Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, April 23, 2008

Derita manusia-manusia genius... Apakah yang menyebabkan orang sepandai Sufiah boleh jadi keliru dalam hidup?

Rasanya ramai yang pernah melihat betapa "mengancam"nya gambar ini sebenarnya... Maka biar ditutup auratnya sedikit agar sesuai dengan penceritaan serta luahan perasaan saya kali ini... Maaf le senget-senget... Edit pakai Paint je...


Assalamualaikum. Saya terasa masih ada sesuatu yang perlu diluahkan sebelum dapat meneruskan cerita-cerita pengembaraan... Sebelum itu biar dicopy n paste beberapa sedutan daripada buku pertama saya, "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" yang diterbitkan Jun 2006... Daripada Bab 1 yang merupakan pengenalan akan diri watak utama Muhammad Al-Aminul Rasyid.


Rasyid dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang sangat mementingkan pencapaian akademik serta didikan agama. Secara semulajadi pula, dia amat berminat membaca dan menimba pelbagai jenis ilmu, tidak kira dalam bidang apa jua... Suka ‘menelan’ bermacam-macam buku dan ensaiklopaedia, menelaah berbagai-bagai subjek, dari ilmu sains, matematik, falsafah, sejarah dan budaya masyarakat sampailah ke cerita-cerita dongeng rakyat, juga lagenda dan mitos orang-orang dahulukala.

Tetapi lebih penting lagi, anak muda ini ingin mengenali Siapakah yang mencipta semua ini. Siapakah yang menyata di sebalik semua ilmu yang dicari... Sampai keluarga pun naik pening kerana dia selalu bertanyakan soalan yang bukan-bukan, soalan-soalan yang tak terjawab dek orang.

Ini tidak menjadi masalah jika dia setakat bertanya Siapakah yang mencipta alam ini. Semua orang boleh jawab Tuhan, Allah. Tetapi kalau bertanya Tuhan itu bagaimana rupanya, di manakah letaknya, bagaimana Dia mencipta, kenapa dijadikan sesetengah benda begini, kenapa ada yang dijadikan begitu, kenapa perlu ada baik dan jahat dan berbagai lagi soalan berbentuk theology, apakah penerangan yang dapat memuaskan seorang anak pintar yang selalu ingin mengorek jawaban sampai ke akar umbi?

Kebetulan pula, Rasyid kurang berminat pada harta benda dan wang ringgit. Ketika ramai orang mengidam untuk menjadi hartawan atau jutawan, dia lebih selesa hidup seperti seorang pengembara yang tidak punya apa-apa. Maka lagilah ramai orang pening bila diceritakan minat dan kecenderungannya... Dan yang paling pening adalah keluarga yang mengharapkan anak sulung daripada lima beradik ini mencapai kejayaan yang nyata, kejayaan hidup yang boleh dibuktikan dengan pangkat, nama dan harta, sesuai dengan bakat, kebolehan dan kelulusan yang ada.

Anak muda ini juga mempunyai cita-cita yang agak pelik. Sejak berumur 18 tahun, dia mengidam untuk hidup di dalam sebuah negara berperadaban tinggi dengan rakyat yang sayangkan ilmu. Sebuah negara yang aman, tiada masalah sosial dan jenayah dengan penduduk yang tidak gilakan harta, tidak suka bercakap perkara yang remeh-temeh malah lebih suka berbincang tentang ilmu tinggi, kejadian alam, keTuhanan dan sebagainya. Tidak tahulah bagaimana rupa negara ini tetapi apa yang dapat dibayangkan, suasananya lebih kurang seperti Andalusia, sekarang dalam Sepanyol sekitar Cordova, semasa zaman kegemilangan Islam di bumi Eropah, ketika tokoh Tasawuf Ibnul Arabi masih hidup 800 tahun dahulu.

Memang Andalusia terkenal dengan peradaban keilmuan yang tinggi. Penuh dengan bangunan-bangunan seni dan indah, dihuni pula manusia yang tinggi budi pekerti. Kemasyhurannya mengatasi Baghdad, pusat ketamadunan Islam zaman itu. Peradaban tingginya bakal menjadi contoh yang akan menyemarakkan kebangkitan tamadun Eropah, gerakan yang dikenali sebagai renaissance nanti. Tetapi di manakah hendak dicari negara seperti itu sekarang? Dalam mimpi? Atau angan-angan di siang hari?

Sebenarnya, sejak zaman kanak-kanak lagi Rasyid selalu mengimpikan sebuah dunia utopia yang serba sempurna, seperti Andalusia yang dibayangkannya. Tetapi di ambang dewasa ini, barulah ia menjadi satu cita-cita gila yang menghantui fikiran dan jiwa...

Pemuda itu begitu terpengaruh dengan cerita-cerita mengenai masyarakat bertamadun tinggi dengan bangunan-bangunan yang canggih dan indah seperti terpapar dalam kisah-kisah sains fiksyen seperti Logan’s Run, Buck Rogers in the 25th Century dan Battlestar Galactica, siri-siri televisyen kegemarannya zaman kanak-kanak dahulu. Maka itu, apabila terjumpa apa-apa set enksaikopaedia ataupun buku pengetahuan am terbaru, dia selalu mencari rencana-rencana di bawah kata nama future atau utopia untuk mendapatkan gambaran ideal dunia serba sempurna di dalamnya.

Disebabkan pemikiran semulajadinya beginilah hamba Allah berbintang Sagittarius ini sering merasa kesepian, tiada teman yang benar-benar mengerti apa yang sebenarnya bersarang di fikirannya apa lagi untuk diajak berkongsi cita-cita dan rasa. Sudahlah tidak pandai bercakap bohong, lurus bendul macam watak cartoon... Akhirnya, Rasyid ‘terpaksa’ menjadi budak nakal yang suka menyampuk dan mengajuk cakap guru, suka bercerita merapu yang bukan-bukan, buat lawak dan jenaka demi mencari perhatian... Kerana kawan-kawan nampaknya lebih senang dengan ini daripada melayan kerenah seorang manusia yang lain pemikirannya.

Inilah realiti kehidupan. Berapa ramaikah rakan mahu mengambil tahu tentang jisim bulan berbanding bumi ataupun bintang? Berapa keratkah anak-anak mahu mendengar huraian ilmiah tentang galaksi, sistem solar dan perjalanan alam? Siapa pula hendak diajak berbincang tentang Tuhan, Malaikat dan alam-alam ghaib? Lainlah kalau cerita hantu, magic, "Bercakap dengan Jin" dan perkara-perkara yang ‘sewaktu’ dengannya. Cerita-cerita mengarut, lawak jenak, kutuk orang, tabur pula perkataan mencarut sana-sini sering menarik perhatian... Barulah ramai kawan!

Rasyid masih teringat bagaimana sukarnya membesar dengan jiwa sebegini di kalangan remaja biasa yang cuma menurut kelaziman umum.

Tahun 1983, semasa menuntut di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Sains Johor, Keluang, anak kelahiran Muar, Johor ini adalah satu-satunya pelajar muda yang diberi keistimewaan menjadi ahli kelab komputer sekolah, sebuah kelab ekslusif yang cuma dianggotai pelajar Tingkatan Empat ke atas yang dikira pintar... Kerana dia sudah mampu mencipta perisian komputer sendiri, di suatu zaman di mana komputer masih begitu asing di pejabat-pejabat di Malaysia, apalagi di sekolah dan rumah.

Rasyid belajar membuat perisian sejak berumur 12 tahun lagi, melalui pembacaan dan kaedah trial and error menggunakan komputer Sinclair ZX81 yang dibawa dari England oleh seorang bapa saudara, komputer ringkas dengan RAM 1K (add-on 16K, kelajuan microchip Zilog Z80 3.5 MHz) menggunakan televisyen biasa sebagai monitor. Di sekolah itu pula, dia mula membiasakan diri dengan model komputer lebih canggih buatan Taiwan (tidak ingat brand apa) berasaskan ciri-ciri komputer Apple II.

Oleh kerana guru yang menyelenggara kelab (seorang guru sains dan matematik) kurang mahir dalam penggunaan komputer dan masih merangkak belajar lagi, beberapa perisian biasa kegunaan pejabat seperti word processor dan spreadsheet bersama beberapa buah naskah buku komputer telah ditinggalkan di atas meja untuk kegunaan ramai dengan harapan ahli kelab dapat meningkatkan kemahiran sendiri. Perisian games untuk riadah yang lebih disukai kebanyakan pelajar pula disimpan di dalam almari berkunci, dikeluarkan sekali-sekala atas kebenarannya.

Seperti biasa, selepas selesai aktiviti wajib sukan yang menjadi kelaziman sekolah berasrama penuh, Rasyid akan ke bilik komputer waktu petang untuk meningkatkan kemahiran mencipta program menggunakan bahasa perisian BASIC dan sedikit machine language. Setelah sebulan menjadi satu-satunya ahli kelab komputer berumur bawah 16 tahun, kehadirannya mula diterima ahli-ahli senior yang ternyata lebih senang bermain games daripada menambah ilmu pengetahuan. Cuma dua tiga orang sahaja daripada lebih 20 ahli kelab mampu membuat program. Yang lain setakat tahu menggunakan perisian biasa... Lalu mereka tidak segan-silu mendedahkan ‘aktiviti’ biasa mencuri-pakai perisian games malah mengalakkan anak muda itu turut sama, diajar pula cara mengeluarkan floppy disk, cakera liut games yang tersimpan di dalam almari berkunci.

Pada awalnya, anak muda itu cuma memerhatikan sahaja kerana lebih asyik dengan dunia pemikirannya mendalami cara-cara mencipta program komputer. Tambahan tidak ada orang lain yang dapat memberikannya tunjuk-ajar kerana tidak ada pelajar mahupun guru yang lebih mahir. Tetapi sebagai seorang anak lelaki yang baru melepasi umur 12 tahun, sedikit sebanyak dia tertarik juga untuk mencuba terutama sebuah game (tidak ingat namanya) yang berkonsepkan sukan olimpik, memaparkan teknik-teknik penggunaan graphics yang agak canggih pada zaman itu.

Ketika itu, dia sudah mampu mencipta program games atau permainan ringkas seperti Hangman yang banyak melibatkan penggunaan perbendaharaan kata atau Mastermind (memerlukan kemahiran logik dalam meneka susunan warna yang disembunyikan) versi komputer from scratch, daripada tiada kepada ada, Insya’allah dengan sekali duduk tanpa memerlukan apa-apa rujukan. Tetapi anak muda ini masih kurang mahir dalam teknik penggunaan graphics untuk animasi yang lebih berkesan.

Kebetulan beberapa buah naskah buku komputer yang menerangkan teknik-teknik programming yang lebih advanced atau lebih lanjut juga disimpan di dalam almari berkunci. Lalu anak muda yang pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi pencipta games komputer profesional inipun tergerak untuk mendapatkan rujukan tambahan dan mula menjadi ‘terbiasa’ mengeluarkan perisian dan buku dari dalam almari.

Ditakdirkan suatu hari, semasa mengeluarkan sebuah cakera liut daripada celah cermin almari, guru penyelia kelab komputer pula masuk ke bilik. Rasyid pun ditangkap dan dituduh tidak amanah, mensia-siakan peluang sebagai ahli kelab komputer paling muda semata-mata untuk bermain games. Apabila disoal-siasat, anak muda lurus bendul yang tidak pandai berbohong ini membuat pengakuan telah ‘diajar’ oleh pelajar-pelajar senior. Akibatnya, dia telah dilucutkan keahlian kelab. Kalau tidak salah ingatan, beberapa orang ahli yang lebih tua turut menerima bahana...

Peristiwa itu menyebabkan mereka yang dikaitkan berdendam. Rasyid masih mentah terhadap realiti kehidupan yang memerlukan seseorang itu ‘berbohong sunat’ demi menutup kesalahan. Sudahlah dia terserlah kerana dilahirkan berkulit putih-merah dengan rambut sedikit perang, sejak sekolah rendah selalu diejek sebagai ‘Mat Saleh Celup’. Anak muda ini juga sudah lama menarik perhatian kerana suka bercerita perkara ‘bukan-bukan’, tentang future, bulan, planet dan bintang, juga tentang Tuhan...

Sejak itu teruklah dia kena ragging, dibuli sesuka-hati... Setakat kena ketuk ketampi, pumping, jumping-jack berpuluh kali, kena tiup lampu kalimantang ‘sampai padam’, basuh baju kotor, cadar, kasut senior dan sebagainya itu perkara biasa, realiti kehidupan sekolah berasrama. Tetapi bila sudah diblack-list, bertambah-tambahlah lagi beban yang terpaksa dipikul kerana sering menjadi sasaran orang melepaskan geram. Itu belum dicampur maki-hamun, tengking dan sumpah-seranah... Ada masanya, anak muda ini terpaksa menjadi punching-bag, kena penumbuk, penampar, sepak-terajang kerana tidak pandai ‘menghormati’ senior, tidak faham-faham lagi bila perlu menjadi pak turut...

Hendak melawan, dia masih budak-budak. Mana terlawan para pelajar yang dua hingga empat tahun lebih tua, yang selalu datang membuli secara berkumpulan? Takut kena lebih teruk lagi sebab ramai senior akan memandangnya serong... Ramai lagi yang akan membuli sedangkan tempoh menetap di asrama masih panjang. Manusia memang selalu bersikap buruk terhadap mereka yang lain dari yang lain...


Di bawah ini pula daripada bab bertajuk "Warkah untuk Nenek", satu pengaduan Rasyid dan luahan rasa kepada almarhum Nenek yang sudah meninggal dunia...


30 September 2005 bersamaan 26 Sya’aban 1426

Assalamualaikum nenek. Semoga berbahagia di alam Lahut sana...

Ada masanya cucunda terasa mahu cepat kembali ke pangkuan Ilahi kerana selalu melihat tanah perkuburan dan makam-makam lama nampak begitu tenang, indah dan aman damai sentiasa. Bukan seperti jiwa cucunda yang asyik berserabut, selalu sakit kepala... Sekurang-kurangnya boleh jumpa nenek, Mak Muar, adik, Atuk Perak dan Atuk Muar. Insya’allah, boleh juga berjumpa Keramat Kuala Bidor, boleh dapat jawaban sebenar kepada segala persoalan yang membelenggu jiwa cucunda selama ini.

Nenek tahu tak, walaupun saya jarang berjumpa nenek, walaupun selama ini saya berat sebelah kerana asyik kembali ke kampung ibu, yalah sebab atuk sana yang bela sejak kecil, saya sebenarnya sangat rindu dan sayangkan nenek? Banyak perkara saya mahu bertanya tetapi apa boleh buat, tak sempat... Masa yang diberi Tuhan untuk mengenali diri nenek yang sebenar terlalu singkat.

Tak mengapalah nek... Mungkin telah ditakdirkan saya harus mencari jawaban sendiri, tempuhi setiap dugaan sehingga semuanya berjaya dilepasi. Sampai suci kembali diri ataupun mati? Cuma saya minta tolong nenek satu perkara saja... Kalau boleh, nenek menjelmalah dalam mimpi ayah atau berjumpa dia dengan apa-apa cara. Tolong beritahu dia saya bukan sengaja mahu mengecewakannya...

Saya tahu selama ini saya banyak menyusah dan memalukan ayah dan ibu. Saya minta ampun sangat-sangat... Ayah marah sangat sebab saya sudah lama tidak bekerja. Tak tahu apa nak dijawab bila orang bertanya apakah cerita terbaru anak sulungnya yang belajar di London dahulu, yang pernah mencipta sedikit nama sebagai wartawan sebuah akhbar berbahasa Inggeris terkemuka.

Sudahlah marah dahulu kerana dibuang sekolah belum selesai, masuk kolej pun kena buang juga walaupun dapat masuk kembali kerana study OK, salah seorang best student terutama dalam bidang Matematik. Pinjaman first year study untuk ke London yang dibuat menggunakan duit peribadinya juga belum selesai dibayar, muncul pula masalah lain menyebabkan ayah pening kepala...

Nenek, pada awalnya saya ada membayar duit pinjaman ayah setiap bulan, semasa tiga tahun pertama bekerja sebagai wartawan. Selepas itu saya minta tangguh setahun dua kerana baru mendirikan rumahtangga, banyak juga yang perlu dibelanja. Tetapi sekarang kerja pun tiada, mahligai pun sudah runtuh, Dan anak ayah ini masih tidak bekerja, bukan sekejap tetapi sudah masuk empat tahun! Tidak cukup itu, lepas satu, satu lagi masalah timbul. Selepas 10 tahun senyap, penaja yang membiayai pengajian tahun dua dan tiga di London pula tiba-tiba muncul kembali meminta bayaran bulanan dibuat mulai April sampai tahun 2023 , hampir RM400 sebulan! Mana saya hendak cekau duit dalam keadaan saya sekarang ni, nenek? Akhirnya ibu pula yang kena tanggung. Mana ayah tidak mengamuk?

Itulah bahana memutuskan biasiswa asal penaja untuk menanggung sendiri perbelanjaan pengajian tahun pertama di England kemudian menyambung kembali pembiayaan untuk tahun kedua dan seterusnya dengan penaja. Sejak tahun 1992, penaja ini cuma memberi pinjaman boleh-ubah sahaja, tidak ada lagi biasiswa penuh.. Kalau ikut rancangan asal tentu ayah tidak perlu mengeluarkan duit. Masalahnya saya harus menyertai program NCUK (Northern Consortium of United Kingdom) di Shah Alam selama setahun sebelum boleh menyambung tahun kedua pengajian dan seterusnya di UK. Dan program yang diselia gabungan universiti-universiti utara UK ini tidak menyertakan pusat-pusat pengajian tinggi di bawah University of London.

