Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...

-------------------------

-------------------------

Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...

Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.

Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh

-------------------------

Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.

Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...

Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).

Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-

Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.

Tuesday, April 22, 2008

Siapa dia Raja Ahmad di Kuala Lipis?

Makam Raja Ahmad di Kampung Relong, Kuala Lipis ditunjukkan kepada saya oleh seorang waris terletak di bawah pokok ini... Kawasannya begitu bersemak... Menurut waris yang menunjukkan jalan ini iaitu seorang pelajar sekolah menengah, dia sendiri kali terakhir sampai ke sini 3 tahun lalu walaupun dia warga Kampung Relong ini... Jadi bayangkanlah jika waris terdekat pun sudah lama tidak menjenguk, apa lagi yang jauh-jauh...

Sebenarnya cerita mengenai Raja Ahmad yang juga dikenali sebagai Tok Linggi ini hanya akan saya paparkan di sini setelah selesai membuat cerita-cerita mengenai Terengganu (tinggal bab Kuala Berang, kembali ke Kuala Terengganu seterusnya Kuala Besut) diikuti cerita-cerita di Kelantan (ada sekitar Tok Bali, Bachok, Kota Bahru, Danau Tok Uban, Bukit Marak, Kuala Sungai Kelantan, Dabong dan beberapa lagi)... Tetapi tadi saya terlihat ada perbincangan panjang tentang Raja Ahmad ini di chatbox. Maka biar dipaparkan gambar ini dahulu lalu apa-apa maklumat tambahan tentang Raja Ahmad, juga apa yang baru ditemui harap tambah dalam komen ya... Sila! :]

11 comments:

Anonymous said...

Salam MS, aduhai sedihnya tgk makam yg terbiar sepi begitu.

Ya, ana dgn izin ALLAH dapat tahu siapa raja AHMAD itu.

Sedikit info pasal beliau.

Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah (1761)
 
Pada tahun 1761, Tengku Tengah (lahir 1752) telah ditabalkan menjadi Sultan Johor-Riau bergelar Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah di Riau. Pertabalan tersebut telah dibuat oleh Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja. Kebanyakan riwayat termasuk ‘Tuhfat Al-Nafis’ menyebut bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah mangkat dalam tahun 1761. Bagaimana pun Christopher Buyers yang menulis didalam ‘RoyalArk/Malaysia/Johor’ dan beberapa penulis lain menyatakan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah disingkirkan dan masih hidup sehinggalah sekitar tahun 1770 apabila baginda dikatakan telah menghilangkan diri.

PUTERI

Anonymous said...

Kajian ini dilakukan oleh saudara ana iaitu Ir Hj MAZELAN SAMAD.

Lagi info tentang Raja Ahmad.
Sejarah Dato’ Linggi berdasarkan Koleksi Cerita-cerita lisan keturunan Dato’ Linggi yang menetap di Kampung Relong
 
Cerita-cerita lisan yang diwarisi dari generasi yang terdahulu
banyak memperkatakan kisah-kisah Dato’ Linggi seperti berikut.

Dato’ Linggi nama asalnya Dato’ Ahmad juga dikenali sebagai Lihi, Licu, Baginda Lingga Dato’ Linggi pernah menjadi ‘Sultan Kerajaan Johor-Riau’.

Dato’ Linggi pernah dijemput oleh Bendahara Pahang pada masa baginda sedang gering, menunjukkan baginda mempunyai pertalian dengan Bendahara.

Dato’ Linggi juga merupakan orang yang ahli agama, alim dan warak.

Dato’ Linggi dikatakan sampai ke Kampong Relong melalui jalan air (sungai) iaitu mudik Sg. Pahang, Sg. Jelai dan singgah di suatu tempat yang dinamakan ‘Padang Tengku’, bersempena dengan gelaran ‘Tengku’ yang diwarisi oleh Dato’ Linggi. Dari sini beliau mudik sehingga ke Sg. Telang Dari Sg Telang jong atau kapal yang dinaiki oleh Dato’ Linggi telah ditarik dengan rotan sehinggalah sampai ke penghujung iaitu tempat yang dikenali sekarang sebagai Kampong Relong bersempena dengan keadaan kawasan yang lembah dan dikelilingi oleh banjaran/bukit (relong). Kesan laluan jong tersebut membentuk alur sungai yang dinamakan Sungai Teris.

