Semalam saya pergi ke Putrajaya...
Pergi ke ke Masjid Putrajaya untuk menghadiri satu majlis besar, majlis Maulud Nabi yang disertai majlis hol almarhum (hari memperingati ulangtahun kewafatan) Sheikh Abdul Qadir al-Jilani...
Lihat sahaja kemah-kemah yang disediakan untuk para hadirin makan... Kemah-kemah yang kelihatan di hadapan bangunan Jabatan Perdana Menteri ini cuma 1/3 sahaja daripada jumlah kemah yang disediakan...
Adapun majlis ini anjuran sebuah yayasan utama yang menyokong usaha dakwah Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani (wali besar malah raja para wali, daripada darah Ahlul Bait keturunan Nabi, wafat lebih 800 tahun lalu)... Saya pernah menghadiri majlis sama anjuran pihak ini juga tahun lepas ketika diadakan di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur... Rasanya kali ini ia lebih besar dan meriah...
Saya sampai sekitar jam 5.30 petang... Apa yang ada di dalam masjid? Nanti saya ceritakan...
Petang itu saya sekadar berlegar-legar melihat keadaan di dalam sebelum keluar mengambil angin, sempat juga menghirup bau bunga-bungaan di sekeliling...
Makan petang di kawasan tempat makan tepian tasik...
Kemudian baru kembali ke masjid...
Selepas solat Maghrib berjemaah, baru saya mengambil tempat di hadapan, duduk di kalangan ramai alim-ulamak terkemuka termasuk para habaib (kata jamak atau banyak untuk para habib... Habib bermakna kekasih, selalu ditujukan kepada zuriat keturunan Nabi yang dihormati) daripada darah Ahlul Bait serta kaum keluarga mereka... Dapatlah melihat lebih dekat apa yang tergantung di hadapan ini iaitu kain penutup pintu Kaabah yang dibawa khas daripada Mekah!
Turut berada di hadapan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah... Beliau pun diminta memberi sedikit kata-kata aluan...
Tetapi saya lebih suka mendengar kata-kata nasihat penuh hikmah daripada ulamak-ulamak besar seperti dalam gambar ini... Habib Hassan, imam Masjid Ba' Alawi di Singapura...
Kemudian sampailah masa yang ditunggu-tunggu... Tujuan sebenar saya suka ke majlis-majlis seperti ini... Sampailah masanya untuk memulakan upacara maulud, khususnya bacaan Maulud Ad- Diba'ie...
Habib Hassan menjemput Habib Abbas Alawi al-Maliki daripada Mekah untuk memimpin bacaan... Ah! Belum apa-apa lagi saya dah mula rasa seronok!
Habib Abbas terus memulakan dengan "Thola'al badrul alaina"... Langsung mengajak semua hadirin membaca (sebenarnya menyanyi) sama...
Saya pula tidak dapat menahan perasaan... Sememangnya setiap kali upacara maulud Nabi tak kira di mana, saya akan mula terasa emosional, apalagi dengan bacaan "Thola'al badrul" penuh semangat, rasa dan penjiwaan di hadapan khalayak sebegini... Hampir saya menangis teresak-esak jika tidak mengingatkan rasa malu juga jika tidak dapat mengawal perasaan... Nanti apa kata orang, lebih-lebih hendak menangis pula... Macamlah saya ni bagus sangat padahal saya sedih mengenangkan betapa kerdilnya diri ini, betapa banyak dosa, betapa jauh dan lemah daripada mencapai kemampuan sebenar untuk menanggung amanah...
Allah... Saksikan Ya Rasulullah! Hamba ini rindu kepada mu ya Rasulullah! Cucunda rindu sangat kepada nenda... Terlalu banyak penyakit cunda zahir dan batin yang perlukan usapan pengubatan kasih sayang nenda ya Rasulullah! Umatmu juga sakit parah diasak musuh daripada segenap arah ya Rasulullah! Tolonglah tampil membawa semangat kami keluar daripada kegelapan ini ya Rasululah!
