Assalamualaikum semua. Tamatnya siri "Jalan-jalan anak-beranak" bermakna siri penceritaan perjalanan-perjalanan terbaru ke Aceh akan bermula tidak lama lagi. Adapun Sabtu baru ini iaitu 13 Mac 2010 adalah tarikh anak kami Al-Rasyid masuk umur 5 bulan. Dengan kuasa Allah, kakaknya Erin dan abang, si Haziq yang sedang menetap di Kelantan dapat datang ke rumah lalu saya dan isteri secara spontan telah membawa mereka mandi air terjun di Lata Kinjang, Perak, 150 km perjalanan ke utara.
Cerita bergambar tentang ini Insyaallah akan dibuat kemudian tetapi bukan dalam masa terdekat. Sebagai kesinambungan untuk siri "Jalan-jalan anak-beranak" merangkap peralihan untuk cerita perjalanan ke Aceh yang kemungkinan besar akan dimulakan sebaik sahaja masuk bulan Rabiulawal, biar dipersembahkan ini... satu perjalanan spontan membawa Al-Rasyid naik ke bukit peranginan Fraser's Hill...
12 Disember 2009. Erin dan Haziq sudah kembali ke Kelantan. Dua hari lagi isteri saya akan tamat cuti bersalin selama 2 bulan. Maka ada sedikit masa untuk berjalan lalu kami memutuskan untuk membawa Al-Rasyid pergi ke Kuala Kubu Bahru...
Dari Kuala Kubu Bahru timbul rasa untuk menghala ke Fraser's Hill pula. Kelihatan dalam gambar empangan Ulu Selangor yang mesti dilalui semua...
Tidak lama kemudian sampailah kami ke kaki bukit Fraser's Hill...
Oleh kerana semasa itu adalah tempoh masa giliran kenderaan untuk turun bukit (jalan mendaki Fraser's Hill adalah satu arah akibat ia sempit...), kami berehat dahulu di warung berdekatan.
Sempatlah bergambar...
Lalu kami sampai di atas ketika waktu Maghrib...
Ini adalah pemandangan cantik dari sebuah bungalow di tempat yang strategik...
Alhamdulillah, ketika kami sampai masih ada sebuah bilik untuk disewa...
Isteri saya dan Al-Rasyid bergambar di serambi bilik...
Esoknya 13 Disember... cukuplah umur Al-Rasyid 2 bulan. Gambar-gambar cantik dari bungalow pada siang hari telah diletakkan di dalam artikel
Views from a bungalow on top of Fraser's Hill di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Petang itu kami bersedia untuk kembali ke Bandar Tasik Puteri. Al-Rasyid pula nyenyak tidur. Maklumlah, penat... kecik-kecik lagi dah berjalan ke merata tempat...
2 ulasan:
Bestnya asik berjalan jerk.....bukan senang nak cari kekuatan berjalan2 ni dgn anak kecil lagik....kewangan lagik huhu....bagi tips anda mengembara sahabat leh ...heheh
jalan ikut gerak je.....den plak kalu nak jalan kene ikut poket dulu......kalau awal bulan tu ok ler......kalu ujung bulan tu kene khalwat kat rumah je ler....he he
Catat Ulasan