Dato’ Linggi datang bersama-sama rombongannya mendirikan perkampungan di Kg Relong dan keturunannya menetap disini sehingga ke hari ini.

PUTERI

Anonymous said...

SEJARAH KESULTANAN JOHOR-RIAU (1699-1911)
 
Susur galur Kesultanan Johor-Riau dikatakan bermula daripada Sayyid ‘Aidarus dari Kampong Pasir di Aceh, Sumatera yang berasal daripada Hadramaut, Selatan Arab.

Keturunan beliau telah memerintah di empat negeri iaitu Johor, Terengganu dan Pahang di Malaysia dan Riau-Lingga di Indonesia.
 
Kesultanan Johor-Riau bermula pada tahun 1699 bilamana Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah bin Dato Bendahara Tun Habib ‘Abdul Majid dilantik menjadi Sultan berikutan dengan kemangkatan Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II (marhum mangkat dijulang) iaitu waris ‘terakhir’ daripada Kesultanan Melaka apabila baginda mangkat di Kota Tinggi.
 
Bagaimana pun dalam tahun 1718, Raja Kecil dari Siak yang mendakwa waris daripada keturunan Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II telah menakluk Negeri Johor seterusnya membawa kepada peristiwa pembunuhan Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah di Kuala Pahang. Pengganti baginda iaitu Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah telah bergabung dengan orang Bugis menyerang Johor dan menewaskan Raja Kecil pada tahun 1721.
 
Sebagai balasannya Sultan telah menganugerahkan jawatan Yamtuan Muda Riau iaitu jawatan tertinggi selepas sultan kepada puak Bugis selain daripada jawatan Bendahara dan Temenggong yang disandang oleh orang Melayu. Maka bermulalah era pengaruh orang-orang Bugis didalam pemerintahan Kesultanan Johor-Riau dan persaingan pengaruh diantara para pembesar Melayu dengan Bugis didalam kerajaan Johor.

PUTERI

Anonymous said...

SALASILAH KESULTANAN JOHOR-RIAU
 
Kesultanan Johor-Riau telah diperintah oleh Sultan-Sultan daripada keturunan Bendahara iaitu seramai enam orang dari tahun 1699 sehingga 1812 sebelum ianya berpecah.

Satu cabang iaitu Kesultanan Johor diperintah oleh dua orang Sultan dari tahun 1819 sehingga 1855 yang kemudiannya beralih kepada keturunan Temenggong.

Manakala satu cabang lagi iaitu Kesultanan Lingga diperintah oleh lima orang Sultan dari tahun 1812 sehingga 1911. Sila lihat carta Salasilah yang dilampirkan dan susunannya adalah seperti berikut:

PUTERI

Anonymous said...

Setakat itu dulu utk dikongsikan. Ana harap al idrus (seorg blogger di sini) menyambung sedikit cerita lagi ini kerana beliau juga ada kaitan dengan keturunan yang RAJA AHMAD ini.

Sekian. Wallahualam.

PUTERI

Radzi Sapiee said...

