Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, April 16, 2007

Muhammad Al-Aminul Rasyid dan perempuan-perempuannya...


Sekali lagi, gambar Nur sebagai penghias cerita.

Assalamualaikum... Siang tadi dalam thread "Berpetualang ke Aceh" di Forum CVT, seorang forumer perempuan telah meminta saya untuk sambung bercerita. Kebetulan ketika itu, saya sudah menyelesaikan proses penyuntingan akhir buku kedua saya, "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" sehingga ke mukasurat 200 lalu ingin menyambung ke mukasurat seterusnya... Timbul pula gerak untuk meletakkan cerita berikut ke dalam forum itu, cerita yang bermula daripada mukasurat 201 tentang bagaimana watak utama cerita iaitu Muhammad Al-Aminul Rasyid mula meminati kaum Hawa.
Adapun cerita yang diletakkan di dalam forum itu belum melalui suntingan terakhir. Proses ini cuma siap selepas Maghrib tadi dan setelah selesai penyuntingan Bab 9 yang mengandungi bahagian tersebut, timbul pula rasa untuk meletakkannya ke dalam blog ini pula.
OK... Silakan membaca! :]


----------------------------------------

Suatu masa dahulu, ketika masih menuntut di London, Rasyid pernah bertanya hati kecilnya, perempuan bagaimanakah yang sebenarnya diidam-idamkan dalam hidup ini. Ketika itu, pemuda itu sedang dilanda dilema besar... Dia telah menemui seorang wanita Melayu yang amat memahaminya, seorang gadis cantik dan luarbiasa kepandaiannya yang sering bersama memberi sokongan dalam suka dan duka sehingga dia pernah terasa yakin inilah bakal isteri yang dicari-cari selama ini. Lalu sebelum berlepas ke England, Rasyid pernah menyatakan hasrat mereka untuk bernikah tetapi kedua-dua belah keluarga tidak bersetuju dengan alasan mereka masih muda, dia 20 tahun, gadis kesayangannya itu 19... Lagipun masing-masing masih belajar, belum lagi memiliki apa-apa sumber pendapatan untuk menyara keluarga.
Keluarga pemuda itu juga tidak yakin yang dia telah betul-betul bersedia. Mereka tahu anak lelaki ini pernah menjalinkan hubungan dengan ramai gadis rupawan sejak waktu sekolah lagi... Masuk umur 18 tahun pun sudah menyimpan buku hitam yang mengandungi lebih 100 nama wanita yang pernah menjadi pacarnya. Benar telahan mereka, setelah setahun dua bersama gadis tersebut di London, muncul balik kekosongan dalam jiwa Rasyid menyebabkannya mula melupakan soal perkahwinan walaupun gadis itu sering mendesak.
Apabila wanita itu kembali awal ke Malaysia kerana terlebih dulu menamatkan pengajian, pemuda itu sempat menjalinkan hubungan dengan gadis-gadis Eropah. Tetapi ibu pernah melarang anak lelaki sulungnya memilih gadis bukan Melayu sebagai isteri terutama Orang Putih... Katanya, telah ad beberapa orang saudara mereka berkahwin wanita Eropah tetapi akhirnya bercerai kerana jarak jauh keluarga serta adat yang berbeza.
"Sekejap sahaja mereka boleh tahan," kata ibu, cuba meyakinkan anak lelaki sulungnya. "Pada mulanya eloklah, masuk Islam, sanggup ikut suami balik ke Malaysia belajar adat tempatan. Tetapi lama-lama besok belum tentu... Bila dia teringat keluarga di seberang sana, bila tiba Christmas dan sebagainya. Sudahlah kena banyak belanja kena pakai berulang-alik bercuti dengan keluarga. Pengaruh adat lama masih terbekas dalam hati kerana telah lama dibesarkan di dalam lingkungan budaya sendiri. Selama mana mereka boleh jadi Melayu?"
Rasyid diam mendengar kata-kata ibu. Dia kenal beberapa orang kawan berdarah campuran Barat atau pan-Asian yang ibu bapa mereka masih kekal bersama hingga kini. Malah seorang kawan rapat yang berasal daripada kerabat diraja Patani dan Kelantan beribukan seorang wanita Australia yang suaminya sudah beberapa tahun meninggal dunia tetapi tetap setia bersama keluarga.
Peluang terbuka luas dengan kematian suaminya tetapi ibu kawan ini tidak tergerak pun untuk kembali menetap di tanah kelahirannya atau memeluk adat serta budaya lama... Walaupun gambar-gambar lama menunjukkannya boleh tahan lincah semasa muda, sering berparti dengan miniskirt singkat bersama suami yang agak keBaratan. Ternyata dia lebih rapat dengan keluarga almarhum suami malah kuat beragama dan suka memakai tudung... Eh... Melalut dah... Apapun, Rasyid pernah berpacaran dengan wanita pelbagai bangsa termasuk gadis India dan Cina. Sebab itu hatinya boleh tertanya-tanya, perempuan bagaimanakah yang sebenarnya diidamkan, gadis bangsa apa yang dia suka…
Sebaik sahaja persoalan ini muncul dalam benaknya, terus terbayang rupa wanita pelbagai bangsa. Yang pelik, jawaban yang keluar terang daripada hati kecilnya adalah Arab! Arab? Rasyid sendiri hairan mendengar jawaban itu... Setahunya, gadis-gadis Arab semuanya bertubuh gempal bertulang besar seperti dilihatnya di London sedangkan citarasanya lebih kepada wanita langsing sederhana tinggi. Seingatnya, dia tidak pernah berpacaran dengan mana-mana gadis Arab malah tidak berminat langsung untuk mencuba atau mencari. Rupa-rupanya pemuda ini belum sedar, dia sebenarnya pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa orang gadis berketurunan Arab! Dan gadis keturunan Arab lah yang pertama-kali berjaya menarik minatnya terhadap kaum Hawa.
————————
Semasa di sekolah rendah, Rasyid begitu "geli" dengan perempuan. Dia meluat dengan perangai mereka yang suka bermain anak patung dan masak-masak sehingga terbetik perasaan "benci" terhadap kaum Hawa... Kecuali anak jiran sebelah rumah yang merupakan kawan sepermainan sejak bayi serta saudara-mara sendiri. Nasib baik sekolah rendahnya, Sekolah Ismail Dua adalah sekolah pelajar laki-laki sahaja tetapi di sekolah agama, dia tiada pilihan...Terpaksa bergaul dengan pelajar wanita walaupun dia cuba mengelak selagi boleh.
