Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Januari 19, 2008

Kata-kata spontan 10 Muharram...


Maulana Jalaluddin Rumi, seorang ahli Sufi terkenal Abad ke 13 Masihi...

Assalamualaikum semua, semoga sihat sejahtera sentiasa hendaknya... Tadi semasa melayari Internet, saya terjumpa sebuah artikel yang menyentuh tentang "sebab-musabab" mengikut pandangan ahli Sufi, katanya menurut ulasan sang Sufi agung, Jalaluddin Rumi.
Adapun Jalaluddin Rumi ini sangat terkenal sebagai guru kerohanian yang mengasaskan Tariqat Mehlevi, kini terkenal di Turki dengan tarian zikirnya yang berpusing-pusing seperti planet-planet sedang mengorbit matahari. Kalau tak salah, karyawan negara kita M, Nasir sangat suka menggunakan hasil kerja Rumi seperti kumpulan puisi-puisinya yang terkenal Mathnawi untuk menghasilkan lagu-lagu menarik yang menjadi hits tanahair.
Apapun ini cerita lain. Saya rasa tergerak untuk memaparkan cerita tentang "sebab-musabab" ini kerana terasa ia boleh menjawab pelbagai soalan oleh mereka yang pernah membaca siri buku "Berpetualang ke Aceh" karangan saya. Antara soalan utama yang sering dilontarkan oleh peminat terutama mereka yang telah khatam buku ketiga, BKA III "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" ialah bagaimana untuk mendapatkan pengalaman pengembaraan kerohanian seperti yang dipaparkan dalam bab bertajuk "Impian seorang petualang".
Untuk menjawab solan ini, izinkan saya menyimpang sedikit. Tidak sedikit orang yang berjumpa atau menghubungi saya meminta saya agar membuat scan ataupun tilikan tentang masalah peribadi mereka juga tentang pencarian mereka sendiri terutama melibatkan nasab keluarga. Selalunya saya akan cuba menepis ini kerana pada saya, saya tidak pandai dan tidak suka membuat scan. Kenapa? Penerangan yang saya selalu beri, saya tidak mahu menjadi golongan yang "kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata boleh tak sedar." Faham?
Terus terang saya cakap. Pada pandangan saya, ramai orang mempelajari ilmu kerohanian dan kebathinan termasuk mengamalkan zikir-zikir dan sanggup masuk dunia keSufian dengan niat yang kurang murni. Kurang murni sebab mereka belajar kerana untuk mendapatkan kelebihan sebenarnya, kelebihan yang boleh memberikan mereka imbuhan dalam mengangani kerjaya dan masalah hidup... Salah satu kelebihan ini adalah boleh menilik keadaan ghaib seperti melihat masa hadapan atau sekurang-kurangnya melihat apa yang orang lakukan dit tempat jauh, juga cuba membaca isi hati orang lain. Atau dalam bahasa mudahnya, mengendap atau skodeng le...
Saya tidak mahu semua ini... Buat apa dapat ilmu macam-macam yang menambahkan riak dan ujub lalu menghijab diri sendiri daripada hakihat sebenar wujud Ilahi? Buat apa boleh nampak segala aib orang sedangkan diri sendiri bergelumang dengan tahi? Sedangkan sedikit kelebihan nyata yang saya ada seperti jaringan contact keluarga dan kawan-kawan serta kelulusan tinggi luar negara yang biasanya boleh membuat seseorang melangkah jauh meluncur naik tangga profession kerja juga naik dalam persada kuasa politik negara pun saya boleh tolak ke tepi... Sedikit kesenangan hidup yang mampu diraih juga tidak dipedulikan sehingga dalam keadaan umur hampir mencecah 40 tahun ini saya masih lagi tidak memiliki kereta, suka berjalan kaki naik bas turun bas mengembara ke segala ceruk rantau seorang diri tidur bersepah dengan membawa beg besar... Apa sangat le hendak membuang segala ilmu kebathinan yang pernah saya raih seumur hidup? Insyaallah, kalau adapun sudah dibatalkan lama dahulu...
Malah bab mendapatkan ilmu zahir dan batin lalu membuangnya, mendapat dan membuang lagi lagi dan lagi telah saya lalukan hampir setiap masa. Tujuannya apa? Supaya dapat "menelanjangkan" diri... Sedar akan kelemahan diri yang tidak ada apa-apa lalu boleh mendapat hakikat Lahaulawala... Tiada daya dan upaya daripada dia... Juga hakikat ikhlas... Bagaimana segala-galanya berpunca daripada Dia, Allah, Tuhan yang tidak beranak dan tidak diberanakkan... Dia yang Esa... Esa, meliputi segalanya... Bukan setakat Wahid ataupun tunggal sahaja.
Oh... Kalau dibiarkan luahan hati yang tiba-tiba muncul ini terus terkeluar di sini, boleh melalut dan melarat pula. Cukuplah saya katakan sebagai jawaban kepada mereka yang bertanya di luar sana, segala pengalaman kerohanian yang saya lalui bukan kerana kebolehan dan daya upaya sendiri. Semuanya kerana rahmat Allah belaka. Bukan disebabkan apa-apa amalan zikir nak dapat power ke hapa termasuk amalan yang dilakukan oleh mereka yang suka scan atau meraga sukma, mengeluarkan satu lapisan diri untuk melayang-layang mengembara secara ghain ke berbagai alam.
Apa yang saya dapat cuma sekadar kilasan cahaya yang tiba-tiba muncul di hati tanpa dipinta. Maka itu, daripada belajar dan amalkan macam-macam ilmu kononnya untuk meningkatkan diri, lebih baik belajar cara bagaimana untuk mendapatkan rahmat Allah. Salah satunya dengan cara merendahkan diri, mengaku kekurangan diri sendiri, kalau boleh kosongkan diri sehingga takda apa-apa lagi... Jadilah kita fakir miskin hina-dina yang lemah selemah-lemahnya sehingga Allah "merasa simpati" untuk menolong kita. Itu bahasa saya le, harap faham apa yang ingin diterangkan.
Teringat cerita Rasulullah SAW semasa ditanya tentang Israq dan Mikhraj oleh seorang skeptik... Orang ini meminta Nabi agar mengangkat satu kaki ke atas lalu diturut baginda. Kemudian dia meminta Nabi supaya mengangkat kaki yang lagi satu. Kata baginda tak boleh...
Lalu kata orang itu, sedangkan diminta angkat kedua-dua kaki pun tak boleh, maka bagaimana baginda boleh naik "terbang" ke atas lalu Israq dan Mikhraj. Jawab baginda, "Aku tidak pernah kata aku mengangkat diri, aku kata aku diangkat..." Faham tak bezanya?
OK lah. Mungkin juga kata-kata ini keluar sempena tarikh 10 Muharam atau Hari Asyura ini. Lalu saya yang biasanya agak malas hendak membuat puasa sunat dapat juga menetapkan diri untuk berpuasa hari ini... Lagipun bukannya selalu.
Apapun, inilah artikel tentang "sebab-musabab" yang saya kutip daripada Internet tadi. Sila baca dengan teliti ya. Wassalam!

p/s:
2-3 hari lepas, saya ada tergerak hendak bercerita tentang Kopi 434 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Kalau nak baca, boleh klik Nostalgic memory of Muar's "Kopi 434" . Tiba-tiba teringat iklan kopi apa hendak... "Mai kopi secawan!" Heh! :]


--------------------------

Allah membuat aturan, adat, sebab dan cara untuk orang yang ingin mencari Dia. Kebanyakan perkara terjadi menurut aturan. Tetapi kadang-kadang KuasaNya memecah aturan itu. Dia mencipta aturan dan adat yang baik. DijadikanNya Mukjizat yang mencarik adat dan kebiasaan.
Wahai anda yang diperangkap oleh sebab;
Jangan sangka Pembuat sebab itu telah mati. Pembuat sebab itu menzhohirkan apa yang Ia Kehendaki. Maha KuasaNya boleh melanggar semua sebab. Tetapi biasanya dibiarkanNya pelaksanaan KehendakNya menurut sebab agar si pencari boleh menyusuli tujuan kehendak mereka.
Kalau tidak ada sebab, jalan apa si pencari hendak ikut??? Mestilah ada "sebab" yang nyata di perjalanan yang diturutinya. "Sebab" itu adalah salutan pada mata; kerana bukan semua mata dapat memerhati KerjaNya. Perlulah mata yang dapat menembus di sebalik sebab dan membuang salutan itu seluruhnya. Dengan itu dapatlah dilihat Pembuat Sebab di alam yang tidak ada ruang; dan kelihatanlah semua tindakan dan usaha kita adalah "cakap kosong belaka".
Setiap yang baik dan yang buruk datang dari Pembuat Sebab. "Sebab" dan "cara" tidak ada apa-apa; kosong belaka. Ibarat sangkaan adanya hantu menghalang perjalanan Raja, agar kejahilan memerintah untuk seketika.

Intaha Jalaluddin Rumi

Kebanyakan orang memahami sebab ini sebagai sesuatu yang merujuk kepada usaha dan tadbir diri. Sedikit orang boleh memahami sebab ini adalah sebagai suatu limpah kurnia dari Allah untuk dirinya; dan hanya ada beberapa orang sahaja yang benar-benar mengerti bahawa sebab itu adalah MusabbabNya.
Salik memang tidak pandang kepada amal dan wiridnya;
Demikian juga Ulama tidak pandang kepada ilmu dan kepandaian dirinya;
Tetapi mereka masa merasai dan menilik kepada Kewujudan dirinya;
Mata mereka yang melihat,
Telinga mereka yang mendengar;
Mulut mereka yang berkata-kata;
Tangan mereka yang memegang;
Lidah mereka yang merasa;
Kaki mereka yang melangkah.
Sebab melihat kerana ada mata,
Sebab mendengar kerana ada telinga Dan seterus-seterusnya yang menunjukkan adanya kesedaran pada wujud diri itu. Menghijabkan daripada Wujud Yang Hakiki.
Ini bukanlah soal Mengenal Allah apabila hijab itu tersingkap, tetapi adalah soal MengenalNya dalam hijab itu sendiri..........
Kesempurnaan adab itu ialah memerlukan hijab itu dipelihara.........
Untuk santapan "jiwa yang memikir dan membuat kesimpulan". Jiwa yang bercahaya dan dapat menjadikan sesuatu yang lain bercahaya.



--------------------


Nota saya: Perhatikan ayat ini...

Ini bukanlah soal Mengenal Allah apabila hijab itu tersingkap, tetapi adalah soal MengenalNya dalam hijab itu sendiri..........

Fahamilah ini. Yang dimaksudkan, bukanlah mengenal Allah itu dengan terbang masuk ke alam-alam lain walaupun dengan izin Allah ini boleh dilakukan sepertimana Nabi Muhammad SAW mendapat Israq dan Mikhraj. Apa yang dimaksudskan sebenarnya adalah melihat Allah di sebalik alam dan wujud biasa yang kita nampak ini... Wujud yang kita rasa hambar, penuh cacat-cela tetapi hakikatnya sempurna.
Tuan-tuan dan puan-puan, alam ini dan segala yang berlaku di dalamnya sebenarnya adalah kamil, sempurna. Ibarat satu makanan yang paling sedap, semua yang merasainya akan mendapat kelazatan kecuali mereka yang deria rasanya telah rosak atau kufur nikmat, mungkin akibat penyakit dalam diri sendiri termasuk penyakit hati.
Begitu juga... Kalau kita yakin bahawa tiada ciptaan Allah yang sia-sia dan Allah itu Maha Bijaksana, maka seharusnya kita mengakui alam ini sempurna. Tetapi kenapa kita sering terasa gelisah melihat segala kekurangan dan cacat-cela di dalamnya? Apakah betul alam ini yang silap atau pandangan dengan penglihatan kita yang sebenarnya kabur? Fikirkanlah...
Adapun ilmu utama yang saya dapat setelah mengharungi berbagai pengalaman hidup ini... Cukup senang untuk kita melihat kecantikan di sebalik seorang perempuan dengan rupa-paras model yang diakui cantik oleh semua orang. Tapi dapatkah kita melihat kecantikan di sebalik rupa-paras wanita gemok-gedempol hitam-legam?
Begitu juga dapatkah kita melihat kesempurnaan di sebalik alam ini yang bermacam-ragam? Kalau dapat, maka percayalah... Di situlah kita mula melangkah melihat wajah yang sempurna di sebalik segala sesuatu. Di situlah timbul kebenaran kata-kata, "di mana sahaja aku memandang, di situ ada wajah Allah"... Maka itu orang-orang seperti Saidina Ali menyebut, "aku tidak akan bersolat kecuali apabila aku dapat melihat Dia".
Sekian dan sekali lagi, selamat menyambut 10 Muharram. Insyaallah bermula hari ini saya akan keluar mengembara beberapa hari ke utara pula...

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam penuh takzim..
Dalam byk2 nukilan anda, nukilan ini amat menarik bagi diri saya sendiri. Tak tau kenapa,may be selama ini nukilan anda berkenaan diri anda or ada juga yang terkena mengena dgn diri pembaca2 blog anda.
Terus terang saya katakan, tiada untuk kepentingan individual nukilan ini..walaupun simple ttp sedikit sebyk memberi pemahaman utk diri saya..syukran abang..

Tanpa Nama berkata...

salam bro...dah lama gak aku tak masuk sini..macam2 ada ek...betul le apa yg ko cakap kan nie...nak capai tahap spesies mukhlisin bukan nya senang..ramai yg buat sesuatu sebab nak kan ganjaran...maka dapat ler ganjaran...cube kita lakukan tidak dikeranakan oleh sesuatu kerana...kerana NYA saja...

Allah tak jadikan sesuatu itu dgn sia2...sumer bende tu terkandung ayat-ayat Nya...kire sifat kemalat..kan tak trhingga byknya...

ok..ler bro..selamat berJALAN..

p/s: yg aku tau dah capai thp mukhlisin nie kat nusantara..Abah Anom....wuallahualm
p/s: aku igt nak jumper ko ler..tapi segan ler plak..ko dah thp gaban...hahahhah..ok chow..

syahir berkata...

akm, dah mai utara tu klu lalu sungai siput(U), khabor ler awal sehari ke, boleh teman amik cuti. ok, ingat janji saya dulu . insyaAllah. hehehe

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Insyaallah tengok apa yang jadi dalam 2-3 hari ni. Besok plan nak pi Aloq Setaq, lusa mungkin naik Gunung Jerai sat. Lepas tu mungkin pi straight Ipoh... Atau melilau pi tempat lain dulu? Tak tau.
Kalau ikutkan, melepek dan penat rasa asyik merayap nih tapi apa nak buat, gerak hati tu suruh jalan lagi... Dia kata lagi sikit je. Entah le...

p/s: Hang msg le nombor tipon kat aku punya 013-3082131... Kalau ada kat Ipoh nanti Insyaallah aku contact.

Tanpa Nama berkata...

FakirMerempat: mati perjalanan untuk lebih mengenal diri dlm diri terus menuju sukmo sejati
22 Jan 08, 13:02
puteri: merbawi, ana tk pandai puisi..tp saja je layan sifakir ni..takut nanti merajuk lagi..hehehe..
22 Jan 08, 13:02
FakirMerempat: hanya mati perjalanan untuk lebih mengenal diri
22 Jan 08, 13:01
anggun: tanpa tasawuf dan sufi,hidup tidak bererti,semakin mengenali kurasa mati,diri tidak bererti,kemana diri hendak pergi,sbb itu membatu diri
22 Jan 08, 13:00
FakirMerempat: sakiratul pada illahi melupa diri pada duaniawi hanya satu kata penyeri cinta sejatu sudah tertanam dlm diri
22 Jan 08, 13:00
puteri: anggun, benar sekali kata mu itu, mati itu hanya sempadan hati, insan hidup melepasi badani..
22 Jan 08, 12:59
Merbawi: waarrrrrgh......suma org berpuisi ni...
22 Jan 08, 12:59
anggun: merbawi..projek biasa jer
22 Jan 08, 12:58
anggun: yup!!put..dulu cita2 nak jd bisnewoman,tp hanya harapan menggunung tinggi akhirnya galau dihati
22 Jan 08, 12:58
FakirMerempat: tegur menegur alamalah khalifah...hanya menyata kata di hati...menimbul rasa sejuk di hati...kejar akrawi dapat duniawi hanya itu lumrah alam
22 Jan 08, 12:58
puteri: fakir, sungguh pandai anta berpuisi...selayak bagai Hamzah Fansuri..
22 Jan 08, 12:58
anggun: erggg!!apa yg anggun merepek ni
22 Jan 08, 12:58
anggun: wahai fakir berbudi erti,sufi diri sdg dicari dan digilapi,tp jgn teralpa diri,hidup hakiki yg dicari,dunia hanya semapdan hati
22 Jan 08, 12:57
anggun: ku sangka sinar menanti pagi,tp rupanya gerhana ditengahari
22 Jan 08, 12:57
puteri: anggun, bisnes woman, mesti selalu jumpa VVIP..
22 Jan 08, 12:56
puteri: benar sungguh bicara tuan, tegur menegur amalan budiman, muga sama-sama beroleh keberkatan, keredhaan Allah yg kita dambakan..
22 Jan 08, 12:55
FakirMerempat: hidup sufi tak berertui kalau diri masih tak kenal erti cinta sejati
22 Jan 08, 12:55
Merbawi: cik anggun, projek bagus ker?
22 Jan 08, 12:54
FakirMerempat: Bahagai di sukar di cari hanya memetik cinta sejati terselah segala erti
22 Jan 08, 12:53
Merbawi: Cik Puteri.... nanti kalau dah settle, beritahu ana, petang ni ana cabut JB. Pagi khamis baru balik

Tanpa Nama berkata...

anggun: bagus lerwahai Fakir insani,sekadar ingatan utk kami disini,indah bahasa yg diberi,moga menjadi intipati
22 Jan 08, 13:19
FakirMerempat: bukan riak bahupon ujud hanya gurau senda dari insani
22 Jan 08, 13:19
FakirMerempat: itu bahasa hanya meberi untuk ingat pada diri
22 Jan 08, 13:18
Merbawi: Fakir ni ckp "nak pi toilet" kan senang.....ini cakap dlm bahasa puisi nak pi toilet punya lah panjang...hehhehehe
22 Jan 08, 13:17
FakirMerempat: pandai tidak bijak pon tidak hanya menyata terlintas dihati...semua perkata tentang ruhani hanya mebentuk diri sendiri
22 Jan 08, 13:16
anggun: masa tu sdg engage dgn Bad...
22 Jan 08, 13:16
anggun: puteri,td ente ada buat apa yerk pd ana..ada satu signal kat kepala ni...
22 Jan 08, 13:16
anggun: Fakir ..pandai bermadah pujangga
22 Jan 08, 13:15
anggun: sabor jer..merbawi..mcm tuan MS jerk..
22 Jan 08, 13:15
anggun: semuanya ada sebab dan asbab ,baca blog tuan MS sebelah..
22 Jan 08, 13:14
puteri: ok, merbawi, tk de mslh...
22 Jan 08, 13:14
anggun: mengikut satu sumber..emm kita disini semua ada related,hanya Allah yg Maha Kuasa menggerakkan minda,tenaga n anggota kita ke sini
22 Jan 08, 13:14
puteri: dia tgh ada patient lagi...postponed sikit..
22 Jan 08, 13:13
FakirMerempat: wahai Merbawi masa sudah diriberi hanya kita melaksanakanya sampai masa menyusur pergi hanya diri di jemput illahi
22 Jan 08, 13:13
Merbawi: jap...pi toilet.
22 Jan 08, 13:12
Merbawi: Cik anggun....hassan albasri?
22 Jan 08, 13:11
Merbawi: eh tadi kata ada org nak belanja mkn....hah....krg melepas belanjanya...
22 Jan 08, 13:11
FakirMerempat: hanya mak yang sama
22 Jan 08, 13:11
FakirMerempat: scan mapun menyuluh hanya sama bahasa membatasi bahasa
22 Jan 08, 13:10
Merbawi: nanti disalah tafsir...heheh...
[older messages]

Tanpa Nama berkata...

anggun: bagus lerwahai Fakir insani,sekadar ingatan utk kami disini,indah bahasa yg diberi,moga menjadi intipati
22 Jan 08, 13:19
FakirMerempat: bukan riak bahupon ujud hanya gurau senda dari insani
22 Jan 08, 13:19
FakirMerempat: itu bahasa hanya meberi untuk ingat pada diri
22 Jan 08, 13:18
Merbawi: Fakir ni ckp "nak pi toilet" kan senang.....ini cakap dlm bahasa puisi nak pi toilet punya lah panjang...hehhehehe
22 Jan 08, 13:17
FakirMerempat: pandai tidak bijak pon tidak hanya menyata terlintas dihati...semua perkata tentang ruhani hanya mebentuk diri sendiri
22 Jan 08, 13:16
anggun: masa tu sdg engage dgn Bad...
22 Jan 08, 13:16
anggun: puteri,td ente ada buat apa yerk pd ana..ada satu signal kat kepala ni...
22 Jan 08, 13:16
anggun: Fakir ..pandai bermadah pujangga
22 Jan 08, 13:15
anggun: sabor jer..merbawi..mcm tuan MS jerk..
22 Jan 08, 13:15
anggun: semuanya ada sebab dan asbab ,baca blog tuan MS sebelah..
22 Jan 08, 13:14
puteri: ok, merbawi, tk de mslh...
22 Jan 08, 13:14
anggun: mengikut satu sumber..emm kita disini semua ada related,hanya Allah yg Maha Kuasa menggerakkan minda,tenaga n anggota kita ke sini
22 Jan 08, 13:14
puteri: dia tgh ada patient lagi...postponed sikit..
22 Jan 08, 13:13
FakirMerempat: wahai Merbawi masa sudah diriberi hanya kita melaksanakanya sampai masa menyusur pergi hanya diri di jemput illahi
22 Jan 08, 13:13
Merbawi: jap...pi toilet.
22 Jan 08, 13:12
Merbawi: Cik anggun....hassan albasri?
22 Jan 08, 13:11
Merbawi: eh tadi kata ada org nak belanja mkn....hah....krg melepas belanjanya...
22 Jan 08, 13:11
FakirMerempat: hanya mak yang sama
22 Jan 08, 13:11
FakirMerempat: scan mapun menyuluh hanya sama bahasa membatasi bahasa
22 Jan 08, 13:10
Merbawi: nanti disalah tafsir...heheh...
[older messages]

Tanpa Nama berkata...

fakir, kalau alif lam mim boleh tafsir sendiri, kira dahsyat tu...