Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, July 02, 2008

Satu majlis buku, nombor 1310 dan Adiputra si kanak-kanak 'genius'...

Ini ada satu gerak cerita yang perlu dilepaskan dahulu... Lihat di bawah ini...


Ini ada satu kad jemputan yang baru saya terima hari ini... Atau mungkin ia sudah sampai semalam kerana tarikh ia dipos adalah 27 Jun, cuma saya sahaja yang lambat menyedari... Lepas pukul 12 tengahari tadi baru saya tahu apabila seorang sepupu di rumah ibu saudara tempat saya menumpang di Ampang memberikan kad ini. Sedangkan majlis dijadualkan bermula jam 1.30 tengahari!


Ketika melihat kad itu, saya sebenarnya masih mamai... Masih terasa penat dan malas hendak keluar. Maklumlah penat mengembara ke separuh Negeri Sembilan hari Sabtu diikuti perjalanan ke Pulau Besar, Melaka juga sekelilingnya hingga hari Ahad masih terasa! Lalu rancangan saya untuk hari Rabu iaitu hari ini, kalau keluar pun paling jauh setakat ke Ampang Point untuk mengeposkan satu set buku "Berpetualang ke Aceh" kepada seorang pembaca di Terengganu.

Itupun sebenanya saya mahu berehat di Kajang sekurang-kurangnya lagi seminggu. Tetapi panggilan telefon daripada pembaca di Terengganu ini pada hari Isnin yang mahu membeli satu set buku lalu menghantar wang pos ke alamat di Ampang petang itu juga menyebabkan saya kembali ke Kuala Lumpur semalam... Lagipun stok buku tiga iaitu "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" atau BKA III di bawah simpanan peribadi saya telah habis kesemuanya lalu saya harus mengambil stok tambahan dari sebuah stor di Bandar Tasik Selatan...

Selepas selesai mengambil stok tambahan BKA III juga untuk BKA I ("Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti") serta BKA II ("Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal") dan menghantarnya ke Ampang, saya pun berjalan-jalan... Lewat malam baru kembali ke rumah ibu saudara. Tetapi disebabkan minda yang hyper-active memikirkan pelbagai hal, awal pagi baru saya terlelap di sana...


Siang tadi saya masih mamai di pembaringan... Rasanya mahu saja saya berbaring sampai petang! Tiba-tiba sejurus sebelum jam 12, pembaca daripada Terengganu itu menghantar SMS bertanyakan apakah saya sudah menerima wang pos yang dihantarnya... Dan saya memang mahu menyelesaikan hal buku ini secepat mungkin kerana bercadang untuk kembali berehat di Kajang, insyaallah esok...

Saya pun ke bawah untuk mencari surat yang mengandungi wang pos. Setelah beberapa ketika meneliti surat-surat lain, baru terjumpa ia dalam sampul surat Pos Ekspress nipis tetapi terjatuh di luar kotak surat... Nasib baik terjumpa!

Ketika mahu masuk kembali ke bilik, sepupu saya pula menunjukkan surat yang baru tiba daripada pihak Perpustakaan Negara. Saya pun membukanya... Terperanjat saya melihat ia adalah jemputan untuk satu majlis besar yang akan berlangsung dalam tempoh tidak sampai 2 jam lagi!

Ah... Bagaimana ini? Kalau ikutkan badan memang masih terasa penat, mahu terus berehat... Paling cepat pun jam 2 petang baru bangun untuk bersolat Zuhur kemudian mengirimkan buku kepada pembaca di Terengganu itu. Tetapi apabila melihatkan satu nombor pada kad jemputan itu, terasa pula wajib untuk ke sana... Itulah nombor 1310 pada kad itu sedangkan ramai pembaca di sini maklum, nombor 131 ialah nombor home sweet home saya!

Saya tak peduli sangat jika ia majlis besar mana pun, walau dihadiri sesiapa pun (oopppss... jangan pula beritahu pihak Perpustakaan Negara ya tentang kata-kata ini, hehe!) kerana memang saya sedang penat sedangkan saya baru sahaja mendapat tahu tentang jemputan ini... Mandi pun belum, apalagi mahu bersiap-sedia pakaian yang sesuai... Mana nak bersiap-siap, bila masa pula nak kirim satu set buku BKA ke Terengganu sedangkan waktu untuk menghantar pos ekspress tamat jam 3.30 petang, jika saya mahu ia sampai esok?

Tetapi nombor 1310 membuat saya mengambil keputusan untuk menghadiri majlis tersebut. Saya menelefon Nur kedua memberitahu tentang ini lalu mendapat tahu di PWTC tempat majlis berlangsung ada terdapat pejabat pos! Apalagi, saya pun bersiap-sedia lalu bergegas ke sana...


Alhamdulillah, saya sampai di kawasan PWTC sekitar jam 1.35 tengahari gitu... Walaupun para jemputan dijadualkan masuk jam 1.30, majlis itu sendiri bermula jam 2.30 dengan kedatangan Permaisuri Agung. Maka saya sempat makan tengahari kemudian mengepos satu set buku. Kemudian saya pun pergi menghadiri majlis... Ternyata kanak-kanak 'genius' terkenal Adiputra turut hadir untuk memeriahkan majlis dengan menyampaikan cenderamata (kalau tak salah ingatan) kepada Permaisuri Agung...

