Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, November 03, 2009

Cerita perjalanan Linggi/ Kuala Linggi. Siapa pula Tok Bali?

Setelah membuat beberapa lagi artikel baru di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART), baru boleh menyambung cerita... daripada artikel Akhirnya, baru bercerita tentang perjalanan di Linggi... juga Kuala Linggi... yang dibuat Jumaat lalu. Mari...


Malam selepas makan di restoran terapung kuala Sungai Linggi kemudian naik Bukit Supai seorang diri dalam kegelapan, saya dan isteri pun kembali ke kampung ibu saya di Muar. Ini adalah satu gambar bandar Muar yang diambil keesokan hari atau lusanya, saya pun dah lupa...
 

Yang pasti kami bermalam di rumah ibu bapa sekurang-kurangnya 2 hari. Sampai masa untuk kembali ke Lembah Kelang, kami sengaja mengambil jalan jauh berundur ke selatan untuk pergi ke Kampung Raja di Pagoh terlebih dahulu demi menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Shah yang terletak di sebuah masjid jamek. Sila lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Sultan Alauddin Riayat Shah I yang baru dibuat siang tadi...

 
Oh. Tidak jauh dari masjid, terdapat sebuah surau yang namanya terasa amat pelik. Surau Nabi Idris? Seumur hidup saya tidak pernah terjumpa mana-mana surau mahupun masjid yang diberi nama sempena mana-mana nabi. Inikan lagi Nabi Idris. Apakah ada sesuatu yang istimewa?

Saya pun turun kereta untuk melihat dan mengambil gambar lebih dekat. Orang masjid yang ada kelihatan pelik melihat gelagat. Apabila dilihat lebih dekat, ternyata sudah tersilap. Rupa-rupanya nama surau ini ialah Surau NAIB Idris... hek eleh!


Apapun, saya singgah di Kampung Raja dan sekitarnya dengan niat untuk pergi lagi ke Kuala Linggi. Dari sana saya masuk ke Lebuhraya PLUS melalui tol Pagoh sebelum keluar di tol Air Keroh, Melaka lalu mengambil lebuhraya pintas hingga ke Masjid Tanah, baru menghala ke Kuala Linggi... singgah sebentar di masjid ini untuk mengambil wudhuk. Sila lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Muttaqin, Kuala Linggi...

OK. Berbalik pada apa yang berlaku dalam artikel Akhirnya, baru bercerita tentang perjalanan di Linggi... juga Kuala Linggi... . Sebenarnya saya tidak berjaya menemui apa-apa makam di Bukit Supai. Sebaliknya saya diberitahu oleh seorang makcik yang berniaga di restoran terapung bahawa mungkin makam yang dicari itu adalah makam seseorang yang dikenali sebagai Tok Bali, katanya orang yang tinggi agamanya lagi keramat, mungkin seorang wali!

Makcik itu menerangkan jalan untuk ke sana. Cuma katanya jangan main sebarang pergi, kelak ada ujian dan gangguan seperti ular besar dan sebagainya. Saya jadi amat teruja lalu ingin pergi malam itu juga. Tetapi isteri yang ketika itu sedang sarat mengandung 8 bulan jadi risau lalu meminta agar menunda niat itu, sekurang-kurang sehingga kami sudah bermalam di Muar terlebih dahulu.

Lalu perjalanan kembali ke Lembah Kelang digunakan untuk singgah lagi di Kuala Linggi. Setelah mengikut panduan arah yang diberikan makcik restoran terapung, kami sampai ke teluk ini yang letaknya sekitar 500 meter sebelum Bukit Supai...


Kelihatan sebuah makam dengan tembok berwarna biru. Ada sebuah tanah perkuburan Islam yang agak besar. Tetapi apabila pergi lebih dekat, terasa ada sesuatu yang kurang...


Kami hampir meninggalkan tanah perkuburan ini sebelum terjumpa makam agak terserlah ini pula. Nasib baik ketika itu ada dua orang tempatan sedang lalu di jalanan luar tanah perkuburan yang agak sunyi ini. Lalu kami mendapat kepastian inilah makam Tok Bali yang disebut makcik di restoran terapung. Teringat pula sebuah tempat dengan pantai di Kelantan bernama Tok Bali. Apakah ada kena-mengena? Sila lihat artikel Looking for a tomb at a scenic bay in Kuala Linggi..


Walaupun sudah terjumpa makam Tok Bali, saya sebenarnya masih tidak berpuas hati. Lalu saya memanjat lagi Bukit Supai, kali ini di siang hari. Lihat artikel Kota (Fort of) Kuala Linggi...


  Namun saya tetap tidak dapat menemui apa-apa makam di bukit itu. Sebaliknya terjumpa makam ini pula sekitar 200 meter keluar dari kawasan Bukit Supai...


  Akhirnya saya meneruskan sahaja langkah kembali ke Lembah Kelang dengan melalui pekan Linggi. Singgah sebentar di surau lama tepi jalan yang disebut sesetengah orang sebagai tempat persinggahan dan laluan para wali ghaib! Lihat artikel lama Sebuah surau lama di Linggi (An old praying hall in Linggi) yang dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) Februari 2008.