Tetapi saya tetap mahu ke London untuk menyambut tawaran sebuah universiti terkemuka lalu sengaja tidak mendaftar untuk program NCUK. Setelah pendaftaran ditutup, baru pujuk ayah supaya menaja tahun pertama ke England. Ayah ada menegur, kalau hendak sangat belajar di London, mengapa tidak dapatkan keputusan cemerlang untuk peperiksaan A levels dahulu? Ini tidak, tiga bulan lagi nak periksa buat masalah disiplin sehingga ditendang kolej. Selepas itu, dapat sambung balik pengajian pada tahun seterusnya tetapi tidak memanfaatkan peluang kedua pula...

Dahulu saya ingat boleh tampung balik kos ini, nenek. Sebab walaupun keputusan A Levels saya agak mengecewakan, dapat satu A sahaja, itupun untuk subjek Matematik yang diduduki sebelum dibuang kolej , saya tetap percaya yang saya masih memiliki kemampuan untuk mendapatkan ijazah first class. Boleh dapat biasiswa tambahan universiti untuk pelajar cemerlang dan boleh tampung balik duit yang ayah keluarkan. Rupa-rupanya tidak juga... Jangankan nak dapat biasiswa tambahan, Bsc (Hons) yang diperolehi pun tidak cukup bagus untuk melayakkan pinjaman boleh-ubah penaja ditukar menjadi biasiswa separuh apalagi penuh...

Apapun, saya ingatkan selama ini masalah pembayaran biasiswa sudah selesai atas ihsan penaja. Sebab saya terus melaporkan diri dua minggu selepas kembali dari UK dan mereka tahu saya nyaris-nyaris tidak memperolehi apa-apa ijazah kerana masalah peribadi yang dialami selama ini.. Bukannya saya sorok-sorok dengan mereka, nenek... Kalau mahu, mereka boleh menghalalkan pinjaman boleh-ubah itu atas penilaian istimewa kerana tidak sampai tiga minggu sebelum peperiksaan akhir ijazah, saya telah mendapat surat universiti mengatakan saya tidak boleh menduduki peperiksaan akibat penaja tidak mahu membayar yuran pengajian tahun akhir. Bukankah ini berlaku apabila mereka mendapat tahu saya tidak melaporkan diri kepada mereka setelah gagal dalam peperiksaan tahun dua sehingga terpaksa mengulang semula? Yuran univerisiti setahun dekat 7,000 Pound nenek, hampir RM35,000. Mana hendak korek?

Saya betul-betul susah hati. Sudahlah setahun terpaksa berhempas-pulas membuat bermacam-macam kerja untuk menampung kos sara hidup sebab pembiayaan sudah diberhentikan, pihak penaja pula boleh buat tak layan apabila saya merayu. Tidakkah pecah kepala jadinya? Tarikh peperiksaan pula semakin dekat. Kalau tidak selesai dalam seminggu itu juga, alamatnya melahulah saya, menangis tidak berlagu di luar dewan peperiksaan. Nasib baiklah Malaysian Student Department tolong selesaikan yuran. Kalau tidak habislah pengajian jadi habuk belaka...

Nenek, saya mengaku bersalah kerana tidak melaporkan diri kepada penaja semasa disuruh mengulang-balik tahun dua. Tetapi akhirnya mereka dapat tahu juga dan saya telah pun dihukum apabila terpaksa bekerja hampir setiap masa di samping sibuk menghadapi pengajian tahun akhir dalam keadaan tertekan, nyaris tidak dapat menduduki peperiksaan. Dalam keadaan ini kira OKlah masih boleh dapat Honours... Maka itu, selama ini saya fikir pihak penaja telah melupuskan kos penajaan kerana saya ingatkan para pegawai yang berurusan dengan saya dahulu faham keadaan yang terpaksa saya lalui sepanjang tempoh pengajian. Saya terlupa untuk meminta jaminan hitam putih, terlupa kes pinjaman boleh-ubah yang sudah senyap begitu lama boleh datang menghantui kembali apabila pegawai lain mengambil-alih...

Yang teruknya masalah ini muncul selepas saya sudah empat tahun tidak bekerja. Kepala pula sedang gila mencari jawaban di makam-makam lama. Mengapa tidak minta bayaran kembali ketika saya masih bekerja dan sedang menikmati gaji bulanan yang agak lumayan? Mengapa baru sekarang?

Bila cerita pada ayah, saya teruk dimarahi lagi. Katanya, mengapa tidak laporkan diri semasa terpaksa mengulang-balik tahun dua? Mengapa masih tidak bekerja, kalau bekerja tentu boleh bayar wang penaja? Mengapa buat masalah semasa jadi wartawan, bergaduh pula dengan pegawai atasan? Degil sangat, tak mahu ikut budaya pejabat. Mengapa tidak ikut sahaja program NCUK? Nak sangat pergi London sampai ayah pula terpaksa keluar duit? Dahulu kata boleh dapatkan biasiswa pelajar cemerlang tetapi lain pula jadinya. Mengapa boleh ditendang dari kolej? Sampai tujuh kali masuk mahkamah pelajar kerana bermacam-macam kesalahan disiplin? Ponteng kelaslah, masuk asrama perempuanlah... Mengapa semasa sekolah asrama dahulu pun boleh kena tendang juga, asyik panjat pagar keluar masuk sekolah? Mengapa itu, Mengapa ini... Banyak sangat benda ayah marah sampai tak tahu hujung pangkalnya lagi. Bukankah lebih senang menuduh saya bersalah kerana dilahirkan ke dunia ini? Bukankah lebih elok saya mati? Apa gunanya hidup kalau setakat untuk menyakitkan hati?

Sebenarnya bukan saya tidak mahu beritahu penaja apabila disuruh mengulang-balik tahun dua tetapi saya takut nanti harus kembali ke Malaysia dan duduk selama setahun. Harus bersemuka dengan saudara-mara dan kawan-kawan yang menganggap saya mesti sudah kembali dengan segulung ijazah first class, sebab selama ini mereka mengenali saya sebagai seorang pelajar pintar, otak first class..
.
Sebaliknya apa yang terjadi, diri yang pernah dianggap genius oleh hampir semua pihak yang mengenali, diri yang jika diberi peluang dahulu mungkin sudah mampu memasuki universiti sebelum berumur 15 tahun sudah ketinggalan dua tahun pelajaran berbanding rakan-rakan sebaya. Sebab ditendang kolej dahulu, kemudian ulang setahun di universiti. Tetapi tiada yang lebih menakutkan daripada terpaksa bersemuka dengan ayah dalam keadaan begini. Saya rasa tidak sanggup melalui semua ini...

Terus terang saya cakap nek, dari kecil sampailah besar, saya selalu terasa ayah cuma boleh menerima saya bila ada berita gembira, dapat markah tinggi , kedudukan bagus dalam peperiksaan ataupun cemerlang dalam ko-kurrikulum. Kalau hendak mengadu masalah saya tidak berani sebab silap-silap jadi bertambah disembur ayah lagi. Saya sakit nenek... Dari kecil sampai besar panjang asyik kena marah sahaja. Bila masanya nak rasa tenang jiwa? Rasa dihargai dan disayangi sepenuh hati? Saya cuma manusia biasa yang perlukan belaian kasih sayang keluarga yang nyata, bukan setakat kata-kata tanpa simpati untuk memahami keadaan diri....

Selama inipun saya sudah melalui berbagai-bagai masalah yang susah hendak dikongsi bersama orang lain. Tidak ada yang betul-betul dapat memahami keadaan diri ini dan segala yang dilalui. Bagaimana dari seorang yang dianggap genius Matematik daripada sekolah rendah sampai ke kolej boleh tiba-tiba jadi ‘kosong’ seperti hilang ingatan, tidak nampak apa-apa lagi. Dari first class material, akhirnya cuma boleh dapat third class sahaja. Bukankah itu memalukan ayah?


OK... Panjang bukan luahan saya kali ini? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

Semalam saya terlihat dalam satu rancangan televisyen, kalau tak salah ingatan 360 di TV3 menyebut tentang apa yang berlaku kepada beberapa kanak-kanak yang dianggap genius kerana memiliki kepintaran luar biasa... Mula-mula dipaparkan tentang seorang (lupa namanya) yang pernah berlakon sebagai kanak-kanak pintar dalam satu filem Jins Shamsuddin dekat 30 tahun lalu.

Dalam kehidupan sebenar pun memang kanak-kanak ini begitu pintar sehingga pernah dijadikan anak angkat selain bahan kajian untuk Profesor diraja Ungku Aziz. Tetapi itu dahulu, lama dahulu... Kini dalam umur 37 tahun, hidupnya tidak maju ke mana. Sekurang-kurangnya menurut ukuran biasa di mana kemajuan serta pencapaian hidup seseorang sering diukur dengan harta benda serta wang yang dimiliki selain pangkat dan nama juga kehadiran isteri serta keluarga yang "cantik", dia sepatutnya sudah menjadi seorang "somebody"... Sebaliknya kalau tak salah ingatan, dia sekadar dapat menjadi seorang peniaga menjual roti canai dan pernah masuk pusat pemulihan kerana penyalahgunaan dadah...

Seterusnya, cerita mengenai kanak-kanak genius yang kini sangat terkenal iaitu Adi Putra pula dipaparkan... Kalau tak salah ingatan, umurnya kini adalah 9 tahun tetapi kepandaian semulajadinya telah pun diakui semua... Katanya telah belajar 9 jenis bahasa dan telah mencipta 20 formula matematik peringkat universiti...

Lalu bergerak cerita pada berita sensasi terkini, tentang gadis warga Britain yang beribukan seorang wanita Melayu daripada Muar, kisah Sufiah Yusof yang semasa umur 13 tahun mencipta sejarah apabila berjaya mendapat tempat di universiti terkemuka University of Oxford tetapi kini, 10 tahun kemudian telah menjadi seorang pelacur!

Fikirkan... Seorang kanak-kanak pintar 30 tahun dahulu pernah berada di bawah perhatian serta asuhan seorang profesor diraja yang diiktiraf sebagai salah seorang pemikir terpintar di Malaysia... Tetapi kini hidupnya tidak ke mana malah pernah masuk pusat pemulihan dadah.. Kemudian ada Adi Putra yang kita pun sebenarnya belum tahu keadaannya apabila meningkat dewasa... Setakat ini dia bernasib baik kerana dikelilingi orang-orang yang sensitif tentang keadaannya yang luar biasa terutama keluarga yang bertungkus-lumus mencari lalu memberi segala kemudahan yang perlu agar mindanya terus berkembang jaya... Lalu kita melihat pula kes Sufiah... Daripada seorang begitu pintar boleh terjebak dalam kerjaya yang begitu hina? Mengapa ini?

Saya melihat lagi program TV itu... Lalu dipaparkan beberapa orang "pakar" yang menyatakan pendapat masing-masing tentang bagaimana mahu mendidik pelajar-pelajar pintar ini... Sebenarnya super pintar kerana taraf kepintaran mereka jauh melebihi kanak-kanak atau remaja biasa... Kalau pintar sahaja, memang boleh dapat banyak A dalam peperiksaan seperti yang diimpikan ramai pelajar juga ibubapa tetapi super pintar? Mereka sebenarnya telah jauh melangkaui kurikulum pelajaran biasa lalu ada yang sebenarnya amat pintar tetapi tidak berminat lagi untuk mencapai keputusan elok di dalam peperiksaan biasa lantaran rasa jemu dengan kadar pembelajaran biasa...

Apa yang saya maksudkan dengan keadaan super pintar di mana seseorang itu diberi anugerah semulajadi kepandaian sehingga dapat melihat jauh melangkaui kebiasaan? Kita ambil contoh para Nabi... Percayalah, semua Nabi-nabi itu genius... Kata pujangga Barat tersohor iaitu Shakespear, genius is like a bird weaving its nest... Genius adalah seperti seekor burung membuat sarangnya... Ia tidak perlu membuat apa-apa ukuran dan sebagainya, sebaliknya secara semulajadi terus sahaja membuat sarang lalu jadi... Begitulah hakikat seorang genius di mana buah fikirannya datang begitu sahaja, begitu juga Nabi-nabi dijadikan sejak kecil agar memikirkan kebesaran serta kejadian ciptaan Tuhan di kala kebanyakan kanak-kanak biasa masih sibuk bermain-main lagi...

Ingat lagi cerita tentang Nabi Ibrahim mencari Tuhan ketika kecil? Maaf, saya lupa urutan ceritanya tetapi saya ingat betapa baginda pernah kagum melihat bulan di langit lalu berfikir, mungkin bulan ini adalah Tuhan... Tetapi apabila ia luput masuk siang hari, ternyata bagi baginda bulan bukannya Tuhan kerana Tuhan tidak akan luput sampai bila-bila... Kemudian baginda berfikir mungkin matahari dengan sinarnya yang lebih terang-benderang itu adalah Tuhan... Tetapi ternyata matahari juga tidak memenuhi kriteria Tuhan kerana ia luput apabila sampai masanya sedangkan Tuhan itu kekal buat selama-lamanya! Dan pemikiran sebegini dalam mencari kebenaran mutlak dialaminya ketika rata-rata masyarakatnya menyembah patung-patung berhala sebagai Tuhan mereka...

Dari tradisi lain pula kita boleh ambil cerita Gautama Buddha... Ingat, ada yang percaya bahawa Buddha adalah salah seorang Nabi kalau tidak pun Rasul... Kerana para Nabi itu sebenarnya berjumlah 124,000 orang dan Rasul 313 orang... Cuma kita diajar di sekolah supaya menghafal nama 25 Rasul sahaja!

Gautama Buddha atau nama asalnya Sidharta adalah seorang anak raja. Adapun baginda membesar penuh kemewahan di istana tetapi baginda sebenarnya seorang yang banyak berfikir tentang makna kehidupan. Menyedari kecenderungan ini, bapanya sang raja berusaha sedaya-upaya untuk mengelakkan Siddharta daripada melihat hakikat kehidupan yang ada "kekurangan" seperti sakit, jatuh lemah kerana tua dan sebagainya... Lalu ke mana sahaja Siddharta pergi apabila di luar istana, bapanya akan memastikan di sepanjang perjalanan putera raja itu tidak akan bertemu apa-apa selain yang muluk-muluk belaka...

Dipendekkan cerita, pada suatu hari terjumpa juga Siddharta dengan orang-orang tua dan orang-orang sakit di negerinya... Itu yang menyebabkan baginda sedar akan wujudnya penderitaan, bukan kesenangan dan kemewahan semata-mata lalu baginda sanggup keluar mengembara meninggalkan istana menjadi musafir kelana yang hina-dina semata-mata untuk memahami hakikat kehidupan yang sebenar lalu turut juga mencari makna keTuhanan...

Apapun, ini setakat contoh... Yang mahu diketengahkan adalah seorang genius seringkali berfikir lain daripada kebiasaan umum... Dalam keadaan tertentu, pemikiran mereka yang melangkaui kebiasaan umum boleh menimbulkan masalah dan kecurigaan ramai sepertimana Nabi Ibrahim pernah cuba dibakar Namrud apabila mempersoalkan tentang berhala-berhala yang masyarakatnya sembah sebagai Tuhan... Seperti Siddharta meninggalkan istana sedangkan kebanyakan orang, asal diberi sahaja sedikit kepandaian, sedikit sahaja, bukan taraf super pintar pun malah jauh sungguh daripada menjadi seorang genius terus ia mahu mencari jalan untuk mencapai hidup senang-lenang dan dapat duduk dalam rumah seperti istana...

Allah! Saya telah melangkah ke hadapan pula dalam penceritaan... Berbalik pada kes pelajar genius yang kecundang dalam kehidupan seperti si Sufiah... Berbalik kepada beberapa pendapat yang diberi lalu ditunjukkan dalam TV juga di dada-dada akhbar dalam merungkai permasalahan mereka...

Adapun kebanyakan pendapat-pendapat ini menyebut tentang betapa pelajaran agama berserta perkembangan emosi yang seimbang perlu diterapkan kepada para pelajar sepintar mereka ini supaya hidup mereka tidak akan sia-sia di masa hadapan nanti... Lebih kurang begitulah rata-rata nada nasihat-nasihat serta pandangan-pandangan pakar yang diberikan sejak kes Sufiah menjadi pelacur mula diketahui ramai...

Hati saya memberontak... Saya rasa mereka ini iaitu kebanyakan orang tidak faham masalah sebenar budak-budak begitu pintar atau yang dipanggil genius ini...

OK... Sebelum itu biar saya berterus-terang supaya lebih senang memahami apa yang ingin diutarakan... Ketahuilah, saya tidaklah sepandai mereka... Saya cuma pernah dianggap genius oleh kebanyakan orang yang mengenali saya daripada zaman tadika hinggalah masuk ke universiti di London di mana sesuatu berlaku kepada saya sehingga kepandaian luarbiasa dahulu menjadi pudar lalu mereka yang mengenali saya ketika dan selepas itu tidak tahu pun satu masa dahulu saya pernah dianggap genius... Tetapi saya rasa saya tahu apa yang berlaku di dalam fikiran seseorang yang membesar sebagai seorang genius... Pernah lihat cerita filem A Beautiful Mind yang menonjolkan watak seorang pakar matematik bertaraf genius yang jadi gila akibat melihat formula dan nombor di sekeliling? Sekurang-kurangnya saya pernah merasa dan melihat sendiri keadaan itu di mana saya boleh nampak sekurang-kurangnya 20 baris formula matematik seolah-olah hadir seperti tulisan warna hijau di hadapan mata...

Saya tahu dengan merasai sedikit pengalaman sebegini bahawa orang-orang genius tidak berfikiran seperti orang biasa... Ya, mereka masih lagi makan, minum, menyedut udara, perlu bergaul dengan orang ramai seperti orang biasa tetapi selain daripada itu, keperluan jiwa mereka tidak sama... Jika rata-rata manusia lebih senang keluar mencari duit dan mengumpul harta, orang-orang genius lebih cenderung duduk dalam dunia sendiri mengaji bermacam ilmu dan pecahannya... Dan lagi, orang-orang genius biasanya lurus-bendul, tidak mahu berbohong kerana ini melanggar prinsip keilmuan dan cara pemikiran mereka yang luar-biasa itu...

Orang-orang genius juga selalu memikirkan perkara-perkara yang selalu berada di luar lingkungan manusia umum... Di sinilah letaknya suatu perkara di mana seorang genius itu boleh jadi berjaya atau jadi rosak nanti... Walaupun fikirannya nyata jauh melangkaui fikiran manusia kebanyakan, tetapi dari segi keperluan pergaulan sosial dan kehendak untuk berkongsi rasa, dia juga ingin supaya ada orang lain yang dapat memahami lalu berbual-bual tentang perkara-perkata yang bermain-main di dalam fikirannya...

Di sinilah terletak satu perbezaan besar orang-orang genius terutama ketika zaman remaja... Ketika kebanyakan orang lain mahu berbual tentang kasut Adidas atau Nike terbaru, atau mengumpat tentang rakan yang ditangkap khalwat minggu lalu, seorang remaja genius mungkin ingin berbual tentang kesan sebuah planet yang disedut masuk ke dalam black hole...

Di sini, timbul risiko dia akan dianggap pelik... Kedua dianggap mengada-ngada kerana tidak menurut kebiasaan ramai... Ketiga dianggap menunjuk-nunjukkan kepandaian sedangkan apa yang terbetik di fikirannya cuma fikiran harian biasanya... Seperti kata Shakespear, genius is like a bird weaving it's nest... Itu sahaja... Tetapi pada orang lain pula, mungkin fikiran sebegini cuma akan dapat dicapai setelah lama bertungkus-lumus memikirkan dan mempelajari sesuatu... Tiba-tiba orang genius tanpa belajar dengan sewenang-wenangnya dapat mengemukakan buah fikiran yang mencabar fikiran semua orang lain... Mana boleh!

Lalu timbul satu lagi masalah lain yang merupakan realiti kehidupan biasa... Irihati daripada pihak lain... Irihati kerana mereka perlu berhempas-pulas hendak menyelesaikan satu-satu masalah, tiba-tiba muncul seorang genius tunjuk pandai dengan senangnya dapat menyelesaikan masalah itu... Irihati ini apabila terjadi pada seorang kanak-kanak genius yang sedang membesar boleh menyebabkan segolongan rakan-rakan sebaya mencari-cari jalan untuk memulaukannya mahupun mengenakannya sentiasa... Yang mahu membuli pun ada dan selalunya memang ada jika sang genius tidak ada kemampuan fizikal untuk mempertahankan diri sendiri! Pendek kata, jangan hairanlah jika seorang genius terpaksa membesar dalam keadaan yang jauh lebih mencabar daripada orang lain... Sudahlah tidak dapat berkongsi fikirannya yang sebenar kerana jauh jangkauan fikiran yang tidak dapat digapai semua orang, orang lain pula boleh menjadi irihati lalu mahu membuat hidupnya jadi susah belaka..
.
Kalau keluarganya jenis memahami dan sedia memberikan sokongan, eloklah juga... Bagaimana jika keluarga pun marah kerana kita ini pada mereka telah menimbulkan masalah di sekolah? Bagaimana jika dalam kes Adi Putra yang kalau tak salah ingatan saya pernah dituduh mengada-ngada di sekolah kerana bosan dengan apa yang dipelajarinya, ibu bapanya tidak menyokongnya? Memanglah dia bosan kerana fikirannya sudah lebih jauh pergi ke hadapan... Bukan semua orang faham ini... Bagaimana jika keluarga Adi Putra tidak tahan lalu memaksa anaknya supaya jadi "normal" seperti orang lain agar tidak menyusahkan mereka, agar tidak terus "mengada-ada"?

Tuan-tuan dan puan-puan... Sepatutnya kita bersyukur apabila ada manusia pintar yang mampu memberikan buah fikiran yang bernas lagi terkehadapan, apalagi jika dapat menyelesaikan sesuatu masalah kita... Tetapi hakikatnya dalam kehidupan sebenar, seringkali orang ramai merasa tercabar lalu cuba pula menghancurkan pihak yang memberikan penyelesaian seperti yang berlaku pada watak kanak-kanak Hang Nadim dalam cerita Singapura diserang todak yang dikatakan berlaku sekitar 700 tahun lalu...

Satu lagi yang sering membuat orang biasa terutama golongan tamak kuasa kuat bermain politik risau tentang orang-orang genius... Seperti yang saya sebut tadi, golongan genius biasanya lurus bendul dan tidak suka berbohong... Kepandaian luarbiasa mereka pula membolehkan mereka melihat jauh dalam sesuatu keadaan lalu dapat melihat percubaan pembohongan, makan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya yang orang lain boleh terlepas pandang  lalu mahu pula dilaporkan kepada semua...

Ah... Begitu berat sebenarnya saya hendak menulis luahan kali ini... Walaupun siang tadi, dengan izin Allah, Nur pertama datang berjumpa mencari saya di Kajang untuk berbual-bual setelah berbulan-bulan tidak bertemu dan dapat pula saya membuat dia dan Nur kedua berbual-bual di dalam talipon, saya tahu ada sesuatu lagi yang perlu diluahkan di sini sebelum saya dapat merasa sedikit tenang untuk meneruskan proses penceritaan pengembaraan juga kerja-kerja lain...

Tuan-tuan dan puan-puan... Begitu lama, rasanya lebih 10 tahun saya tidak pernah bercakap dengan sesiapa tentang keadaan saya yang pernah digelar genius dahulu... Kecuali dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh" dengan bersandarkan watak rekaan yang bernama Muhammad Al-Aminul Rasyid... Tetapi kini saya mahu luahkan, mungkin kerana suasana panas yang pernah melanda blogspot ini sehingga saya boleh dituduh sekadar ingin berbangga diri dan mahu disanjungi sebagai raja... Masyaallah!

Sebenarnya yang saya hendak tekankan cuma ini... Sesuatu yang saya percaya tentu pernah berlaku pada Sufiah, juga pada watak pintar yang pernah menjadi anak angkat Profesor Ungku Aziz dan kini mungkin berlaku pada Adi Putra... Bahawa jangkauan pemikiran mereka tidak sama dengan orang biasa sedangkan hakikatnya seperti orang lain, mereka juga perlu berkongsi dan meluahkan rasa...

Saya ingat zaman-zaman semasa saya masih dikenali sebagai seorang genius... Yang saya suka sebenarnya adalah satu bentuk pengiktirafan yang membenarkan saya jadi diri sendiri... Ya, saya boleh berkata tentang konsep dunia dalam dimensi ke 4 dan bagaimana ia boleh menyebabkan orang keluar masuk melompat masa kepada ramai dan orang ramai tetap tidak faham... Tetapi apabila ada pengiktirafan, orang tidak akan mengutuk saya... Sebaliknya jawaban mereka senang: "Dia tu genius, memang le dia fikir lain daripada orang lain"...

Cuba kalau orang tidak tahu tentang kepandaian kamu yang luarbiasa itu... Cukup senang mereka kata: "Ah... Mengada-ngadalah bercerita tentang himpunan alam lain yang terjadi bersama proses Big Bang... Seharusnya dia berfikir tentang cara-cara mencari duit untuk menanggung anak perempuannya yang dijaga bekas isteri, bukan berangan yang bukan-bukan..." Faham tidak betapa bezanya keadaan?

Begitu juga jika saya bercerita tentang mengumpulkan Ahlul Bait lalu berusaha untuk menghidupkan satu kerajaan bertamadun tinggi yang dapat membela ummah seluruh dunia... Dulu saya tak tahu pun apa itu Ahlul Bait tetapi semasa umur 18 tahun, saya sudah terfikir tentang mahu mendirikan kerajaan sebegini...

Dahulu, para kenalan mungkin akan menganggap saya gila-gila lalu akhir katanya begini... "Fly tu dah memang genius... Memang apa yang difikirkannya tak terjangkau dek kita, biar sahajalah dia dengan dunianya. But he sure has got something to say!"... Sekarang pula, setelah lama saya menjadi manusia kera sumbang dengan berbagai mental block sekatan jiwa akibat apa yang berlaku dalam tempoh 20 tahun kebelakangan lalu ramai yang tidak tahu sejarah saya yang lebih popular dahulu, jika saya bercerita benda yang sama tentang mahu mendirikan kerajaan sebegini, cukup senang untuk pihak yang tidak tahu untuk menuduh saya syok sendiri, ingin berbangga diri dan ingin disanjung seperti raja... Masyaallah lagi!

Allah... Saya sebenarnya dah tak tahu bagaimana nak menyatakan keadaan sebenar diri... Nak kata saya genius, bukannya saya ada sijil... Tidak seperti Adi Putra yang mendapat sokongan kuat ibubapa, kepandaian saya dahulu lebih banyak cuba "diperap" keluarga kerana sifat yang banyak bertanya ingin merungkai pelbagai masalah lebih kelihatan sebagai beban, bukannya kurniaan Tuhan yang patut dipupuk bagi bercambah... Apabila kepandaian semulajadi menjadi beban buat keluarga dan membuat saya boleh jadi tersisih daripada rakan sebaya kerana kelihatan janggal, jalan yang mudah supaya diterima ramai adalah menjadi budak nakal... Ramailah kawan menerima... Kemudian jadi pandai pun tak apa, asal jangan jadi bookworm ataupun nerd yang selalunya tidak pandai bersosial... Budak nakal yang genius memang ramai kawan berbanding budak genius yang cuma dapat hidup dalam dunia sendiri... Tetapi hakikatnya saya tetap tidak dapat berkongsi apa yang sebenarnya berada di benak fikiran... Saya cuma menurut kelaziman biasa agar dapat diterima umum...

Allah... Teringat saya buah hati lama Mas yang turut pergi ke London sama... Dengan dialah, ketika masuk umur saya 20 tahun baru saya dapat merasa begitu aman dengan seorang teman. Jika dengan wanita lain, saya pertontonkan sedikit kepandaian berserta tutur-bicara petah dengan rupa-paras yang dimiliki untuk mendapatkan perhatian lalu "memenangi" mereka, dengan Mas baru saya dapat berkongsi apa yang tidak pernah saya kongsi pun dengan orang lain... Tentang kejadian bintang-bintang, tentang dinosaurs, tentang pemikiran saya yang sebenar dan Alhamdulillah dia dapat berkongsi rasa... Maklumlah, gadis ini memang ada sijil MENSA yang menunjukkan taraf IQ nya adalah 165... Adapun taraf orang biasa adalah IQ 90-110 dan dalam skim MENSA, IQ 148 ke atas sudah boleh dikira genius.

Namun disebabkan segala "penyakit" hati yang telah melanda saya begitu lama, saya tidak betul-betul menghargai cinta yang diberi lalu kami berpisah setelah 6 tahun begitu bersama... Terus-terang saya nyatakan, sejak itu, dalam bab percintaan dan berpasangan, hidup saya jadi terumbang-ambing... Sehingga hancur satu perkahwinan, sehingga saya masih merasa begitu kesepian sehingga kini.

Adapun pencarian salasilah dan wasilah yang berlaku beberapa tahun kebelakangan memberikan saya kefahaman baru tentang apa yang berlaku... Allah... Baru saya tersedar, Mas seawal tahun 1991 telah nampak akan ada sesuatu tentang darah saya yang berkaitan keturunan raja, darah yang membentuk sahsiah diri ini tetapi saya pula selepas tahun 2001 baru menyedari ini...

Sesungguhnya saya bercerita tentang keturunan raja dan darah Ahlul Bait bukanlah untuk berbangga-bangga mengharapkan sanjungan ramai seperti yang mungkin sesetengah orang silap faham... Tidak... Ia soal peranan dan untuk memahami kenapa saya diberikan fikiran begini kemudian harus pula melalui liku-liku hidup tertentu... Itu sebenarnya... Mencari diri dan erti... Bukan setakat mengenal Allah yang merupakan Awaluddin Makrifatullah sahaja.... Awal agama itu mengenal Allah... Itu satu bahagian sahaja... Kemudian kita seharusnya pergi pula pada peranan masing-masing di mukabumi yang sebenarnya melibatkan perjanjian peribadi setiap makhluk ketika di alam roh... Jika tidak, lebih elok duduk sahaja di alam roh, tidak perlu turun ke alam bumi yang penuh dengan segala macam kepayahan ini... Tidak perlu juga Allah mencipta segalanya... Kan lebih elok duduk sahaja dalam keadaan kuntun kanzan makhfiyan, Aku ini harta yang tersembunyi? Kan elok sahaja Nabi semasa Mikhraj terus tinggal di atas Sidratul Muntaha? Kenapa perlu turun lagi, bergaduh berperang di alam biasa ini?

Bila saya tahu susur-galur nenek-moyang saya yang sebenar, baru saya faham kenapa sejak kecil lagi saya selalu memikirkan tentang satu kerajaan Islam bertamadun tinggi... Dan pada umur 18 tahun saya bercita-cita pula untuk membinanya... Kerana kerajaan-kerajaan sebegini sebenarnya pernah didirikan nenek-moyang saya dahulukala! Lalu "kenangan" itu turut terpancar di dalam darah serta genetik diri...

Senang cerita beginilah rumusan saya dalam memahami keadaan ini... Jika saya dilahirkan di istana lalu bercerita tentang kerajaan bertamadun tinggi, kemungkinan besar orang akan bercakap begini: "Ya lah, dia tu anak raja... Memang le dia berfikir tentang kerajaan bertamadun tinggi"... Lebih kurang begitulah keadaannya semasa saya masih diiktiraf orang-orang yang mengenali sebagai seorang genius... Malah tak mustahil, mereka akan berkata saya adalah seorang anak raja yang amat merendah diri kerana sanggup berkelana ke sana ke mari seorang diri dengan berpakaian buruk, ada masanya compang-camping lagi untuk mengenali kehidupan sebenar rakyat marhain di sana-sini...

Sebaliknya disebabkan pergolakan cabang-cabang keluarga diraja dahulukala yang menyebabkan sesetengah ahli keluarga tersisih jauh daripada istana, saya dilahirkan dalam kalangan rakyat biasa... Kalau zaman masih dikenali sebagai seorang genius kira OK lagi... Ini zaman setelah berlaku beberapa perkara besar dalam hidup saya yang mengubah rencana hidup... Sehingga seorang yang dahulu dianggap genius boleh pula tidak lulus periksa di universiti lalu dipaksa mengulang kembali... Malah nyaris-nyaris tidak dapat menamatkan pengajian kerana menghadapi berbagai-bagai masalah termasuk beberapa lapisan mental block yang menumpulkan kekuatan daya pemikiran akibat begitu lama menghadapi tekanan jiwa... Boleh dibuang kerja, bercerai, hancur rumah-tangga... Boleh hidup beberapa tahun dalam kawasan berdekatan hutan dengan badan kurus misai janggut kusut-masai seperti orang gila sampailah saya kembali sedikit waras apabila dapat menyajikan siri buku "Berpetualang ke Aceh"... Walaupun begitu, fikiran saya daripada dahulu sampai sekarang masih lagi memikirkan tentang kewujudan kerajaan bertamadun tinggi... Lalu saya masih lagi menyatakan buah-buah fikiran yang serupa...

Mereka yang telah lama mengenali saya tidak akan mengutuk kerana tahu, begitulah diri saya sejak dahulu lagi tak kiralah samada saya "berjaya" sebagai seorang yang pernah dikenali sebagai genius ataupun tidak... Ia bukannya pemikiran yang dibuat-buat, bukan perkara yang dikemukakan secara semberono, bukan juga diatur supaya saya kelihatan pandai agar dapat meraih sanjungan ramai... Tetapi cukup senang untuk mereka yang tak tahu semua ini menuduh saya yang bukan-bukan kerana "kesalahan" mengenengahkan buah pemikira yang kelihatan keluar begitu sahaja seolah-olah tanpa pertimbangan secukupnya... Pada saya, apa yang keluar itu terjadi secara semulajadi, ia sekadar a bird weaving its nest. Tetapi pada orang lain, ia mungkin adalah kata-kata yang dirancang untuk menang cakap-cakap, untuk kelihatan istimewa dan hebat! Mungkin sebab itu dalam seminggu ini saya asyik terasa begitu sedih sehingga timbullah luahan-luahan ini.

Dahulu, tidak pernah timbul soal pendapat itu lawan pendapat ini... Dahulu senang sahaja ceritanya... "Dia tu genius... Jangan ingat dia main boh aje bagi pendapat... Tak sama taraf pendapatnya dengan pendapat orang lain"... Bukanlah saya menyebut ini kerana mahu menolak pendapat orang lain atau sekadar meninggikan pendapat sendiri... Tetapi apabila saya menceritakan tentang Ahlul Bait serta pembinaan tamadun seterusnya, saya sebenarnya tiada masa lagi bercerita tentang pendapat tetapi mahu bergerak ke hadapan secepat mungkin... Rasanya kalau mahu mendefinisi pemikiran saya yang terdahulu, seharusnya mereka yang hendak menyatakan pendapat di sini telah membaca posting-posting saya yang terdahulu, lebih baik lagi jika telah membaca dan memahami isi dan segala yang ingin diutarakan di dalam ketiga-tiga buku siri "Berpetualang ke Aceh"...

Pada saya, kalau mahu bagi pendapat pun biarlah "qualified opinion" iaitu pendapat yang ada kelayakan telah betul-betul menempuhi pelbagai perkara... Kalau setakat kerana semua orang ada hak memberi pendapat maka jenuhlah jadinya... Budak 3 tahun pun boleh masuk bagi pendapat sedangkan kita mahu bergerak daripada pendapat kepada keyakinan... Keyakinan yang telah diuji apabila kita betul-betul telah menempuh sesuatu perkara sehingga sanggup mengorbankan jiwa dan raga...

