Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.






Lanjutan daripada usaha penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" kemudian membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Sila rujuk kumpulan links artikel pada bahagian paling bawah blogspot ini kiri, links di bawah tajuk "Siri refleksi sejarah" Penulis juga terpanggil untuk menjadi seorang aktivis yang agak aktif mendaulatkan pelbagai aspek keMelayuan dan Islam. Lihat blogspotHimpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Sambil itu usaha penulis untuk menyelaraskan sedikit pengetahuan lama yang diwarisi daripada orang tua-tua dengan pengetahuan baru yang diperolehi daripada golongan cendekiawan melalui kaedah-keadah saintifik dan ilmiah mula mendapat perhatian ramai. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu.


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku pertama yang akan membentuk siri baru berwarna-warni dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Kalau tiada aral melintang siri baru ini akan mula dipersembahkan kepada khalayak ramai bulan Julai. Penulis juga telah diambil menjadi penyelidik dan hos siri dokumentari "Daulah Melayu", satu projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu yang mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan Melayu. Insyaallah projek ini akan membawa penulis untuk mengembara ke merata tempat di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh kurang 2 tahun lagi.

Tuesday, November 17, 2009

Koleksi cerita perjalanan awal tahun ke Pantai Timur bersama isteri!



Tadi ketika menyambung penulisan tentang perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan, rentak penceritaan memerlukan saya merujuk kembali pada perjalanan ke Pantai Timur yang dibuat sebelum itu iaitu perjalanan bersama isteri bulan Januari lalu. Baru tersedar saya tidak pernah membuat satu wrap-up atau artikel terkumpul yang menyenangkan rujukan untuk masa hadapan. Maka itu biar dibuat sekarang ini ya...

Untuk pengetahuan perjalanan bulan Januari itu ialah kali pertama isteri saya sampai ke Terengganu walaupun sudah berkali-kali berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Itu yang membuat isteri teringin membawa anak-anak sekali suatu hari nanti dan ini cuma berlaku pada perjalanan terbaru bulan Ramadhan ini. Untuk koleksi ini biar diletak sekali link-link untuk artikel blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH yang turut menyokong penceritaan ya. Sekarang baru saya boleh menyambung penceritaan perjalanan bulan Ramadhan!

Pictures around Kuala Besut

A brief stop at the Tok Bali beach in Kelantan...

Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - dan anak-anak setelah hampir 2 bulan tak berjumpa...

Enjoying the waters at Pantai Irama, Bachok... with the family!

Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - Tok Kenali dan sekitar Kota Bahru

Kuala Besar, the mouth of the Kelantan river...

Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - akhirnya Danau Tok Uban, dari sudut lain dan bersama anak-anak sekali!

With the family at Danau Tok Uban, Kelantan

Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - kembali ke Kuala Lumpur... singgah di Kuala Lipis

Janda Baik, again!

No comments: