Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, January 09, 2010

Tiga komponen teka kacang...


Assalamualaikum semua. Semalam hingga awal pagi saya terasa gelisah semacam tanpa mengetahui apa puncanya. Lalu saya mula mencari-cari di Google entah apa-apa. Akhirnya gerak hati membawa saya untuk meneliti sebuah artikel lama. Dari situ timbul pula rasa untuk bermain-main dengan gambar sehingga terhasillah gambar komposit ini.

Gambar ini menggambungkan 3 elemen daripada 3 buah artikel berasingan. 3 buah artikel ini masing-masing menggunakan gambar-gambar yang diambil pada 3 tahun berlainan iaitu 2007, 2008 dan 2009. Teka kacangnya ialah ini. Daripada gambar di atas dapatkah anda mengenalpasti perkara-perkara ini?

1) Apakah 3 komponen gambar yang dipakai - Apakah yang di atas kepala, tentang gambar saya pula gambar ketika buat apa agaknya dan ketiga latar-belakang itu apa dan di mana?.

2) Yang mana satu komponen dari gambar yang diambil tahun 2007, mana satu 2008 seterusnya 2009?

3) Dari artikel-artikel lama manakah komponen-komponen ini diambil?

Mari kita mulakan teka kacang...

6 comments:

TARABAS said...

Rasa gelisah, tapi dalam rasa gelisah ada rasa girang.....rasa girang seakan-akan macam tak sabar untuk meninggalkan sebuah 'negeri' untuk menuju ke 'negeri' yang lain....'menunggu kapalterbang dan asyik tengok jam'.......tiba-tiba nampak 'kapalterbang dah sampai' cuma tunggu nak turunkan tangga.....rasa girang dalam gelisah.....

Allahualambissawab.

awanbadai said...

salam
ok ... aku try.

1)Mahkota dikepala adalah mahkota sultan Malikus Saleh. Gambar diambil ketika temubual di tv RTM, latarbelakang adalah beting beras basah di perak.

2) 2007 gambar temubual, 2008 gambar latarbelakang, 2009 gambar mahkota.

3) artikel mana? pehhh ... payah ni beb ... mesti ada kaitan dengan nombor 191 atau 313 atau 131 kan .... tak larat nak surf balik la bro.

Radzi Sapiee said...

Wassalam.

Hehe. 1 antara 3 tu saja yang betul semuanya. Ada sesapa mahu cuba lagi! :]

Fish of Pisces @ 5th_E said...

saya nak cuba:

Gambar mahkota 2008

Gambar saudara 2007

gambar latar belakang 2009

Radzi Sapiee said...

Canteeekkkk!

Sekarang dapat tak mengesan dari artikel-artikel manakah komponen-komponen ini diambil? Rasanya satu tu dah cukup terang bagi saudara 5th_E kerana anak buah saudara kan yang menari semasa majlis tahun 2008 itu...

Fish of Pisces @ 5th_E said...

hehehehe~~ ye betul, anak2 buah saya menari Tarian Asyik masa perasmian Royal and Arts.

sat nak go thru archives dulu.. hehehe