Adapun saya membuat cerita dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh" serta menyatakan apa yang saya rasa di sini bukan sekadar secara semborono sahaja... Jika mahu melihat dari sudut intelektual sosial sahaja, maka saya telah khatam buku-buku ideologi seperti Das Kapital karangan Karl Marx, beberapa karangan falsafah seperti daripada Plato dan Frederick Nietzsche juga karangan berunsur pyschoanalytical daripada Sigmund Freud dan Carl Jung ketika berumur sekitar 14-15 tahun lagi... Tentang ilmu Tasawuf pula, saya telah menelaah kitab-kitab orang-orang seperti Hamzah Fansuri, Omar Khayyam dan Jalaluddin Attar sejak umur 18 tahun... Cuma pada umur 20an baru berjumpa orang-orang tua yang boleh menyampaikan pelajaran ini secara berwasilah dan ada perguruan sedangkan pengalaman-pengalaman ghaib termasuk pergi ke alam-alam lain telah saya lalui sejak kecil lagi... Belum dikira pelajaran saya dalam bidang matematik dan beberapa cabang ilmu sains lain serta pengalaman-pengalaman tertentu yang membolehkan saya melihat keadaan dunia lebih jauh lagi...

Apapun kini terutama di blogspot ini, saya lebih memusatkan pada cerita-cerita pengembaraan perjalanan sebagai wadah menyarankan segala sesuatu termasuk dari sudut pandangan ilmu Tasawuf... Saya rasa tidak suka lagi bercerita benda yang tinggi-tinggi terutama bab keTuhanan seperti yang banyak terdapat dalam forum-forum di Internet kerana terus terang saya kata, setelah keluar berjumpa dengan ramai daripada mereka yang bercerita tinggi-tinggi ini, saya dapati bahawa kenyataan sebenar diri yang berkata dengan apa yang dikata seringkali jauh panggang daripada api... Atau cakap tak serupa bikin... Itupun masih lagi ramai yang suka bercerita yang tinggi-tinggi tanpa sebenar-benarnya mengalami apa-apa yang diceritakan itu kecuali setakat dengar-dengar cerita orang dan baca di kitab-kitab selain copy n paste daripada Internet. Tetapi biasalah itu... Cukup seronok memberikan pendapat agar kelihatan seperti orang yang tinggi ilmu dan banyak pengalamannya terutama dalam dunia Cyber di mana sesiapa pun boleh menyamar, muka pecah pintu jadi Tom Cruise, badan "3G" boleh jadi Angelina Jolie!

Sekian... Cukuplah... Anggaplah ini semua sebagai sampah luahan rasa sahaja untuk menghilangkan apa yang tersekat di jiwa. Harap selepas ini dapatlah saya menyambung cerita pengembaraan dengan lebih tenang ya... Wassalam! :]



19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aslkum..!

Bro memang genius.. persoalan yang ada dlam pikiran bro kdg-kdg tak terpikir manusia biasa...

Saya cadang bro leh ziarah mursyid ini di alamat http//:naqshabandi.bloqspot.com.. kalu x silap saya ahli bait jugak..mungkin leh tanya pendapat dia..

Tanpa Nama berkata...

Salam Radzie.
Panjang cerita, tak sangka aku boleh abis baca. Dulu hang masa singgah rumah aku kat Bradford dgn Mas ingat tak? Aku dah lama lost contact dgn hang.. masa Alevel.. masa hang baru kawin kat rumah membr kita di damansara Height. "Entropy meter" ingat tak? Dulu hang tak cerita kat aku... mungkin tahap fikiran aku ni biasa je.. tapi bila baca tulisan hang baru aku faham. Aku pulak rasa inferior kawan dgn kawan2 anak org kaya. Nasib baik hang ada... ahh takpe le, nanti boleh cerita lagi . Join le yahoogroups kita...

nanti lg 2 minggu kalau jumpa Insyallah boleh cerita panjang2. Wasallam

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam Salik... Baru je tengok blogspot tu, group Kedah yek... Tentang Naqshabandi ni sya dah biasa pi group Sheikh Nazim ngan Raja Ashman kt Damansara Height. Pas tu ada Naqshabandi Kholidi warisan Sheik apa (lupa nama) dpd Lenggeng, NS... Group ni kat belakang Zoo Negara, kalau tak salah Khalifah dia Sheikh Rafiq, orang kuat dia kawan saya Raja Aman tapi sya sendiri tak join, setakat pernah pi je tempat tu... Kt Raub pun pernah le join sat group kat Ulu Dong, Naqshabandiah Kholidi gak... Kat Ulu Langat ada satu... Kt Babussalam, warisan Sheikh Wahab Rokan pun sya dah pergi, Insyaallah...
Untuk Anonymous, hang ni Mangor ke? Kenapa tak sebut nama? Sebut le... Anyway 51C dah set nak buat reunion 8 May... Lepas tu mungkin buat A Level 7 kot?

p/s: Yg aku ingat kt Bradford mula2 aku pegi rumah Mangor. Pas tu ada le rumah Atuk. Fiq dan lain2... Lupa plak... Dah lebih 15 tahun woo...

Tanpa Nama berkata...

Pjgnya cerita MS...tapi seronok gak baca..ko ni MS memang lurus, tu psl le org kata ko suka cerita banggakan diri tapi sebenarnya ko ni akan cerita semua perkara tidak kira baik atau buruk. Tapi kalau ada org yg hati kurang suka tengok kelebihan orang lain, tentulah akan anggap ko ni suka banggakan diri padahal apa yang ko ceritakan itu semua dari sifat ko yang memang lurus bendul tu..jangan kisahlah dgn apa org kata MS...yang perlu dikisah hanyalah APA YANG ALLAH kata kepda kita.

Sekian.

Radzi Sapiee berkata...

Mekasih... Lega hati saya setelah mengeluarkan luahan ini. Sejak terkeluar hari itu, jiwa saya rasa jauh lebih aman daripada apa yang pernah dirasa dalam beberapa tahun kebelekangan.
Lama saya tidak bercerita tentang perkara genius ini kerana tidak mahu orang menuduh yang bukan-bukan... Hakikatnya saya merana kerana cuba menidakkan fitrah diri sendiri.
Sekarang bolehlah saya teruskan cerita pengembaraan... Insyaallah cerita pengembaraan yang "terbengkalai", akhir sekali adalah tentang Kuala Terengganu 10 hari lalu akan disambung dengan cerita Kuala Berang sebelum tamat hari ini. Insyaallah! :]

Cik Lee berkata...

Seronok jugak mengembara nih. kawang memang orang teganu, dan dulu kecik2 memang ada cita2 nak mengembara seluruh dunia. Nak buat benda-benda pelik. Tiru cam orang dulu-dulu. mengembara sambil menuntut ilmu. Selagi tak penuh ilmu di dada, selagi tu tak balik. Tp. angan2 je kan.

Tanpa Nama berkata...

Askm MS,

Cerita psl genius...ermm...jadi lelaki yg genius mungkin lebih senang dari jadi perempuan yg genius, ana rasalah. Kalau jd lelaki genius, sekurang-kurangnya ramai perempuan suka tetapi kalau jd perempuan genius, ramai lelaki yang takut untuk hampiri. Maklum takut tergugat dengan kebijaksanaan perempuan tersebut. Tetapi cerita psl Sufiah itu, exceptional lah dalam diskusi ana ini. Sebab ia melibatkan keruntuhan moral bukan disebabkan genius otaknya tetapi sebab kurang kesedaran beragama dan terikut dengan penyakit al wahan yg sgt teruk.
Genius sebenarnya bukan sahaja di ukur dr segi IQ, (ia hanya teori BARAT yg dangkal) tetapi juga perlu di ukur dr segi EQ dan SQ juga. Walau bagaimanapun pengukuran kepada tahap EQ dan SQ seseorang tidaklah dapat dinilai dlm bentuk kuantitatif kerana ia adalah sesuatu yang diluar dr ukuran yang zahir. Jadi penilaian sebenar kepada ketulenan genius seseorang sebenarnya hanya dapat di ukur di alam sana, ketika beliau melintasi sirotul mustaqim. Jika berjaya, di situlah sebenarnya LAMBANG SEJATI KEGENIUSAN seseorang manusia itu.

Sekian wallahulam.

PUTERI.

Radzi Sapiee berkata...

