Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, November 06, 2008

Kenduri kesyukuran untuk kemenangan Obama di Kuala Lipis?

Assalamualaikum semua. Seperti sedia maklum, hari ini calon parti Demokrat iaitu Barack Obama sudah pun memenangi pilihanraya untuk menjadi presiden Amerika Syarikat yang ke 44, berkuatkuasa tahun hadapan. Tahniah kepada presiden baru negara polis dunia ini, presiden pertama berkulit hitam (sebenarnya campuran) di negara yang walaupun komposisi penduduknya pelbagai bangsa tetapi hakikatnya dikuasai bangsa-bangsa berkulit putih yang berasal dari Eropah.

Di sini ada satu pengumuman. Tetapi lihat dahulu gambar-gambar di bawah ini yang diambil daripada artikel bertajuk Kampung Relong di Kuala Lipis dan makam Raja Ahmad yang dibuat berdasarkan satu pengalaman ketika mengembara seluruh Semenanjung Malaysia, selepas tamat menyajikan ketiga-tiga buku dalam siri trilogi "Berpetualang ke Aceh"... iaitu di sekitar Lipis awal tahun ini.

Lihat ini... Nama Gua Bama


Dan ini jalan masuk ke sana... Jalan Bama.

Kalau nak tahu, inilah asal-usul tempat Barack Obama membesar! Bapanya yang dikatakan berasal dari Kenya sebenarnya berasal daripada Kenyir atau Tasik Kenyir, Terengganu. Ada juga yang kata bapanya itu sebenarnya berasal dari Sawarak, dari bumi Kenyalang. Tapi ada orang silap sibut jadi Kenya je... Mungkin sebab terlalu kenyang selepas makan, lalu perkataan Kenyalang punya 'lang' pun hilang, tinggal le jadi Kenya, heh!

Dari Kenyir atau Kenyalang, bapanya telah membawa dia ke Kuala Lipis lalu membesar di Gua Bama. Sebab itu ada perkataan Bama menjadi nama keluarga. Sebabnya, bila orang tanya, awak asal mana? Dia jawab: "Bama!". Maka dijawab orang balik "Ooo... Bama". Jadi Obama le, heh! Tetapi 'fakta' ini sengaja digelapkan untuk menghilangkan asal-usul calon presiden Amerika Syarikat ini yang berkaitan dengan Tanah Melayu, hehe! Agaknya takut dikaitkan dengan orang-orang Selempang Merah, takut dikatakan geng terrorist kot? Ala... layan ajelah cerita aku ni...

Maka di sini ada satu pengumuman. Dengan itu dijemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menghadiri majlis kesyukuran sempena Barack Obama dapat menjadi presiden yang akan diadakan dalam gua pada malam Jumaat Keliwon. Datang jangan tak datang, datang jangan tak datang, hehe!

OK, habis perkara. Sesekali bergurau senda, apa salahnya ya tak? Bukannya menghina sesiapa kecuali pada mereka yang bermasalah dan mudah terasa.

Adapun gurauan 'bodoh' ini timbul apabila saya mendapat tahu Obama berjaya menjadi presiden Amerika siang tadi. Malam ini pula terasa mahu membuat satu posting tentangnya. Hmm... Ada perkara lain saya mahu cakap tentang kes Bama ini tetapi biar selepas ini.

Umum tahu betapa dunia seolah-olah dalam keadaan menyambut hari raya sebaik sahaja Obama diisytiharkan menang. Manakan tidak, Obama yang mempunyai middle name atau nama tengah Hussein telah memecah tradisi penguasaan kulit putih ke atas kerusi tertinggi pentadbiran Amerika Syarikat yang secara efektiknya membawa peranan de facto leader seluruh dunia... dan lagi dia juga ada dikaitkan dengan orang Islam selain bersimpati terhadap golongan-golongan lain tidak berkulit putih atau golongan minoriti seperti orang Hispanik dan sebagainya.

Obama diharapkan akan lebih perihatin dan lembut hati terhadap negara-negara lain yang sering dikira ekstrimis lebih-lebih lagi negara-negara Islam terutama Iran yang dilihat sering melawan hegemoni Barat. Lalu kemenangannya dinobatkan sebagai satu permulaan era baru keamanan dunia dan ini disambut dengan kenaikan harga-harga saham rata-rata di seluruh kaunter sejagat-raya.

Pada saya, jangan tertipu dengan semua ini. Hakikatnya, polisi-polisi Amerika Syarikat terhadap dunia masih dikuasai Yahudi dan para pelobi mereka.

Ya, mungkin Yahudi lebih mahukan calon Republikan iaitu John McCain menang dalam pilihanraya ini. Kerana Mc Cain diharapkan dapat meneruskan polisi keras Bush terhadap negara-negara Islam yang dikira boleh mengancam dunia (sebenarnya mengancam rancangan Israel dan Yahudi untuk menakluki dunia). Tetapi rakyat Amerika Syarikat sudah sangat muak dengan cerita-cerita perang di Iraq yang turut mengorbankan sanak-saudara mereka sendiri juga kisah penyiksaan tahanan di kem Guantanamo yang melangkaui batasan hak asasi manusia apalagi dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu. Maka kuasa lobi Yahudi yang selama ini begitu hebat dapat menentukan arah turun-naik para pemimpin Amerika Syarikat malah para pemimpin dunia pun tidak dapat menyekat kemaraan Obama.

Tetapi percayalah, Yahudi tidak akan membiarkan kemaraan Obama menjadi kekalahan apalagi mengancam polisi besar mereka untuk menakluki dunia seperti digariskan dalam dokumen Protocols of the Elders of Zion. Malah dalam keadaan dunia sudah pun berkurun lamanya terjerat dengan sistem politik demokrasi serta ekonomi kapitalis ciptaan mereka, Yahudi tetap untung juga, sekurang-kurangnya di sebalik tabir.

Fikirkan, saham-saham dunia terutama di Wall Street banyak merudum setelah muncul masalah kredit di Amerika yang dipercayai akan membawa kepada resesi atau kemelesetan besar peringkat dunia, setelah selesainya acara Sukan Olimpik di Beijing bulan Ogos seperti dijangka ramai juga pengkaji. Apa jadi pada saham-saham ini? Di kala ramai pihak jadi panik mahu melepaskan pegangan, percayalah ada pihak lain yang sibuk membeli dan pada harga yang sangat murah lagi.

Nah, sekarang bursa-bursa saham seluruh dunia kelihatan mahu melonjak kembali dengan kenaikan Obama. Tentu pihak-pihak yang membelinya pada harga yang rendah dahulu boleh membuat untung besar sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa hari akan datang ini bukan?

Ah... Itu baru dari sudut kewangan. Cuba baca pula keadaan sosio-politik sejagat yang tidak dapat lari daripada pengaruh Amerika yang dikuasai Yahudi. Rasanya ramai tahu betapa kalau boleh Israel mahu Iran diserang secepat mungkin tetapi Amerika masih teragak-agak. Mungkin kerana belum seratus peratus yakin dapat menewaskan Iran dengan mudah dan itulah yang saya dengar daripada pihak-pihak tertentu... kerana usaha-usaha subversif seperti menggunakan ajen-ajen CIA untuk membuat kekacauan dalaman selain mensabotaj jaringan pertahanan dan perhubungan Iran masih tidak dapat dijayakan. Dan Iran sebenarnya ada rangkaian pertahanan termasuk alatan militari buatan sendiri yang sangat canggih. Kalau tidak, tentu negara yang pernah menjadi pusat peradaban besar empayar Persia itu sudah lama diserang.

Dalam keadaan ini, ramai mengira Yahudi akan cuba memenangkan McCain kerana calon Republikan ini akan meneruskan polisi "memerangi pengganas" George W. Bush. Ya, kemungkinan besar itulah rancangan McCain dan ini boleh dilihat daripada kata-katanya sendiri terhadap polisi luar negara yang bakal diimplementasikan atau diteruskan jika dapat menjadi presiden. Sekarang Obama pula yang dapat naik sedangkan calon presiden berkulit hitam ini dikatakan lebih terbuka untuk dibawa berbincang walaupun dengan para pemimpin Islam yang dituduh 'menaja' pengganas.

Apa yang saya lihat, kenaikan Obama akan memaksa kerajaan sekarang pimpinan Bush dan parti Republikan untuk bertindak lebih pantas menguatkuasakan lagi polisi "memerangi pengganas" mereka sehingga mencapai matlamat muktamad. Jika McCain naik, mereka mungkin ada tempoh masa panjang untuk boleh berlengah-lengah. Tetapi ada kemungkinan (entah betul entah tak, takut juga Obama ni cuma wayang kulit aje... tapi kita ambik positif dulu le yek... yang dia lebih lembut dalam menghadapi persoalan Iran dan sebagainya) Obama akan menukar polisi kelolaan Bush menjadi polisi luar yang lebih moderat apabila dia naik nanti. Maka kerajaan sekarang tinggal tempoh sekitar 2 bulan sahaja untuk menyampaikan hajat para pelobi Yahudi... iaitu serang Iran dan tewaskannya secepat mungkin.

OK... sekarang ini minyak tengah murah... Dari lebih US$140 setong sekitar 2 bulan lalu dan turun sekitar lebih sikit US$70 setong. Ada pihak percaya, jika Iran diserang, harga minyak boleh naik mendadak hingga ke US$200 setong! Hmm... kalau saya ni pemodal Yahudi le, tentu saya beli dan simpan dahulu bekalan minyak mulai sekarang kemudian saya cocok pemerintahan Amerika mana yang patut sehingga nak tak nak, ia harus menyerang Iran lalu saya boleh membuat untung atas angin hampir 200 peratus dalam tempoh 2 bulan!

Selain membuat duit, saya juga boleh mencapai sasaran dan idaman Zionis untuk menjatuhkan sebuah negara Islam yang mampu mengancam Tel Aviv dan seterusnya dapat menyalakan api besar Perang Dunia ketiga sehingga ia betul-betul membara tanpa dapat ditahan lagi. Kerana seperti digariskan General Albert Pike dan para pemikir tertinggi Zionis lebih 100 tahun lalu, inilah peperangan yang akan betul-betul melumpuhkan dunia terutama kuasa-kuasa Islam lalu membenarkan kerajaan The New World Order pimpinan Dajjal al-Masih menzahirkan diri 100 peratus!

Berbalik pada kisah Obama dan Gua Bama di Kuala Lipis. Disebabkan mahu mencari gambar-gambar di atas ini maka saya tergerak balik membuka artikel Kampung Relong di Kuala Lipis dan makam Raja Ahmad yang dibuat setengah tahun lalu. Baru saya sedar wujudnya satu komen 'membina' bertarikh 19 Ogos 2008 yang berbunyi begini:

Anonymous said...


a'kum saya sebagai anak jati kg relong di sini ingin membetulkan fakta yang salah datuk linggi bukan raja ahmad yang di warwarkan oleh saudara penulis en radzi sapiee cara en radzi menulis artikel ini salah awak sepatutnya buat research dan rujukan dengan orang yang lebih tua, itu baru betul jangan main hentam je you cakap guide you seorang budak tingkatan 4 dia tu tau ke cerita yang sebenar dan pulak you cakap bas tak ada wah terer betul awak berjalan kaki sejauh 10km dari kg relong ke kuala lipis hebat betul awak lalu kawasan hutan, di sini tuan tuan kalau setakat nak tunjuk handal sebagai ahli sejarah tak buat research inilah akibatnya beri fakta yang salah dan cakap merapu. saya di sini ingin jelaskan bahawa en radzi bukanlah ahli sejarah dan cara en radzi ini akan menimbulkan rasa marah orang kampung sebab en radzi dah menghina kampung saya,dan nama-nama tempat seperti gua bama ia ada sejarah tersendiri sudahlah en radzi janganlah buat sesuatu kerja itu tampa rujukan dan research,awak tu orang melayu cakap tu biar beralas, apa perasaan en radzi kalau orang hina awak dan tempat awak dilahirkan awak marah tak ???

gambar kubur tu pun salah, u cakap semak samun sebenarnya ada gotong royong membersihkan tanah kubur tetapi 3 bulan sekali, time awak datang memanglah semak

kepada sesiapa yang masuk yang masuk blog ini semua artikel mengenai datuk linggi ini adalah salah dan tidak betul kalau nak tahu sila datang ke kg dan bertanyakan kepada orang tua -tua kg inisekian wassalam

arkib relong

(anak Jati Kg Relong)

Mula-mula saya berterimakasih kerana sudi memberikan pandangan 'membina' ini. Kedua saya meminta maaf jika kata-kata saya dalam artikel itu menimbulkan kemarahan sebegini.

Sekarang biar saya letak apa yang sebenarnya tertulis di situ. Untuk melihat gambar-gambarnya, sila masuk ke Kampung Relong di Kuala Lipis dan makam Raja Ahmad . Semasa itu, akibat gangguan pihak-pihak tertentu, saya dalam mood kurang bercerita, cuma banyak menggunakan gambar sahaja. Ini dia isi sepenuhnya...