Kemudian baru kami duduk sementara nyanyian puji-pujian atas kecemerlangan makhluk Allah yang terbaik serta kata-kata rindu memohon kehadiran serta syafaat baginda terus diutarakan penuh perasaan dan semangat... Dalam pada itu, ternampak menantu Pak Lah, si Khairy Jamaluddin duduk bersila di kawasan yang bertentangan... Malas le saya nak komen lebih-lebih... Harap si Khairy dapat menjiwai makna sebenar Maulud Nabi ini diadakan, bukan setakat muncul untuk menguatkan sokongan Islam Hadhari...
Dalam gambar "silau" yang diambil menggunakan kamera digital murah saya ini, sepatutnya kelihatan Pak Lah sebagai orang ke 3 dari kanan gambar sedangkan di belakang bahu kiri seorang Sheikh muda yang memakai pakaian lengkap Arab dengan tutup kepalanya pula kelihatan si menantu Pak Lah...
Majlis berdiri lagi... Ternyata Habib Abbas terus bersemangat menyambung pembacaan koleksi kata-kata pujian untuk Nabi dalam Maulud Diba'ei, adakalanya dengan gaya seorang penyair Arab lama... Kelihatan pula seorang petugas majlis (berbaju merah siap bersamping) membawa bekas kemenyan Arab dengan asapnya yang berbau sedap, mampu membuka kembali mata-mata yang lesu...
Setelah solat, majlis disambung dengan ceramah ulamak... Saya pula asyik tertarik dengan kain penutup pintu Ka'abah ini...
Mufti Iraq, Professor Dr. Rafi' Al Ani memberi syarahan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi... Manakan tidak? Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-malaikatNya berselawat ke atas Nabi!
Cuma mereka yang engkar atau terpesong dengan ajaran-ajaran yang kononnya bersumberkan ajaran murni para Salafi tetapi selalu menidakkan kedudukan sebenar Nabi seperti yang selalu dilakukan puak Wahabi sahaja yang buat-buat tak faham akan keutamaan yang Allah sendiri berikan ini... Dan disebabkan wujud ajaran-ajaran yang mahu meletakkan Nabi sebagai tidak lebih daripada manusia biasalah maka umat Islam jadi kehilangan arah...
Mereka hilang arah kerana tidak mahu mengakui akan hak kepimpinan yang wujud dalam kelebihan semulajadi yang diberikan terhadap keturunan darah daging Nabi (mana yang tidak terpesong jadi Abu Lahab le) iaitu para Ahlul Bait lalu tidak mahu mendengar kata-kata orang-orang yang diberi hikmah... Hilang arah kerana menyangkakan semua manusia sama sahaja taraf pengetahuannya... Lalu kata-kata serta pendapat para pemikir jahil yang cuma berpedomankan paling tinggi pun ilmu falsafah yang nyata mempunyai unsur-unsur keberhalaan mahu disamakan malah dilebihkan daripada kata-kata ulamak Ahlul Bait yang mendapat pedoman cahaya kerohanian daripada Rasulullah SAW... Malah kini, kata-kata orang yang banyak cakap lantaran pakar dalam berpidato tetapi tidak ada zat tertentu dengan talian kerohanian, zat yang cuma wujud dalam keturunan tertentu pula yang dijadikan pedoman hidup... Mana tak umat jadi celaru?
Oh... Pada bahagian kiri pentas, terdapat ini... Sebahagian kain yang pernah menutup makam Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Baghdad!
Lalu majlis hampir sampai ke penutupnya... Pak Lah menerima cenderamata daripada Sheikh Afeefuddin Al-Jilani, seorang anak cucu Sheikh Abdul Qadir al-Jilani...
Sheikh Afeefuddin memberi syarahan pendek tentang doa lalu mengajak para hadirin membuat solat hajat bersama-sama... Solat hajat untuk kesejahteraan diri sendiri juga kesejahteraan ummah... Solat diikuti doa yang diharap mendapat pengkabulan... Dan seharusnya kabul kerana dibuat dalam hadirat sebegini yang sangat memuji dan menyayangi Nabi...