OK... Syabas Puteri, teruskan...
Adapun nasab raja-raja keturunan Bendahara ni yang makam-makam saya dah ziarahi adalah
1) Bendahara Tun Habab @ Tun Habib Abdul Majid sendiri di Kota Tinggi..
2) Anaknya yang jadi Sultan Abdul Jalil IV di Kuala Pahang... Juga terdapat di situ adalah makam Bendahara Wan Ahmad Pahang yang jadi Sultan Pahang dalam tahun 1880an gitu membawa kepada keturunan sekarang
3) Anaknya yang jadi Sultan Zainal Abidin I di Kuala Terengganu, kemudian beberapa Sultan Terengganu daripada keturunan ini...
4) Sultan Hussin di Masjid Tengkera
5) Sultan Ali
dan kini 6) Sultan Ahmad @ Raja Ahmad @ Tok Linggi
Adapun gambar2 makam-makam mereka ini sudah saya letakkan dalam blogspot rasanya ArtMelayu kecuali makam Sultan Hussin saya tak ambil gambar kerana datang pada waktu malam, sekali aje...
Pada Al-Idrus dan sesiapa, saya izinkan gunakan gambar-gambar ini untuk koleksi sendiri... Kalau untuk paparan ramai, harap beri kredit kepada saya dan blogspot saya... Ini adalah adab dan adat kerana saya bersusah-payah mengembara sana-sini kemudian berkongsi pengalaman dan gambar dengan semua... Sekian, semoga talian silaturahim anak cucu Rasulullah SAW semakin erat dengan semoga dengan kekuatan talian ini, dapat ia menyambung talian silaturahim seluruh ummah... Wassalam! :]

anggun said...

Salam..

Hamba tumpang seronok dan gumbira membaca posting MS ini,kerana memberi maksud yg besar dan begitu bermakna buat sahabat/kakak hamba iaitu Puteri.

Pu3 (singkatan manja di chat box)..Tahniah ya kerana dah hampir or dah dapat apa yang selama ini tersembunyi.Inilah yg dikatakan "Hint" dariNya jua kan Pu3.

By the way, mlm semlm antara solat Maghrib nak tunggu Waktu Isyak..sdg hamba berzikir sekadarnya..tetiba fikiran hamba menerawang akan peihal Pu3 (mmg tak kusyuk langsung le hamba ni..hehe)

K, ler Pu3 dipendekkan cerita..baru2 ni MS ada mengatakan (sebelum kisah Pu3 n Al-Idrus terbongkar
),MS kata Pu3 punya dari sahabat Nabi..Tp semlm MS kata mmg Pu3 ada darah Ahlul-Bait.Mmg kekadang bila kami berjumpa,kami ada buat sedikit perbincangan yang kdg2 menyentuh bab2 Tasawuf (yg mana hamba faham dulu ler)..dan ttg perang akhir zaman and apa persediaan kita..n byk lagi ler..

Berbalik ttg Pu3, cuba baca komen MS di atas..ada mention ttg Baginda Ali n Sultan Hussin. Well, jika Pu3 ada related dgn mereka berdua..so ada related gak dgn kwn hamba. Sbb 2 tahun lepas masa kami sama2 buat iktikaf di Masjid Baginda Ali,kwn hamba ada mengatakan yg beliau dari keturunan Baginda Ali also dari Habib..Kwn hamba kata lagi,beliau dari sahabat Nabi yg bernama SAAD Bin ABI WAQAS. So mlm semlm hamba cuba tanya balik pada MS,so MS kata may be sebelah perempuan. That means PU3,u ada ke dua-dua link. Pu3 taukan sejarah Saad bin Abi Waqas ni. Yang mana istilah org sekarang kata "mulut masin" ,sbb di atas mustajab doa beliau dan utk menyelamatkan diri dari keadaan yg tidak menentu di bumi mekah/madinah pada masa itu,so Saad Bin Abi Waqas melarikan diri ke negeri China..

SO Pu3,,hehehe no wonder ur face chinese look same with my kwn tu..

ANnway,maaf sekiranya perkara di silap kerana kekilafan hamba jua.just nak share..mana yg Pu3 punya gerak rasa kata betul..betul ler..jika salah..perbetulkan hamba k :)

Anonymous said...

