Kebetulan, saya baru sahaja menyiapkan proses suntingan terakhir buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II malam semalam. Yang tinggal cuma ilham untuk pantun dan penerangan pendek yang akan diletakkan di kulit belakang. Entah bila le nak mari... Wallahualam...
Apapun, demi menambah 3 lagi posting di blogspot ini, elok juga jika diletakkan sedikit lagi isi daripada buku BKA II. Maka untuk pembaca setia blogspot saya yang tidak seberapa ini, terimalah hadiah berupa isi daripada bab pembuka bertajuk "Mukadimah: Jihad dan Raja-raja"... Silakan... :]
-----------------------------
MUKADIMAH:
JIHAD DAN RAJA-RAJA
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,
Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Yang menguasai hari pembalasan,
Engkau sahaja yang kami sembah
dan Engkau sahaja tempat kami meminta pertolongan,
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
Jalan mereka yang telah Engkau anugerahi
nikmat, bukan jalan mereka yang dimurkai
atau mereka yang sesat.
- Surah Al-Fatihah
Tiba-tiba pintu utama rumah terkuak kasar.
"Ini apa ni?" rakan lamanya Daniel muncul memecah suasana aman pagi. "Asyik bom sana bom sini, letupkan diri sendiri! Apalah hendak jadi umat Islam sekarang? Adakah Islam menyuruh penganutnya membunuh diri?"
Senyap. Tiada response… Malaikat lalu agaknya.
"Ini, cuba kamu tengok ni!" dia cuba menarik perhatian dengan menghulurkan senaskah suratkhabar Inggeris yang baru dibeli tadi. Rasyid masih buat tak tahu... Tenggelam di dalam dunianya yang tersendiri.
"Hei! Kamu dengar tak apa yang aku cakap ini?" Daniel menegur sambil menyuakan suratkhabar itu ke muka rakannya lalu menunjukkan rencana hangat mengenai peristiwa pengeboman terbaru di Bali, Indonesia. "Islam suruh buat beginikah? Buat malu umat sahaja. Tak habis-habis kena label Islamic terrorist. Mana masyarakat antarabangsa mahu respect?"
Rasyid memandang wajah anak muda di hadapannya. Timbul sedikit rasa marah diganggu ketika sedang sibuk membuat kerja. Kalau tidak dilayan nanti takut pula dikatakan menyombong diri. Lagipun dia sedang menumpang bermalam di rumah rakan lamanya itu di Taman Tun Dr Ismail, setelah lama mereka tidak bertemu, rasanya lebih 10 tahun begitu!
Semenjak pertemuan terakhir mereka di Malaysia Hall, London, Rasyid dan Daniel tidak pernah berselisih muka walaupun kedua-dua bekas penuntut kolej "A" Levels PPP/ITM ini pernah bekerja di kawasan yang sama, sekitar area Bangsar. Ditakdirkan Tuhan, mereka terserempak di warung makan di Uptown Damansara semalam... Boleh pula kembali mesra sehingga Daniel menjemput bermalam di rumahnya hujung minggu.
"Yalah, yalah. Aku tengok," Rasyid mengalah sambil melihat sekali imbas rencana yang disuakan... Malas hendak membaca cerita-cerita buruk tentang orang Islam. Banyak sangat, kebelakangan ini terlalu banyak…
Tiga empat tahun kebelakangan, semenjak peristiwa September 11 menyaksikan bangunan pencakar langit berkembar World Trade Centre di New York gugur menyembah bumi, hampir setiap hari ada sahaja peristiwa pengeboman atau keganasan yang dikaitkan dengan Islam. Balik-balik keluar cerita Islamic terrorist, Islamic terrorism padahal orang agama lain pun ada yang mengganas juga... Tidak pernah pula terdengar berita menyebut Christian atau Hindu terrorist apalagi Jewish atau American terrorist. Umat Islam terlalu sering dikaitkan dengan keganasan hinggakan rakyat Palestin yang cuma ingin membela tanah-air sendiri, yang anak-anak kecil, wanita serta orang tua mereka hampir setiap hari terbunuh sementara rumah ibadat dan kediaman mereka hancur dibedil peluru pun dikatakan terrorist. Yahudi laknat yang bertanggungjawab cuba menghapuskan mereka secara sistematik pula dikatakan melakukan semua ini untuk membela diri. Habis tu nak buat camano? Dunia sudah dekat nak kiamat agaknya…
Petang itu, Daniel, diberi sedikit "lecture" tentang sejarah perjuangan Palestin... Tentang Perisytiharan Balfour 1917 yang dipelopori British untuk menerbitkan negara haram Israel di atas tanah milik rakyat Palestin, juga pergerakan Freemason dan Illuminati yang telah diwujudkan beratus tahun terlebih dahulu untuk memungkinkan kewujudan sebuah negara Yahudi. Graduan Electrical Engineering daripada University of Sheffield di England ini tertunduk diam apabila diberitahu panjang-lebar tentang peranan institusi-institusi peringkat dunia milik Barat yang terhasil selepas Perang Dunia II, melalui persidangan Bretton Woods seperti Bank Dunia dan IMF... Institusi-institusi yang menurut Rasyid adalah alat-alat Yahudi dalam rangka-kerja besar, grand design mereka untuk menakluki dunia. Lalu Daniel juga diberi sedikit penerangan tentang Protocols of the Elders of Zion, dokumen sulit Zionis yang merangka pelbagai strategi untuk menundukkan manusia... Termasuk menggunakan media massa – suratkhabar, majalah, televisyen malah filem-filem Hollywood - juga kurikulum pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi seperti pengkajian sejarah dan pengajian ekonomi untuk menerbitkan masyarakat yang kononnya liberal tetapi sebenarnya pro-Barat, juga secara tidak sedar pro-Yahudi malah pro-Zionis pula!
"Kita ambil contoh riba’," kata Rasyid. "Kajilah secara mendalam. Semua agama mengharamkan riba’. Tetapi melalui prinsip makroekenomi yang disokong teori supply and demand, bekalan dan permintaan, kita diajar bahawa riba’ adalah perkara semulajadi, satu hukum alam yang tidak dapat disanggah atau dielakkan. Walhal ia cuma satu konsep ciptaan manusia yang telah diperkembangkan Yahudi zaman berzaman untuk mendapatkan keuntungan berlebihan dengan menindas pihak lain. Maka itu, jika kita terpengaruh dengan teori-teori ekonomi yang menghalalkan riba’, kita secara sedar atau tidak telah menjadi seorang pro-Yahudi!"
Kebetulan Daniel tertarik kepada usaha rakannya menerbitkan buku berkaitan Aceh. Lalu dia diberitahu bagaimana perjuangan keSultanan Aceh untuk menegakkan syiar Islam di Nusantara di kala Portugis, Belanda dan Inggeris mula bermaharajalela juga diberi konotasi buruk oleh mereka yang berkiblatkan Barat... Bagaimana dasar perluasan Aceh terutama di zaman Sultan Iskandar Muda (1607-1636 Masihi) ditafsirkan sebagai usaha imperialisma untuk memuaskan ego besar seorang raja dan semangat Asobiah rakyatnya, juga untuk mengaut keuntungan ekonomi semata-mata, bukannya jihad demi mempertahankan syiar Islam di bumi ini.
1 ulasan:
Assalamualaikum,memang saya pernah bertanya pada 1 blog yg menghina Islam,ada ke blog yg hina Hindu,Buddha,Kristian?langsung x berjawab...sedang membaca Protokol Zionis...
Catat Ulasan