Insyaallah dengan syafaat serta kasih sayang Rasulullah SAW... Dengan berkat kehadiran begitu ramai Ahlul Bait daripada merata ceruk-rantau dunia yang berkumpul di sini... Di Malaysia, negara Islam yang dikatakan contoh kepada negara-negara Islam lain sedunia... Semoga kehadiran mereka ini di majlis mengenangkan baginda tidak jadi sia-sia, semoga segala harapan mereka (yang mana yang sesuai le... Kalau setakat harapan politik, mintak jadi ketua kemudian orang lain pula jatuh apalagi jika sekadar untuk mendapatkan kuasa untuk menjual negara, rasanya tak sesuai dan tak kena kerana mementingkan diri sendiri sahaja) dapat dikabulkan serta-merta!
Kemudian barulah hadirin bersurai...
Barulah saya dapat bangun untuk pergi ke pentas sebelah kanan pula... Untuk mengambil gambar ini... Kain yang pernah meliputi makam Rasulullah SAW! Kain yang kalau kita pergi ke Madinah masuk ke Masjid Nabawi kemudian berebut-rebut lalu di hadapan makam Rasulullah SAW sampai bergaduh dengan Tok-tok Arab pun belum tentu kita dapat lihat lantaran ia tersembunyi di sebalik pintu makam yang senantiasa terkunci rapi...
Allahuma soli ala Muhammad wa ala ali Muhammad... Antal hadi antal haq ya Rasulullah!
Lihat... Betapa ramai yang hadir... Saya pasti tidak kurang 5,000 orang, mungkin lebih 10,000 pun ada! Bukan selalu diadakan majlis sebegini besar dengan kehadiran begitu ramai tokoh alim-ulamak (sesetengah dikatakan orang bertaraf wali tapi tak dinyatakan kepada umum!)... Rugi le tak datang... Bukan kena bayar pun nak hadir!
Pandangan akhir sebelum meninggalkan majlis... Kain penutup makam Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir di kiri, kain penutup makam Rasulullah SAW di kanan dengan kain penutup pintu Ka'abah di tengah... Masing-masing berasal daripada Baghdad, Madinah dan Mekah... Rasanya buat pertama kali diletakkan dalam satu majlis, satu majlis besar Maulud Nabi yang dihadiri ramai Ahlul Bait... Semoga semuanya mendapat barakah dan kesejahteraan, Insyaallah! Sekian... :]
p/s: Jadilah posting ini posting ke 286 di blogspot ini... Di BERPETUALANG KE ACEH pula sudah ada 186 posting sejak hari 5 hari lalu.
Tadi di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) saya baru menambah 2 artikel dengan tajuk Memorial (of) Batu Bersurat Terengganu (the Terengganu inscribed stone) dan Makam (tomb of) Tok Gajah... sebagai persediaan untuk penceritaan tentang Kuala Berang yang akan saya buat entah esok lusa di sini... Penambahan itu menjadikan jumlah posting di sana 126... Maka jumlah postings di ketiga-ketiga blogspot saya semuanya berakhir dengan nombor 6. Sekian...
3 ulasan:
salam...ana tak tahu pulak ada majlis seperti tersebut...kali terakhir bersama para tokoh habaig ialah beberapa hari sebelum mengundi di masjid al-Islah di usj 9 lepas bersama tetamu Habib Omar dari Yaman. Sebelum ke Usj Habib Omar menziarahi TGNA...
Tapi majlis di atas bertetamukan Abdullah...macam ada sesuatu disebaliknya pulak..mungkin sebab guna masjid putrajaya jadi kena jemput penghulu disitu le...
as'kum,
semalam bacer berita luar negara kat paper. Presiden Iran wat kenyataan, harga minyak USD115 per barrel adalah rendah dan harga sebenar minyak perlu 'dicari' memandangkan ia adalah emas pada zaman moden.
he he he nampaknya, Presiden Iran Mahmoud Ahmedinajad sememangnya ingin melumpuhkan ekonomi US kerana dier tau Iran akan diserang tak lamer lagi. Pasal terfikir plak, aper tujuan Bush letak peluru berpandu di Eastern Europe dan kekalkan tenteranya di Iraq padahal negara dier tgh meleset ekonomi..
Nampaknya, gendang perang semakin kuat berbunyi.....
Betul tu tarabas. Tanpa minyak, jet pejuang amerika tak mampu terbang. Emas kuning ketul, tiada guna dibandingkan dengan emas hitam (minyak)...
Catat Ulasan