Hmm... Wassalam semua... Untuk Cik Lee, kalau tak dapat mengembara jauh-jauh, dekat-dekat pun jadi le sekurang-kurangnya sebagai permulaan. Saya masih kecik-kecik dulu pantang letak kat mana... Pegi mana-mana rumah sedara ke kawan family ke... Ada je peluang, akan saya pusing-pusing menjelajah sekitar kampung ke, taman perumahan ke, belukar belakang rumah ke... Pas tu piap piap le kena rotan dgn Abah, hehe...
Buat aje yg dekat2, lama2 kita tahu le budget masa ngan jadi semakin berani dan yakin... Pas tu tahu le camana nak travel jauh... Rahsianya sebenarnya ini... Yakin dgn penjagaan Allah... Kedua, ringkas dan ringan dalam bergerak... Jgn terlalu bebankan sgt nak fikir bawak bekalan apa ke baju apa... Cukup satu beg ada pakaian untuk esok lusa, kain n t-shirt tido malam ngan tuala mandi.
Untuk Puteri, yep... Betul, kalau pompuan Genius lagi susah... Tu yg kita patut kesian kt Sufiah yg sebenarnya da family problem pas tu kawin pun cerai...
Tengok aje le muka laki dia dulu camana... Memang muka nerd... Apa yang saya boleh baca, Sufiah perlukan perhatian org yang memahaminya lalu dengan seorang lelaki nerd yang mungkin pandai sikit kot, dapat le perkongsian rasa buat sementara... Itupun cerai...
Ingat kata orang dulu2, pompuan pandai camana pun tempatnya kat dapur jugak... Bukan nak kutuk pompuan tapi di sini ada cerita hakikat sifat dan fitrah pompuan...
Kita cakap sebagai org dewasa le OK... Pompuan diberi 9 bahagian nafsu berbanding 1 akal... Lelaki pula 9 akal berbanding 1 nafsu... Dalam satu perkahwinan seorang suami WAJIB memberi nafkah zahir dan BATIN... Ertinya, bukan tugas pompuan memuaskan lelaki tetapi lelaki yang patut memuaskan pompuan.
Fikir pasal Sufiah, pandai camana pun sebenarnya emosi dia kesepian kerana masalah keluarga kemudian nampaknya rumahtangga... Salah satu cara mahu merasa perhatian ialah belaian kepuasan BATIN atau seks... Ini bukan omongan tetapi ilmu saikologi atau jiwa...
Rasanya Sufiah dah fed-up, pandai camana pun sebenarnya dia tak puas jiwa dan batin... Tengoklah gambar dia dulu2, innocent habis... Dia mungkin genius pandai gila tetapi sebagai seorang pompuan yang biasanya dikaitkan dengan sexy, cantik dan rupa-paras, mungkin lelaki tidak pandangnya menarik atau attractive....Tu yang dia hilang pedoman...
Kini sebagai pelacur, dia jadi idaman laki-laki selain dapat kepuasan seks... Sebenarnya yang saya nampak Sufiah PERLUKAN SEORANG SUAMI YANG DAPAT MEMENUHI KEPERLUANNYA... Dari segi jiwa, orang yang boleh berbual sama level dengan nya, kemudian ada kekuatan seks untuk memenuhi keinginan bathinnya seterusnya ada sifat penyanyang seorang bapa yang mampu mengembalikan rasa keselesaan yang hilang zaman kanak-kanak dan remaja dahulu akibat terlalu dipaksa menunjukkan kepandaian semata.
Hmm.... Cukuplah kot... :]

Tanpa Nama berkata...

Wasalam... Sdr radzi

Apakah '9 nafsu' pempuan makna kpd seks? Kenapa lelaki pula layak kawin 4.., dan bukannya pempuan?

Sebaliknya Quran benarkan lelaki pulak kawin banyak, mungkin hadis itu perlu sentuhan 'genius'.

salam

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam... Cubalah tanya soalan ini pada alim ulamak kerana perkara ini sudahpun termaktub di dalam Al Quran... Sebenarnya persoalan ini sudah pun terjawab dengan cara hidup seorang genius paling agung iaitu Nabi Muhammad SAW! :]

Tanpa Nama berkata...

Salam radzi.. saya mempunyai keadaan yang sama seperti radzi. Di dalam bahasa inggeris, kita sebut ini sebagai Tortured Genius. Di mana seseorang yang genius menderita kerana menjadi seorang yang genius apabila dia tidak dapat apa yg mereka inginkan dalam kehidupan mereka.

Setiap kesimpulan yg dibuat, percakapan dan yang sewaktu dengannya adalah begitu mendalam (walaupun hal2 remeh temeh). Tahap kematangan dan pemikiran logik mereka begitu tinggi. Tidak boleh dinafikan mereka yg menderita penyakit jenis ini sangat susah diterima masyarakat kerana masyarakat seringkali tidak mampu memahami apa yang mereka cakapkan.

Saya begitu terharu ketika membaca apa yg ditulis oleh radzi sebab kebanyakkan pendapat2 radzi adalah sama dengan saya, dan saya tidak pernah menyangka akan ada orang yg pemikiran sama seperti saya.

Saya juga mempunyai hobi serupa seperti radzi iaitu mengkaji perkara2 berkaitan alam semulajadi, evolusi, galaksi planet, perkara2 ghaib bagaimana manusia mampu aktifkan mata ketiga, para nabi2 dan rasul yg saya kaitkan sebagai dari golongan manusia2 genius, dan sebagainya.

Tapi pada mereka yg tidak memahami kita, mereka akan menganggap kita seorang yg aneh dan akan sentiasa berasa pelik.

Ada pula yg sering mengatakan kita berlagak dan ingin menunjuk2 apabila kita cuba untuk berkongsi ilmu pada mereka. Mungkin disebabkan cara penerangan kita begitu advanced dan boleh menyebabkan mereka salah sangka dengan menyangka kita ingin menyindir mereka. Sedangkan orang seperti kita tidak ada niat langsung untuk buat perkara2 itu.

Walau apa pun yg terjadi pada manusia2 jenis ini, saya harap mereka dapat meneruskan hidup dengan tabah. Jangan putus asa.

Saya ingin mengenali radzi dengan lebih dekat dan semoga kita boleh berkongsi kongsi pendapat antara satu sama lain atau mungkin kita mampu menyelesaikan masalah kita sama2.

Kerana bagi saya, hanya genius yg mampu memahami sesama sendiri. As salamu alaikum...





Tanpa Nama berkata...

Saya dapat rasakan, jika golongan2 genius ini bergabung, kita mampu merealisasikan dunia yang kita selalu impikan! Saya juga mempunyai angan2 yg sama seperti en. Radzi!

Kerana itulah, saya berharap sangat kita mampu bergabung bersama dan terus bergabung dengan yg lain dan menjadi satu anggota kumpulan yang kuat dan hebat.

Mungkin disinilah kita bermula segala kemungkinan.....

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Sy sgt terkesan dgn cita-cita radzi ingin mewujudkan peradaban tamadun seperti di Andalusia. Bagaimana ya....ingin saja saya menjadi org yg merealisasi apa yg difikirkan. Tapi sy tidak genius, tidak ada apa-apa yg blh ditawarkan . Sy doakan Radzi yg genius diberi hidayah dr Allah taala untuk mencari jln bagaimana dpt membantu hamba2 Nya yg ingin kehidupan spt apa yg radzi gambarkan... Kehidupan skrg seperti robot. Sgt membosankan kerana kerajaan membenarkan segala maksiat berkembang...bidang ilmu pula spt ditindas...sedih...siapa yg mampu mengubah...sampai bila harus terkongkong dgn pemikiran jahilliah. Moga-moga hidayah dr Allah dpt membantu kita semua...KITA SEMUA...ke jln yg du redhaiNya.

Radzi Sapiee berkata...

:]

wonderguy berkata...

Teruskan saja fly. Hanya Jauhari mengenal Manikam.

Boyd Aim berkata...

Padu bro MS, menyokong dari jauh dr middle east

Tanpa Nama berkata...

You are not alone. Not just I can relate to you..but ironically, plot jalan cerita dari kecil hingga uni kita 90% sama. Betullah apa Quran kata, cerita manusia diulang2 banyak kali...cuma manusia makhluk paling banyak membantah. My humble reminder to both of us is, keep on sabar dan sabar...u know what I meant. May Allah bless you.

Tanpa Nama berkata...

Pada saya high IQ berkadar langsung dengan dominan otak kiri. Orang High IQ bermaksud fikiran logik dan rationalnya lebih tinggi dari orang yang NueuroTypical. Orang yang genius in art stream, philosophy, etc juga memiliki kebolehan yang sama cuma mereka adalah orang yang dominan otak kanan. Sy fikir kapitalisma mempromosi orang2 berdominan otak kiri dengan membri juatifikasi mereka memiliki high IQ kerana mereka inilah yang akan diperah otaknya menyelesaikab masalah demi kelangsungan kejayaan dunia kapitalisma. Sbb tu doctor, engineer, mathemetican, programmer, etc dibayar gaji tinggi. Sekarang ni semua orang berebut menjadi "pandai" dan berusaha menjadi orang berdominan otak kiri. We are not genius nor has "high IQ", we are just sheep yang lurus bendul. Btw, you should probably know that you are an Asperger. Patience is really2 a virtue. That's the only way tuhan ketuk kepala kita suruh sedar. We should meet.

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Sy juga alami perkara yang sama. Saya susah komunikasi dengan orang sekeliling dan mereka tak faham apa saya katakan. Apabila sy berjaya, semua kata benda tu betul.. Tp lepas pada tu, dorang masih amalkan benda2 bodoh. Maaf cakap la