OK... Tadi telah saya letakkan beberapa gambar sekitar pekan Kuala Lipis, Pahang di sebuah blogspot saya yang lain. Selepas meninggalkan Kelantan, ternyata terasa sungguh penat di badan akibat pengembaraan termasuk memanjat sebahagian Gunung Stong di Dabong dalam keadaan sakit perut yang belum betul-betul reda lalu saya bermalam di Kuala Lipis satu malam.
Ketika itu terasa juga mahu menamatkan terus pengembaraan terbaru ke Pantai Timur yang sudah pun memakan masa 3 minggu dan segala penat-lelahnya... Tetapi memikirkan akan harapan serta saranan seorang pembaca blogspot ini agar saya pergi ke Kampung Relong sekitar Kuala Lipis untuk menziarahi makam seseorang yang dikenali sebagai Raja Ahmad @ Datuk Linggi, saya melawan segala kepenatan dan bisa-bisa badan untuk ke sana juga.
Di Kampung Relong, nasib baik saya terserempak dengan seorang remaja lelaki Tingkatan Empat yang sudi membawa saya ke makam... Kalau tidak jenuh juga mahu mencari sedangkan letak makam ini boleh tahan jauh ke dalam kawasan kampung.
Selepas memasuki sebuah kawasan di belakang rumah orang kelihatan sebuah makam yang sedikit bersemak. Tetapi kata remaja ini, makam Raja Ahmad bukan yang itu sebaliknya langsung tidak kelihatan lagi akibat sekitarnya telah dipenuhi semak hutan belukar...
Nasib baik dia tahu kedudukannya di sebalik semak iaitu di pangkal sebuah pokok... Katanya dahulu dia dan keluarga selalu menziarahi makam Raja Ahmad kerana mereka adalah anak cucu keturunannya... Tetapi mungkin sekarang kurang dipedulikan. Kali terakhir dia menziarahinya adalah 3 tahun lalu!
Petang itu, saya terpaksa berjalan kaki sedikit untuk kembali ke Kuala Lipis kerana perkhidmatan bas sudah tamat. Dalam perjalanan itu, kelihatan sebuah bukit batu kapur yang mungkin adalah tempat asal calon presiden Amerika Syarikat yang terbaru iaitu Barack Obama! Sekian... :]

Baca dengan tenang, waras dan matahati terbuka. Tang mana yang saya tunjuk handalnya? Tang mana yang saya menghina? Lagipun saya tidak pernah mengaku sebagai pakar sejarah. Saya cuma seorang pengembara yang meminati sejarah lalu menukilkan apa yang saya lihat menerusi perspektif seorang pengembara. Sekian... :]

10 comments:

tarabas said...

as'kum,

correct me if im wrong. Jika Iran diserang, salah satu sasarannya ialah Selat Hormuz yang menjadi laluan kapal dagang minyak yang membekalkan 2/3 bekalan minyak dunia. Selain menyebabkan harga minyak naik seperti roket, salah satu kesan dari tindakan ini jika dilaksanakan....akan menyebabkan runtuhnya sistem matawang fiat yang digunapakai sekarang.

Wallahualambissawab.

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Yep u r correct... Itulah salah satu sebab besar kenapa Amerika masih teragak-agak untuk menyerang Iran kerana tahu juga takut ekonomi mereka merudum jauh. Walaupun general-general dan kepala gila perang mereka tak peduli, para senator dan congressman yang lebih waras tentu menolaknya.
Tetapi Yahudi sebenarny langsung tak peduli. Peduli apa mereka fiat money jatuh? Hampir 100 peratus simpanan emas dan perak berada dalam tangan mereka. Takda hal punya kalau present monetary system collapse sebab mereka dan sediakan kubu-kubu baik fizikal mahupun dari segi ekonomi untuk menyelamatkan mereka dalam suasana perang.
Maka Yahudi tetap akan push untuk Perang Dunia Ketiga. Apa yang berlaku sekarang adalah tarik-tali antara pelobi yang mahu dunia cepat menjurus ke arah kejahanaman melawan pihak lebih waras yang mahukan keselamatan. Tetapi keadaan dunia, sistem ekonomi dan politik ciptaan Yahudi sebenarnya sudah pun di wired untuk menuju ke arah kejahanaman, Dan ini pun disebut secara tersirat dalam Hadis dan Quran kerana untuk menuju zaman akan datang, zaman Imam Mahdi sebelum kiamat, memang perlu berlaku kemusnahan total sistem sekarang...

Mohd said...

Mungkin komen2 pembaca2 lain dalam posting tu disalah anggap sebagai kata2 asal dlm posting MS. However, cara MS menangani komen ganas mcm tu kali nie adlh contoh yg baik... Keep it up..

anggun said...

Salam..

Kalau dipk2..mcm ni rasanya dah tak tau n nak buat apa. Patutler sesetengah "org" tunggu jer perang..Tp selagi kita bernama insan kena follow the flow. Hidup di dunia , jgn pulak jadikn dunia sebagai tujuan tapi hanya alat semata2..

awan7badai said...

Salam,

sokong bro mohd.
Selamat Bro MS

Anonymous said...

test

PerpatihTulus said...

assalamualaikum.
tadi saya baru email, email yang saya baru dapat selepas husin oabama ni menang, satu cerita tentang barrack husein obama kedalam email merahsilu@gmail.com

tak tahulah, konspirasi atas konspirasi ke, atau konspirasi sahaja?. atau kedua-duanya sekali. check it out..

hehehh..

Anonymous said...

zaman kepiluan.....kot!janganlah sesuka sangat kita.Mari Sesama beringat....

wallahualam.

Anonymous said...

salam

Mubarak Hussien Obama...

the first jewist president of USA...


macam mana nick korang warna biru?register ke?

trimas ..
dong

Anonymous said...

salam bang,
mana punya bangang nak komplen tapi mata rabun babi nih!