Anak muda itu begitu "bencikan" kanak-kanak perempuan sehinggakan jika tersentuh, dia akan cepat-cepat menyapu kulitnya seolah-olah membersihkan najis!. Ada masanya dia terasa begitu meluat sehingga sanggup meludah ke tanah di hadapan orang-ramai. Ini selalu berlaku apabila menaiki van Pakcik Zul ke sekolah. Van ini juga berkhidmat menghantar ramai pelajar perempuan ke Sekolah Convent dan Sekolah Sultan Abu Bakar (SAB), kedua-duanya sekolah perempuan. Tak sangka pula ini akan berubah apabila masuk Darjah Enam...
Sampai ketikanya, Rasyid dipilih mewakili sekolah dalam Kuiz Sains dan Matematik peringkat daerah Muar, Johor. Dia dan dua orang lagi pelajar terbaik sekolah dapat mengalahkan sekolah-sekolah lawan lalu mara ke peringkat akhir untuk bertembung dengan Sekolah SAB Dua, satu pertandingan "maruah" di antara sebuah sekolah laki-laki melawan sebuah sekolah perempuan.
Seperti Sekolah Ismail, SAB juga mempunyai dua sesi persekolahan untuk dua buah sekolah yang berkongsi bangunan serta kemudahan yang sama lalu dipanggil SAB Satu dan SAB Dua. Pertandingan akhir yang diadakan di Sekolah SAB itu ternyata sengit apabila kedua-dua pihak berjaya menjawab sama banyak soalan yang dikemukakan dengan tepat. Maka pemenang pun terpaksa ditentukan melalui soalan kalah-mati. Siapa yang berjaya menjawab dahulu soalan tambahan dengan tepat, sekolahnyalah yang akan muncul juara nanti.
Anak muda itu tidak ingat apakah soalan terakhir itu tetapi dia pasti ia berkenaan sejenis alat yang digunakan dalam perubatan. Akhirnya seorang pelajar perempuan mengemukakan jawaban "picagari" dan ia ternyata tepat. Sekolah SAB Dua pun menang,Sekolah Ismail Dua terpaksa menggaru kepala. Rasyid pula semakin meluat terhadap perempuan…Tetapi entah kenapa, malam itu ketika sedang berehat di rumah, dia asyik terbayang-bayangkan wajah seorang pelajar perempuan yang mewakili sekolah lawan, siap dengan senyuman menawan serta mata terang seperti bercelak dengan bulu mata panjang memandang! Timbul perasaan baru yang tidak pernah dialami sebelum ini. Jiwanya mula tak keruan, tidak tahu apakah yang terjadi pada dirinya...
Setelah beberapa hari asyik terbayangkan wajah menarik dengan senyuman lembut itu, Rasyid membuat keputusan untuk berkenalan. Kebetulan, anak jiran di belakang rumah adalah sebaya dan sekelas dengan gadis tersebut. Dia pun memberanikan diri bertanya khabar melalui surat yang disampaikan anak jiran itu. Terrnyata anak muda ini yang sebenarnya terlebih "angau", lebih banyak bertepuk sebelah tangan. Walaupun pelajar perempuan itu sudi berkenalan dan melayan, dia tidak bersedia untuk "bercinta", maklumlah budak-budak... Umur baru hendak masuk 12 tahun, dan yang lelaki belum pun akil baligh! Faham-faham aje lah... Apapun, Rasyid jadi begitu "rindu" hendak melihat wajah manis itu, kalau boleh setiap hari sehingga sanggup berkayuh basikal, ada masanya berjalan kaki sebatu lalu duduk di kedai makan menyeberangi jalan di hadapan rumah si gadis... Semata-mata untuk melihat kelibatnya keluar berbasikal berjalan-jalan tetapi takut pula untuk menegur ataupun bersemuka... Dapat tengok bumbung rumah pun jadilah, parah betul "penyakitnya".
Episod cinta monyet ini tamat apabila Rasyid meninggalkan Muar untuk melanjutkan pengajian di sebuah sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Johor, Keluang, sekitar 100km daripada bandar kelahirannya. Gadis itu pula diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara, Muar. Sejak itu, anak muda ini sudah pandai memikat wanita, sejak ditackle peminat perempuan di sekolah baru. Maklumlah, sudah akil baligh, sudah kenal apakah yang membuat perempuan tertarik kepada seorang lelaki. Dia sudah pandai bergaya serta menggunakan kelebihan rupa-paras yang ada. Di situlah Rasyid mula pandai bertukar-tukar girlfriend lepas seorang, seorang lagi jadi pacarnya…
Beberapa tahun kemudian, apabila masuk Tingkatan Empat barulah dia bersua kembali dengan gadis yang diminati semasa Darjah Enam dahulu, itupun secara tidak sengaja... Kali ini, lelaki itu tidak lagi bertepuk sebelah tangan, mungkin kerana perubahan rupa-paras dan tubuh-badannya yang ketara? Atau gadis itu tertarik pada keyakinan anak muda itu yang sudah pandai berkata-kata? Tetapi perhubungan yang mula berputik rasa melalui panggilan telefon hampir setiap masa ini terpotong apabila datuk gadis itu masuk campur. Malah Rasyid diberi amaran keras supaya tidak mengganggu pelajarannya... Tamat langsung perhubungan itu... Walaupun sedikit terkilan, pemuda itu tidak terasa sangat kehilangan itu kerana terdapat ramai lagi gadis yang sudi mendampinginya.
Hampir 20 tahun kemudian ketika mencecah umur 34, baru Rasyid faham betapa besar maknanya perhubungan yang berlaku lama dahulu. Ketika itu, barulah anak muda ini sedar, perasaan yang timbul terhadap anak gadis cantik molek berketurunan Arab bernama Sharifah Aminah ini sebenarnya ada kaitan dengan darah yang mengalir di dalam tubuhnya!. Maka itu juga Rasyid boleh jatuh cinta dengan Nur? Kerana ada keserasian yang nampaknya cuma wujud dalam keturunan tertentu? Bagaimana dia hendak menolak kemungkinan ini sedangkan banyak perkara dan petanda yang timbul tiga tahun kebelakangan, isyarat-isyarat yang muncul dalam pengembaraannya mencari cerita-cerita lama Melayu demi memahami perjalanan hidup sendiri dan mencari erti diri menjurus ke arah hakikat ini? Bagaimanakah anak Malaysia ini mahu melupakan gadis kesayangannya itu sedangkan ketika di Medan, ketika berhehat di tepi sebuah perkuburan lama pun dia boleh terserempak dengan sebuah kubur yang menandakan kecenderungannya terhadap seorang Sharifah?