Oh. Saya singgah di sini untuk mencari topi berwarna putih yang tercicir ketika perjalanan untuk ke Kuala Linggi hampir senja 2-3 hari sebelum itu. Rujuk kembali pada artikel Akhirnya, baru bercerita tentang perjalanan di Linggi... juga Kuala Linggi... Sebenarnya sebelum singgah di Masjid Linggi lalu menziarahi makam Sheikh Jamaluddin, saya telah pergi ke kolam sebelah surau tinggal ini untuk mengambil wudhuk. Saya ada memakai topi putih itu lalu meletakkannya di tepi ketika membasuh muka dan kepala. Setelah balik ke Muar baru saya menyedari ia telah tercicir. 

Namun saya tidak dapat menemui topi itu. Allah! Hilang lagi satu topi. Sepanjang ingatan saya sudah kehilangan tidak kurang 20 buah topi, sesetengahnya mahal-mahal hadiah dari syarikat-syarikat besar ketika masih bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times dahulu... kerana tercicir, terlupa atau sebagainya. Apa boleh buat, saya terpaksa menerima kenyataan lalu terus ke Lembah Kelang sebelum kembali ke rumah di Bandar Tasik Puteri. Dengan ini, tamatlah penggunaan koleksi gambar-gambar perjalanan bulan Ogos...

 
p/s: Dengan kuasa Allah, topi itu ditemui kembali di atas meja di dalam rumah kami! La ila ha il Allah. Kedengaran bunyinya mustahil. Apakah saya sebenarnya memang telah tertinggal di rumah kemudian terlupa tentangnya? Tidak. Baik saya mahupun isteri pasti ada membawa topi itu dalam kereta malah memakainya sepanjang perjalanan dari Lembah Kelang ke Linggi, cuma dibuka di kolam tepi surau lama.

Apapun, saya tidak hairan jika ia memang tercicir di Linggi lalu 'dihantar' kembali ke rumah. Untuk pengetahuan, saya pernah menerima sehelai selempang merah yang muncul tiba-tiba di sebelah pembaringan pada suatu Subuh. Jadi ia memang tidak mustahil. Dan lagi cerita ini akan disambung apabila sampai waktunya. Sekian, selamat malam! :]



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assallamualikum semua. Orang-orang Bugis Linggi mengikut sejarah dikatakan anak kepada Daeng Chelak. Lari dari bapanya kerana merajuk kerana bapa suruh ambil harta di Makasar dengan cara berperang. Tak setuju, langsung 'migrate' ke Linggi, Negeri Sembilan dan menyemenda dengan membuang semua pangkat dan menjadi orang biasa. Namun begitu, keturunan yang baik datangnya dari benih yang baik. Orang-orang Linggi ramai yang menjadi orang ternama dan berjasa kepada negara. Antaranya, Pendita Za'aba, Dato Muhammad Yusuf (adik Za'aba),Tan Sri Dr Mohd Said (Menteri Besar Negeri Sembilan), Tan Sri Dato Lokman Yusuf (Datuk Bandar Pertama Kuala Lumpur),Dato Ahmad Zainal Abidin Yusuf (anak Datuk Muhd Yusuf) - mantan duta ke Kanada dan mantan Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu (1980 -1988), Dato Seri Iskandar Dzakurnain Badaruddin (Ketua Pengarah EPU & KSU Pelancongan),Sheikh Hj Said (ahli sufi - Pelopor Tarekat Ahmadiah Asia Tenggara), Sheikh Ahmad (anak Sheikh Said) - mufti Negeri Sembilan Pertama dan Mufti Besar Malaya, Sheikh Dato Murtadza Ahmad (anak Sheikh Ahmad - mantan mufti Negeri Sembilan, 1987-2009), Zaharah Za'aba (Wartawan), Prof. Khalid Yusuf (pelukis negara),
Prof.Emeritus Dato Mohd Ikram Said (UKM), Dato Norhayati (EPU)(bekas KSU)((1st lady KSU??) dan ramai lagi.

Tanpa Nama berkata...

Yang terbaru maklumat diperolehi, dikatakan Aminuddin Baki, pendidk negera tersohor juga berasal dari Linggi walaupun beliau dilahirkan diChemor, Perak. Neneknya (Fatimah) dan datuknya, Datuk Muda Bustam adalah orang Linggi.

Unknown berkata...

Assalamualaikum tok bali ni adik kepada moyang sy hj lahat.

Tanpa Nama berkata...

Datok saya Manap adalah anak kpd Hj Lahat

Tanpa Nama berkata...

Saya ini cicit Hj Lahat

Wind Hoogerwerf berkata...

Assalamualaikum, saya berminat untuk tahu lebih lanjut tentang kisah tok bali. Kalau saudara\saudari tak keberatan untuk berkongsi harap saudara\saudari boleh pm saya. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum moyang saya Md Dom bin hj lahat. Yg manap tu adik kepada moyang saya. Atok saya membesar dgn tok bali ini.

Tanpa Nama berkata...

Saya masih berhubung dgn warisnya cicitnya nya Daim bin janggi bin panjang bin tok bali. Nm tok bali sebenarnya Raja Nuruddin ibni Almarhum Sultan Bagagarsyah Sultan Pagaruyung

Tanpa Nama berkata...

Alam

Tanpa Nama berkata...

Saya pula,cicit Alwi,atok sy MD jidin

Tanpa Nama berkata...

Saya pula anak jidin cucu alwi cicit jimat