Maaf ya jika saya kurang peka terhadap apa yang berlaku sekitar majlis. Saya setakat hadir sebagai jemputan pihak Perpustakaan Negara tetapi jiwa saya separuh menerawang ke alam lain memikirkan apakah hikmah di sebalik nombor 1310 yang menyebabkan saya terasa wajib untuk datang ke sini. Nasib baik ada Nur kedua menemankan untuk memastikan saya masih berpijak di bumi nyata.

Oh... Gambar Adiputra di atas ini diambil selepas tamat majlis utama di Dewan Merdeka PWTC. Kemudian saya dan Nur kedua turun untuk menikmati juadah, ketika hendak keluar dari PWTC terserempak pula bapa Adiputra yang kebetulan sedang menceritakan bagaimana Adiputra yang masih kanak-kanak itu boleh bercerita tentang ilmu Tasawuf dan hal-hal berkenaan Tariqat, masyaallah!

Adiputra diapit Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal dan isterinya. Shafie yang merupakan tetamu utama di majlis di Dewan Merdeka selain Permaisuri Agung kemudian turun untuk majlis sambungan di paras 2. Inilah gambar sebelum bermula majlis sambungan itu!

Mendengarkan bapa si Adiputra menyebut tentang Tasawuf kemudian boleh pula menyebut yang anaknya itu suka menziarahi makam-makam lama milik para wali, saya jadi teruja. Apabila beliau menyebut tentang satu perjalanan Adiputra pergi ke Pulau Aman di Pulau Pinang (katanya Adiputra yang menunjukkan ada satu makam wali di sana), kemudian satu perjalanan menyusuri sungai di Aceh, saya tidak dapat menahan diri untuk menyambut perbualan. Rupa-rupanya yang dimaksudkan adalah Sungai Aceh atau sungai di Pantai Aceh, Pulau Pinang!

Dari situ, kami pun berkenalan... Saya, bapa Adiputra dan ibunya. Kebetulan ketika itu saya ada satu set buku BKA dalam beg, terus saya hadiahkan kepada Adiputa dan keluarga. Tidak lama kemudian Adiputra pun muncul lalu saya menyampaikan set buku itu sendiri kepadanya...

Oh... Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya letak perkataan "Adiputra si kanak-kanak 'genius'" pada tajuk dengan menggunakan tanda quote unquote? Baiklah, biar saya beritahu sedikit...

Mendengarkan bapa Adiputra bercerita tentang kebolehan anaknya mengesan dan menilik makam para wali, makam raja-raja seraya mengupas cerita-cerita lama, saya mendapat gerak sendiri. Adapun mereka ini ada darah keturunan tertentu... Apabila ibunya ditanya, dia tidak tahu apakah susur-galur keturunannya kecuali dia berasal dari Bagan Serai, Perak sedangkan bapanya, orang Terengganu mengaku berasal daripada susur-galur keturunan Tok Pulau Manis!

Ah, Tok Pulau Manis? Terus saya bersalaman dengannya sekali lagi, terus bercerita sedikit tentang nasab Tok Pulau Manis yang berasal daripada Sharif Muhammad al-Baghdadi, orang yang dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu sekitar tahun 1303 Masihi! Maka tak hairanlah jika ada kelebihan tertentu muncul dalam keluarga mereka...

Dalam pada itu, dalam pada si bapa sibuk menceritakan berbagai kelebihan anaknya termasuk yang melibatkan alam ghaib, saya pula mendapat gerak rasa sendiri... Cukuplah jika dikatakan, segala kebolehan yang ada pada Adiputra saya lihat lebih pada kebolehan sandaran kerana ada pendamping, bukan kebolehan dalaman semulajadi... Jika pendamping ini 'dipancung', kemungkinan besar Adiputra akan kembali jadi seperti kanak-kanak biasa sahaja! Mungkin saya tersilap tetapi itulah yang saya nampak. Rasanya ini dikuatkan apabila si bapa meminta saya memberikan salam kepada Adiputra dengan cara yang saya rasa saling tak ubah seperti memberikan salam kepada seseorang setelah dimasuki semangat tertentu!

Apapun, biarkan dahulu... Kerana Adiputra kini menjadi lambang seorang anak Melayu pintar yang amat dibanggakan tak kiralah ia kebolehan sejati ataupun tidak. Pada saya semoga kebolehan sebenar Adiputra dapat dibangkitkan nanti kerana dia memang ada darah orang baik-baik yang ada kelebihan dalam darah-daging.

Harap saya ayah si Adiputra jagalah anaknya baik-baik... Jangan dipaksa dia selalu menonjolkan kebolehannya dan jangan berbangga dengan kebolehan itu. Sudah terjadi beberapa kes anak terlebih pintar yang akhirnya hidupnya kecundang dan tersasar... Bersyukurlah dengan apa yang ada dan bentuklah ia elok-elok. Jangan sampai kebolehan ini ditarik-balik begitu sahaja. Sekian! :]



No comments: