Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Ogos 13, 2007

Selesainya satu bab dalam penulisan...

Alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan bahawa proses memasukkan gambar-gambar daripada pengembaraan terdahulu untuk dijadikan cerita-cerita dalam blogspot-blospot saya telah selesai sepenuhnya dengan siapnya 4 cerita terakhir untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH siang hari dan 2 cerita untuk SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) sebentar tadi.
Adapun usaha ini dimulakan lebih 3 minggu lalu di mana, ketika sedang meneliti koleksi gambar-gambar lama, saya dapati banyak yang perlu diluahkan demi melepaskan sedikit bebanan jiwa. Oleh kerana blogspot ini telah digunakan untuk menceritakan pengalaman pengembaraan terbaru iaitu usaha promosi siri buku"Berpetualang ke Aceh" atau BKA tour run, maka saya telah membuat keputusan untuk meletakkan gambar-gambar lama itu di dalam BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Dengan selesainya proses ini, saya juga boleh menumpukan perhatian untuk menyambung kerja-kerja penyuntingan buku "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang?" atau BKA III. Insyaallah akan saya pastikan ia terbit sebelum tamat tahun 2007. Doakan saya ya kawan-kawan!
Oh... Ingin dimaklumkan bahawa blogspot BERPETUALANG KE ACEH bakal menerima beberapa cerita baru berdasarkan penulisan yang dibuat 10 tahun lalu semasa saya baru menyertai syarikat The New Straits Times... Penulisan berdasarkan pengalaman mengembara seorang diri menumpang kenderaan orang dan tidur bersepah di sekeliling Eropah 1995.
Hmm... Di sini, biar saya beri link-link serta gambar tertentu untuk penulisan yang dibuat hari ini ya... Silalah klik dan jenguk...


Another Perak trip... A one day trip made in December 2006...


Perak trip of September 2006... A look at the tombs...


Perak trip of September 2006: Around the royal town of Kuala Kangsar...


Perak trip of September 2006... Going merrily around...


Perigi (well of) Hang Tuah, Masjid (mosque of) Duyung...


Masjid (mosque of) Zahir

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MS,
kami menanti keluaran BKA III: Sirih Pulang ke Gagang.
Teruskan penulisan dengan jiwa. Hidup dengan yang hidup.

Radzi Sapiee berkata...

Terimakasih! :]

Radzi Sapiee berkata...

Wah... Baru perasan. Jawaban saya tadi masuk pada jam 3.33pm. Ini tanda baik ni.. Untuk buku ke 3... Maklumlah, saya kan ada gila-gila nombor. Heh!

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah, semalam saya dapat beli BKA2 di MPH SACC Mall, Shah Alam. Wah, abang buat macamana, BKA boleh letak rak paling atas? Sebenarnya belum sedia nak beli lagi sebab poket tengah kosong. Ke MPH tu sebab cari buku untuk rujukan pejabat. Tapi bila dah nampak BKA atas rak tu, dia macam memanggil-manggil pula. Jadi pejamkan mata dan bayar kat kaunter. Tahniah! Memang BKA adalah apa yang saya cari selama ini. Terima kasih kerana menghidangkan juadah yang lazat kepada kami. Ada kesempatan saya akan dapatkan BKA1.

Nak tanya, kenapa ada titik-titik merah pada gambar masjid pada kulit buku tu. Apa maksudnya?

Zam, Shah Alam.

Tanpa Nama berkata...

MS,
Saya pun gila nombor gak. Suka 7.
tapi sume no pun byk ungkapan rahsianya. Ada satu kawan tu suka ungkap gini, 1 sia-sia, 2 bahaya, 3 baru iya. Huraian yg ini pun bila dilihat dari pelbagai pengajian dan aspek, memang seronok. Sure MS lebih arif.

Radzi Sapiee berkata...

Hmm... Ingat nak tunggu sampai ada 7 komen kat sini, baru nak jawab tapi tak pa lah... Jawab aje le Labu..
Untuk saudara Zam, alhamdulillah nampaknya apa yang ditulis bermanfaat untuk saudara. Tentang titik-titik merah tu, itu sebenarnya kesilapan grafik... Maklumlah segala-galanya tentang siri buku BKA saya yang buat dengan skil yang tangkap muat. Tapi apabila difikirkan balik, memang ada makna tersendiri... Asalnya titik-titik itu digunakan sebagai punca untuk fungsi cahaya berkembang dalam menu program Photoshop... Kedudukannya adalah sama dengan lambang 5 Ahlul Bait yang diletakkan pada kulit BKA I.
Untuk Awan Badai plak... 1 sia-siam 2 bahaya 3 baru iya... Mungkin boleh dipakai untuk BKA III yang bakal melengkapkan cerita... Mungkin juga ia dialog tersembunyi P. Ramlee dalam filem Madu Tiga? Hehe! :]

Tanpa Nama berkata...

MS,
Tak de tempat nak berbual dgn MS, melainkan kat sini. Kat harmoniser pun dah jarang nampaknya MS bertandang. kat Cbox, tak keluar pulak browsernya. Memang tak dibenar saya menyumbang rasa disitu agaknya. Sambung sikit mengenai 1,2 dan 3. Kalau yang 3 melengkapkan, yang keempat agaknya barulah kesempurnaan... saja-saja bermain kata. Tak payah ambil port sgt la ye ...

DSSM berkata...

Rajinnya berjalan, tentu seronok dpt melihat tempat org ...
:)

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum.

Saya cadangkan abang sebar luaskan lagi siri-siri BKA di www.ujanailmu.com.my . Laman web ini menjual buku-buku 'berat' yang sukar diperolehi di pasaran secara on-line. Mungkin abang dah tau.

Zam, Shah Alam

Tanpa Nama berkata...

MS,

Tengah2 asyik melayan Forum Rawatan ... : BKA, kat m/s 190++ la cam tu,
ada pulak jumpa macam ni, "BKAIII saya rasa tidak akan terhenti di situ... empat tapak piramid perlu dilengkapkan. Tiga bersifat agresif. Empat mencapai kestabilan." -DR.A-
So, 1-Sia sia 2-Bahaya 3-Baru ya 4-sempurna .
Rasa2 MS dah mula kot BKA4. Ada rasa apa2 bagitau lah.

Radzi Sapiee berkata...

Rasa pasal BKA 4 ni memang kuat. Tadi saya ada jawab panjang lebar tentangnya serta hal-hal berkaitan tapi jawabannya lesap sebab signal wi-fi tiba-tiba terputus. Begitu juga komen lebih ringkas yang dibuat selepas itu, lesap.
Maka cukuplah saya kata, jawaban ini adalah komen ke 11 untuk artikel ini dan 11 adalah nombor saya. Cukup ya... :]