Terimakasih le sebb mengambilberat ttg ana. Itu yg ana suka dok melepak kat MS blog ni sebb terasa kwn2 mcm sedara mara walaupun ana tdk pernah berjumpa bertentang mata.
First of all, heheh...ada rupa chinese look ke?...silap tu...uzbek look lah..hehhehe...
Memang setakat yang ana tahu, ana ada keturunan para sahabat RSAW iaitu Saidina Zubair Al Awwam. Iaitu sepupu kepada RSAW. Tetapi tidak pula ana cuba mengkaji jika ada juga kaitannya dgn Saad bin Abi Waqas,apa-apapun ana akan cuba tengok-tengokkan.

PUTERI

Anonymous said...

Nampaknya bila di tengok-tengokkan x de pula kaitan ana dgn S. Saad bin Abi Waqas.

sekian wallahualam.

PUTERI

Anonymous said...

SEJARAH HIDUP TENGKU AHMAD @ PADUKA SRI SULTAN AHMAD I RI’AYAT SHAH

Tengku Tengah, juga dikenali Tengku/Raja Ahmad diputerakan didalam tahun 1752. Putera kepada Raja di Baroh iaitu Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Sulaiman Badr ul-‘Alam Shah, Sultan Johor dengan Sultanah Tengku Puteh binti Raja Chelak, puteri ke tiga kepada Raja Chelak bin Daeng Rilaga, Yang di Pertuan Muda Riau ke 2 dengan Tengku Mandak binti al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Mu’adzam Shah puteri ke tiga Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Mu’adzam Shah bin Bendahara ‘Abdu’l Majid, Sultan Johor-Riau.

Tengku Tengah telah ditabalkan menjadi Sultan Johor-Riau di Riau pada usia baginda 9 tahun bergelar Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah setelah kemangkatan ayahanda baginda al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah pada 29 Januari 1761.

Oleh kerana terlalu sedih atas kemangakatan Paduka Sri Sultan Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah, bonda baginda Tengku Puteh telah jatuh gering dan mangkat pada 16 Februari 1761 iaitu kurang sebulan selepas kemangkatan Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah dan dimakamkan di Batangan, Riau.

Semasa menjadi Sultan, Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah tinggal bersama Bendahara Tun Hassan di Kampung Bulang. Manakala adinda baginda Tengku Mahmud dipelihara oleh bonda saudara baginda Tengku Hitam di Riau.

Dalam tahun yang sama iaitu 1761 ‘Tuhfat Al-Nafis’ ada menyatakan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah jatuh gering seterusnya mangkat di Kampung Bulang dan dimakamkan di Batangan, Riau. Manakala menurut ‘Institusi Bendahara – Permata Yang Hilang’ bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah mangkat akibat termakan racun.

Bagaimana pun Christopher Buyers yang menulis didalam ‘RoyalArk/Malaysia/Johor’ dan beberapa penulis lain menyatakan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah masih hidup selepas disingkirkan sehinggalah sekitar tahun 1770 apabila baginda dikatakan telah menghilangkan diri. Menurut cerita-cerita lisan waris di Kampung Relong yang diperturunkan dari generasi terdahulu menyatakan bahawa yang dimakamkan di Batangan tersebut hanyalah batang pisang dan sebenarnya Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah dilarikan oleh orang suruhan Bendahara Tun Hasan didalam gulungan tikar mengkuang dari Kampung Bulang. Pada tahun 1770 Bendahara Tun Hassan telah mangkat dan digantikan oleh Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid yang juga dikenali sebagai Bendahara Pahang.

Pada masa inilah Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah menghilangkan diri dimana dipercayai Bendahara Tun Abdul Majid secara senyap-senyap telah menghantar baginda ke satu tempat yang paling terpencil didalam Negeri Pahang iaitu di Kuala Relong. Disinilah Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah yang menukar nama baginda kepada Dato’ Ahmad (Dato’ Linggi) telah membuka perkampongan pada tahun 1795, iaitu pada usia baginda 43 tahun. Di sinilah juga baginda mangkat dan dimakamkan dibawah pokok kundang di Kuala Relong sekitar tahun 1812-1815.