Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, August 10, 2007

Koleksi gambar BKA tour run untuk tatapan semua...

Gambar lama ketika mengembara seorang diri di Eropah tahun 1995 sebagai penghias cerita, gambar yang diambil di Vienna Austria. Insyaallah tak lama nanti ceritanya akan dipaparkan di dalam blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH...


Assalamualaikum semua. Demi untuk memudahkan sesiapa yang berminat untuk menatap gambar-gambar berkaitan pengembaraan sambil mempromosi siri buku "Berpetualang ke Aceh" serta cerita-cerita berkaitan, biar saya kumpulkan link-link nya dalam posting ini...

Mari bersama war-warkan "Berpetualang ke Aceh"

Ulasan Berita Harian mengenai BKA II

Cara-cara mendapatkan siri buku BKA...

"Berpetualang ke Aceh" tour run 2

"Berpetualang ke Aceh" tour run 3


Promosi dengan poster baru

Poster BKA 'beranak" tiga! Dan pengembaraan tetap diteruskan jua!


Tour terbaru "Berpetualang"... Berita dari Raub

BKA Tour Run: Dari Raub ke Gua Musang

BKA Tour Run: Jale-jale Kota Bahru, Kelantan

BKA Tour run: Laporan daripada Aloq Setaq!

BKA Tour Run: Alor Setar ke Kuala Kangsar sebelum melaporkan di Ipoh

BKA Tour Run... Laporan akhir setelah kembali ke Kuala Lumpur.



OK... Itu sahaja. Selamat bersolat Jumaat!

2 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

Pembetulan - saya bukan anak didik Puan Ainon yang teorinya yang macam2 itu.

Radzi Sapiee said...

Hehe. Tak apa. Saja je test saudara. Sekurang-kurangnya saudara sedar betapa saratnya Puan Ainon dengan pelbagai teorinya.
Tak pa. Itu hak masing-masing. Sebab tu saya bertegas untuk menerbitkan buku sendiri. Bukan tidak ada pihak lain yang mahu menerbitkan buku saya tetapi mereka mahu ia dilakukan menurut acuan mereka yang saya lihat lebih memikirkan untung rugi perniagaan sedangkan saya ada sebab-sebab tersendiri mengapa siri buku "Berpetualang ke Aceh" harus diterbitkan sepertinya, bukan menurut mana-mana teori sastera atau sebagainya yang kononnya bakal menjanjikan pulangan yang lebih elok dan terjamin untuk masa hadapan.
Sastera yang sebenar bukanlah medan mencari keuntungan keduniaan tetapi medan mengisi jiwa masyarakat dengan sesuatu yang membina ketamadunan, sekurang-kurang daripada segi pemikiran.
Rezeki, jodoh, ajal, maut semuanya di tangan Allah, bukan menurut prinsip De Bono ke hapa ke.... Maka jika kita betul-betul yakin dengan apa yang kita buat, teruskan walaupun harus menongkah arus zaman dengan paruh menongkat dagu menggantikan sayap yang patah. Wassalam! :]