3 comments:

preencess said...

asalammualaikum..Had been wondering where you were? :)A week ago I had to go back to Brunei has my great grand aunt had past away..dalam waktu yang begitu singkat disana,terasa bagaimana banyaknya adat kita yang sama dengan aceh...my heart sank as I realised as much as I love my family in Brunei,I love 'my people' too in aceh,which I regards now as my family..the feeling are so intense,both places are far away from each other yet the people are one...berbelah bagi rasa.. Do you ever feel that strong connection Radzi?that love and compassion towards a great number of people? :) anyway,I must say,Nur is a very pretty and beautiful lady..she look like some acehnese that I know..till then....ann

Radzi Sapiee said...

Wassalam...
Hmm... Actually I was wondering too where you disappeared. Yes, I've felt that strong feeling and compassioan towards a great number of people. If you ask me personally, sometime I feel that I have to "reactivate" the kingdom of Samudera one day so that some kind of end time prophecy can be fulfilled.
As for Nur looking like some Acehnese that you know, well, she is after all a Sharifah, so she has that particular line of blood ie Arabic from the line of the Prophet.
Ours is not a straightforward situation. Known each other 12 years now in n out, lotsa obstacles... Somehow, got this feeling that one day I must bring her back to Aceh right in front of the tomb of Malikus Salih. Does that make sense to you Ann?

preencess said...

:) it all does make sense to me Radzie...there are not many of us out there that understand what we are going through and sense the same vision...thats for sure...I had been cautioned by an old man in Aceh,when I was talking about some dreams that I had..Its very dangerous to talk about it as not many people have the knowledge and we do have enemies to elimanate us if they found out the true identity..since 2 weeks back I bear this in mind..Kita hanya lah berusaha untuk berhati hati right?hope one day I could bring you and Nur over to makam Sultan Malikulsalleh,InsyaAllah..catch up again ya...ann