Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, November 03, 2009

Sayangnya kat Al-Rasyid!

Allah! Tadi timbul rasa kuat pula untuk berkongsi lagi gambar-gambar anak. Kiranya dimulakan dari Muhammad Al-Aminul Rasyid baru sehari keluar dari perut sehinggalah masuk umur 3 minggu ya. Gambar-gambar ini diatur menurut turutan masa, dari hari mula-mula sehinggalah hari-hari kemudian. Syukur kepada Allah kerana memberikan rasa kasih sayang yang semakin hari semakin bercambah ini! Rujuk juga artikel Lahirnya anakku Muhammad Al-Aminul Rasyid dan 131... yang dibuat pada hari anak ini lahir... sekian. :]




























































14 comments:

Oghang Ba Ado said...

he he he.. pok ngan tuk wan dia dok tidoq ataih sofa na.. apapun tahniah pada bung MS dan kak Anggun sekeluarga..

Radzi Sapiee said...

Mekasih, hehe!

Anonymous said...

Macam Juling

PUTERI said...

Salam MS dan Anggun,

tahniah kerana menerima org baru..comel..geram nak cubit pipi Ar Rasyid...

Radzi Sapiee said...

Anon 10:27... biasa le tu, baby tak sampai 1 bulan, mata belum fokus memang ada masa nampak juling

Put: Wassalam. Meh le datang umah!

emilio said...

Comel sangat..tahniah

Anonymous said...

put....pipi aku ko tak nak cubit ke?
wak tempe

Anonymous said...

Tahniah le... wah betuah anak mesti jadi cucu kesayangan datuk dan neneknya sampai tetiduq-tiduq kat kerusi pun tak po....

Radzi Sapiee said...

Terima kasih semua. Tuk nenek dia memang suka dok kat kerusi tengok TV sampai tertidoq. Tu yang snap gambaq tu. Macam sama je gaya... :]

Anonymous said...

Mana gambar sharifah haslinda, hari tu ada..

Radzi Sapiee said...

Time out. Gerak hati seterusnya menyuruh cabut sedikit gambar... kiranya untuk paparan masa terhad ler... :]

PUTERI said...

Wak, bukan setakat cubit, lempang pun boleh kalo pipi wak laa...

PUTERI said...

MS dan Anggun,

Maaflah tak dapat nak janji bila boleh sampai ke Tasik Puteri...

Radzi Sapiee said...

Dah nama pun Tasik Puteri... tapi Puteri nya tak sampai-sampai lagi, hehe... :]