekadar tersesat di surau, Allah jua yang menggerakkan segala sesuatu...
Sungai Perak di sebelah sana...
Sebenarnya kami berjalan hingga ke Chegar Galah untuk mencari kedai atau warung untuk makan pagi. Tengok-tengok takda pulak... terpaksalah berpatah-balik hingga hampir ke surau, sebelum mengambil jalan ke Kati, pekan kecil terdekat...
Selesai sarapan baru kami menziarahi makam Tok Temong yang terletak tidak sampai 1 km pun dari surau. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Temong yang dibuat jam 10 malam tadi.
Dari Kampung Temong kami mengambil jalan lama ke Ipoh untuk menyeberang Sungai Perak masuk ke Kota Lama Kanan...
Bukan apa, nak ziarah Masjid Kota Lama Kanan di mana terdapat batu nesan yang menandakan tempat ghaibnya seorang Sultan. Lihat Masjid (Mosque of) Kota Lama Kanan dan batu tanda (and the marking stone for) Sultan Mansur Shah
Dari Masjid Kota Lama Kanan kami mengambil jalan dalam tepian sungai untuk ke Sayong. Jalan yang melalui bawah Jambatan Sultan Abdul Jalil ini menyambungkan Sayong dan sekitarnya ke bandar Kuala Kangsar. Lihat The bridges across the Perak river at Kuala Kangsar...
Sambil berjalan kelihatan kawasan bandar di seberang.
Ini pula adalah masjid 'tingkat' yang boleh kelihatan daripada jalan naik ke Bukit Chandan. Lihat artikel lama Masjid (mosque of) Sayong, Kuala Kangsar...
Perjalanan melalui jalan dalam ini membawa ke sebuah pusat membuat labu Sayong...
Kami pun singgah untuk membeli buah tangan.
Kami terus lagi ke selatan melalui jalan dalam...
Sebenarnya saya teringin untuk menjejakkan kaki lagi di muara Sungai Sayong. Bukan apa... teringat kali pertama sampai tahun 2001. Disebabkan timbul gerak hati untuk ke sinilah saya mendapat tahu akan kewujudan batu nesan yang menandakan tempat ghaibnya seorang Sultan di Kota Lama Kanan. Ini ada diceritakan dalam buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" (terbit November 2007), pada Bab 12 di mana saya menyebut pengalaman awal mengembara untuk menziarahi makam-makam Sultan. Lihat gambar dan huraian lebih teliti di Mouth of Sayong river and the palace of Bukit Chandan.
Selepas itu kami masuk ke jalan besar untuk pergi ke masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Sayong Tengah
Di sisinya terdapat makam Sultan Yusuf I...
Ini diikuti ziarah ke makam Sultan Ali. Lihat Dua makam Sultan di Sayong (Tombs of two Sultans in Sayong)
Selesai ziarah kami singgah di kedai makan menghampiri balik Kota Lama Kanan.
Di sini laksanya diletakkan telur goreng. Sedap woo... salah satu hidangan laksa terbaik pernah saya rasakan di mana-mana.
Selesai makan kami menyeberang jambatan untuk ke bandar Kuala Kangsar...
Ziarah sebentar ke kawasan pemakaman Temenggung Wan Hassan...
Letaknya di tepi jalan pinggir bandar.
Dari situ kami naik ke Bukit Chandan...
Oleh kerana masih ada setengah jam sebelum masuk waktu Zuhur, kami terus ke Kampung Padang Changkat untuk menziarahi makam Daeng Selili... sempat juga singgah di rumah Pak Mazin, tukang senjata besi Melayu yang terkenal. Lihat Makam (Tomb of) Daeng Selili.
4 ulasan:
Assallamualaikum,
Betapa cekal adik sekeluarga menjelajahi daerah-daerah di situ. Kakak teringat bagaimana sukarnya waktu kakak menyiapkan tesis "Seni Islam Perbandingan - Masjid Ubudiah" dahulu. Hanya satu masjid pun dah rasa letih dan payah..
Tahniah buat adik, isteri dan baby yang comel itu.
Kakak sentiasa membaca N3 ini.
Dah cari rata kat kedai buku di Kedah dan Seberang Prai..masih tak jumpa buku berkenaan..rasa nya nanti akak order kat sini ja.
Alhamdulillah, terima kasih.
Selamat Menjelajah lagi. w/salam.
Wassalam. You're welcome kak! Saya pun amat bersyukur kerana dikurniakan isteri dan anak yang mampu berjalan seiring. Kalau tak, pendek le langkah... silap-silap boleh pendek umur... :]
Assalamualikum, rupanya Saudara dah sampai ke tempat saya terutamanya di Masjid Kota Lama Kanan.Tak ada rezeki bertemu saudara.Mungkin lain kali jika di izinkan tuhan. Berkenaan Laksa yang ada telur goreng tu memang sedap dan hargapun murah jika di bandingkan dengan yang ada di K.Kangsar.Cuma tak ada publisiti saja .
Wassalam. Yep, teringat kali pertama saya terpanggil untuk menziarahi makam-makam lama. Ketika itu sekitar Oktober 2001 kalau tak salah ingatan. Saya masuk ke Kuala Kangsar melalui Sayong dengan niat nak menuju ke makam Tok Temong. Sebaik sahaja melepasi tapak Jambatan Sultan Abdul Jalil yang ketika itu belum siap, timbul rasa yang kuat untuk mencari kuala Sungai Sayong... :]
Catat Ulasan